Pages

Friday, April 30, 2010

Ashabul Ukhdud (versi komik) [SIRI IV]


Ha, apa pula hukuman yang akan dikenakan pada Ghulam..? nantikan selepas ini...

Yang terbunuh pastikan tidak dibunuh



KUALA LUMPUR 28 April - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis kini dalam proses melengkapkan keterangan saksi bagi membolehkan kertas siasatan berhubung remaja mati tertembak oleh polis Isnin lalu, dihantar kepada pendakwa raya selewat-lewatnya Jumaat ini.

Beliau berkata, polis akan memanggil semula rakan allahyarham Amirulrasyid Amzah hari ini bagi mendapatkan keterangan penuh.

"Kita berharap dapat melengkapkan siasatan sebelum hujung minggu ini untuk kita hantar kepada pendakwa raya bagi membincangkan hasil laporan siasatan yang diperolehi,” katanya.

Beliau berkata, keterangan remaja tersebut telah diambil sebelum ini, namun masih terdapat maklumat-maklumat yang tidak jelas dan lengkap yang mungkin akan diperolehi pada hari ini bagi melengkapkan siasatan tersebut.

Thursday, April 29, 2010

Ashabul Ukhdud (versi komik) [SIRI III]

Kita bersambung kembali buat hari nie....







Apa sambungnya? Apakah tindakan yang akan Raja jatuhkan pada Ghulam... bersama  nantikan sambungannya petang ni...

Ashabul Ukhdud (versi komik) [SIRI II]







BERSAMBUNG LAGI....

Ashabul Ukhdud (versi komik) [SIRI I]


Assalamualaikum wbh,
Siri kali nie, nak bawa bersama menelusuri sebuah sirah kisah sebenar yang agong, banyak ibrah boleh diambil dari siri-siri cerita-cerita ini. Ikuti sirah ini hingga ke akhir siri, anda akan berjumpa kisah bayi yang bercakap. Kisah Ghulam ini merencana kita ke arah bertemu salah seorang bayi daripada 4 orang termasuk Nabi Musa yang diberi kelebihan berkata-kata sewaktu bayi lagi.


bersambung akan datang...

Wednesday, April 28, 2010

Gen 3; khusus untuk mu.


Assalamualaikum wbh
Khusus kepada adik-adik ku, teringat di saat awal kita ketemu.. MasyaALLAh, hebatnya kuasa Allah. Menyatukan kita satu aqidah, satu ukhuwah, satu fikrah dan satu Malaysia(haha)

Moga kita dapat ketemu lagi samada sebagai mujahid @ syahid. Abg Wan doakan yang terbaek buat antum, sesama kita menjaga generasi kita. "berpisah kita jauh, bergerak kita bersama"
wasalam..


Allah masih ada!!

 Surat dari ibu Aisyah r.a untuk Khalifah Muawiyah
berbunyi sebagai berikut :
"Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang mengusahakan 
keredhaan Allah sampai manusia kesal kepadanya, ia akan dibantu 
Allah dalam menghadapi manusia. Dan siapa yang tidak menghiraukan 
Allah agar disenangi manusia nasibnya akan diserahkan Allah pada 
manusia."

"Oleh itu tetaplah hati tuan dalam takut pada Allah karena bila tuan 
takut pada Allah, Dia akan membantumu terhadap manusia. Tetapi 
kalau tuan takut pada manusia mereka tidak akan dapat menolongmu 
terhadap Allah sedikit pun."

Monday, April 26, 2010

MENCARI REDHA ALLAH

Bagi kita yang sentiasa yazid wa yanquz, iman tinggi dan rendah, maka peringatan begini mampu ikat dan kuatkan kita pada Islam.








ustaz kamal ashari pesan " jgn kita fikir, apa yang kita nak bawa jumpa Allah swt, sebaliknya kita fikir, apa yang Allah nak kita bawa jumpa dia"


harta y kita ada, bukan milik kita lgi, tetapi harta yang kita sumbangkan pada jalan Islam ini baru dikira sebagai milik kita... nilah harta kita yng sebenarnya...


jgn sekali2 dok berharap pahala  dari org len.. kumpul byk habuan pah kita mati sok org akan guna harta kita tue tok wat tahlil dan sebagainya pada kita...


jgn berharap waris nk sampaikan pahala.. x kira lgi depa mai wat tahlil 2, berapa ramai yng ikhlas, cuba try wat tahlil tanpa makan.. brapa ramai nk mai??




imam ghazali pesan, bila bangun ja pagi2, kita perlu fikir 1 soklan.. "sebb apa Allah hidupkn aku hari ini??




Sunday, April 25, 2010

Menggapai Kasih





Sibuk-sibuk  menziarahi sesawang demi sesawang terserempak aku pada terattak milik Adik Nik Nur Madihah, [CLICK SINI]. seorang yang pernah dicanang-canang menjadi pelajar terbaik SPM yang berlatarbelakang keluarga yang susah & tawaduq. 

Dalam perjalanan menyoroti terataknya, sempat aku membawa pulang ole-ole yang boleh di'paste'kan kt sini.

Kasih sayang ialah kurnia dari Allah.Ramai yang bahagia dan menderita kerananya.


Kasih sayang membuat seseorang menderita?pelik,bagaimanakah itu boleh terjadi?bukankah kasih itu meyuluh hati yang kegelapan,membasahi jiwa yang kegersangan,dan memberi sinar saat kelelahan?


Thursday, April 22, 2010

PERGAULAN LELAKI DENGAN PEREMPUAN

Apa benar muslimin boleh bekerja bersama muslimat??

Apa boleh dicampurkan jantina didalam majlis usrah, tamrin, majlis ilmu dan sebagainya.?? Apa benar ianya bisa..

bagi menjawab beberapa persoalan berikut saya cuba mencari dalil dan hujah yang lebih kukuh berbanding hujah akal. Di dalam proses memahamkan hujah dari dalil aqli n naqli perlu dikuasai, tetapi prioriti utk digunakan adalah bergantung kepada mad'u tersebut. jika bukan muslim, kita digalakkan utk lebih menggunakan dalil aqli berbanding naqli. bergantung kepada keadaan.

oleh itu, bagi sahabat-shabat yang masih lagi konfius, ayuh mari kita soroti jawapan bagi pertanyaan berikut:-


Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi                                     
 
PERTANYAAN
 
Banyak perkataan dan fatwa seputar masalah (boleh  tidaknya)
laki-laki bergaul dengan perempuan (dalam satu tempat). Kami
dengar diantara ulama ada yang mewajibkan wanita untuk tidak
keluar  dari  rumah  kecuali ke kuburnya, sehingga ke masjid
pun   mereka   dimakruhkan.   Sebagian   lagi    ada    yang
mengharamkannya, karena takut fitnah dan kerusakan zaman.

Sunday, April 18, 2010

Majlis Ilmu bersama Al-Habib Sheikh Zaid Abdurahman Yahya yang berasal dari Bandar Tarem,Hadramaut,Yaman (SIRI 1)










UCAPAN ALUAN DARI USTAZ YUSAINEE

·         Syukur ke pada Allah Azza wa Jalla kerana tidak putus-putus dikunjungi oleh para alim ulama’
·         Umat di saat ini semakin rosak dan punah
o   Umat di saat ini punyai akhlak (sosial) yang sakit
o   Umat di saat ini ramai yang meragui aqidahnya
o   Umat  di saat ini ibadahnya tIdak sohih

·         Di saat dan ketika inilah, kita perlukan kata-kata dan nasihat dari para ulama’ kerana setiap kata-kata dan nasihat mereka menjadi penawar dan pemudah cara.
·         Diantara ganjaran dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka sebagai mengangkat darjat mereka adalah dengan melihat mereka sahaja kita akan mendapat pahala.
·         Mendengar, meneliti ataupun menelaah kata dari ulama’ bisa sedarkan kita dan mendorong kita kearah hidayah Allah swt.
·         Hanya bergantung kepada doa semata, kita tidak akan ke mana.
·         Wabillahit taufiq wal hidayah, wal ridho, wal inayah.











PENGISIAN DARI AL-HABIB


·         Assalamualaikum wbh,
·         Syukur hadrat tuhan yang menciptakan,
·         Sesungguhnya, bilamana kita menghitung nikmat-nikmatyang ada pada kita, sudah tentu tidak akan dapt kita menghitungnya seperti yang disebut didalam Al-Quran.
·         Oleh sebab itu, kita tidak ada sebab untuk tidak bersyukur, dan Baginda Ar-Rasul saw juga menganjurkan kepada kita banyakkan berzikir “Alhamdulillah” memuji Allah swt
·         Bila kita menghitung-hitung nikmat Allah swt, Allah juga berkata “begitu sedikit dikalangan manusia yang bersyukur”
o   Ada dikalangan ahlillah yang kakinya telah  dipotong, tetapi lidahnya sentiasa menyebut-nyebut Alhamdulillah. Bukan sekadar lidahnya sahaja yang berzikir malah hatinya juga turut berzikir dan bersyukur.
o   Datang orang-orang yang tidak paham pada agama yang melihat pelik hal ini, bertanya “kenapakah sampai disaat ini kamu masih lagi menyebut-nyebut nama tuhanmu yang telah membuatkan kakimu dipotong.??
o   Kata ahlillah ini, “ aku sentiasa bersyukur kerana disebabkan kaki aku dipotong  nilah menyebabkan lidah dan hatiku berterusan berzikirdan memuji-muji Allah swt.
o   Dan sebab inilah aku perlu bersyukur kerana aku tidak dibiarkan berada dalam keadaan sempurnadan tegolong dalam golongan kalian.

o   Syeikh Sya’rawi ketika hampir mati, Syeikh Abdullah Al-Haddaf datang ziarah dan mendoaakan agar diringankan derita dan bebanan sakit.
o   Kata syeikh syarawi, “ wahai Sheikh, Sesungguhnya aku sedang berada dalam kesenangan dan kebahagiaan”
Ikhwanul muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
·         Setiap musibah, kesakitan mengangkat darjat  adalh untuk mengangkat darjat kita kepada Allah swt supaya kita sentiasa dekat kepadanya. Oleh itu, hadapilah setiap situasi dalam keadaan bersabar dan bersyukur.

BERSAMBUNG SIRI II






LAMBAI'10 MEMBENTUK PARADIQMA BARU

ALOR STAR,10 April 2010 – Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah menganjurkan satu Program Lambaian Mahasiswa 2010 yang diadakan di Dewan Auditorium Perpustakaan Negeri di Alor Setar baru-baru ini. Program dengan kerjasama kerajaan Negeri Kedah ini, bermula jam 9 pagi dengan pendaftaran peserta dan dirasmikan oleh En. Musaddaq B. Hj Ahmad,Pegawai Khas Menteri Besar Kedah merangkap Urusetia Belia Kerajaan Negeri.

Sebahagian peserta lelaki

Kebejatan akhlak, sosial, dan akademik dewasa ini menggesa PERSADA sebagai sebuah NGO yang mementingkan kebajikan dan pembangunan pelajar dan mahasiswa. Program yang berbentuk perkongsian pintar, pengisian dan pendedahan awal mengenai mahasiswa dan kampus telahpun menjadi medium bagi para pelajar lepasan SPM, STPM, STAM dan matrikulasi untuk menilai dengan lebih mendalam berkenaan kampus dan bidang yang diminati dan bersesuaian sebagai persediaan mereka untuk menjejakkan kaki ke alam Universiti kelak.

Selain itu, melalui program ini juga, pendekatan program yang banyak melibatkan komunikasi dua hala ini mampu melahirkan sistem mentor menti yang berterusan, diharapkan agar ianya bukan hanya berlangsung semasa program bahkan selepas program, dengan menjadikan PERSADA sebagai empat rujukan dan orang tengah.

Presiden Persada memberi penerangan kepada peserta

Program ini mendapat sambutan melebihi jangkaan sehingga pada saat-saat terakhir masih ada yang mendaftar. Para peserta yang terlibat melebihi 150 orang yang datang dari pelbagai latar belakang sekolah dari seluruh negeri. Wakil-wakil dari Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi, Diploma, Ijazah dari bidang kedoktoran, kejuruteraan dan sains sosial hadir bersama membentangkan mengenai kampus masing-masing. Turut hadir wakil dari kampus luar negara termasuk dari timur tengah.

wakil fasi daripada UIA bersama peserta

Majlis penutup program LAMBAI `10 dirasmikan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Yang Berhormat Ustaz Nasir bin Hj Zakaria dengan memberi semangat kepada para peserta untuk terus menyambungkan pelajaran. Program ini berakhir pada pukul 5 petang.Sebahagian ajk perempuan bersama YB Nasir zakaria 

MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMA' YAMAN.. Let's Join it...


Majlis ilmu bersama ULAMA’
Sheikh Zaid Abdurahman dari YAMAN
Tempat:
Surau AN-Nur,Abi Padang Machang,Kangar,Perlis
Tarikh:
18/4/2010 (mlm ini)
Masa:
7.30 malam hingga 9.30 malam
Sebarkan mesej ini...
JOM PEDERAS PI.............

Sunday, April 11, 2010

x nak lah cam nie....




Sahaba-sahabat, 
jika kita bercita-cita nk bergaji tinggi,
jika kita berjawatan hebat
jika kita ralit berjuang
jika kita sibuk dengan ana isteri,...

ingatlah bahawa kita empunya  ibu.. kita empunya bapa.. sama ada sudah hidup atau masih mati, kita tetap perlu berbakti n ingat pada  mereka... amat besar ganjaran bg yang berbuat baik pada ibu bapa.. amatlah berat dan siksa juga  azab Allah bg yang berbuat khianat pada mereka.. bahkan azab kepada yang derhaka kepada ibu bapa adalh azab yang disegerakan oleh Allah sejak masa hidup lagi..
Nasihat, tazkirah dan teguran semuanya adalh untuk nak memperingatkan diri yng bercakap dan sahabat sekeliling. (insyaALLAH soleh dan musleh)
moga perkongsian kisah dibawah menjadi ibrah (pengajaran) kepada kita.; bukan air mata yang diharapkan, tetapi kesedaran yang menatijahkan perubahan amatlah perlu.
CERITA BENAR – AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL MAUT 
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas = mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.
“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.
Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.
“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.”
Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.
“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.” Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?
“Panggil ibunya segera,” kata saya.
Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.
“Kenapa ni?” tanya saya.
Dengan perlahan abang Jalal bersuara, “Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.”
“Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.
Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.
“Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.”
“Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,” jawab salah seorang daripada mereka.

Thursday, April 8, 2010

Mengapa kita berasa Susah dalam beramal??




P/S: Syurga itu suatu kepayahan dan kesengsaraan, 
neraka adlah suatu kesenangan dan keselesaan

Tuesday, April 6, 2010

Al-Fatihah buat Habib Abdul Qadir As-Saqqaf




Subuh Ahad, tanggal 19 Rabi`ul Akhir 1431H bersamaan 4 April 2010M menyaksikan pemergian almarhum almaghfurlah al-Habib al-Quthub 'Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdul Rahman as-Saqqaf rahimahUllah di Jeddah.Jenazah almarhum disemayamkan selepas 'asar di Makkah al-Mukarramah. Moga-moga yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Sama-samalah kita mendoakan pemergian almarhum dan memohon agar kita turut memperolehi keberkatan almarhum...... al-Fatihah.
Gambar-gambar sekitar kematian Habib


Monday, April 5, 2010

Bila HATI mengadap TUHAN...




Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam
Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku
Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji (Allah), yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu." 
(At-Taubah 9:112)


Sunday, April 4, 2010

Taubat di Pinggiran Hati





Sahabat-sahabat, ayuh ambil kesempatan beberapa minit, kita muhasabah semula
Di ketika kita sedang membaca tulisan ini, 
Apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini?
 dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini,
Apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati?
Bilakah kali terakhir aku meninggal solat fardhu secara sengaja??
Apakah Amalan-amalan istiqamah aku?? apa dia??
Hati kecil, malu menjawab...Dimanakah tahap iman aku,.
Sahabat-sahabiah sekalian,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails