Pages

Tuesday, October 26, 2010

Tuesday, October 5, 2010

JAHANNAM



Selalu-selalu aku mengarang dan menulis bukan ilmiah tetapi beisi.. terdetik kali ini untuk lebih berisi dan mengisi. biarkan dapat memaknakan erti perkongsian.  kali ni, ana nak bawa sahabat-sahabat pergi mengembara ke sebuah tempat bernama Jahannam..




Suatu hari, Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.:  "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" 



Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."



Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.



· Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

· Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

· Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

· Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya,









Allah hai, sahabat ang dirahmati Allah, begitu pedihnya siksa ini.. sesiapa yag sudah berkenalan dengannya pasti akan cuba menjauhi. tetapi bagi yang tidak cuba mengetahui pastinya dia makin jauh hilang erti takut & gerun dalam iman mereka.. 


Shabat2, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: Tidak, tetapi selalu terbuka, tiap satunya di bawah dari lainnya, dari satu pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (lebih bawah lebih panas).



T anya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk pintu masing-masing?"





Sunday, October 3, 2010

Puasa Sunat Enam Jangan Biarkan Berlalu

Oleh : Mufti Brunei

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bulan Ramadhan yang baru saja berlalu selain banyak membentuk dan mendidik kita, memberi peluang pula bagi kita merebut pahala berlipat ganda sekaligus meningkatkan keimanan serta ketaqwaan.

Kini dengan tibanya bulan Syawal iaitu bulan kembali kepada fitrah, boleh menjadi pengukur sejauh mana bulan Ramadhan yang baru saja berlalu telah memberi kesan dalam jiwa kita.

Kalau di bulan Ramadhan kita biasanya merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti sembahyang Tarawih, Witir, bertadarus atau membaca al-Qur’an, bersedekah dan sebagainya, adakah di bulan-bulan selepas Ramadhan kita akan meneruskan amalan tersebut?

Antara amalan-amalan sunat yang menjadi rebutan para salihin di bulan Syawal ini ialah amalan puasa sunat enam. Apakah dia puasa sunat enam itu?


Definisi Serta Fadhilat Puasa Enam


Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.

Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”


(Hadits Riwayat Imam Muslim)


Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari di bulan Syawal di samping mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun. Ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadits riwayat Tsauban bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya:
“Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”


(Hadits Riwayat Imam Al-Darimi)

Apa yang dimaksudkan dengan penyamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Jadi, pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Hukum Dan Kedudukan Orang Berpuasa Sunat Menghadiri Jemputan Rumah Terbuka



Amalan berziarah atau berkunjung-kunjungan di Hari Raya Aidil-Fitri sudah menjadi adat bagi kita. Tuan rumah sudah pasti menghidangkan berbagai jenis juadah khususnya ketika mengadakan majlis rumah terbuka atau yang lebih biasa disebut dengan "open house".

AKAN DATANG!! Majlis Sama’ Kitab Hadith 13/10/10

MATIN akan bersama Allamah Al- Muhaddis Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Abdul Ba`ith Al-Kattani

Majlis Sama’ Kitab Hadith


Di Bawah Pimpinan :


Allamah Al- Muhaddis Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Abdul Ba`ith Al-Husaini Al-Kattani

(Muhaddis Iskandariah - Penasihat Kehormat Maahad Darul Hadis)


Tempat :
Musalla Al Imam Asy Syafie , Taman Jali , Kangar Perlis


Tarikh &Masa :
RABU (13/10/2010) ~7.30 malam


Anjuran :
Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi ~ MATIN



Biodata Syeikh:


Beliau merupakan seorang muhaddith di negara Mesir. Dr. Umar Abdullah Kamil berkata mengenainya, “Saya tidak pernah bertemu dengan orang yang sealim beliau di dunia ini.



Syeikh Nuruddin di Perlis 06/10/10

Kefahaman yang jelas tidak mencukupi selagi tidak dilaksanakan!!

assalamualaikum wbh,

salam tarbiyah, salam perjuangan, 


ana rasa terpnggil gak untuk nk mengingati diri ana dan sahabat sekalian..



teringt kata ustaz, Al-QUran tidak cukup sekadar  di baca & di tadarusi.. tetapi juga perlu difahami & dihayati.. tidak juga  cukup sekadar itu juga...  kefahaman itu perlu diterjemahkan dengan perlaksanaan.


Perjuangan kita tidak akan selesai selagi mana isi2 Al-Quran masih belum terlaksanakan di muka bumi...



oleh itu, sebelum kita pergi lebih jauh... 

ana menyeru kepada sahabat2 agar kita cuba/istiqamah baca, fahami & terjemahkan Al-QUran ini atas diri kita seperti kata seorang ulama' Haraki, Imam Hassan Al-Hudaibi..." tegakkanlah Islam didalam diri2 kamu, nescaya Islam akan tertegak  di muka bumi kamu"


Untuk itu, marilah kita berusaha dengan sebaik mungkin sehingga kita ni layak digelar sebagai seorang "pejuang Islam''


Saturday, October 2, 2010

Mampukah aku...??!

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa


MUNSYID : SAFF-ONE (my previous warden at SMKB)

First time i heard this song is in Surau SMKB live song by Cg. Ismail that one of this member group Nasyid.

But i dont know what means by ''PERJUANGAN'' 

so now i will explain to you what is actual meaning of this word 

''PERJUANGAN''



Friday, October 1, 2010

hati yang lesu.....

 LUAHAN HATI....

Air mata lesu  mengalir,
Hakikat diri pendosa,

Hati ini  sukar mengaku dosa,
Hakikat diri penuh maksiat,

Badan keras beribadah,
Tidak sedar Allah sedang mencintai diriku.




Apakah masih ada detik untukku mengira  tasbih Istiqfar?



Deretan Istigfar sedikit  tidak bernafsu,
Walau diri ingin kembali..

Amalan tambahan sedikit pun tidak dighairahi..
Membiar menjadi mangsa.

Budaya liar, mengangap dosa bukan suatu dosa,
Bahkan berbangga dengan dosa,
Lebih hina dari pendosa.



Hanya (Allah) Azza wa Jalla sahajalah yang berkuasa & perkasa.
Namun dia paling sayang pada pendosa yang sering bertaubat.


Moga Perjalanan baru nanti,
Akan bawa ku ke syurga,


Menikmati air sungai yang mengalir bagaikan tiada penghujungnya.
Suatu tempat yang tiada kepuasannya.
Berahikan cinta disana.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails