Selalu-selalu aku mengarang dan menulis bukan ilmiah tetapi beisi.. terdetik kali ini untuk lebih berisi dan mengisi. biarkan dapat memaknakan erti perkongsian. kali ni, ana nak bawa sahabat-sahabat pergi mengembara ke sebuah tempat bernama Jahannam..
Suatu hari, Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
· Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
· Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
· Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
· Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya,
Allah hai, sahabat ang dirahmati Allah, begitu pedihnya siksa ini.. sesiapa yag sudah berkenalan dengannya pasti akan cuba menjauhi. tetapi bagi yang tidak cuba mengetahui pastinya dia makin jauh hilang erti takut & gerun dalam iman mereka..
Shabat2, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: Tidak, tetapi selalu terbuka, tiap satunya di bawah dari lainnya, dari satu pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (lebih bawah lebih panas).
T anya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk pintu masing-masing?"









![[2009-07-10_165939.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuDV4jN4GYBHxsH_ykOnOwyCxU-P5Xczvx3-gi7cvYkkbFj8blfDCBLPIrqPBpw7nJUEHM24Sl2CigqVkCcZz3OFsoGNnRhdyH3qzUUCAhEEGfFNAuUQEshKZKwi-2r7HDjDo1a01LENwV/s1600/2009-07-10_165939.jpg)