Pages

Showing posts with label SAHABAT. Show all posts
Showing posts with label SAHABAT. Show all posts

Thursday, April 8, 2010

Mengapa kita berasa Susah dalam beramal??




P/S: Syurga itu suatu kepayahan dan kesengsaraan, 
neraka adlah suatu kesenangan dan keselesaan

Sunday, March 7, 2010

HALAWATUL UKHUWAH

NUKILAN BUAT SAHABAT-SAHABAT, ABANG-ABANG, KAKAK-KAKAK, ADIK-ADIK SEPERJUANGAN,
maaf la bg yang x termasuk gambaq nie.. kawe baru nk belajar 'PHOTOSCAPE'

"Nikmat paling manis pabila Allah direct mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian,
Namun, tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan
yang memberi suntikan semangat perjuangan,
alirkanlah halawatul ukhwah,
kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hatI"

Ya Allah, peliharalah kami ini dari futur dan lemah,
dan peliharalah ukhuwah kami,
sayangilah dirinya,
kerana ku mengetahui bahawa kau mampu menyayanginya lebih baik dariku..."

Ya Allah, Temanku ini adalah hartaku,
mesra kami penawar duka,
rindu kami moga-moga menambah pahala,
rajuk kami membuahkan ceria..
Sedih kami moga-moga tersuci dari dosa...

Ya Allah, akan kami zikir dan fikir hanya untuk agama-Mu
Ya Allah, Permudahkanlah kami bersama....

Ya Allah, silaturrahim kami ukhuwah fillah,
bermusuhan kami NA'UZUBILLAH...
Berpisah syahid InsyaALLAH WAL HAMDULILLAH..
Penguat & pengubat hati Doa Rabitah...

Ya Allah, Rahmatilah kami meniti usia,
terpisah kami di alam nyata...
temukan kami di mahsyar..
Andai kata ku ke syurga,

KU PINTA DIA BERSAMA.......................

Saturday, February 20, 2010



Nasihat Imam As-Syafie dalam persahabatan..

1. Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.


2. Mencari Sahabat di Waktu Susah


Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya .... siapakah yang sudi menjadi sahabatku. Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3. Pasang Surut Persahabatan 

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkanku, dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai


Tuesday, February 2, 2010

Aku kesal.....


[ENTRI INI ADALAH BERSIFAT PRIVASI DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK BACAAN UMUM, TAPI NAK POST GAK KAT SINIEH!!, JUZ LUAHAN HATI PENULIS DAN ENTRI INI JUGA TIDAK BERKAITAN DENGAN SESIAPA PUN, HANYA AKU, ALLAH DAN RASUL,  & HATI YANG KESAL INI PERLU DIUBATI]







IMAN!!! Kenapa engkau tidak bersifat malaikat?? Yang sentiasa maintain ja... kalu kau bersifat Rasul pun ok, walaupun aku bukanlah nabi @ rasulullah... kadang-kadang jadi cemuih(jemu dalam loghat utara) bersama dengan iman yang bersifat manusia nie!! Sentiasa yazid wa yanqus( trurn dan naik).. huhu..
Tapi aku pasrah, pastinya semuanya adalah yang terbaek yang telah Allah sediakan special untuk aku. Mana ada orang lain jadi aku atas muka bumi nie.. aku hanyalah aku. Jalan cerita hidup aku, hanyalah untuk aku.. Allah da sedia dah, sejak aku belum tercipta dan ‘terancang’ lagi.

MOHD IZUWAN BIN ZAINI, yakinlah pada ALLAH, suma yang telah hang  tempuhi pasti yang terbaek tuk hang, walaupun hang rasa kurang baik @ tidak baik bagi hang, tapi inilah yang Allah  nak tuk hang. Allah da sebut dalam Quran, 


Sunday, January 17, 2010

“Allah mudahkan pemergian mereka"



Tanjong Malim, 14 Jan- “Alhamdulillah, Allah s.w.t telah permudahkan segala urusan arwah Fadhiri dan Faizol. Insya-Allah, moga-moga Allah menerima kebaikan yang telah mereka lakukan dan mengampunkan dosa-dosa mereka,” kata seorang saksi kejadian kemalangan maut yang lepas. Menurut seorang lagi saksi iaitu Suhainizam Sharif ketika ditemui berkata, kedua-dua arwah hanya melafazkan nama-nama Allah sebelum kedua-dua mereka meninggal dunia. Saudara Faizol sempat mengangguk-anggukkan kepala apabila dibacakan kalimah LailahaillAllah (tiada Tuhan melainkan Allah).


“Allah telah memberikan kesempatan kepada saya untuk membisikkan perkataan mulia ini kepada saudara Faizol ketika saat-saat akhir arwah di dunia ini. Apabila berlakunya kemalangan, saya terus mendapatkan Faizol dan membisikkan kalimah LailahaillAllah. Alhamdulillah, arwah mengangguk-angguk tanda faham dan terus pergi meninggalkan kita semua,” katanya dengan sebak.


“Bagi arwah Fadhiri pula, saya mencabut topi keledar yang dipakai dan memangku arwah serta membisikkan kalimah yang sama. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan arwah ke Hospital Slim dan Hospital Teluk Intan, mulut arwah tak pernah lekang dengan menyebut nama-nama Allah sehinggalah beliau pergi,” kata saksi yang mengiringi arwah ke Hospital Slim dan Hospital Teluk Intan pada hari kejadian.
Bagi saudara Nik Azrul Nik Kamaruddin pula, beliau melihat betapa mudahnya Allah s.w.t memudahkan urusan arwah dan melihat ramainya tetamu yang hadir untuk menyolatkan kedua-dua arwah.


“Apabila saya melihat segala urusan arwah dipermudahkan dengan baik dan betapa ramainya tetamu yang hadir ketika menyolatkan mereka, hati saya tenang dan bersyukur pada Allah. Arwah Faizol disolatkan sebanyak dua kali di surau Al-Falah manakala arwah Fadhiri pula sehingga orang ramai melimpah keluar dari kediaman beliau termasuk dari pelajar-pelajar pondok yang pernah beliau menuntut ilmu,”


“Di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada pihak HEP UPSI dibawah kepimpinan Prof. Shaharuddin kerana banyak membantu urusan arwah. Tidak lupa kepada yang menziarahi beliau sama ada dari UPSI mahupun daripada luar. Semoga Allah, menerima mereka dan menjadi iktibar untuk kita semua, insyaAllah,” tambahnya lagi.


UPSI




Friday, December 19, 2008

sahabat itu... @};-

SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU
AGAR IA TIDAK BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA



SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHAANNYA JADI TUMPUAN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails