Pages

Wednesday, August 26, 2009

Al-Fatihah buat Prof Dr. Ismail Salleh



27 Ogos, 2009 12:20 PM

Profesor Dr Ismail Salleh Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal Khamis.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

Beliau juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.


-- BERNAMA


takjubnya aku bila kali pertama mendengarkan pembentngan kertas kerja beliau berkaitan ekonomi, memang beridealis, & memandang jauh ke hadapan. idea2 yang sukar untuk disangkal kehebatannya khususnya dalam bidang ekonomi.

Namun, pelu kita redho terhadap permergiannya, yakinlah, satu kehilangan ini, akan tumbuh lebih ramai cendawan2 seperti ini..

Al-Fatihah

Renungan Ramadhan 4

Assalamu alaikum warahmatullah,

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Di antara perkara yang menjadi syi’ar dalam bulan Ramadhan ialah solat sunat tarawih yang kita hadiri pada malam ini. Solat ini sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya:
“ Rasulullah (saw) menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan,tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.



Cukuplah bagi kita hadis Nabi (saw) ini untuk menjadi perangsang kepada kita untuk solat tarawih. Baginda menganjurkannya sambil menjanjikan keampunan dari dosa-dosa yang telah lalu.

Saudara-saudari yang budiman,

Kita semua orang yang berdosa.. maka marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan keampunan bagi dosa-dosa kita. Satu perkara yang harus diperhatikan ialah syarat yang diletakkan oleh Nabi (saw) untuk mendapat pengampunan dosa yang telah lalu ialah kita bangun bersolat dengan “imaanan wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “ iman dan mengharapkan keredhaan Allah”. Maknanya kita memastikan ketulusan iman, keikhlasan niat, penyerahan yang redha kepada Allah. Ia bermakna kita perlu berusaha meningkatkan kualiti tarawih kita. Satu perkara yang sering menjadi bahan polemik mengenai tarawih ialah bilangan rakaatnya. Ada pula yang menimbulkan polemik lain; solat berseorangankah yang baik atau berjamaah? Sikap terbaik dalam hal ini ialah kita berlapang dada dengan perbezaan pendapat yang wujud ini tanpa memperkecilkan atau meremehkan salah satu pendapat yang lain. Polemik ini akan tidak berkesudahan kerana masing-masing mempunyai kekuatan hujjahnya masing-masing. Yang penting, pilihlah satu pendapat yang kita yakini hujjahnya dan berusahalah mencari
jalan bagi mendapatkan solat tarawih yang paling berkualiti. Ini mungkin bermakna kita akan solat di surau berdekatan rumah kita atau kita terpaksa bersolat di masjid atau surau yang jauh dari rumah kita. Atau mungkin ia bermakna kita akan solat sendirian atau bersama keluarga di rumah.

Saudara-saudari yang budiman,

Apa yang perlu kita risaukan ialah bagaimana kualiti tarawih tersebut; tidak kira samada ianya 20 atau 8 rakaat, di masjid jauh atau di surau dekat, kita kerjakan berseorangan atau berjamaah. Pokoknya, solat tarawih yang mempunyai kualiti “imaanan wah tisaaban” bukan dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga tetapi dengan perancangan yang sedar dan pemilihan yang teliti. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan kita di kalangan orang yang diredhai-Nya.

JADUAL WAKTU SOLAT & BERBUKA PUASA PENYAYANG

Tuesday, August 25, 2009

Renungan Ramadhan



celaru.....

ntahlah, rini apa yang aku rasa ek..? celaru ke/? sedey? yeke.. knapa lak..? maybe rindu.. erm.. ntahlah ya Allah... maybe da rasa kesal skit koot coz, x smpat nk wat persiapan lebih tuk sambut Ramadhan kali... huhu Ya Allah, mga2 tahun ni, lebih baik Ramadhan2 yag lepas.. YA Allah, aku rindukan Ramdhan yang lepas2... Allah hai.... lemah rasa hati... ermm.....

Saturday, August 22, 2009

KONVENSYEN EKONOMI & POLITIK NEGARA.. CABARAN & PENYELESAIANNYA

Baru-baru ini, Kelab Penyayang UniMAP yag diwakili oleh Sdr Mohd Izuwan Bin Zaini selaku Presiden telahpun hadir ke konvesyen ini. Program yang telah mengumpulkan tokoh-tokoh politik, ketua-ketua gerakan pelajar & mahasiswa, gologan intelektual & cerdik pandai bagi berbincang serta menghasilkan resolusi yang terbaik demi kematangan ekonomi & politik negara masa depan. progrm yang telahpun diadakan :

bertempat di : Hotel EDC, UUM
tarikh : 15hb Ogos 2009



Antara ahli panel yang hadir Dr Ismail Salleh,Prof Dr Amir Hussin dan Prof Madya Rahim Anuar


Kertas kerja Prof Madya Dr Agus Salim Yusuf amat menarik perhatian hadirin...



Pembentangan kertas kerja dariProf Madya Rahim Anuar lengkap dan jelas dan saya amat teruja



Komen dari mahasiswa ini sesekali memakukan ahli panel...



Prof Dr Firdaus Abdullah





Datuk Jins Shamsudin turut hadir...

Ramadhan kembali lagi...

aku merinduimu wahai Ramadhan.. akan aku berasmara bersamamu sepenuhnya, x akan ku tiggalkan khalwat demimu wahai Ramadhan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails