Pages

Tuesday, June 29, 2010

Cita-citaku


Lagu cita-citaku nie, nyanyian kumpulan nada murni... lagu nasyid lame2... huhuhuh... suke lagu nasyid yang lame2 sebabnye, liriknye sampai ke hati... lagu nasyid skrg, liriknye bagos, ader seni, ader unsur nasihat, tapi kekadang tuh kurang sampai ke hati... hanye sedap ntok nyanyi di mulut jer... roh nye xde... hmm... nie pendapat aku jer, mungkin bagi org laen, laen pulak pendapatnye... 

Bagi aku, lirik lagu nie membawa maksud yg sangat mendalam n tinggi nilainye... cita-cita umat Islam yang menyintai agama Islam... ingin meninggikan Islam, menegakkan kembali daulah Islamiyah yang pernah jatuh satu ketika dulu... banyak mecej yg aku dpt dr lirik lagu nie... biler tahap iman menurun, semangat pon mule hilang... lagu nie la yg bantu sket sebyk ntok naekkan semangat balik... huhuh

Setiap pencinta Islam, ingin cita-cita ini tercapai... supaye Islam dijulang di seluruh dunie... tapi, cita-cita nie hanya sekadar cita-cita jika xde gerak kerja dan usaha ke arah merealisasikan cita-cita nie...

Bukan mudah ntok mencapai cita-cita nie... penoh dengan kepayahan dan onak ranjau... memerlukan pengorbanan dr pencinta2 Islam... berkorban dari segala segi... perlu mengikut langkah2 yang ditetapkan ntok mencapai cita-cita nie... tuh la dier, yg dipanggil kaedah sulbah... ader juga yang memanggil langkah2 nie sebagai maratib amal...

Walau pon terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua langkah nie, tapi, hakikatnye matlamat kedua-duanya ialah ntok menegakkan khilafah islamiyah di atas muka bumi nie... nak x nak, kite perlu akur pada sunnatullah nie... kite perlu bermula dengan individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, negara Islam dan akhirnya tamadun Islam...

Aku xtaw biler cita-cita nie dapat terlaksana... cume yg aku harap, aku sudah mulakan langkah pertame iaitu membina individu muslim... andai aku sudah dapat membina individu muslim dalam diri aku n org d sekeliling aku, aku harap aku dapat ke peringkat seterusnye iaitu baitul muslim dan seterusnye kepade masyarakat muslim... andai aku mati di pertengahan jalan, aku berharap dan yakin, akan ada pencinta2 Islam yang lain yang akan menyambung perjuangan ke peringkat seterusnya iaitu daulah islamiyah dan akhirnya khilafah islamiyah...

Ameen...


Monday, June 28, 2010

PALESTINE WILL BE FREE

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain 





Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free


I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?


And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free



~wan zain~ hahaha

Friday, June 25, 2010

Halaqah Versi Baru ~ Sentuhan Qalbu

                      Alhamdulillah, berkesempatan untuk menonton siaran Halaqah siri Sentuhan Qalbu yang buat kali keduanya diadakan menerusi siaran televisyen kita. suatu yang dianggap mustahil pada suatu masa dulu akan keberkesanan jika disiarkan melalui siaran televisyen tempatan yang sentiasa mempunyai banyak iklan.


           Tahniah kepada TV9 kerna telah berjaya mewujudkan paradiqma baru  dalam seni dakwah tanah air kita. Slot yang sebegini selalunya hanya dijadikan sebagai slot Muhasabah bag kebanyakan kem-kem dan program-program motivasi yang sering dibawa oleh pakar pakar motivator kita yang mahir menyentuh hati peserta-peserta.





             Program Halaqah Sentuhan Qalbu yang membawa isu Pohon Tauhid. mengupas dan mendalami apakah jenis pohon tauhid yang ada pada kita.

“Jadilah seperti pohon Tauhid yang segar & hidup subur dengan mengenali Ehsan,Iman & Islam sbg nilai pencerahan rohani, seperti yang diajarkan Malaikat Jibrail a.s kepada Rasulullah s.a.w.”


Thursday, June 24, 2010

Aktifkan Diri-MU....

assalamualaikum wbh

                   Asif ya sahabat, da lama da x update kan.. insyaAllah mga diberi kelapangan dan keberkatan masa untuk berada di medan "Perjuangan Air Liur" ini... tapi walau bagaimanapun, ana cuba mengisi sedikit kekosongan dan keusangan blog ini dengan  gambar2 dibawah. mga menjadi inspirasi dan aspirasi buat kita meneruskan perjuangan ini insyAllah.










maasalamah wa ilaliqa'

Wednesday, June 16, 2010

AYUH, JADIKAN BULAN REJAB INI SEBAGAI BULAN PALESTINA!!

Seruan YB Ustaz Nasharuddin Md Isa dan disahut oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat didalam Ucapan Penangguhan mereka semalam, menyeru kita supaya senantiasa menyambut Bulan Rejab yang mendatang (iaitu bermula hari ni 1Rejab = 14hb Jun) sebagai Bulan kita menghayati Isra & Mikraj yang berlaku dan berkaitan dengan Masjidil Aqsa,    Menjadikan bulan ini saban tahun sebagai Bulan Al Aqsa, Bulan Baitul Maqdis, Dan Bulan Palestina.

Thursday, May 20, 2010

Tanpa Agama

Album : Mahabbah
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


RABBANI - TANPA AGAMA
Album : Mahabbah

Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia terseksa

Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara

Agama Tuhan dapat membina
Pekerti tinggi budi mulia
Seluruh dunia negara dan bangsa
Aman sentosa damai bahagia

Agama Islam agama yang suci
Mari bersama kita hayati
Untuk mendapat keredhaan Ilahi
Mudah-mudahan kita diberkati

Tiada tuhan kecuali Allah
Tuhan yang Esa lagi Pemurah
Nabi Muhammad utusan Allah
Hindarkan dari jalan yang salah

Senilagu & Senilirik : Hakcipta Terpelihara

download lagunya mp3 disini:


Tuesday, May 18, 2010

Bila otak da sarat..

Pernah x rasa blurr, x bleh nk pk papa..
Pernah x rasa, berat sgt pala otak..

Biaq la org nk kata pala ho ka.. apa ka.... biaq la...
Yang penting otak aku dapt jalan semula.. aku berharap otak aku dapt kembali seperti sedia kala... fikiran kembali waras.. mampu tafsirkan, mampu susun satu demi satu... fikir aku mampu akan aku mampu..
Akan aku biarkan otak memainkan peranan dia..
Aku slalu salah... salah anggap pada otak aku.. memandang rendah n remeh padanya.. apa benar aku tidak mampu??
Wahai otak.. aku thiqah padamu.. buatlah apa yang engkau rasa nk buat.. fiukirlah apa yang engkau rasa perlu fikir...  x akan aku halanginya lagi...
Otak-otak... makan pun sodap..
Setengah orang tanya, akai ada ka..?
Uish.. kasaq nampak.. abdul wahib kata kalau x percaya “operate lah dada, xray lah hati”

Fuhh..
Wahai otak.. lepas ni, supaya engkau bertambah shat..
Akan aku benarkan engkau berfikir YA, AKU BOLEH!!! Sebelum engkau fikirkan soal TIDAK BOLEH!!!
Aku pasti akan berdepan dan mendepani... apa saja rintangan alah kecik ja pun...
TGNA pernah berkata “Hanya duri-duri kecil ja pun”

wallahualam

Monday, May 17, 2010

Bila kompang dipalu..

Pabila Abg Farid bersiul-siul girang muzik 'Barakallah'
Sampai Bilal pun menjadikan lagu tema blognya..
Sehinggakan aku pun mengulang-ulang video klipnya setiap hari...
Mendengar dengan tidak memahami...

Apakah petandanya..?  Adakah kerana aura Maher Zain telah menular ke Malaysia?? Maher Zain bagi skit klue nya... ermm




 BARAK ALLAHU LAKUMA

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share
all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Ya Allah... hanya padamu...

Thursday, May 13, 2010

CURI-CURI MEMBACA

Assalamualaikum wbh..


Tiada masa senggang, cuti yang sagt cemburu.. penuh dgn pelbagai aktiviti yang berturut-turut.. masih x sempat nk karang lagi komentar dan fikrah di laman sesawang ni.. setiap hari posting adalh 'AutoPublish'... hari ni baru sempat nk bersama laptop kesayngan..


wat masa ni... aku tgh cuba utk menghabiskan membaca buku-buku yang di beli semasa Pesta Buku Negeri KAngar baru ni...


3 buah da selesai..


1) The Magic of Thinking Big - David J.Schwart
2) Kekinian  & Kemodenan -Prof Dr. Yusuf  Al-Qaradhawi
3) Di Mana Kesilapan Kita- Prof Dr. Yusuf  Al-Qaradhawi


Doakan aku sempt menghabis membaca buku 'The 360degree Leader- John C. Maxwell"






buat sahabat-sahabat dan anak buah yang berminat untuk membaca buku-buku diatas, sedkit pesanan dari Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi "jangan terlalu percaya kepada ilmu manusia, kerana mereka hanya mengambil apa yang di'sangka' baik bagi mereka" . Namun kita boleh membaca untuk mengutip mutiara-mutiara hikmah yang hilang dari Umat Islam.. TAPI.. berhati-hati dengn ilmu mereka..


wallahualam..

Fokus Tarbiyah, Jangan Leka Dengan Ramainya Pengikut





Sejarah harakah Islam (Ikhwan Al-Muslimin) tidak berapa lama dahulu telah dapat melihat pertambahan bilangan anggota tanpa mutu yang telah menyukar dan melalaikan harakah. Ini memaksa da’i hari ini untuk mengambil pengajaran. Perkembangan yang seimbang adalah pesanan untuk hari esok. 

Kita katakan, ia adalah pesanan untuk hari esok kerana kita dapati ramai orang telah melupakannya. Padahal itulah wasiat lama dari Imam Hassan al-Banna rahimahulLah yang ditegaskan sejak tahun 1938 di dalam Muktamar (Ikhwan) Ke-5. Ketika menjelaskan pelbagai jenis manusia ketika berdepan dengan kerja. Khayalan langsung tidak menyumbang apa-apa kerana ia hanyalah gambaran sahaja dalam memikul bebanan jihad. 

Hassan al-Banna telah berkata: 

“Jadi saya mahu berterus-terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung. 

- Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.
- Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.
- Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.
- Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap. 

Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. 

Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal. 

Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad. 

Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.” (243 Al-Muktamar Al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 258)

Fiqh itu dipusakai oleh Syed Qutb rahimahulLah. Ini menyebabkan beliau gelisah menjelang hari kematiannya apabila melihat keadaan Sudan yang dilanda dengan demonstrasi umat Islam yang merebak dan meluas memenuhi jalan-jalan raya. Beliau pun memberi wasiat kepada para da’i dari Sudan yang melawatnya. Beliau berkata kepada mereka: 

“Janganlah sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman dan menyediakan para pejuang yang mampu menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama.” (244 Syed Qutb, Kitab al-Syahid, m.s. 91)

Sebenarnya kepentingan pemantapan barisan dalaman bukan hanya kerana untuk memudahkan penyusunan dan memudahkan penggunaan tenaga secara selaras, tetapi, kewujudan “masyarakat tarbawi” ini akan mampu menjadi nursery kepada pentarbiahan ‘anak-anak baru’. Ia akan mampu memperlihatkan bentuk-bentuk Islam dan mendinding mereka dari melihat pemandangan jahiliyyah orang-orang jahil dan menghalang dari mendengar jahiliah dan sekaligus menjauhkan ‘anak-anak baru’ dari kesan dan pengaruh tarbiyyah yang bukan Islam.

Rujuk : Al-Muntalaq – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid m.s.159

HAZMI DIBOK

Wednesday, May 12, 2010

Adakah Abu Thalib Seorang Mukmin?

Petikan Utusan Malaysia 21 April 2010.





Makam isteri Nabi Muhammad, Siti Khadijah Khuwailid di Ma'la yang berhampiran makam anak baginda, iaitu Kassim yang wafat dalam usia yang masih kecil.





TIADA niat untuk mempolemikkan status agama bapa saudara Nabi Muhamad SAW, Abu Talib bin Abdul Mutallib yang dikatakan meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman kepada Allah.

Tetapi ada pihak yang masih bertanyakan mengenai 'kelainan' kisah-kisah sebenar di sebalik kematian Abu Talib itu.

Ini memerlukan untuk kita melanjutkan kisah itu dari tulisan al Mubarakfuri dalam bukunya Sirah Nabawiyyah mengenai peristiwa sejurus bapa saudara baginda itu meninggal dunia.

Rasulullah SAW mungkin begitu kesal dengan kematian bapa saudaranya itu. Namun yang baginda kesalkan adalah apabila sehingga di saat kematian bapa saudaranya itu pun, Abu Jahal masih tidak berputus asa menghalang penyebaran Islam.

Tuesday, May 11, 2010

STAND UP!!!

Assalamualaikum wbh..

kesibukan menghandle Minggu Pengurusan Pelajar Baru bagi kemasukan sesi 2010/2011 ke Kolej Matrikulasi Kedah pada siri ni.. ditambah dengan menghabiskan sisa-sisa hari akhir di Asian Composite Manufacturing SDN.BHD\.. sgt menguji kekuatan fizikal, dalamn n luaran..

Alhamdulillah, lagu nie mampu menyemarakkan lagi semarak perjuangan bersama adik-adik..

Sahabat-sahabat, chaiyuk2x....

Sunday, May 9, 2010

Hukum Menyambut Hari Ibu



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Maka jawabnya HARI IBU di fatwakan oleh ulama’-ulama’ di sebelah Timur Tengah adalah haram kerana hari ibu ini asalnya adalah hari“The Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God yang bermaksud hari ibu Tuhan, orang kristian mengangap maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s ini adalah ibu Tuhan. Dalam Islam menyuruh umatnya mengenang jasa ibu ini setiap masa dan waktu sepanjang tahun bukan setakat satu hari sahaja.

Begitulah juga dengan HARI BAPA, semua ini tiada dalam Islam, disebabkan kita ni jahil sangat, orang sambut kita sambut, sedangkan kita tidak tahu apakah itu dari Islam atau tidak.

Sumber: Al-Azhar Ad Din

Saturday, May 8, 2010

HARU-BIRU DAH LAA NIE..


Guru tertekan ditemui lemas 

berita dibawah  dipetik daripada blog kedah lanie.. pening sungguh laa nie, sampai cikgu pun sudah lemah pegangan agama, sanggup bunuh diri diatas hal yang kecik.. apa nk jadi nie.. kalu da ciklgu pun jadi cam ni... cam na pulak lah adik-2 sekolah nanti.. erm...


KANGAR - Seorang guru lelaki daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi ditemui lemas selepas dikatakan tertekan apabila diarah berpindah ke sekolah baru sejak dua bulan lalu, berhampiran pantai Kuala Sungai Baru, dekat sini, semalam.

Mangsa, Zuki Ibrahim, 40, ditemui terapung di tepi pantai terbabit selepas lebih empat jam dilaporkan hilang.

Mayat Zuki ditemui orang awam kira-kira jam 1.20 petang pada jarak hampir 10 meter dari pesisir pantai Sungai Bahru selepas gerakan mencari dilakukan sepasukan anggota penyelamat.

Thursday, May 6, 2010

CLASH IDENTITI.. ANTARA TARBIYYAH, DAKWAH DAN SIASAH




Kesibuk-sibukan Pilihanraya tidak berapa kecil, mutakhir ini, banyak yang bertanya dan  tertanya-tanya begitu pelik benar dunia hari ini. Yang Gila ada yang  berkata Politik hari ini, Politik Gila Kuasa. Yang buta pulak berkata Politik hari ini adalah Politik Kotor. Yang bisu juga nak melabel,kan sebagai Politik Songsang.


Juga yang clash fikrah turut berkata-kata pada Si 'Tarbiyyah". Banyak melalut menggambarkan banyak yang kita ke'tidaktahu'an dan ke'tidakmahu'an untuk membuka ruang untuk difahamkan.

Celaru fikrah.. tarbiyyah, dakwah dan siasah.

Wednesday, May 5, 2010

Kuasa politik dan kuasa agama


Islam dan ulama


Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-'Araf ayat 75-76.

Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran: "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).

Pemerintah dan ulama

Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah". (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Inilah Perbezaannya...

Tuesday, May 4, 2010

TUAN BUAT APA? SAYA DAH BUAT APA??


Dr Yusuf  Al-Qaradhawi pernah menyebutkan didalam makalah karangannya iaitu Dimana Kesilapan Kita,
Beliau  mengatakan  bahawa salah seorang pendengar  telah bertanya kepada salah seorang pendakwah selepas majlis kuliah yang disampaikannya,

“Tuan telah melalui 30 tahun, tuan sentiasa berbicara. Jadi, Apakah perubahan yang tuan buat?”

 Pendakwah tersebut menjawab menggunakan hujah yang logik, dia mengatakan,
“Anda juga telah melalui selama 30 tahun mendengar, jadi apakah perubahan yang ada lakukan?!”


Sahabat Ikhwanul Muslimin sekalian...
Orang yang mendengar mempunyai tugas tersendiri  sebagaimana yang diwajibkan kepada pendakwah.

Tanggungjawab memindahkan bicara kepada amalan,
 pemikiran diubah menjadi realiti perbuatan,

sekalipun berbeza tahap tanggungjawabnya.

Dengan menyedari potensi diri  dan sentiasa bermuhasabah  bertanya kepada diri

“sampai bila lagi kita akan  hanya “mendengar” dan 
Bila pula kita akan memberi??”



Corak pemikiran Duat yang sangat hebat adalah Setiap kali mendengar apa sahaja Ilmu, kita akan berfikir dan berazam untuk menyampaikan pula kepada orang lain.

Para Nabi sentiasa berfikir bagaimana ingin menarik lebih ramai mad’u untuk bersama dalam jamaah Islam. Bagaimana untuk mencungkil potensi diri para mad’u. Berdakwah kepada mad’u yang asalnya adalah kafir, bermula dari kosong ditarbiyyah dan dibentuk dan akhirnya individu yang kosong ini sudah mampu bergerak.

Seperti kata Saudara Idris iaitu Presiden GAMIS ialah

“org yang ditarbiyyah adalah orang yang bergerak, bukanlah tarbiyyah jika tidak bergerak”

Para Duat tidak hanya menjadi zarah kosong tetapi menjadi jasad tegar yang sentiasa cuba bergetar di kedudukan nya semaksimum mungkin. dan bila sampai masanya, dia akan bergerak lebih laju walaupun dia sedar bahawa dirinya masih didalam saiz yang sama.
Bekerja dan beramallah walau dimana dan dengan siapa kita berada. Menanamkan keghairahan kepada kebangkitan Islam akan menghalakan setiap pemikiran kita kepada Islam.
Keghairahan semata tidak mencukupi selagi tidak berazam dan berusaha untuk menjadikan

“KEBANGKITAN ISLAM ITU AKAN BERMULA HARI INI DI 

KAMPUNG AKU SENDIRI!!!”

Monday, May 3, 2010

Budak 5 Tahun Ceramah Tentang Islam


                                                 

Walaupun dia bukanlah graduan yang ada ijazah, dalam umur 1 tahun dia dah pandai membaca al-Quran dan dia boleh bertutur dalam banyak bahasa tanpa pergi belajar. Ayat pertama yang diucapkan adalah "Kalau kamu beriman kamu akan diterima oleh Allah" yang dituturkan dalam bahasa Arab padahal dia bukanlah org Arab. Dia juga berkata dia akan hafiz al-Quran dan hafal sema maksud al-Quran pada umurnya 1 tahun.
Dia dilahirkan dalam keluarga Kristian dan sejak berlakunya keajaiban ini, ibu bapanya memeluk Islam begitu juga dengan orang yang melihat kejadian ini.
Sekarang dia bergelar Sheikh Sharifuddin dan sekarang dia berumur 5 tahun dan sudah mengetahui semua isi kandungan al-Quran.
INGATLAH...TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails