Pages

Wednesday, November 24, 2010

Gelagat Adik2 Kita di Sekolah mahupun di Kampus...



Bila cikgu tiada dalam kelas :
Bila cikgu panggil :
 Bila kena hadiri kokurikulum :
 Bila waktu rehat :
 Bila dapat homeworkdari cikgu :
 Bila tengah cari idea
untuk buat karangan :
 Bila homework yang
cikgu bagi susah nak buat :
 Bila otak jem... :
 Bila member banyak songeh
dan berlagak pandai :  Bila member tukar
fikiran saat akhir :
 Bila cikgu suruh studylebih masa :
 Cikgu suruh datang sekolah
waktu cuti ada tuisyen 'urgent' :
 Bila dah terbuat silap
pada homework yang cikgu bagi :
 Bila homework
disiapkan dengan jayanya :

Bila dapat C.U.T.I :
Happening!!!

Tuesday, November 23, 2010

Rehatkan Minda...

Esok dah nak exam da... [doakan yer moga suksess semua paper... esok start dengan paper Rapid Engineering]

JOM WAT SENAMAN RINGAN JAP, kita segarkan minda kita....

chick emoticon 17 satu..dua...tiga.. chick emoticon 28empat..lima..enam... chick icon 12 tujuh... lapan...lapan 


lagi... chick icon 11tarik nafas dan lepas......




SET DALAM OTAK!!  MINDA SEPARA SEDAR... BAHAWA AKU AKAN :


CEMERLANG DENGAN GEMILANGNYA PADA ESOK HARI!!!!








Sunday, November 21, 2010

Ustaz Azhar Idrus diserang ''Heart Attack''- Tolong Doakan....


Assalamualaikum wbh, Mohon sahabat-sahabat pengunjung melakukan Solat Hajat/ Doa/Yasin sama ada secara Fardi atau Jamaei untuk memohon kesejahteraan & kesihatan  kepada Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus yang diserang penyakit Heart Attack.

Beliau kini sedang dirawat  di CCU Hospital Kuala Terengganu.

Bersamalah kita berdoa kepada Al-Fadhil Tuan Guru yang telah banyak berjasa kepada Dakwah di bumi Malaysia ini!!!

Thursday, November 18, 2010

JOM BERSAMA TOK GURU BESAR DUNIA NI....!!

MEMO





As-syeikh sayyid ramadhan al-bouti(pengarang kitab fiqh sirah) akan mengunjungi Malaysia

pd 30 november 2010
di Kolej Universiti Islam Selangor, (KUIS), bangi,
pada pukul 9.00 malam,

Orang ramai di jemput hadir ke sana!!!



Wednesday, November 17, 2010

Nahas Korban!!


Tajuk macam bes ja.. tapi bagi kita da biasa dah.. Biasalah time2 raya ni mesti ada nahas, mesti ada yang terkorban... tapi malangnya berita nahas seperti jarang media besar-besarkan... entahlah kenapa...

 Tahun ini ,Walaupun memilih untuk beraya di Perlis Daruss Sunnah tempat belajar ambo, perit juga sebab tahun pertama x bersama keluarga.. selalunya di kampung raya2 pertama ni  kami akan kumpul ramai2.. sampai penuh rumah.. Semua ada masa tu... kan bes.. 

Masa Arwah ayah ada dulu lagi bes.. masa  tue.. Arwah ayah adalah orang yang paling orang suka dalam keluarga besar kami.. dialah agen penyatu untuk kesemuanya.. dialah paling lawak dalam semuanya.. hehe.. sebab tue turun kat anak dia  ni.. kuatkan sangat melawak.. hehe..

Alhamdulillah, Raya tahun ni terisi dengan aktiviti korban seekor lembu,... mula dari pagi lagi.. sejurus selepas solat raya, suma pakat balik salin baju n datang ke surau terus...

aku dengan hafizudin pi tangan kosong nk bawa pisau tapi x dak.. hu~




ni muka lembu tadi.. hensem kan??
aktiviti melapah dimulakan..
hero2 Biomedic pun ada sini nampaknya... 
(aku hero kamera ja... lala~  )

Dakwah: Jalan Siapa?

Posted by Picasa

Tuesday, November 16, 2010

Raya Pertama tanpa keluarga

Salam Eidul Adha.. & salam Tadhiyyah..

Baru lepas solat Raya tadi di Surau Semarak, Kuala Perlis.. rasa lain semacam ja... nilah kali pertama raya x bersama keluarga. nak kata seronok mungkin ya mungkin juga tidak...  tapi apa bleh buat exam da menghampiri.. so, aku memilih untuk tidak pulang dgn harapan  dapt stadilah bila di kampus ni... (hehe~ yeke stadi)...

Sebenar nak cuba ambil kesempatan meraya di luar... jauh dari keluarga.. n juga mungkin sebagai persiapan untuk aku menjadi orang  Perlis tetap disini.. MungkinKah.. ermmm...

x ada apa pun nak update disini.. saja2 merapu.. hehehe.. Maka dengan ini ter'update'lah blog aku....

sebagai pengakhiran nak ucap "Selamat Hari Raya Aidul Adha" kepada semua pengunujung blog.. terutama kepada keluarga di kampung yang juga pembaca setia.. (hehe....) 

  =)~


da~ nak kembali ke surau utk lapah lembu plak.. =)~

15 maksiat yang mengundang bala.~~


Allahu Akbar, ralit2 dok tilik artikel, terbaca satu hadis panjang pernah disyarahi oleh Ustaz Yusaine dulu... Dari 15 perkara ini, hampir keseluruhan telah ada di Negra kita.. apa mungki n kita bisa menolak atau menepis @ menangkis Bala n Musibah yang akan Allah turunkan pada kita?? Biar setinggi mana pun tembok/benteng yang kita bina, Kuat mana sekalipun Bala tentera kita. tapi ingatlah ayat2 Allah di hujung Surah  Yasin... iaitu 'Kun fayakun''..  kita x daya upaya melainkan sedikit , maka Allahlah tempat pergantungan kita...


Maksud hadis :
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami yang menuruti kehendak isteri.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.



Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

Sunday, November 14, 2010

AL- Fatihah Buat Sahabat UKM


Siti Esah Binti Mohamed, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam tahun 3 telah kembali ke rahmatullah jam 11.30 pagi tadi akibat kecederaan parah kerana kemalangan semalam. Maisarah Binti Ghazalli juga siswi jabatan syariah tahun 3 yang cedera parah telah kembali stabil selepas pembedahan.

Kedua-dua mereka dilaporkan bertolak kembali ke kampong halaman setelah tamat peperiksaan akhir. Perjalanan mereka menaiki kereta kancil akhirnya merempuh lori trailer yang mengakibatkan kecederaan parah di Gua Musang, Kelantan semalam lalu dikejarkan ke Hospital Kuala Krai. Untuk pengetahuan, arwah Siti Esah meninggalkan 8 orang adik-adiknya dan ibunya yang bekerja di kampong.

AL-FATIHAH

Hari Arafah hari istimewa.





- Hari Arafah hari istimewa.

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)



- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.


Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : " Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.".(Riwayat Ahmad)



- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.


Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)








Lupakan Musibah, Titipilah Hikmah & Pengajaran...

Dah lama tidak mencoret, ku luangkan sedikit masa yang sangat mahal ini, untuk sedikit Taujih buat diriku dan juga dirimu….


Buat Sahabatku……




Setiap Perubahan Yang Berlaku Adalah Dari Dalam Diri Kita Sendiri…

Sentiasalah Berfikiran Positif Agar Kita Sentiasa Berjaya Mengatasi Setiap Masalah Yang Melanda…

Jangan Mudah Berasa Puas Dengan Kesenangan Yang Diberi…

Kerana Suatu Hari Nanti Tidak Mustahil Akan Ditarik Balik Apa Yang Diberi Kepada Kita…

Perjalanan Beribu Batu Bermula Daripada Langkah Pertama…

Ada Badai Dan Jurang Di Sepanjang Perjalanan Itu…

Kadangkala Ia Memerlukan Pengorbanan Yang Bukan Sedikit…

Kadangkala Ia Dipenuhi Dengan Linangan Air Mata…

Kalau Takut Untuk Melangkah, Masakan Mungkin Nasib Kita Akan Berubah…




wanhikmah
Kuala Perlis, Perlis
14 November 2010



Wednesday, November 10, 2010

Amalan Yang Baik 10 Malam Pertama Bulan Zulhijjah



Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre
Salam buat semua.
Sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan, dakwah, tarbiah, usrah, organisasi dan haraki, terlupa saya untuk memasukkan di sini kembali entri lama saya di blog lama saya berkenaan amalan zulhijjah. Moga tak terlambat untuk sama-sama kita perbanyakkan amalan.
Allah Ta’ala berfirman di dalam Surah Al-Fajr, ayat 1-2 yang lebih kurang ertinya:
“Demi waktu Fajar, dan malam yang sepuluh”
Para Ulamak berselisih pada tafsiran ayat di atas. Al-Imam Assuyuthi di dalam Tafsirnya mengatakan Al-Fajrdi daam ayat tersebut membawa erti setiap pagi secara mutlak. Sesetengah ulamak pula mengatakan, pagi hari pertama Zulhijjah, ada yang mengatakan pagi 9 Zulhijjah (Hari Arafah) dan ada yang mengatakan ia memberi isyarat kepada pagi 10 Zulhijjah.
Malam yang sepuluh atau Walayalin Asyr di dalam ayat yang kedua pula mempunyai tiga tafsiran.
Sesetengah Ulamak mengatakannya sepuluh malam terakhir Ramadhan. Tafsiran kedua, ia adalah sepuluh malam pertama bulan Muharram. Tasfiran yang ketiga dan masyhur seperti dipersetujui oleh Imam Suyuthi, yang dimaksudkan di sini adalah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah. Pendapat ini juga disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Nasiriddin Addimasyqi As-Syafie.
Sebahagian ulamak salafussoleh menyebutkan, terdapat 3 himpunan sepuluh hari yang dimuliakan oleh Allah iaitu, 10 hari terakhir bulan Ramadhan, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan 10 hari pertama bulan Muharram. Sebahagian ulamak mengatakan, antara ketiga-tiga himpunan tersebut, 10 hari pertama bulan Zulhijjah adalah yang paling mulia, kerana padanya terdapat Hari Tarwiah (8 Zulhijjah), Hari Arafah (9 Zulhijjah) dan Hari Nahr (10 Zulhijjah), selain ia merupakan penutup kepada Asyhurum Ma’lumat (bulan-bulan yang dimaklumkan untuk melakukan ibadah Haji).
Selain itu, fadilat bulan Zulhijjah ini sebagai salah satu bulan Haram yang mulia tidak perlu disebutkan lagi di sini dan umum patut sudah mengetahuinya.
Oleh itu, wahai saudaraku sekalian, rebutlah peluang untuk mengecas semula bateri keimanan kita yang kian pudar, dan menggarap sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Allah yang Maha Pemurah kepada hamba-Nya dengan memuliakan hari-hari ini. Marilah kita memperbanyakkan lagi amal ibadat kita secara umum dan mempertingkatkan lagi kualiti ibadah yang sedia ada.
Ulamak Salafussoleh juga menganjurkan kita memperbanyakkan bacaan-bacaan di bawah sepanjang 10 hari pertama bulan Zulhijjah. (Maaf, ada masalah pada Arabic Font, jadi perlu ditransliterasikan ke rumi)
La Ilaha Illallah ‘adadad duhur
La Ilaha Illallah ‘adada amwajil buhur
La Ilaha Illallah ‘adadan nabati wassyajar
La Ilaha Illallah ‘adadal qutri walmator
La Ilaha Illallah ‘adada lamhil ‘uyun
La Ilaha Illallah khairum mimma yajma’un
La Ilaha Illallah min yaumina hadza ila yaumi nufikha fis sur
Ana sebutkan tujuh zikir sahaja daripada banyak lagi zikir yang dianjurkan, kerana tujuh zikir di atas adalah yang paling masyhur dan disepakati oleh para salafussoleh. Untuk mendapatkan lagi zikir yang lain rujuklah kepada tok-tok guru yang mulia.
Usah dilayan pula mereka yang ditimpa “Mental Block” sehingga mengatakan amalan ini bid’ah yang haram dan sebagainya. Biarkan sahaja mereka dengan khayalan mereka. KIta teruskan beribadat mengikut sunnah dan memperbanyakkan zikir, moga ditenangkan hati-hati kita oleh Allah dengan mengingati-Nya. Semoga kita diberi kemudahan oleh Allah untuk merebut peluang yang diberikan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini. Amiin.



Biodata Ustaz Abdul Kadir al Joofre :
Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari). Pernah menjadi Ketua Moderator Agama di Forum IluvIslam.Com. Terlibat dengan aktiviti-aktiviti dakwah dan pengajian ilmu di luar negara seperti di Mesir dan United Kingdom. Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)


Pengumunan ..jangan lepas peluang !


(klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas)
(klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas)

Kerajaan Kedah meneruskan agenda tarbiyah ummahnya, memastikan rakyatnya celik agama, berpaut pada pegangan yang benar, seperti yang telah digariskan dalam al-Quran dan as-Sunnah..
Jom, adik-adik...
isilah masa lapang dalam program seperti ini dalam cuti sekolah..
pasti akan jumpa kakak-kakak dan abang-abang yang baik-baik,
yang akan membantu dan memberi bimbingan pada adik-adik.
Kepada sahabat-sahabat, cadangkan pada ibu bapa anda untuk memastikan adik anda tidak terlepas dari menyertai program seperti ini..

Untuk maklumat lanjut boleh melalui ini :

· Pembangunan Insan Kedah : http://pembangunaninsankedah.blogspot.com/

Atau boleh berhubung terus dengan :
Sekretriat KAS & KBI : 019-5909733

Saturday, November 6, 2010

RIleks2 jelah...

Jom rileks dengan kisah lucu Juha


Juha Mencari Cincin


Pada suatu hari, Juha telah kehilangan cincinnya di dalam rumah, oleh sebab di dalam rumahnya gelap, dia telah membuat keputusan untuk mencari cincin itu di luar rumah. Semasa sedang asyik beliau mencari cincin tersebut, seorang jiran yang melihat gelagat Juha mencari sesuatu pun bertanya kepada beliau :
Jiran : Apa yang engkau cari wahai Juha?
Juha : Cincinku.
Jiran : Cincin milik kamu hilang di mana?
Juha dengan tenang menjawab : Hilang di dalam rumah.
Jirannya pelik, lalu bertanya kepada Juha : Kalau cincin kamu hilang di dalam rumah, mengapa kamu mencarinya di luar rumah?
Juha dengan tenang menjawab : Di Dalam rumah tu gelap, harap-harap cincin tu keluar...

Wasiat Juha

Juha pernah mewasiatkan kepada ahli keluarganya supaya mereka mengkebumikan beliau pada hari kematiannya nanti di sebuah perkuburan lama. Ahli keluarganya kehairanan lalu bertanyakan sebab atau hikmah di sebalik wasiatnya. Juha menjawab : "Apabila datang dua Malaikat Munkar dan Nakir untuk menyoalku nanti, aku akan katakan kepada mereka bahawa aku telah lama meninggal dan aku telah pun disoal oleh mereka sebelum ini. Apabila mereka melihat perkuburan lama itu, mereka akan percaya pada kata-kataku lalu meninggalkan aku. Oleh sebab itu, aku boleh terlepas dari soalan-soalan mereka dengan cara yang mudah .



Pulangkan Selipar Aku!

Pada suatu hari Juha telah melintasi sebatang sungai, lalu berwudu' di tebingnya dengan menanggalkan selipar yang dipakainya, setelah selesai daripada berwudu', salah satu daripada seliparnya terjatuh ke dalam sungai, lantas dibawa oleh arus sungai yang deras. Beliau lantas segera menoleh ke belakang lalu kembali berpaling ke arah sungai, seraya menengking dengan nada yang tinggi: "Ambillah kembali air wudu'mu ini dan Pulangkanlah kembali selipar milik aku."

Wednesday, November 3, 2010

'MENELADANI SAIDNA ABU BAKAR ASSIDDIQ DALAM KONTEKS AMAL JIHADI"

salam...

Alhamdulillah, kelapngan masa makin bertambah setelah selesai MID ViVa pg Isnin lepas.. ana cuba lapangkn masa disini sebntar utk nk dikongsi apa yang ana dapt semalam dalam program Wacana Tarbiyah

memang sgt menarik progrm semalm... hampir 3 jam x dirasai langsung... duk x duk dah nk habis dah...

Ustaz Afnan diminta utk bntang tajuk ''MENELADANI SAIDNA ABU BAKAR ASSIDDIQ DALAM KONTEKS AMAL JIHADI"

-Perbntangan byk guna video n muzik background [ala-2 ESQ]

-Terkesima mendengar wacana hingga x sedar yang  baju sdnag bash lencun... hehe.. rugi nya.. sapa2 y x mai...   mga ada lg siri akan dtg..


[1]-Ustaz mula dgn bntang ttg BIODATA SDNA ABU BAKAR.
        --Abu Bakar  juga berketurunan y sama dengan Baginda Nabi, iaitu bertemu keturunan pada keluarga bernama MUrrah
       


ana skip byk skit.. salin y btul2 pnting ja.. ~ hehe

[2]- PENGERTIAN JIHAD-
                --bhasa-- memerah tenaga (jadi apa sahaja yang kita perahkan tenaga kita, utk Islam ia juga dikira JIHAD!!)
       
                --pengertian umum--berjuang berusaha meninggikan kalimah Islam dengan apa yang ada padanya dengan harta, lisan mahupun tenaga.

                --pengertian khusus--berperang dengan orang kafir @ memerangi orang kafir yang tidak membuat perjanjian damai dengan orang Islam bagi meninggikan kalimah Allah.
(berperang x semestinya dengan senjata dan berdepan)



[3] kata Dr Said Ramadhan Al-Buti-seorang Ulama Haraki didalam kitabnya FIqh As-Sirah

        "Jihad ialah bersungguh-sungguh mencurahkan tenaga demi meninggikan kalimah Allah Dan membina masyarakat Islam. mencurahkan tenaga dengan jalan peperangan adalah sebahagiaan  darpadanya & matlamat iutama ialah mendirikan masyarakat Islam dan membentuk Daulah Islam yang sebenar"


[4] Menurut Said Hawa pula mengklasifikasikan jihad kepada 5 jenis iaitu:-
                a. Jihad Lisan
                b. Jihad Pendidikan
                c. Jihad Tenaga & diri
                d. Jihad Politik
                e. Jihad harta



[5] dalil jihad (surah Ass-Saff: 10)
                -dalam firman ini Allah taala janjikan keuntungan perniagaan kita  dengan balasa bebas api neraka.. tetapi dengan syarat:-


                a. beriman kepada Allah
                b. beriman kepada Baginda Nabi
                c. Jihad dengan
                        i. harta kamu
                        ii. Jiwa2 kamu


[6] dalil melaksanakan Jihad (surah Ass-Saff: 4)
                - Ustz Afnan mempersoalkn kenapa dalm ayat ni Allah letakkan "BUNYANUM MARSUS @ BANGUNAN YANG KUKUH"
       
                - KENAPA EHH?? LET'S THINKING....




                - Mari kita tgk bagaimana yang diaktakan bagunan y kukuh ini...
a. material y digunakan -ada batu besar, ada batu kecik, ada pasir2 halus, ada air
-yaang mana kita dapat lihat campuran pelbagai background n pernanan tersendiri      yang masing2 bila disatukan  ia menjadi kukuh n kuat.  perbezaan dalam organisasi itu standard...

b.Nak bina tgok pada fungsi n peranan dia lak, tiang, dinding, atap lantai n so on...
                                - masing2 perlu duk kt tempat dia sendiri...
-atap x bleh nak duk dibawah.. tempat dia mesti diatas
-begitu juga dengan lantai yang x bleh ganti tgas atap
                                -tiang, patah satu, lemah semua.

-begitu juga dalam mana2 organisasi, masing2 ada peranan masing2, hatta sebatang paku sekalipun jika x cukup paku ni, rumah ni x tahan lama... dlm pengurusan sesebuah organisasi ada pimpinan n ada y ahli.. ada y tempat dia diatas, ada y dok ditepi @ dibawah... masing2 berperanan ... i.A saling memperkuatkan.

       

Ha, cukuplah kot stakat ni... baru mukadiimah ja ni.. panjang 2 nk ulis 3 jam nyer isi... selebihnya lagi menarikk..

Macam mana Jihad Saidina Abu Bakar, apa y Abu Bakar dah Buat,,.. Jihada yang bagaimana Sdna Abu Bakar tonjolkan... Semuanya disentuh n dikupas oleh ust secara luar biasa...



Wallahu’alam
                

Tuesday, October 26, 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails