Pages

Monday, January 4, 2010

PROGRAM IPIM & PAKSI DI SRI MENTALOON

Artikel dibawah adalah merupakan laporan berkaitan salah satu modul yang kami telah laksanakan sepanjang program Ijtima' Pelajar islam Se-Malaysia (IPIM 09) baru-baru ini. Anda juga boleh melayari sumber asal artikel ini disini LANDAS

saya = ustaz kamarudin



Saya sedang menyampaikan ceramah LANDAS di Dewan Utama Kediaman Menteri Besar Kedah di sri Mentaloon untuk peserta IPIM dan PAKSI




ALOR STAR – Sabtu 19 Disember 2009, seramai hampir 300 orang Ijtimak Pelajar Islam Malaysia (IPIM) dan 150 orang peserta pengajian PAKSI telah mengikuti program ceramah dan penerangan LANDAS di Dewan Utama Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah Sri Mentaloon, Alor Star. Sesi pertama ceramah isu-isu semasa gejala sosial dan pendekatan dakwah lapangan. Sesi kedua pengajian kitab Bahrul Maazi oleh Ustaz Zainul Asri. Program IPIM bermula 18-21 Disember di Masjid Nurul Ehsan, Langgar, Kedah. Selepas program di Mentaloon, peserta dibawa ke Musalla Pusat Dakwah Alor Star untuk Solat Zohor dan turun lapangan di kawasan City Plaza. Mereka diberikan latihan dakwah secara praktikal mendekati anak muda dan meyampaikan bahan cetak kempen menutup aurat serta panduan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.



Semasa kami berada di tingkat atas City Plaza, kawasan C.T. World yang merupakan pusat hiburan budak-budak melayu, hampir 100 peratus remaja Islam berkaraok, snooker, games, bolling dan pawagam. Di lokasi tersebut peserta berjumpa ramai remaja belasan tahun mabuk-mabuk selepas minum arak. Peserta juga telah menemui ramai remaja lelaki dan perempuan belasan tahun berkelakuan tidak sopan di hadapan City Plaza, mabuk arak dan lalok hidu gam. Apa nak jadi negeri Kedah Darul Aman yang kita inginkan Kedah Sejahtera. Cikgu Sukarno sungguh gigih membuat program latihan kepimpinan pelajar sebagai pendakwah muda dan sanggup membawa hampir 300 orang pelajar turun padang.


Sekiranya beginilah realitinya sudah pasti apa yang kita inginkan amat malang dan kecewa. Kami tidak berhajat menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Kami mengajak semua pihak sama-sama turun padang menyampaikan mesej dakwah kepada anak muda dan remaja melayu Islam yang tersasar di luar sana. Gejala mungkar dan maksiat sebegini tumbuh bak cendawan selepas hujan di seluruh bandar-bandar utama negeri Kedah Darul Aman. Pihak LANDAS bersedia memberikan khidmat latihan kemahiran secara sukarela sebagai pendakwah lapangan. Cuma tinggal respon dari individu atau kumpulan yang mahu bersama untuk kepentingan Islam dan masa depan ummah. Jangan sampai Allah turunkan bala’Nya, baru kita meratap tangis dan pohon Allah SWT selamatkan kita. Ketika itu sudah terlambat, tidak lagi berguna pangkat dan darjat. Rumah besar, harta dan wang ringgit sudah tidak berguna lagi.


Pihak berkuasa bandaraya, PBT dan penguatkuasa agama yang mempunyai autoriti, diminta membuat pemantauan lebih kerap lagi di lokasi kritikal gejala sosial. Kami di kalangan aktivis LANDAS hanya termampu turun padang sampaikan risalah dan nasihat. Itupun yang betul-betul ada komitmen sebagai sukarelawan dakwah yang sanggup turun walaupun tidak bergaji.



Cikgu Sukarno sedang berbual dengan pendakwah muda di hadapan Pusat Dakwah setelah selesai turun padang. Apa perkembangan dan pengalaman yang mereka dapat.



Setelah Solat Zohor di Musalla Pusat Dakwah Alor Star, pendakwah muslimat sedang bergerak ke City Plaza



Pendakwah muda sedang beraksi di hadapan City Plaza dengan gigih dan bersemangat. Inilah yang kita harapkan pelapis yang dapat membantu kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Kedah yang ingin jadikan negeri kedah sebagai model kedah sejahtera





Saya sedang memberi nasihat seorang lelaki yang baru habis hidu gam, ketika itu beliau sedang bertengkar dengan isterinya yang hamil 7 bulan anak pertama. Lelaki ini bekerja sebagai parking motosikal berhampiran
City Plaza Alor Setar



City World dalam bangunan City Plaza lokasi anak muda melayu berhibur sehingga melanggar peraturan syarak. Aktivis LANDAS sedang beraksi menyampaikan mesej dakwah.


sekian,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails