Pages

Thursday, May 13, 2010

Fokus Tarbiyah, Jangan Leka Dengan Ramainya Pengikut





Sejarah harakah Islam (Ikhwan Al-Muslimin) tidak berapa lama dahulu telah dapat melihat pertambahan bilangan anggota tanpa mutu yang telah menyukar dan melalaikan harakah. Ini memaksa da’i hari ini untuk mengambil pengajaran. Perkembangan yang seimbang adalah pesanan untuk hari esok. 

Kita katakan, ia adalah pesanan untuk hari esok kerana kita dapati ramai orang telah melupakannya. Padahal itulah wasiat lama dari Imam Hassan al-Banna rahimahulLah yang ditegaskan sejak tahun 1938 di dalam Muktamar (Ikhwan) Ke-5. Ketika menjelaskan pelbagai jenis manusia ketika berdepan dengan kerja. Khayalan langsung tidak menyumbang apa-apa kerana ia hanyalah gambaran sahaja dalam memikul bebanan jihad. 

Hassan al-Banna telah berkata: 

“Jadi saya mahu berterus-terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung. 

- Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.
- Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.
- Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.
- Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap. 

Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. 

Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal. 

Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad. 

Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.” (243 Al-Muktamar Al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 258)

Fiqh itu dipusakai oleh Syed Qutb rahimahulLah. Ini menyebabkan beliau gelisah menjelang hari kematiannya apabila melihat keadaan Sudan yang dilanda dengan demonstrasi umat Islam yang merebak dan meluas memenuhi jalan-jalan raya. Beliau pun memberi wasiat kepada para da’i dari Sudan yang melawatnya. Beliau berkata kepada mereka: 

“Janganlah sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman dan menyediakan para pejuang yang mampu menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama.” (244 Syed Qutb, Kitab al-Syahid, m.s. 91)

Sebenarnya kepentingan pemantapan barisan dalaman bukan hanya kerana untuk memudahkan penyusunan dan memudahkan penggunaan tenaga secara selaras, tetapi, kewujudan “masyarakat tarbawi” ini akan mampu menjadi nursery kepada pentarbiahan ‘anak-anak baru’. Ia akan mampu memperlihatkan bentuk-bentuk Islam dan mendinding mereka dari melihat pemandangan jahiliyyah orang-orang jahil dan menghalang dari mendengar jahiliah dan sekaligus menjauhkan ‘anak-anak baru’ dari kesan dan pengaruh tarbiyyah yang bukan Islam.

Rujuk : Al-Muntalaq – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid m.s.159

HAZMI DIBOK

Wednesday, May 12, 2010

Adakah Abu Thalib Seorang Mukmin?

Petikan Utusan Malaysia 21 April 2010.





Makam isteri Nabi Muhammad, Siti Khadijah Khuwailid di Ma'la yang berhampiran makam anak baginda, iaitu Kassim yang wafat dalam usia yang masih kecil.





TIADA niat untuk mempolemikkan status agama bapa saudara Nabi Muhamad SAW, Abu Talib bin Abdul Mutallib yang dikatakan meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman kepada Allah.

Tetapi ada pihak yang masih bertanyakan mengenai 'kelainan' kisah-kisah sebenar di sebalik kematian Abu Talib itu.

Ini memerlukan untuk kita melanjutkan kisah itu dari tulisan al Mubarakfuri dalam bukunya Sirah Nabawiyyah mengenai peristiwa sejurus bapa saudara baginda itu meninggal dunia.

Rasulullah SAW mungkin begitu kesal dengan kematian bapa saudaranya itu. Namun yang baginda kesalkan adalah apabila sehingga di saat kematian bapa saudaranya itu pun, Abu Jahal masih tidak berputus asa menghalang penyebaran Islam.

Tuesday, May 11, 2010

STAND UP!!!

Assalamualaikum wbh..

kesibukan menghandle Minggu Pengurusan Pelajar Baru bagi kemasukan sesi 2010/2011 ke Kolej Matrikulasi Kedah pada siri ni.. ditambah dengan menghabiskan sisa-sisa hari akhir di Asian Composite Manufacturing SDN.BHD\.. sgt menguji kekuatan fizikal, dalamn n luaran..

Alhamdulillah, lagu nie mampu menyemarakkan lagi semarak perjuangan bersama adik-adik..

Sahabat-sahabat, chaiyuk2x....

Sunday, May 9, 2010

Hukum Menyambut Hari Ibu



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Maka jawabnya HARI IBU di fatwakan oleh ulama’-ulama’ di sebelah Timur Tengah adalah haram kerana hari ibu ini asalnya adalah hari“The Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God yang bermaksud hari ibu Tuhan, orang kristian mengangap maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s ini adalah ibu Tuhan. Dalam Islam menyuruh umatnya mengenang jasa ibu ini setiap masa dan waktu sepanjang tahun bukan setakat satu hari sahaja.

Begitulah juga dengan HARI BAPA, semua ini tiada dalam Islam, disebabkan kita ni jahil sangat, orang sambut kita sambut, sedangkan kita tidak tahu apakah itu dari Islam atau tidak.

Sumber: Al-Azhar Ad Din

Saturday, May 8, 2010

HARU-BIRU DAH LAA NIE..


Guru tertekan ditemui lemas 

berita dibawah  dipetik daripada blog kedah lanie.. pening sungguh laa nie, sampai cikgu pun sudah lemah pegangan agama, sanggup bunuh diri diatas hal yang kecik.. apa nk jadi nie.. kalu da ciklgu pun jadi cam ni... cam na pulak lah adik-2 sekolah nanti.. erm...


KANGAR - Seorang guru lelaki daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi ditemui lemas selepas dikatakan tertekan apabila diarah berpindah ke sekolah baru sejak dua bulan lalu, berhampiran pantai Kuala Sungai Baru, dekat sini, semalam.

Mangsa, Zuki Ibrahim, 40, ditemui terapung di tepi pantai terbabit selepas lebih empat jam dilaporkan hilang.

Mayat Zuki ditemui orang awam kira-kira jam 1.20 petang pada jarak hampir 10 meter dari pesisir pantai Sungai Bahru selepas gerakan mencari dilakukan sepasukan anggota penyelamat.

Thursday, May 6, 2010

CLASH IDENTITI.. ANTARA TARBIYYAH, DAKWAH DAN SIASAH




Kesibuk-sibukan Pilihanraya tidak berapa kecil, mutakhir ini, banyak yang bertanya dan  tertanya-tanya begitu pelik benar dunia hari ini. Yang Gila ada yang  berkata Politik hari ini, Politik Gila Kuasa. Yang buta pulak berkata Politik hari ini adalah Politik Kotor. Yang bisu juga nak melabel,kan sebagai Politik Songsang.


Juga yang clash fikrah turut berkata-kata pada Si 'Tarbiyyah". Banyak melalut menggambarkan banyak yang kita ke'tidaktahu'an dan ke'tidakmahu'an untuk membuka ruang untuk difahamkan.

Celaru fikrah.. tarbiyyah, dakwah dan siasah.

Wednesday, May 5, 2010

Kuasa politik dan kuasa agama


Islam dan ulama


Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-'Araf ayat 75-76.

Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran: "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).

Pemerintah dan ulama

Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah". (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Inilah Perbezaannya...

Tuesday, May 4, 2010

TUAN BUAT APA? SAYA DAH BUAT APA??


Dr Yusuf  Al-Qaradhawi pernah menyebutkan didalam makalah karangannya iaitu Dimana Kesilapan Kita,
Beliau  mengatakan  bahawa salah seorang pendengar  telah bertanya kepada salah seorang pendakwah selepas majlis kuliah yang disampaikannya,

“Tuan telah melalui 30 tahun, tuan sentiasa berbicara. Jadi, Apakah perubahan yang tuan buat?”

 Pendakwah tersebut menjawab menggunakan hujah yang logik, dia mengatakan,
“Anda juga telah melalui selama 30 tahun mendengar, jadi apakah perubahan yang ada lakukan?!”


Sahabat Ikhwanul Muslimin sekalian...
Orang yang mendengar mempunyai tugas tersendiri  sebagaimana yang diwajibkan kepada pendakwah.

Tanggungjawab memindahkan bicara kepada amalan,
 pemikiran diubah menjadi realiti perbuatan,

sekalipun berbeza tahap tanggungjawabnya.

Dengan menyedari potensi diri  dan sentiasa bermuhasabah  bertanya kepada diri

“sampai bila lagi kita akan  hanya “mendengar” dan 
Bila pula kita akan memberi??”



Corak pemikiran Duat yang sangat hebat adalah Setiap kali mendengar apa sahaja Ilmu, kita akan berfikir dan berazam untuk menyampaikan pula kepada orang lain.

Para Nabi sentiasa berfikir bagaimana ingin menarik lebih ramai mad’u untuk bersama dalam jamaah Islam. Bagaimana untuk mencungkil potensi diri para mad’u. Berdakwah kepada mad’u yang asalnya adalah kafir, bermula dari kosong ditarbiyyah dan dibentuk dan akhirnya individu yang kosong ini sudah mampu bergerak.

Seperti kata Saudara Idris iaitu Presiden GAMIS ialah

“org yang ditarbiyyah adalah orang yang bergerak, bukanlah tarbiyyah jika tidak bergerak”

Para Duat tidak hanya menjadi zarah kosong tetapi menjadi jasad tegar yang sentiasa cuba bergetar di kedudukan nya semaksimum mungkin. dan bila sampai masanya, dia akan bergerak lebih laju walaupun dia sedar bahawa dirinya masih didalam saiz yang sama.
Bekerja dan beramallah walau dimana dan dengan siapa kita berada. Menanamkan keghairahan kepada kebangkitan Islam akan menghalakan setiap pemikiran kita kepada Islam.
Keghairahan semata tidak mencukupi selagi tidak berazam dan berusaha untuk menjadikan

“KEBANGKITAN ISLAM ITU AKAN BERMULA HARI INI DI 

KAMPUNG AKU SENDIRI!!!”

Monday, May 3, 2010

Budak 5 Tahun Ceramah Tentang Islam


                                                 

Walaupun dia bukanlah graduan yang ada ijazah, dalam umur 1 tahun dia dah pandai membaca al-Quran dan dia boleh bertutur dalam banyak bahasa tanpa pergi belajar. Ayat pertama yang diucapkan adalah "Kalau kamu beriman kamu akan diterima oleh Allah" yang dituturkan dalam bahasa Arab padahal dia bukanlah org Arab. Dia juga berkata dia akan hafiz al-Quran dan hafal sema maksud al-Quran pada umurnya 1 tahun.
Dia dilahirkan dalam keluarga Kristian dan sejak berlakunya keajaiban ini, ibu bapanya memeluk Islam begitu juga dengan orang yang melihat kejadian ini.
Sekarang dia bergelar Sheikh Sharifuddin dan sekarang dia berumur 5 tahun dan sudah mengetahui semua isi kandungan al-Quran.
INGATLAH...TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH!

10 Ramalan Nostradamus yang Popular


Dalam post sebelum ini, aku telah bercerita tentang Siapakah Nostradamus. Kali ini aku nak kongsikan 10 ramalan Nostradamus yang telah terjadi dan agak popular di kalangan para pengkaji dan pengikutnya. Sebenarnya sudah terlalu banyak ramalan beliau yang telah terjadi. Cuma 10 ramalan ni adalah 10 ramalan yang amat popular. Jadi, aku nak kongsikan dengan korang semua.

Ramalan-ramalan ini sekadar kajian semata-mata. Tidak di benarkan untuk menjadi panduan hidup yang sebenar. Sebagai seorang muslim, hanya al-Quran dan sunnah panduan yang lengkap dan boleh di percayai. Sekadar peringatan sahaja kepada anda semua tujuan artikel ini ditulis. Terpulanglah kepada anda untuk memikirkannya. Ingatlah, Allah maha berkuasa atas sesuatu.
10 ramalan-ramalan itu adalah :
10. Revolusi Perancis (France Revolution)
“From the enslaved populace, songs,
Chants and demands
While princes and lords are held captive in prisons.
These will in the future by headless idiots
Be received as divine prayers”
Maksudnya:
Orang-orang (“the enslaved populace”) bangkit dengan kekuatan. Golongan beraja (aristokrasi) dijatuhkan dan dipancung (“While princes and lords are held captive in prisons”). Dalam versi lain, “the ‘great wall’ falling” dikatakan merujuk kepada rusuhan di Bastille. Keadaan ini berlaku semasa Revolusi Perancis, dimana golongan bangsawan atau beraja dijatuhkan dan republik di tubuhkan apabila rakyat bangkit merusuh.
9. Kebakaran Dahsyat Kota London (The Great Fire of London)
“The blood of the just will commit a fault at London,
Burnt through lighting of twenty threes the six:
The ancient lady will fall from her high place,
Several of the same sect will be killed.”
Maksudnya:
Peristiwa kebaran kota London terjadi pada tahun 1666, namun tidak ramai orang yang mengetahuinya. Peristiwa ini benar-benar melenyapkan London lama (“The ancient lady”) di dalam dinding tua Romawi. Hanya enam korban jiwa yang benar-benar diketahui (“the six” di baris kedua merujuk kepada jumlah kematian), walaupun mungkin banyak dari penduduk London yang meninggal ketika itu, tetapi mereka tidak tercatat dalam sejarah. Kebakaran ini amat dahsyat dan kebaran paling besar yang pernah dicatatkan dalam sejarah Kota London. Menurut sejarah, api bermula dari sebuah kedai roti, yang kemudian melahap seluruh kota London dalam tempoh tiga hari. Jika penduduk London ketika itu melihat catatan Nostradamus, mungkin mereka dapat selamat dari maut.
8. Kematian Lady Diana
“The penultimate of the surname of Prophet
Will take Diana [Thursday] for his day and rest:
He will wander because of a frantic head,
And delivering a great people from subjection.”
Maksudnya:
Ayah kepada kekasih Lady Diana, Dodi Al-Fayed, bernama Mohammed (“Prophet” – Nabi Muhammad). Apakah kematian Lady Diana merujuk kepada “a great people from subjection”? Mungkin bukan, namun kita semua setuju bahwa Anglo-Saxon (Great Britain) merupakan bangsa yang terdiri dari orang-orang hebat. Faktanya sendiri, bahwa nama “Diana” jelas-jelas disebut di ramalan Nostradamus, dan tulisan nama yang spesifik seperti ini sangat jarang ditemukan dalam karya-karya Nostradamus.
7. Ribut Katrina
“The cities of Tours, Orleans, Blois, Angers, Reims and Nantes
Are troubled by sudden change.
Tents will be pitched by (people) of foreign tongues;
Rivers, darts at Rennes, shaking of land and sea.”
Maksudnya:
Apakah perkataan Orleans yang dimaksudkan oleh Nostradamus diatas adalah NEW Orleans? “Shaking of land and sea” mungkin merujuk kepada ribut. “By (people) of foreign tongues” bermaksudpertolongan sukarelawan dari seluruh dunia (untuk mangsa ribut Katrina). Dan yang dimaksudkan Tours, Blois, Angers, Reims dan Nante berkemungkinan besar banda-bandar yang dilanda ribut katrina. Dan perkara ini telah berlaku tidak lama dahulu di mana kawasan yang dinyatakan di landa ribut yang sangat dahsyat.
6. Kematian John F. Kennedy dan Robert F. Kennedy
“The great man will be struck down in the day by a thunderbolt,
An evil deed foretold by the bearer of a petition.
According to the prediction, another falls at night time.
Conflict at Reims, London and a pestilence in Tuscany.”
Maksudnya:
“Thunderbolt” bermaksud gunshot atau tembakan. Dan “the great man will be struck down in the day” bermaksud kematian John F. Kennedy. “Another falls at night time” harusnya ditujukan kepada Bobby Kennedy yang mati lima tahun kemudian. Maksud Reims, London, dan Tuscany masih belum dapat di terjemahkan lagi. Kemungkinan besar ianya nama tempat atau kawasan.
5. Louis Pasteur
“The lost thing is discovered, hidden for many centuries.
Pasteur will be celebrated almost as a God-like figure.
This is when the moon completes her great cycle,
But by other rumors he shall be dishonored.”
Maksudnya:
Louis Pasteur (1822 – 1895) merupakan seorang ilmuwan kelahiran Perancis. Beliau dikenali sebagai salah satu ilmuwan mikrobiologi terbesar sepanjang masa. Penemuan-penemuannya yang tak ternilai bagi dunia diantaranya adalah proses pasteurisasi, iaitu mematikan bakteri yang ada di susu dengan pemanasan, dan vaksin antraks (“the lost thing is discovered, hidden for many centuries”). Pasteur, dalam bahasa Perancis dapat juga bermaksud “pastor” atau pendeta. Oleh karena itu, beberapa orang mengatakan ramalan ini hanya sekadar prasa kata dari Nostradamus tentang pendeta tua . Yang lain mengatakan ini adalah ramalan langsung tentang orang yang mempelajari mikrobiologi dan menemukan susu tahan bakteri dan vaksinasi antraks. The moon completes her great cycle juga fenomena yang berlaku sekitar 1800 hingga 1900. Dan ini menunjukkan tempoh berlakunya kejadian ini.
4. Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki
“Near the gates and within two cities
There will be scourges the like of which was never seen,
Famine within plague, people put out by steel,
Crying to the great immortal God for relief.”
Maksudnya:
Hiroshima dan Nagasaki (“Two Cities”) dibom atom pada 6 dan 9 Ogos 1945. “Scourges the like of which was never seen” dan “Crying to the great immortal God for relief” merupakan keadaan apa yang terjadi pada 6 dan 9 Ogos 1945. Selepas di bom, kedua-dua bandar ini kelihatan seperti tidak pernah wujud. Kosong di ratakan bom atom. Mereka yang selamat meneruskan hidup dengan penuh kepayahan dan kemiskinan. Hanya tuhan sahaja tempat bergantung. Namun beberapa pengkaji menbantah ramalan ini ditujukan kepada kejadian Hiroshima dan Nagasaki dengan mengatakan ramalan tersebut samar-samar dan tidak jelas, kemungkinan ramalan ini akan terjadi pada masa hadapan.
3. World War II dan Hitler
“The two greatest ones of Asia and of Africa,
From the Rhine and Lower Danube they will be said to have come,
Cries, tears at Malta and the Ligurian side.
Also …
From the depths of the West of Europe,
A young child will be born of poor people,
He who by his tongue will seduce a great troop;
His fame will increase towards the realm of the East.”
Maksudnya:
Dua quatrain ini mungkin menceritakan tentang Perang Dunia II dan Hitler dan mungkin juga bukan. Mungkinkah “A young child will be born of poor people” adalah Adolf Hitler dan beliau amat dikenali dengan kekejamananya. Hitler menggunakan kepakaran berpidatonya untuk membakar semangat tenteranya (“He who by his tongue will seduce a great troop”). Dan hitler telah menyebarkan sayapnya jauh ke timur (“His fame will increase towards the realm of the East.”)
2. Sept. 11, 2001 (The 9/11 Attack)
“Earthshaking fire from the center of the Earth
Will cause tremors around the New City.
Two great rocks will war for a long time,
Then Arethusa will redden a new river.”
Maksudnya:
“Two great rocks” dapat bermaksud “two towers” dan kejadian ini menyebabkan peperangan yang panjang di Afghanistan dan Iraq oleh Amerika (“Two great rocks will war for a long time”)Namun dapatkah kita katakan kedua menara itu sedang berperang? “Earthshaking fire”, “tremors”, “rocks will war”, merujuk kepada semasa runtuhan 2 tower ini. Orang ramai meramalkan ia bermaksud gempa bumi. “Will cause tremors around the New City” , New City merujuk kepada tempat kejadian ini berlaku iaitu New York city.
1. Hari Kiamat (End of The World)
Hari kiamat hanya Allah sahaja yang mengethui tarikh sebenarnya. Banyak ramalan Nostradamus yang dikaitkan dengan hari kiamat tetapi tidak menjadi. Mungkin ianya tersilap tafsir atau mungkin jua Nostradamus sendiri tidak tahu bilakah Hari Kiamat itu akan berlaku. Namun begitu, para pengikut Nostradamus percaya bahawa Nostradamus mengatakan dunia pasti akan berakhir, dan kita semua pun percaya walaupun kita tidak percaya kepada Nostradamus. Yang paling terbaru, orang mengatakan bahwa dunia akan kiamat pada tahun 2012. Namun begitu, catatan ramalan Nostradamus meramalkan sehingga tahun 3797 iaitu abad ke 38. Dilarang bagi kita untuk mempercayainya kerana hanya Allah sahaja yang lebih Maha mengetahui tentang hal ini.
Apa yang dapat aku katakan disini, Nostradamus memang manusia yang mempunyai kelebihan untuk meramal masa depan. Mungkin ada di antara kita yang mengatakan pelbagai spekulasi tentang beliau. Namun, secara asasnya ilmu adalah untuk di kaji dan digunakan kearah kebaikan. Jika ilmu itu elok, ambillah ia. Jika tidak, cukuplah sekadar tahu dan tinggalkan. Jangan biarkan kerana hal duniawi yang kecil, kita gadaikan kehidupan akhirat yang selamanya.

Siapakah Nostradamus??


Pada post kali ini, aku nak ceritakan sedikit tentang seseorang. Siapa? Aku bukan nak ceritakan tentang tokoh-tokoh Islam tapi post kali ini aku ingin kongsikan sedikit sebanyak tentang Nostradamus dan sedikit kisah hidupnya serta beberapa ramalanya yang telah terjadi. berdasarkan hasil pencarian aku dalam internet. Sebenarnya dah lama aku dengar cerita tentang beliau ini cuma baru sekarang terdetik nak postkan something tentang beliau. Setelah buat sedikit rujukan di internet ni banyak juga yang aku dapat tahu tentang beliau untuk dikongsi. Tidak ramai yang mengenali beliau. Beliau merupakan seorang pakar ramalan yang amat terkenal sehinggakan semua ramalan beliau menjadi kenyataan. Namun bagi seorang Muslim, tiada yang sebenar-benarnya melainkan dari al-Quran dan hadis sahaja. Apa yang di tulis disini sekadar berkongsi maklumat dan pengetahuan am.


Cukuplah sekadar mengkaji dan memahami apa yang ingin di sampaikan beliau. Terpulanglah pada kita nak percaya atau tidak. Siapakah Nostradamus? Nama sebenar beliau ialah Michel de Notredame, lahir pada 14 Desember 1503 di sebuah kota bernama St.Remy di Perancis dan dia meninggal pada tahun 1566 seperti mana yang telah diramalkannya sendiri. Semenjak kecil lagi, beliau mempunyai kemampuan untuk melihat masa depan atau dipanggil Clairvoyance dan kemahiran ini diwarisi daripada datuknya.

Sepanjang hidupnya, beliau telah menulis banyak sekali ramalan yang di tulis dalam bentuk Quatrin atau sajak empat baris. Quatrin-quatrin ini di bahagikan kepada beberapa bahagian yang di panggil The Centuries. Di dalam setiap quatrainnya, beliau menggunakan ayat-yat yang agak membingungkan, nombor-nombor yang pelik dan gambaran-gambaran yang penuh misteri. Beliau tidak menulis sesuatu ramalannya itu dengan tepat dan kata yang mudah di fahami kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Pada zaman tersebut, pemerintah ketika itu sedang giat untuk menghapuskan golongan ahli sihir dan pengamal ilmu hitam. Ketika itu, siapa yang ditangkap akan di bakar-bakar hidup-hidup. Untuk mengelakkan diri beliau dituduh sebagai ahli sihir, beliau menulis ramalannya dengan kata-kata yang penuh misteri.

Mengikut datuknya, beliau turut menjadi doktor apabila sudah dewasa. Beliau banyak menggunakan ubat-ubatan dari alam semulajadi dan memperkenalkan kaedah selimut yang bersih dan udara segar untuk merawat pesakit. Ketika itu Eropah sedang di landa satu wabak sehinggakan zaman itu di panggil The Black Plague atau Le Charbon. Nostradamus ketika itu bijak merawat pesakit yang terkena wabak itu kerana di katakan beliau telah melihat kaedah rawatan masa depan yang canggih dan teratur melalui kemahiran melihat masa depannya. Sebagai contohnya, salah satu quatrain beliau di tulis seperti di bawah:


“The lost thing is discovered, hidden for many centuries.
Pasteur will be celebrated almost as a God-like figure. This is when the moon completes her great cycle,
but by other rumors he shall be dishonored.”
(The Centuries I, Quatrain 25)
Maksudnya:
“Barang yang hilang ditemukan, tersembunyi selama berabad-abad.
Pasteur akan disanjung tinggi seperti dewa.
Pada saat bulan melengkapi bulatannya yang besar, Tapi dengan desas desus lain, ia akan tidak dihormati.”
Dalam Quatrin diatas, beliau menyebut nama Pasteur (Louis Pasteur), 4 abad sebelum kelahiran ilmuan tersebut dan beliau juga turut menyebutkan tempoh waktu kejadian tersebut. Mengikut kajian astrologi, “bulatan besar bulan” terjadi dalam tempoh antara 1880 dan 2535. Louis Pasteur membuka institut terkenalnya di Paris pada tahun 1888. Penemuan Pasteur tentang penyakit berjangkit dari kuman dan bakteri telah mengubah masa depan bidang kedoktoran. Selain pasteurisation, beliau juga menemui kaedah vaksin. Namun, pengamal perubatan ketika itu banyak menentang penemuan Pasteur ini dan mencoba menggagalkannya dengan menyebarkan desas-desus atau khabar angin yang tidak baik seperti yang telah diramalkan oleh Nostradamus pada ayat terakhir Quatrinnya diatas.



Pada 1 Julai 1566 seorang pembantunya telah masuk ke dalam bilik Nostradamus untuk mengucapkan selamat malam dan Nostradamus hanya menjawab “Kamu tidak akan menjumpaiku lagi setelah matahari terbit esok”. Tepat seperti apa yang di ramalkannya, pagi itu beliau meninggal akibat penyakit gout yang amat teruk. Mayat Nostradamus dikuburkan dalam posisi berdiri, di dalam lubang pada dinding Gereja Cordeliers. Setelah lebih 1 abad mayatnya dikuburkan di Gereja Cordeliers, mayat beliau dipindahkan ke gereja St. Laurent atas faktor keselamatan. Ramai yang ingin mendapatkan mayatnya kerana di percayai kod atau kunci untuk memecahkan ramalannya tertanam sekali dengan mayatnya.

Semasa proses pemindahan, pekerja yang bertanggungjawab membuka peti mayat Nostradamus terperanjat besar apabila dia menjumpai rantai medal yang tertulis ‘1700′ di badan mayat itu. 1700 adalah tahun pada waktu itu iaitu 134 tahun selepas Nostradamus meninggal dunia. Kelihatan Nostradamus sendiri tahu bilakah mayatnya akan di pindahkan dan di meninggalkan medal yang bertulis ‘1700′ sebagai petunjuk. Walaupun sudah mati, Nostradamus tetap bermain dengan ramalannya!\

rujukan: sini

Sunday, May 2, 2010

Ashabul Ukhdud (versi komik) [SIRI AKHIR]





Sahabat-sahabat, malulah kita kepada Bayi yang kecil ini, malulah kepada mereka diatas ujian besar yang Allah beri pada mereka. Kenapa Jihad dan Pengorbanan mereka sehingga ke tahap sedemikian rupa? tidak lain kerana mereka menyembah Allah adalah kerana mereka faham, bukannya bertaklid, ataupun Islam Baka yang selalunya tidak menghargai Kalimah toyyibah yang jadi pegangan selama ini. tetapi mereka berpegang teguh pada Islam kerana Mereka benar-benar faham!

Moga anda terhibur dan mendapat ibrah(pengajaran) dari sepanjang Siri-siri kisah sirah ini...
~TAMMAT~

Saturday, May 1, 2010

Ashabul Ukhdud (versi komik) [SIRI VI]


HA???  matikah hero kali ni?? ermm.. jawapannya di siri akan datang... selamat membaca

Ashabul Ukhdud (versi komik) [SIRI V]


adakah Ghulam akan terbunuh dalam siri akan datang?? jeng.. jeng...  tunggu sat ja... satgi akan bersamabung plak.... rajin-rajin la folo yer...

PENDIRIAN GAMIS BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID




KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA (GAMIS)
BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID

Pendahuluan


Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid, 15 tahun, pelajar Sekolah Menegah Seksyen 7, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun namun dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrashid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta semasa kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, kawan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi ini melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.


Pendirian GAMIS :


Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian :

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan tambahan pula, kalaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana kerana masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam. Kemungkinan ianya turut menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam kenyataan media sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, prkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesa agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.


Penutup

GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin menugcapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails