Pages

Showing posts with label SUFIYYAH. Show all posts
Showing posts with label SUFIYYAH. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

Majlis Ilmu bersama Al-Habib Sheikh Zaid Abdurahman Yahya yang berasal dari Bandar Tarem,Hadramaut,Yaman (SIRI 1)










UCAPAN ALUAN DARI USTAZ YUSAINEE

·         Syukur ke pada Allah Azza wa Jalla kerana tidak putus-putus dikunjungi oleh para alim ulama’
·         Umat di saat ini semakin rosak dan punah
o   Umat di saat ini punyai akhlak (sosial) yang sakit
o   Umat di saat ini ramai yang meragui aqidahnya
o   Umat  di saat ini ibadahnya tIdak sohih

·         Di saat dan ketika inilah, kita perlukan kata-kata dan nasihat dari para ulama’ kerana setiap kata-kata dan nasihat mereka menjadi penawar dan pemudah cara.
·         Diantara ganjaran dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka sebagai mengangkat darjat mereka adalah dengan melihat mereka sahaja kita akan mendapat pahala.
·         Mendengar, meneliti ataupun menelaah kata dari ulama’ bisa sedarkan kita dan mendorong kita kearah hidayah Allah swt.
·         Hanya bergantung kepada doa semata, kita tidak akan ke mana.
·         Wabillahit taufiq wal hidayah, wal ridho, wal inayah.











PENGISIAN DARI AL-HABIB


·         Assalamualaikum wbh,
·         Syukur hadrat tuhan yang menciptakan,
·         Sesungguhnya, bilamana kita menghitung nikmat-nikmatyang ada pada kita, sudah tentu tidak akan dapt kita menghitungnya seperti yang disebut didalam Al-Quran.
·         Oleh sebab itu, kita tidak ada sebab untuk tidak bersyukur, dan Baginda Ar-Rasul saw juga menganjurkan kepada kita banyakkan berzikir “Alhamdulillah” memuji Allah swt
·         Bila kita menghitung-hitung nikmat Allah swt, Allah juga berkata “begitu sedikit dikalangan manusia yang bersyukur”
o   Ada dikalangan ahlillah yang kakinya telah  dipotong, tetapi lidahnya sentiasa menyebut-nyebut Alhamdulillah. Bukan sekadar lidahnya sahaja yang berzikir malah hatinya juga turut berzikir dan bersyukur.
o   Datang orang-orang yang tidak paham pada agama yang melihat pelik hal ini, bertanya “kenapakah sampai disaat ini kamu masih lagi menyebut-nyebut nama tuhanmu yang telah membuatkan kakimu dipotong.??
o   Kata ahlillah ini, “ aku sentiasa bersyukur kerana disebabkan kaki aku dipotong  nilah menyebabkan lidah dan hatiku berterusan berzikirdan memuji-muji Allah swt.
o   Dan sebab inilah aku perlu bersyukur kerana aku tidak dibiarkan berada dalam keadaan sempurnadan tegolong dalam golongan kalian.

o   Syeikh Sya’rawi ketika hampir mati, Syeikh Abdullah Al-Haddaf datang ziarah dan mendoaakan agar diringankan derita dan bebanan sakit.
o   Kata syeikh syarawi, “ wahai Sheikh, Sesungguhnya aku sedang berada dalam kesenangan dan kebahagiaan”
Ikhwanul muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
·         Setiap musibah, kesakitan mengangkat darjat  adalh untuk mengangkat darjat kita kepada Allah swt supaya kita sentiasa dekat kepadanya. Oleh itu, hadapilah setiap situasi dalam keadaan bersabar dan bersyukur.

BERSAMBUNG SIRI II






Thursday, April 1, 2010

JALAN-JALAN PARA ULAMA' SEBENAR MEMPERJUANGKAN ISLAM. INILAH SUNNAH PERJUANGAN!!!


Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.
Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.
Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.
Imam Maliki – Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
Imam Hambali – Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
Sufyan Ath-Thauri – Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
Said bin Jubair – Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
Abu Yazid Al Bustami – Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.
Abul Husin An Nuri – Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi – Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.


ADAKAH KITA IKHLAS?


Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-

1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)


Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt.

Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab

1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas.

2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya.

3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah Ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:

DI SEDIAKAN OLEH :
USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA
019-2627636
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL ABRAR
NO. 19 Atas Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 3,
32040 Seri Manjung Perak.
E Mail ibrahim_mtd07@yahoo.com
Segala sumbangan derma boleh lah di salurkan ke dalam akaun bank muamalat no 08030002138714

~kekoh~

Sunday, March 7, 2010

Halwa bersama Ulama'




Allahu akbar, tabarakallah.. masyaAllah, indahnya hidup bila kita sedar bahawa kita sedang bersama dengan nikmat Allah, 

Nikmat yang susah dicapai, dirasai indah bila kita mampu mencapainya.. Allahu Akbar... Suatu perasaan yang rasa tinggi umpama mahu terbang... AllahuAkbar..

Nikmat yang aku maksudkan adalah nikmat merasai manisnya iman tue... nikmat merasai manisnya ibadah itu... Allah hai... Tinggi karunia yang Allah swt beri bila nikmat sentiasa bersama dengan ku,... 

Nikmat ni pasti menjadi dambaan bagi yang pernah merasainya (setelah hilang)... Allah2x
barang mahal nie jarang nak kekal lama.. maka pelihara lah baik2...




Sempat berqiyamullail bersama-sama pasukan ulama' semalam... Allah hai... x dak istilah nk gmbarkan.. 

cuma yang penting sahabat2x, kita jgn tinggalkan ulama'-ulama' kita... Ulama bukan lahir untuk dimuliakan, kerana ulama' lahir bersama-sama dengan kemuliaan.. kalau kitakan ulama' itu pangkat... maka dengan pangkat ulama'lah yang menjadikan dia mulia... kita salah..

sahabat-sahabat sekalian, 
bak kata nicolo machivelli  “bukn pngkt yang memuliakn manusia, tp manusia yang memuliakn pngkt”.. ulama' bukan pangkat yang memuliakan dia... tetapi ulama' suatu kehebatan yang ada pada roh yang melekat pada jasadnya...  hakikatnya,  ilmu yang mengangkat darjatnya... Allah swt menggangkat darjat alim ulama' didalam kitab agung-Nya " tiadalah sama diantara org yang mengetahui dengan tidak mengetahui" 

Sempat juga bersama dengan sesi muhasabah (kuliah) dari Pak Long bersama-sama dengan beberapa org ulama'...

ayat yang paling menyentuh hati ..
>>org biasa-biasa, pabila bangun pagi akan fikirkan 
     "Apa yang aku nak buat hari nie..?"
>>tapi, alim ulama', bila bangun pagi akan fikirkan
     "Apalah yang Allah nak buat pada aku hari nie..?"


Seriusly, aku kurang bersembang dengan mereka.. cumanya, banyak bersama mereka... Allah hai.. tapi hati da rasa somthng len...  

sahabat2 sekalian, 

sabit tue, nak pesan, yakin dan jangan tinggalkan hadis nie..
 "barangsiapa yang tidak bersama dengan ulama' melebih dari 40 hari maka mati hatinya" 
Allah2x..

Tuesday, February 9, 2010

Aku Sudah Mati


| 3 Komen di sini ]
Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta , lalu bertembung dengan sebuah lori. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa- apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sngguh. Nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. 'Mengucap nak, mengucap! 'Asyhaduallailahaillallah' ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

Tuesday, February 2, 2010

Aku kesal.....


[ENTRI INI ADALAH BERSIFAT PRIVASI DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK BACAAN UMUM, TAPI NAK POST GAK KAT SINIEH!!, JUZ LUAHAN HATI PENULIS DAN ENTRI INI JUGA TIDAK BERKAITAN DENGAN SESIAPA PUN, HANYA AKU, ALLAH DAN RASUL,  & HATI YANG KESAL INI PERLU DIUBATI]







IMAN!!! Kenapa engkau tidak bersifat malaikat?? Yang sentiasa maintain ja... kalu kau bersifat Rasul pun ok, walaupun aku bukanlah nabi @ rasulullah... kadang-kadang jadi cemuih(jemu dalam loghat utara) bersama dengan iman yang bersifat manusia nie!! Sentiasa yazid wa yanqus( trurn dan naik).. huhu..
Tapi aku pasrah, pastinya semuanya adalah yang terbaek yang telah Allah sediakan special untuk aku. Mana ada orang lain jadi aku atas muka bumi nie.. aku hanyalah aku. Jalan cerita hidup aku, hanyalah untuk aku.. Allah da sedia dah, sejak aku belum tercipta dan ‘terancang’ lagi.

MOHD IZUWAN BIN ZAINI, yakinlah pada ALLAH, suma yang telah hang  tempuhi pasti yang terbaek tuk hang, walaupun hang rasa kurang baik @ tidak baik bagi hang, tapi inilah yang Allah  nak tuk hang. Allah da sebut dalam Quran, 


Saturday, January 2, 2010

Sang Murabbi: Part two


Assalamualaikum semua....
Ni sambungan untuk part 2, 'SANG MURABBI' Mencari Spirit Yang Hilang.


Sambungan part one..........






CLICK "READ MORE " DIBAWAH UNTUK BACAAN LANJUT






Wednesday, September 9, 2009

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU


assalamualaikum wbt

Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di
depanNya.

Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar


Subuhnya

di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siap aku di depan Tuhan ku.


Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang
derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku


Maghribnya

aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siap aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU

Saturday, April 25, 2009

Perjalanan sang Daei bermula

jam 11.00 tgahri-- Perjalanan sang Daei bermula

Habis sahaja kuliah Heat Transfer pagi itu, aku terus meluncur laju bertolak seperti yang dirancang, bukan kampung halaman destinasi utama tapi Asrama ku yang menjadi panggilan segala-galanya. Kerana ku tahu, Dakwah perlu disampaikan walau dimana-mana dan sejauh manapun, kita perlu dekati untuk memberi kefahaman Islam yang jelas kepada setiap manusia tidak kira Muslim atau bukan. DAKWAH PERLU DILAKSANAKAN....

"kan melangkah kaki dengan pasti,
menerobos segala onak duri,
generasi baru telah dinanti,
tak takut cita-cita gentar mati!!"

Bait-bait lagu dendangan Shoutul harakah ini menjadi zikiran aku sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Bersemangat sungguh aku pada hari itu, sanggup bertolak balik, walau jauh dari Perlis, demi semata-mata memenuhi iltizam diri untuk memberi sedikit pengisian kepada adik-adik yang kini sedang mewarisi katil & asrama yang telah banyak mematangkan aku. Tambahan pula disinilah tapak mulanya aku mengenali Usrah disuatu ketika dulu.

Jam 12.00 tghri

Kali ini, aku memilih untuk mengikuti jalan Jitra melalui Changlun, rupanya ada hikmah disebaliknya, Ditakdirkan aku untuk berhenti untuk bersolat Jumaat di Masjid Matrikulasi Kedah.
Kebetulan singgah aku sempat berdialog dengan beberapa orang siswa disitu, mereka memberanikan untuk bertanya
“Eh, abang Alumni KMK kan? Sekarang belajar mana? Datang sini ada program ker? Amacam seronok tak belajar kat Universiti?”
“ abang dari Perlis dalam perjalanan pulang ke kampong singgah kejap je, nak solat tadie..” jawab ku ringkas. Tetapi makin kami bersembang makin ramai yang dating mengerumuni, rasa macam artis pun ada. Rasa macam motivator pun ada juga.. yelah, asyik ditanya soklan2 tips study jek..Sempat jugak masa tue aku promote kan UniMAP. hehehe
tapi ada satu soklan yang aku tertarik, dia bertanya “ abang, apa pendapat abang mengenai system pengajian matrikulasi dan bagaimana langkah untuk struggle dalam ezam?” rupanya dia itu adalah Pengerusi Pusat Islam. Mau gerun juga aku nak menjawabnya. Maklumlah siapalah kita….
Aku cuba menjawab “Sistem Matrikulasi adalah merupakan system pengajian Fast track, laju dan cepat tetapi mudah… bergantung pada kita yang mahu mengejar arus atau membiarkan arus itu pergi begitu sahaja.”
Aku menambah ulasan“ cuba kita melihat pada resminya air, ia tetap dan pasti akan mengalir walau apa pun yang ada di hadapanya, akan ditongkah dan dihadapinya dengan pasti tanpa melihat kepada kelemahan dirinya. Perjalanan air yang mampu pergi jauh hingga ke lautan juga mempunyai strateginya yang tersendiri. Sudah pasti, pabila keyakinan+kemahiran+strategi mampu akan membuahkan hasil yang memuaskan…”
Aku cuba mengaitkannya dengan air yang mengalir, begitulah sedikit ulasan aku walauku tahu ianya adalah sedikit melencong namun DAKWAH PERLU DISAMPAIKAN.

Jam 3.00ptg—Perjalanan to be continued

hampir separuh perjalanan, hujan mulai turun, makin jauh, makin lebat makin jauh lagi lebat. Kalu nak diikutkan ja rasa hati, mau ja aku berpatah balik ke Perlis,
“orang beriman ialah ornag bermanfaat kepada org lain” Al-Hadis
"ingat pesan abang, walau dimana kita berada jadilah seperti biji benih yang bila dicampak ke laut, menjadi pulau" teringat pula pesanan Naqib aku ketika usrah yang terakhir di asrama dulu.
Naik semula graf azamku tadie, terus jugalah walau apapun nak jadi, jadilah.
"Jangan jadi Aultraman sudah lah. haha..." berseloroh aku berseorang diri...
Bait lagu ni memujuk diriku..

"takkan surut walau selangkah,
takkan henti walau sejenak,
cita kami hidup mulia,
walau syahid mendapat syurga"

Jam 5.00ptg—Destinasi tiba

" Alhamdullillah, sampai juga aku akhirnya, mungkin inilah kehendak ilahi" lafaz dalam hati sebagai tanda syukur pada ilahi.
Walaupun sudah dijamakkan solat asar, aku tetap solat untuk kedua kalinya sebagai jalan untuk aku berjumpa dan memberi sedikit tazkirah selepas membaca Al-Mathurat. Seperti biasa, yang hanya turun berjemaah adalah dari kalangan lapisan menengah rendah. Merasakan diri dah cukup hebat dan maksum apabila menjangkaui menengah atas, Inilah virus yang dihinggapi keatas menengah atas.
Bukan senang hendak mengajar & mendidik bapa kucing berbanding anaknya…
Walaubagaimanapun, aku tetap ambil kesempatan itu untuk berkongsi pintar bersama adik-adik menengah rendah. Teruji juga kemahiran “ tarbiyyah awlad” aku…hihi(walaupon bukan awlad lagi dah diorang ni)
Ku cuba mengisi ruang dengan bercerita kisah-kisah silam Asrama tersebut yang penuh dengan message kesedaran & pengajaran. Moga berbekas di hati mereka.
Begitulah corak pemikiran pelajar-pelajar di luar Bandar yang masih ketinggalan tahap pemikiran walaupun usia telah pun melangkau jauh. Mereka lebih mudah menerima & berbekas ke dalam hati mereka melalui cara penyampaian fakta didalam bentuk cerita. Sekali lagi, kemahiran “membaca suasana” aku teruji. DAKWAH PERLUKAN KEMAHIRAN.

Jam 6.00ptg—Brain wash terhadap Pimpinan pelajar asrama

Perbincangan hampir 1 jam lebih telah banyak menyelesaikan masalah yang terkusut di benak mereka. Pelbagai masalah diantara sesame pelajar & akhlak pelajar turut diperbincangkan, turut timbul masalah dikalangan pimpinan sesama pimpinan yang lain.
“Kullukum roei, wakullum masullun an roi yatihi”
“setiap dari kita adalah gembala, maka akan ditanya sok-sok ni oleh Allah taala akan gembalaanmu jadi ghu mana?” aku cuba menafsirkan mengikut loghat Baling.
Ku akhiri dengan nasihat dan guideline kepada mereka untuk kembali menerajui kegemilangan asrama yang pernah di tempuhi suatu ketika dahulu.


Jam 7.30ptg—Kuliah magrib bersama Keseluruhan Pelajar Asrama Sek.Men.Keb.Baling.


Aku cuba membawa satu kisah yang berkisar tentang kisah seorang Tok Guru yang alim dan waraq, yang diketika mana beliau terlewat untuk hadir menyampaikan kuliah disuatu masjid. Apabila beliau sampai, beliau menangis dengan teresak-esak seolah-olah telah melakukan satu dosa besar. Apabila reda menangis, anak muridnya memberanikan untuk bertanya, kerana apakah beliau menangis. Beliau menjelaskan bahawa beliau telah meninggalkan sunnah nabi di ketika beliau masuk ke masjid tadie iaitu masuk dengan langkahan kiri,sedangkan nabi masuk dengan langkahan kanan.

Aku membiarkan adik-adik berada dalam suasana sedih itu, dengan meminta mereka berjanji untuk terus menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip, garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Alhamdulillah, mereka berjanji untuk kembali menghidupkan suasana sunnah baginda s.a.w yang kita cintai, justeru dapat mewuudkan biah solehah di asrama yang kucintai..
Aku pulang dengan gembira walaupun sedikit penat..
Jazakallahukhairan jazak.

Thursday, December 25, 2008

Wasiat Assyahid dari Abdullah Azam

Sesungguhnya kecintaan kepada jihad telah mengusai kehidupanku,diriku,perasaanku,hatiku dan seluruh deritaku.

Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya

Aku tidak nampak apa-apa perbezaan diantara mereka yang meninggalkan jihad dengan mereka yang meninggalkan solat,puasa dan zakat….

Wahai kaum muslimin….

Kehidupan kalian adalah jihad ,Kemuliaan kalian juga berasal dari jihad. Dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini juga, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad….Sesungguhnya mereka yang menyangka bahawa agama Allah akan tertegak tanpa jihad,tanpa peperangan ,tanpa darah dan air mata….maka mereka yang ragu-ragu itu sebenarnya tidak memahami tabiat agama ini…
.Kejarlah “Kematian”kerana ia akan memberikan kehidupan yang hakiki..
Hindarkanlah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang dibaca….
Jangalah merasa megah dan mencukupi dengan solat-solat sunat yang telah kalian biasakan itu….

Wahai para ulama….

Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang dahagakan untuk kembali kepada tuhannya….
Jangan kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia….
Jauhi janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan pemerintah, kerana sesungguhnya ia menggelapkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi benteng hubungan kalian dengan masyarakat….

Wahai muslimat

Jauhi kemewahan kerana ia adalah musuh kepada jihad…
Ia juga pembinasa diri manusia….
Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan….
cukuplah seqadar keperluan sahaja….

Didik dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad….
Jadikan rumah-rumah kalian sebagai kandang-kadang singa dan bukan reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh toghut. Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kecintaan kepada jihad ,keinginan kepada medan perang dan lapangan yang penuh dengan keributan jihad….

Wahai anak-anak….

Biasakanlah diri kalian dengan “nyanyian” dan alunan letupan peluru dan dentuman senjata-senjata berat serta gegak gempita jet-jet pejuangan serta kereta-kereta kebal….
Jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikkan serta hamparan permaidani merah….

Wahai isteriku….

Lazimilah sifat zuhud ,nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia (jangan meminta-minta) nescaya engkau akan dikasihi mereka….

Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga serta panduan sepanjang hayat….Seterusnya Qiamullail dan puasa serta beristighfar dan bertaubat dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan
kemanisan serta hubungan yang baik dalam beribadah….

Akhir sekali,aku sangat-sangat berharap agar Allah Taala akan menemukan kita disyurga firdaus seperti mana dia menemukan kita di dunia ini….
ada pun kalian anak-anakKu….
Sesungguhnya kalian tidak pernah bermesra denganku melainkan hanya sebentar cuma .
terlalu sedikit tarbiah yang sempat ku berikan kepada kalian .
Ya, aku terlalu sibuk dengan urusan jihad daripada tinggal bersama kalian….

Demi Allah….aku tidak sanggup berkurung di dalam sangkar bersama kalian seperti ayam bersama-sama anak-anaknya .
Aku tidak mampu hidup dengan menyejukkan diri sedangkan kepanasan api dugaan dan ujian membakar hati-hati umat Islam….
Aku tidak rela tinggal bersama kalian sepanjang masa sedangkan realiti umat Islam kini telah mengoyak rabak jiwa setiap mereka yang mempunyai hati dan akal yang waras….


Benar-benar tidak bermaruah jika aku tinggal dalam limpahan kenikmatan….
diangkat satu hidangan dan dituruti pula dengan satu hidangan yang lain, sedangkan umat Islam menderita saban hari .
Dengan ini juga aku berwasiat kepada kalian supaya berpengang teguh dengan aqidah salafus salih (Sunnah Wal Jamaah) dan janganlah kalian menuruti hawa nafsu….

Aku juga berpesan kepada kalian supaya membaca Al-quran ,menjaga lidah, qiamullail, berpuasa sunat ,berkawan baik dan….sama-sama berkerja dan mendokong gerakan Islam….
Janganlah kalian meminta izin dari sesiapa untuk keluar berjihad pada jalan Allah….
Lontaran dan tembakan kalian adalah terlabih baik dan aku sukai….

Sesungguhnya As Syahid Abdullah Azzam telah bersikap benar dan telah menunaikan janji-janji kepada Allah untuk berjuang membela agama dan meletakkan kalimah Allah di tempat yang paling tinggi .
As Syahid telah berdagang sekian lama dan akhirnya….pada 24 November 1989 dagangannya telah dibeli oleh Allah…

AL-FATIHAH…….

Friday, September 5, 2008

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN






4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi

Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al- Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al- Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi
Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja.

12.45 tengah Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 petang Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 petang Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita !!!



6.30 petang Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezeki engkaulah aku berbuka.
Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.
Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknyabaca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yang wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun untuk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH. Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Thursday, August 21, 2008

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

ku anntikan ramdhan,
ku rindukan malamnya,
ku impikan tidur tahajud..
ahlan ya ramadhan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails