Pages

Saturday, January 30, 2010

IKHLASKAN HATI MU!!!


bab ikhlas ni, ana pnah bbncg dlm LDK ngan anak2 buah... 

ana tnya "bla kali pertama kita dengar perkataan iklhas nie..? ampa mula dgar bila nie?"

ada diantara mereka kata darjah 2 la, sek. men, ada juga yang kata msa umuq 5 tahun da mula dengar dah...? Subhanallah.

crita bab eclas ni, lama da.... (basi ka blum eh??/)

tanya lagi, dr mula trikh kita dgr pekataan tu sampai la ke hari nie, brapakah peratusan ikhlass dari amal perbuatan kita selama nie.. x kira amal papun!

da yang jawab 50%, da yang jawab 30%, d yang jawab 80% pun ada, 

eeermmmm....

(kalu ana pun, sudah tentu ana juga x bleh nk jamin suma gerak kerja ana slama ni 100% eclass...hehehe)

tanya, tanya lagi, abis 2?? yang selebihnya 2 p mana? awat x eclas? 

maybe sebab lupa nk niat koot..antara yang menjawab berseloroh.. .. (lawak budak nie...)
baik, pada pandangan ana, hilangnya rasa ikhlas ini adalh berpunca dari masalah HATI yang tidak dikawal, ini yang utama (ana cuba menjawab)...

Sbg kesimpulan,
Permasalahan pokok kepada semua masalah adalah berpunca dari Hati kita yang tidak dikawal, sekiranya hati ini sentiasa bergetar teringatkan kekuasaan Allah swt, nescaya segalanya boleh kita atur kesmuanya tunduk pada Islam. dengan itu, kita mampu untuk bergerak kerja dengan tahap keiklhasan yang tinggi, dan akhirnya mampu membuahkan rasa cinta & seronoknya kita bergerak secara jamei..

tetapi seandainya, jika kita tidak mampu untk mengawal hati, segala jenis penyakit akan datang mengerumuni umpama hidangan makanan yang tidak ditutupi, maka ramailah lalat2 yang akan hinggap. mulalah datangnya riak, takabbur, besar diri, sombong, bongkak, dan segalalah jenis penyakit hati dek kerana kita tidak memasang antivirus atau pendinding pada hati kita. 

Sahabat2 sekalian, bukan tidak boleh kita bergerak kerja (jamaei @ fardi) dalam keadaan tidak ada rasa ikhlas, membuat sesuatu kerana org dan sebagainya. bukannya x boleh, siap macam 2 juga... cuma yang perlu kita nilai semula adalah dr sudut pndangan Allah swt  pada kita.

  beramal  hebat tetapi dikira sebagai dosa n maksiat, apa guna sahabat2 sekalian.. apa guna???

Thursday, January 28, 2010

TIPS NAK BALIK KAMPUNG.


PERINGATAN POLIS DI RAJA MALAYSIA

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia . 



1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka 
mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). 

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum 
tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis 
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk 
melindungi diri mereka). 

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah
malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut 
kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu 
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ). 

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di 
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. 

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...). 

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, 
cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita 
sentiasa peka). 

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri 
sudah masuk ke dalam rumah. 

Wednesday, January 27, 2010

Kembara SUFI


SINERGI ZIKIR DAN FIKIR


“Manusia pada hari ini begitu hebat berfikir. Lihat sahaja berapa ramai yang memiliki rumah besar, kereta besar hasil kekayaan kerana hebat berfikir. Surau ini cantik kerana hebatnya manusia berfikir. Tetapi satu yang perlu dimuhasabahkan sejauhmana kita berzikir. Seramai mana manusia yang akan hadir ke surau ini selepas ini walaupun ianya cantik”.

Kata-kata Ustaz Yusainie sebelum menutup kuliah maghribnya di Surau An-Nur semalam (semasa artikel ini ditulis) menyentuh jiwa saya. Kepala saya terus tertunduk ke bawah mengenangkan terlalu sedikitnya zikir saya kepada Allah. Ditambah pula musim-musim peperiksaan ini (ketika itu), begitu ramai mahasiswa memerah otak berfikir untuk cemerlang dalam peperiksaan tetapi soal zikirnya masih kurang. Lantas saya memikirkan untuk menulis artikel ini sebagai muhasabah diri dan untuk manfaat bersama.

Zikir di sini bukan hanya sekadar zikir selepas solat atau yang disebut dengan bibir akan tetapi segala soal mengingati Allah. Solatnya, doanya, bacaan al-Qurannya dan sebagainya. Jika direnung, adalah menjadi sesuatu yang sangat penting soal untuk menggabung jalinkan zikir dengan fikir. Sebagai contohnya, firman Allah dalam surah Yunus ayat 87
:


Dan kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya (Harun) : "Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu tempat solat dan Dirikanlah olehmu sembahyang serta gembirakanlah orang-orang yang beriman".


Ayat ini menceritakan perihal Nabi Musa dan Harun membawa umatnya berhijrah setelah dihalau dan ditekan oleh Firaun. Maka dengan wahyu dari Allah, Nabi Musa menjadikan beberapa rumah di Mesir sebagai tempat solat. Ulama’ tafsir yang haraki dalam menghuraikan ayat ini menyatakan bahawa, “dalam perjuangan, tidak cukup hanya sekadar strategi dan semangat, tetapi perlu dilengkapkan dengan ‘solat’ “. Huraian tersebut mengingatkan kita betapa penting soal ibadah dan tarbiyyah ruhiyyah disamping menyusun strategi dan sebagainya. Maka jelas kepada kita betapa penting soal zikir dan fikir ini dijana bersama.


Rasulullah, Zikir dan Fikir.


Rasulullah antara manusia yang hebat dalam kepimpinan, banyak strategi dan kuat berjuang. Lihat sahaja peristiwa perjanjian Hudaibiyyah dan peristiwa-peristiwa lain yang jelas menunjukkan kebijaksanaan baginda. Strategi hjrah baginda menggunakan pelbagai posisi manusia dan haiwan sangat mengkagumkan. Baginda sangat sibuk dengan urusan umat namun persoalan zikir tidak sekali-kali diabaikan. Lihat sahaja, tatkala pulang dari gua Hira’ kesejukan kerana pengalaan pertama berjumpa dengan Jibril, Rasulullah meminta Khadijah menyelimutkanya. “Selimutlah aku, selimutlah aku”. Maka Khadijah menyelimut baginda. Turun ayat surah Muzzamil memerintahan baginda bangun menghidupkan malam mengingati Allah sebagai bekalan ruhiyyah dalam menempuh cabaran dalam perjuangan. Dalam peristiwa yang lain, tatkala Rasulullah solat sehingga bengkak-bengkak kaki baginda, isteri tercinta bertanya mengapa baginda sangup bersolat sehingga sedemikian rupa sedangkan baginda sudah dijamin akan masuk ke syurga? Namun baginda menjawab, “salahkah aku hendak menjadi manusia yang bersyukur?"


Sultan Muhammad al-Fatih, Zikir dan Fikir.


Selepas solat jumaat semalam, perbincangan usrah saya dimulai dengan topik berkaitan konsep ibadat oleh Khalil. Selepas semua anak-anak usrah saya memberi respon berkaitan tajuk termasuk berkaitan sains dan ibadat, saya menceritakan kisah seorang tokoh yang sangat saya kagumi iaitu Sultan Muhammad al-Fatih untuk mengaitannya dengan tajuk ibadah yang menjadi topik utama perbincangan hari itu. Sebelum ini, saya hanya mendengar sedikit cerita berkenaan tokoh tersebut termasuk menonton kartun animasi berkenaan dengannya. Entah mengapa bebrapa hari sebelum ini, jejari saya ringan untuk mencari kisah Sultan Muhammad al-Fateh dengan enjin carian Google.com. Maka banyaklah maklumat baru yang saya perolehi yang menginsafkan dan menjadi muhasabah buat saya. Kehebatan beliau dalam fikir dan zikir sangat mengagumkan.


Saya tercari-cari, apakah hebatnya baginda sehingga telah disebutkan oleh Rasulullah dalam hadis, lebih kurang 800 tahun sebelum kelahiran al-Fateh ketika peperangan Khandak :


"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Akhirnya penulis menemui kisahnya. Ringkasnya, semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fateh telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Bahkan baginda terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, baginda telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Sultan Muhammad Al-Fateh juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah mendapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.


Paling mengkagumkan saya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera ‘Uthmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata:


"Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"

Dipendekkan cerita, baginda telah berjaya membuka kota Constantinople. Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan selepas pembukaan Constantinople, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Benarlah, baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah di dalam Hadisnya itu, hebat dalam zikir dan fikir.


Kisah Umar Telmesani dan Hassan al-Banna, pengajaran dalam Zikir dan Fikir.


Umar Telmesani adalah bekas Mursyidul Am ketiga Ikhwanul Muslimin. Semasa Hassan al-Banna masih hidup, beliau sempat bersama al-Banna dalam satu perjumpaan di Daqhiliah. Setelah selesai dari pertemuan tersebut, al-Banna pulang ke penginapannya bersama Umar dan masuk ke biliknya. Masing-masing mengambil tempat di katil yang telah disediakan untuk berehat dan tidur. Tidak berapa lama kemudian, al-Banna bertanya kepada sahabatnya Umar, 
“adalah kamu telah tidur?” maka jawab Umar, “belum”. Setelah beberapa minit, al-Banna bertanya lagi dan soalannya dijawab oleh Umar seperti tadi. Setelah beberapa minit, ditanya lagi soalan yang sama dan dijawab oleh Umar seperti tadi menunjukkan beliau belum tidur. Lalu Umar berkata dalam hatinya, “kalau al-Banna bertanya lagi soalan yang sama kali ini, aku nak berpur-pura tidur”.


Tidak lama selepas itu, al-Banna bertanya lagi soalan yang sama dan kali ini Umar tidak menjawab. Lalu Hassan al-Banna bangun perlahan-lahan dari katil kerana menyangka Umar telah tidur lalu pergi ke bilik air untuk memperbaharui wudhu’nya dan terus ke ruang tamu untuk menunaikan solat tahajjud. Al-banna tidak mahu qiamullailmya diketahui orang. Masya Allah… Saya pernah mendengar cerita kehebatan al-Banna yang selalu menaiki keretapi dan solat jemaah di masjid, daerah berbeza sambil memikirkan masalah umat dan berdakwah siang dan malam. Hebat sekali zikir dan fikir beliau…



Perjuangan Islam : Zikir dan Fikir.


“Kita sangat tumpukan gerak kerja kononnya kerana cintakan Allah tetapi ibadah yang kita lakukan tidak menunjukkan kita sebenar-benarnya cintakan Allah. Solat kita bagaimana. Tahajjud kita entah ke mana. Betulkah kita bergerak kerja kerana cintakan Allah?” kata-kata Kak Na dalam satu liqo’ tarbiyyah beberapa bulan yang lalu menggoncang hati saya. Satu muhasabah yang menaikkan bulu roma saya. Allahuakbar…..benar, kekadang kita mengakui bahawa kita sudah berjuang dan berkorban kerana cintakan Allah, akan tetapi ianya tidak terjelma dalam ibadah kita. Mungkin ada sedikit masalah dalam hati kita. Bukan kerana jalan perjuangan yang tidak benar, akan tetapi masalah hati yang mengundang musibah. Masalah sebeginilah akhirnya membawa fitnah kepada jalan dakwah dan perjuangan Islam.


Adalah kita hendak mengadap Allah dalam keadaan sedemikian? Mengadap Allah dengan muka yang tebal mengakui, 
“aku telah bersusah payah, berjaga malam merancang strategi dan bergerak kerja untukMu Ya Allah….” Tetapi dalam masa yang sama Subuh entah ke mana? Tahajjudnya semakin jauh. Al-Quran ditinggalkan…… Alangkah takutnya kita sekiranya catatan amalan dan gerak kerja kita akan dicampakkan Allah ke muka kita kerana masalah-masalah hati yang berpenyakit. Apakah zikir kita terabai kerana kita terlalu banyak berkorban untuk berfikir? Adakah pengorbanan, sibuk dan fikir kita lebih daripada Rasulullah? Adakah strategi kita lebih hebat dari Sultan Muhammad al-Fateh? Adakah letihnya kita dalam perjuangan mengatasi al-Banna? Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah…….

Sesungguhnya, orang-orang beriman itu diceritakan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran :



“Orang-orang yang berZIKIR (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring. Dan mereka berFIKIR tentang apa yang diciptakan Allah seraya berkata, “Ya Tuhan kami, sesungguhnya segala ciptaanMu bukanlah sesuatu yang sia-sia. Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari azab neraka…”


Konklusi


Dengan ZIKIR, diharapkan ianya mejadi bekalan bagi kita yang bercita-cita untuk menjadi murabitun agar tidak menjadi mutasaqitun di jalan dakwah. Semoga Allah mengampunkan kita disamping kita mampu meningkatkan FIKIR dan memperkasakan ZIKIR sebagai bekalan dalam perjuangan Islam. FIKIR bukan alasan untuk meninggalkan ZIKIR, ZIKIR bukan alasan untuk melupakan FIKIR….


" Ya Allah, ampunilah kami hambaMu yang dhaif lagi hina, tetapkanlah hati-hati kami di atas landasan perjuangan agamamu.... Ameen..."


Wallaua’lam…..




petikan dipetik dari blog sdr Idris , Presiden GAMIS yang baru..
http://tintaduat.blogspot.com

Friday, January 22, 2010

Salahkah lelaki menangis



(Blog ini ditulis oleh seorang yang bukan ustaz, dan kini, seorang yang bukan ustaz itu bercerita selingan kisah seorang lelaki yang baru kematian isterinya yang tercinta..)


Aku sedang mencari dua buah hadith, tapi dah puas aku belek belek kitab ugama kat rumah aku, tapi masih tak jumpa-jumpa jugak.., (macamlah banyak sangat kitab ugama kat rumah aku) salah aku jugak, akupun dah lupa kat mana akan dua buah hadith tu yang pernah aku baca, rasa macam pernah baca kat rumah aku, tapi kat kitab mana ntah?, maka.., aku harap sangatlah jika korang yang tahu tentang hadith ini, silalah email aku, kerana aku ada ‘urusan’ dengan hadith tersebut yang boleh aku kongsi pendapat dengan semua bakal mayat sekalian...

Baik, untuk mudahkan korang menjejak hadith yang aku maksudkan, biarlah aku cerita secara ringkas isi hadith tersebut yang masih aku ingat serba sedikit, dan insyAllah.., aku cuba tulis ‘sisa baki intipati’ hadith tersebut setakat yang aku ‘ingat-ingat lupa’, ketidak tepatan amatlah di kesali, dan maksud lafaz hadith juga akan bertulis dalam ‘lebih kurang maksud’.., itu yang aku harap sangat bagi korang yang tahu akan lafaz sebenar hadith ini, silalah email aku.., tolong!

Hadith satu:-

Pada satu hari, ada sorang hamba Allah ni dah jadi mayat, akan tetapi takde orang yang sudi nak solat mayat untuk si mayat ni kerana tak tahu status sebenar si mayat ni, munafik ke islam?

Tiada kata selayaknya... datanglah wahai iman!!!!


Garam dan Telaga


              Suatu ketika, hiduplah seorang tua yang bijak. Pada suatu pagi, datanglah seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah. Langkahnya gontai dan air muka yang ruwet. Tamu itu, memang tampak seperti orang yang tak bahagia.
               
             Tanpa membuang waktu, orang itu menceritakan semua masalahnya. Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya dengan seksama. Ia lalu mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya untuk mengambil segelas air. Ditaburkannya garam itu kedalam gelas, lalu diaduknya perlahan. "Coba, minum ini, dan katakan bagaimana rasanya..", ujar Pak tua itu. "Pahit. Pahit sekali", jawab sang tamu, sambil meludah kesamping.Pak Tua itu, sedikit tersenyum. Ia, lalu mengajak tamunya ini, untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan dekat tempat tinggalnya. Kedua orang itu berjalan berdampingan, dan akhirnya sampailah mereka ke tepi telaga yang tenang itu.


Pak Tua itu, lalu kembali menaburkan segenggam garam, ke dalam telaga itu. Dengan sepotong kayu, dibuatnya gelombang mengaduk-aduk dan tercipta riak air, mengusik ketenangan telaga itu. "Coba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah.  Saat tamu itu selesai mereguk air itu, Pak Tua berkata lagi,"Bagaimana rasanya?". "Segar.", sahut tamunya. "Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi. "Tidak", jawab si anak muda.


Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk punggung si anak muda. Ia lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di samping telaga itu. "Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan, adalah layaknya segenggam garam, tak lebih  dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama.
"Tapi, kepahitan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dari wadah yang kita miliki.  Kepahitan itu, akan didasarkan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang bisa kamu lakukan.  Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu."

Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasehat. "Hatimu, adalah wadah itu.Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat kamu menampung segalanya.  Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."



Keduanya lalu beranjak pulang. Mereka sama-sama belajar hari itu. Dan Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan "segenggam garam", untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.


p/s:- agak2 apa pengajaran yang kita dapat eh? apa pendapat anda? jom tinggalkan komen disini untuk sama-sama kongsi apakah hikmah yang antum dapat dari cerita yang telah dinukilkan ini...


pemudaSUFI

Monday, January 18, 2010

Ketika Cinta Bertasbih 2


Kisah Azzam, Anna, Eliana serta Furqon akan kembali berlanjut dalam Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB 2). Kelanjutan dari KCB 1 ...

KCB2

KCB2 bercerita mengenai kisah hidup Azzam setelah menyelesaikan pendidikannya di Universitas Al-Azhar Mesir. Masih ada Kholidi Asadi Alam berperan sebagai Abdullah Khaerul Azzam. Oki Setiana Dewi sebagai Anna Althafunnisa dan Alice Sofie Norin sebagai Eliana Parmesthi Alam.  Berikut ini trailer, sinopsis serta production still (foto) diambil dariwww.filmketikacintabertasbih.com
http://www.youtube.com/watch?v=LwKNnwkY_to&feature=player_embedded
Sembilan tahun berpisah dengan ibu serta adik-adiknya membuat kepulangan Azzam dari Kairo memiliki sensasi yang luar biasa. Kerinduan yang meluber dari dadanya begitu menggelegak. Rindu kepada keluarga, rindu kepada negeri tercinta, rindu kepada senyum-senyum yang kerap semringah dari penduduk negerinya, meski dalam keadaan paling menderita sekalipun, membuatnya bergairah melangkahkan kaki di lantai bandara

PS19


PS05

Lulus S-1 dari sebuah perguruan tinggi yang memiliki pengaruh wibawa kealiman, tidak menyebabkan Azzam mendapat kemudahan dalam segala urusan. Dia bahkan gamang untuk mendapatkan pekerjaan yang pas. Belum lagi cibiran tetangga yang mengira bahwa lulusan Al-Azhar University otomatis menjadi kyai atau ulama besar. Itu kenapa Bu Malikatun, sang ibu menjadi gelisah, bahkan menyuruh adik Azzam, Husna untuk mencarikan pekerjaan, apa saja yang penting asal kesannya bekerja, keluar dari rumah.

PS02


PS20

Dengan latar belakang pengalaman berwirausaha selama di Mesir, Azzam pun tidak patah semangat untuk membangun usahanya sendiri. Tetapi bagaimana dengan menikah, hal yang selalu disinggung oleh ibunya.

PS23


PS24

Wanita yang ia dambakan, Anna Althafunnisa telah dipinang sahabatnya sendiri. Sedangkan dengan Eliana yang jelas-jelas menaruh hati padanya belum bisa ia terima, karena ia masih mendambakan wanita muslimah. Azzam pun berusaha mencari tambatan hatinya, walaupun cukup banyak hambatan yang ia hadapi, yang kemudian membuatnya hampir putus asa.

PS21


PS06


PS25

Bagaimanakah kelanjutan perjalanan cinta dan hidup Azzam? Lalu bagaimana nasib pernikahan Anna & Furqon, mengingat Furqon masih menyimpan rahasia besar dalam hidupnya. Akankah Eliana tergerak hatinya untuk menjadi wanita muslimah seutuhnya dan mendapatkan cinta Azzam ?

PS08


PS15

Itulah sedikit resensinya. Film yang digarap oleh Chaerul Umam ini pengambilan gambarnya dilakukan di Indonesia. Semoga lebih baik pengerjaannya daripada KCB 1 yang sebagian besar pengambilan gambar dilakukan di Mesir. Setidaknya kesan sinetron bisa lebih ditanggalkan. Namun apabila melihat trailernya masih banyak menggunakan pengambilan gambar ala sinetron yaitu close up wajah dan kamera diam.
Ketika Cinta Bertasbih adalah film dengan cerita yang sangat bagus dan membangun. Namun sebuah film tidak hanya jalan ceritanya saja yang harus bagus. Melainkan gambar dan editingnya juga harus cantik. Secantik para pemain-pemainnya :D
Yang pasti di KCB 2 ini Anda tidak akan dikecewakan dengan To Be Continuedkarena seluruh kisah akan berakhir sesuai novelnya.

Impianku.....

Impianku ialah menjadi pemuda yang beriman
Disaluti rasa gerun dan takwa kepada Allah
Jiwaku penuh penghayatan dan keyakinan terhadap ISLAM
Solatku lambang maruah diriku
Ilmu sentiasa diburu, disebar dan diimarah
Sentiasa lapar dan dahaga akan pahala
Sentiasa bersama mujahid yang berjuang fisabilillah
Tidak takut berkata benar
Tidak pernah gentar melawan nafsu

Impianku ialah menjadi pemuda yang menjaga tutur katanya
Tidak bermegah dengan ilmu di dada
Tidak menyombong dengan harta dunia yang dianugerahkan
Sentiasa berbuat kebajikan kerana mengejar sifat pemurah
Mempunyai ramai sahabat yang sentiasa bertambah

Impianku ialah menjadi pemuda yang menghormati ibu dan ayah
Sentiasa berbakti kepada keluarga dan masyarakat
Memimpin dan menjaga kerukunan rumahtangga
Mendidik dan menyerapkan peradaban islam ke dalam jiwa
Isteri tercinta dan anak-anak tersayang
Hidupku penuh kesederhanaan
Kerana dunia bagiku ialah rumah sementara dalam menuju akhirat hakiki

Impianku ialah menjadi pemuda yang sentiasa bersedia menjadi imam
Hidup dibawah naungan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w
Mudah diajak berbincang dan berbicara
Sentiasa menundukkan pandangan
Sujudku membuahkan rasa hina diri sebagai hamba
Tulus ikhlas mengharapkan rahmat Allah

Impianku ialah peka dan optimis akan masa yang sentiasa mencemburui
Mataku layu kerana rakus menelaah
Suaraku lesu kerana keletihan mengaji dan berzikir
Tidurku lena bertemankan cahaya keimanan
Bangunku subuh ibarat sang harimau kelaparan
Buah tahajjud dan air mata tangisan menjadi hidangan
Kerana usiaku lanjut meniti kematangan

Impianku ialah peringatan mati sebagai teman sejati
Kerana bagiku alam dunia adalah ladang akhirat
Panorama kehidupan perlu dibaja dan disemai
Agar berputik tunas yang bakal bercambah menjadi baka yang berkualiti
Meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian

Impianku ialah menjadi pemuda yang tak terlena dengan hambatan dunia
Kerana daku mengimpikan Syurga Firdausi
Di situlah rumahku kekal abadi
Kerana aku ingin membawanya bersama
TAPI, SIAPAKAH DIA......???


ermm... aku bila lagi??

********************************************************************
P/S : kata-kata nukilan diatas adalah merujuk kepada impian dan harapan untuk menjadi pemuda yang seideal yang mungkin, & bukanlah untuk ingin menggambarkan keadaan sebenar penulis sekarang. 


wallahu taa'la a'lam




Sunday, January 17, 2010

Pak Lang pergi dulu.....

Al-Fatihah buat pak lang....


Kegembiraan & keceriaan kami kembali tercalar & terluka apabila paklang yang selama ini baynak membentuk inspirasi keluarga selepas pemergian ayahku yang tercinta.. Pemergian Paklang, mga2 disambut dengan penuh riang oleh penduduk syurga.  Mesti paklang da jumpa abah ngan fadhiri kan?


Xpa paklang, jgn risau hasil didikan paklang selama ini sudah mampu untuk kami terus tabah menghadapi kehilangan paklang. Kami taw, pak lang akan lebih bahagia disana.


Tarikh keramat, 13hb Januari 2010(rabu) pasti akan aku ingat sebagi mengenang jasa & saat manis bersamamu... ermm...


Selepas satu pergi, pasti akan ada yang menyusul, setiap orag pastinya,


Cuma aku? Bila lagi.... ermmm...








angah/wanhikmah/pemudasufi
07.00 p.m/ 17Januari 2010/ ahad
umah bob

9 gerhana bulan, 3 gerhana matahari hingga 2020


A combination picture shows the different phases of an annular solar eclipse in the southern Indian town of Rameswaram January 15, 2010. The annular eclipse of the sun, which will last for over 11 minutes during its maximum duration, will be visible from a 300-km wide track that passes half of the earth, according to NASA.

KUANTAN – Penduduk negeri Pahang berpeluang menyaksikan sembilan fenomena gerhana bulan dan tiga gerhana matahari yang diramalkan kelihatan dan boleh disaksikan orang ramai sehingga 2020.


Ketua Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Pahang, Azlan Abdul Rahman berkata, berdasarkan jadual gerhana bulan dan matahari yang dikeluarkan, penduduk negeri ini dijangka berpeluang menyaksikan gerhana bulan pada tarikh-tarikh 26 Jun 2010 (gerhana separuh), 10 Disember 2011 (gerhana penuh) dan 4 Jun 2012 (gerhana separa).


Menurutnya, pada 8 Oktober 2014 dan 4 April 2015, penduduk negeri ini dijangka akan dapat menyaksikan gerhana bulan penuh menjelang waktu Maghrib hingga jam 9.45 malam.


“Sementara itu gerhana bulan juga dijangka berlaku pada 7 Ogos 2017, 31 Januari dan 27 Julai 2018 serta 16 Julai 2019,” katanya ketika ditemui selepas turut serta menyaksikan fasa gerhana matahari separa, di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berhadapan Masjid Negeri, di sini petang semalam.


Beliau berkata, berdasarkan jadual itu juga, tiga fenomena gerhana matahari dijangka berlaku pada tarikh-tarikh 9 Mac 2016, 26 Disember 2019 dan 21 Jun 2020, membabitkan kadar gerhana antara 25 hingga 85 peratus.


Untuk fenomena gerhana matahari separa yang berlaku hari ini (semalam), ia bermula kira-kira jam 3.07 hingga 5.40 petang, gerhana hanya sempat disaksikan sebanyak dua kali, memandangkan keadaan awam tebal dan mendung.


Bagaimanapun hasil pemerhatian gerhana menggunakan teleskop jenis MEADE TELESCOPE LX200GPS dan beberapa teleskop milik Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Pahang dan Jabatan Mufti, gerhana matahari pada kadar 39 peratus dapat dilihat kira-kira jam 3.20 petang tadi (semalam),” katanya.


Gerhana yang menarik perhatian sebahagian penduduk Kuantan yang hadir berkumpul di padang MPK turut disusuli dengan solat hajat dan khutbah gerhana di Masjid Negeri sebelum beramai-ramai menyaksikan fenomena yang jarang berlaku itu.


Penghayatan dan solat sunat gerhana yang diadakan dapat menunjukkan sifat tawaduk terhadap kebesaran Allah manakala kajian fenomena ini dari sudut saintifik dapat membantu pengkaji menganalisis ketepatan waktu dan kesan gangguan pada orbit bulan dan matahari,”katanya.



Sumber : http://epondok.wordpress.com/2010/01/16/9-gerhana-bulan-3-gerhana-matahari-hingga-2020/

Iktibar dari kejadian...

Salam tazkirah buat sahabat2

Ustaz ana ada mengingatkan dalam kuliah jumaat beliau bahawa tahun ini kemungkinan ujian dan cabarannya lebih hebat. Kita tidak dapat menolak ujian dan cabaran itu lantaran ia adalah lumrah bagi mereka yang sentiasa menjalankan kerja Islam atas muka bumi ini. Lemahnya suara ustaz membesarkan keagungan tuhan sesekali membuatkan kalbu ini seperti dibisik dengan keasyikan tawadhuk tatkala setelah sekian lama diri tidak dihiburkan dengan nada peri kehambaan.





Kata ustaz, a'lim ulama dahulu ada mengkaji, khalibnya (menjadi adat kebiasaan) awal muharramyang jatuhnya hari jumaat memberi petunjuk bahawa dalam sesebuah negara itu terdapatnya raja-raja dan hulubalang-hulubala ng yang zalim disamping hujan yang sedikit. Faham yang disampaikan oleh ustaz ialah para pemimpin dan menteri-menteri yang zalim disamping rahmatNya yang sedikit. Sedikit sebanyak membenarkan apa yang telah diperkatakan oleh ulama setelah seketika memikirkan bumi Malaysia yang fana ini. Namun ini bukanlah sesuatu ketetapan tetapi khalibnya itu telah menjadi penelitian ulama terdahulu. 

Awal muharam jatuhnya hari Jumaat, awal masihi jatuhnya hari Jumaat, 
gerhana bulan jatuhnya hari Jumaat, gerhana matahari jatuhnya hari Jumaat, dan yang pastinya hari kiamat itu jatuhnya hari Jumaat.




Dalam bulan muharam sahaja menggabungkan beberapa peristiwa penting memberi khabaran kekuasaan tuhan bisa mengadakan sesuatu urusan yang dikehendakinya. Kata ustaz, itulah bertapa besarnya kemuliaan hari Jumaat yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad saw. Disamping mengingatkan kepada hambaNya jarak waktu kiamat itu semakin hampir. A'la kullihal, sama-samalah kita mengambil iktibar dengan memahami maksud tersirat peristiwa2 tersebut bukan dengan menganggap semuanya perbetulan semata.

Pondok Tanjong Kapur terbakar hari Jumaat (akhir zulhijjah) sebelum pada kali keduanya terbakar pada hari Jumaat (awal muharam) minggu berikutnya ketika penghuninya sedang menunaikan solat Jumaat. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka yang terlibat. 



SEMUA JATUH HARI JUMAAT KAN?

Assalamualaikum wbh,




sedar x sedar, hari demi hari berlalu... tahun demi tahun da berlalu.. n aku pun dah besar... tapi sejak mutakhir ini ... perasan x ada something yang pelik....  Kebelakangan ini, banyak peristiwa berlaku pada hari jumaat, jika semua org perasan:


Hari Raya Haji 2009
Tahun Baru Hijrah
Tahun Baru Masihi 2010
Gerhana Bulan Separa 2010
Gerhana Matahari Cincin 2010
Maulidur Rasul 2010
Nuzul Quran 2010
Hari Raya Puasa 2010


sbg peringatan kpd semua seperti mana yg dijanjikan Allah SWT kpd kita....bukankah Qiamat itu berlaku pada hari jumaat?Ya Allah, ampunilah dosa2 kami..tingkatkan amalan soleh msing2...



ermmm.. kita bila la plak eh..?





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails