Fitrah inginkan satu suasana cinta dan dicintai, namun adakah ia dihalakan kearah yang benar pada hari ini? Mari kita tingkatkan produktiviti kita dengan menggunakan fitrah untuk kemenangan Islam.
[TIPS 1] Pecahkan tembok pertama
.......................................................................
Mat rempit : Erm..tumpangt bertanya skit boleh?
Awek : Ya, apa?
Mat rempit: Pukul berapa sekarang?
Awek : Pukul 2 petang,
Mat rempit : o.. terima Kasih.. Awak nak pergi ke mana?
Awek : Bla2.. (ila akhiri ayat)
.........................................................................
Seorang semamat sedang tackle bermula dengan bertanya waktu dalam keadaan tangan kirinya juga terjerut dengan seutas jam. Suatu kaedah mengorat yang konvensional, tetapi lihat hasilnya, mereka telah berjaya memulakan perbualan. Tembok pertama berjaya dipecahkan iaitu tembok KOMUNIKASI!!
[TIPS 2] Berilah hutang pada budi
Sentiasa update dengan perkembangan dan perubahan Mad’u. Pastikan kitalah yang pertama sampai apabila ditimpa kesulitan mahupun kesenangan. Hati akan lebih terpaut pada wajah pertama, sebagaimana terpautnya kita pada mak dan ayah kita kerana merekalah wajah pertama yang dilihat selepas kita beralih alam.
Dahulukan sumbangan budi dari sumbangan kewangan tanpa mengharap ia untuk dibalas. Ikhlas dalam membentuk manusia, natijahnya bahagia.
Sikap suka membantu amat dihargai oleh mad’u dan perlu dielakkan dari mengajar mereka sentiasa mengharap dan manja. Mengekalkan mereka sepanjang masa didalam zon selesa hanya akan mematikan mereka. Fitrah manusia akan lebih terbina jika dalam keadaan tercabar.
[TIPS 3] Cicirkan barangan
Ziarah mingguan ke rumah Mad’u target perlu dicipta tujuan ziarah. Strategi yang paling berkesan adalah tinggalkan barangan pada ziarah pertama dan ia menjadi asbab kenapa kita perlu datang semula ke rumah mad’u target.
Tinggalkan Kopiah, tinggalkan buku, tinggalkan beg, tinggalkan Al-Quran, tinggalkan Majalah dakwah adalah bahan tinggalan yang bermanfaat.
.........................................................................
Mad : Salam, abg tertinggal buku tadi kat rumah saya ya tadi?.
Naqib : Ohya ka? Maaf2 , Abg tertinggal tadi. Ingat nak balik ja tadi.. tak pa2, nanti abg datang ambil ya.?
Mad : Eh, silalah datang.. tak mengapa?
Naqib : InsyaAllah, abg datang nanti, tapi kalau adik nak baca buku tu, bacalah dulu.
Mad : insyaAllah.
.............................................................................
[TIPS 4] kita mesti ‘drive’
Kenderaan juga merupakan alatan Dakwah! Mengoptimumkan kenderaan untuk dakwah. Selagi ia masih ‘Mad’u’, biarkan ia menumpang. Elakkan dari kenderaan kosong dan hanya dipenuhi dengan para Nuqaba’. Nuqaba’ perlu membawa haluan masing-masing bersama mad’u masing-masing diatas kenderaan masing-masing.
Pandulah anak-anak buah, tunjukkan jalan kepada mereka supaya selepas ini mereka pula perlu memandu. Selagi ia menumpang, layanilah fikrah mereka dengan hidangan-hidangan yang tidak terdapat dalam usrah. Berkongsi masalah, bertanya pandangan, bertukar maklumat, bertaarufan, doktrinisasi dengan kefahaman Islam yang sebenar antara perkara yang boleh dilakukan sepanjang perjalanan.
Kita mesti drive! Ciptalah suasana perjalanan tarbawi. Kerana ia mampu menterjemahkan segala teori yang diperolehi & ia adalah asli & realiti.
[TIPS 5] Humor pengikat semangat
Ada pendapat yang kita mesti serius dalam gerak kerja perjuangan, dengan mengambil contoh Imam Hassan Al-Basri tidak pernah ketawa selama 30 tahun. Apabila ditanya; beliau berkata, “Bagaimana aku boleh ketawa sedangkan aku tidak tahu kedudukan aku di akhirat kelak. Samaada syurga atau neraka”. Jawapan bagi seorang ahli sufi di zaman itu, Allahuakbar, tersentuh hati bile mendengar jawapannya.
Ada pun yang berhujah dengan Salahuddin Ayyub yang sudah tiga bulan tidak senyum selagi Baitul Maqdis tidak ditawan kembali. Sahabat-sahabat, definisi serius yang macam mana perlu kita fahami disini adalah serius dalam memastikan target jamaah tercapai hingga kepada menangnya Islam.
Respect dan hormat kepada dua tokoh diatas, tetapi dalam urusan dakwah sebagai usaha untuk memenangi hati mad’u senyum dan humor adalah senjata yang paling ampuh untuk digunakan. Senjata ampuh yang digunakan oleh panglima perang, Salahudin Ayub pada ketika itu adalah dengan tidak senyum selama tiga bulan bagi meningkat rasa bersungguh dikalangan bala tentera mereka untuk menang dan syahid.
Ciptakan suasana yang kondusif dan bahagia dalam perbincangan. Mulakan dengan senyuman dan berita- berita yang gembira dapat merembeskan hormon-hormon yang dapat membuatkan sesuatu ilmu itu dapat disusun dalam folder akal dengan baik.
Rancang apa humor yang hendak diselitkan sebelum usrah/tazkirah/pengisian. Humor tarbawi amat berkesan dan dapat meningkatkan izzah dalam diri Nuqaba’. Elakkan mengada-adakan lawak yang tidak bermanfaat. Jangan pula hingga Mad’u menyebut... “tak lawak pun abang!!””
Mari lihat bagaimana Nabi ber’humor’ dengan keluarganya, dalam satu ketika, Nabi sedang makan-makan kekacang bersama Saidina Ali Karamallahu wajhah didalam satu bilik. Ada dua longgokan kulit kekacang tadi, lalu Syaidina Ali menolak longgokkannya bercampur dengan longgokan Nabi. Selepas itu, masuk seorang ahli keluarga Nabi, Saidina Ali bersegera mengatakan Nabi makan kekacang dengan begitu banyak sekali dengan melihatkan timbunan kulit yang banyak itu. Lantas Nabi juga berkata dengan tujuan humor, “Ali lagi banyak makan, dia sekali kulit-kulit dia makan..” =)~
...............................................................
[Menulis sekadar menegur diri, Melihat dengan pandangan POSITIF, maka akan tertonjollah POSITIF, melihat dengan NEGATIF, maka akan dapatilah NEGATIF daripadanya]
No comments:
Post a Comment