Pages

Thursday, February 25, 2010

FORUM BERSAMA SYAIKHUNA AL-MUHADDITS, DR YUSRI RUSYDI AS-SAYYID JABR AL-HASANI (SIRI II)

Bagaimana kita nak timbulkan iman dan kasih kepada nabi?

Ø Melalui cara kita perlu bertaaruf dengan lebih mendalam lagi mngenai Rasulillah saw.
> Bukti @ dalil nabi berbeza dari manusia adalah dengan mukjizat yang ada pada nabi.
Ø  Diketika mana Rasulillah saw masih kanak-kanak, malaikat mendatangi nabi dan mencabut seketul daging dalam dada nabi dan mengantikan dengan sesuatuyang mebezakan dia dengan manusia lain.
o   Hingga menyebabkan syaitan pun takut untuk hampir pada nabi.
Ø  Bukan peristiwa biasa, peristiwa berulang-ulang dan berlaku sebanyak 4 kali terhadap  baginda Rasulillah saw.
Ø  Berlaku buat kali ke-2  ketika sebelum nabi diangkat menjadi nabi.
Ø  Kali yang ke-3, sebelum isra’ dan mi’raj
Ø  Kali yang ke-4, ........................... (x sempat nak salin masa nie, sila isi tempat kosong)
Ø  Peristiwa seperti ini, tidak berlaku pada nabi-nabi lain, apatah lagi kita sebagai manusia biasa.
Ø  Baginda Rasulillah saw ketika berjalan, akan di naungi awan, hal ini tidak berlaku pada manusia biasa,
Ø  Pandangan Rasulillah  juga tidak sama seperti kita,
o   Pandangan nabi umpama “melihat dalam tempat yang gelap” (spt berada dalam bilik yang ditutup lampu, tapi masih lagi dapat melihat dengan jelas)
o   Pandangan nya juga, dapt membezakan antara suara wahyu malaikat dan bisikan syaitan.
Ø  Nabi juga mempunyai suara yang unik, iaitu bila bercakap, walau perlahan tetapi dapt didengari oleh setiap yang hadir.
Ø  Nabi bila jadi imam, suaranya umpama sedang menggunakan microfon dan pembesar suara, setiap saff pasti dapat mendengar dengan nada yang sama walaupun nabi tidak menggunakan sebarang alat pembesar suara.
Ø  Saff yang paling belakang akan dapt mendengar  suara sama seperti saff yang paling hadapan.
Ø  Sbagai contoh diketika Baginda Rasulillah saw menyamoaikan Khutbah Wida’
o   Nabi dapt berkhutbah tanpa perantaraan dan adanya orang tengah tolong sampaikan,
Ø  Antara kelebihan lain adalah, Nabi mampu menahan lapar,
Ø  Pernah berlaku di Perang Khandak,
o   Nabi mampu untuk menahan kelaparan dalam masa yag lama dan boleh bekerja keras lagi (bersama-sama dengan para mujahidin ketika bertungkus lumus mendalami longkang yang akan menjadio benteng pertahanan )
Ø  Diantara kelabihan lain adalah,  air liur nabi boleh menjadi penawar, manakal air liur manusia biasa adalah kotor dan jijik.
Ø  Peluh nabi adalah wangi, bahkan lebih wangi dari bau kasturi. Berbeza dengan manusia biasa yang busuk dan semakin membusuk.
Ø  Air mata Rasulillah saw mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Tidak kisah sakit lama atau sakit baru.


*      Berselawatlah kamu kepada orang yang nak sembuhkan kamu dengan air liur (nabi) dan dengan selawat kamu beroleh syafaat.
*      Pernah suatu ketika, nabi  pernah meludah dalam satu telaga yang punyai air masin, Nabi meludah kedalamnya, lalu air tersebut terus berubah dari masin kepada tawar.

*         Jadi, dari semua cerita yang diceritakan ini menunjukkan bahawa nabi dan manusia ini adalah sama tapi tidak serupa, umpama ketul batu dan ketul emas.

AKAN BERSAMBUNG...

Monday, February 22, 2010

FORUM BERSAMA SYAIKHUNA AL-MUHADDITS, DR. YUSRI RUSYDI AS-SAYYID JABR AL-HASANI (SIRI I)

• Seorang ahli waris keturunan nabi yang nasabnya sampai hingga ke syidina Hassan, cucu rasulullah, beliau juga merupakan seorang pakar bedah yang dijemput hadir ke Surau Taman Jali, Perlis Daruss Sunnah pada 17hb Febuari 2010 (Rabu) yang lepas bagi meraikan Suasana awal sebelum menyambut Maulidur Ar-Rasul

• Turut hadir pada malam tersebut adalah, Tuan Guru Yussaine Bin Yahya, Mudir Maahad Tahfiz Al-Imam An-Nawawi, Mudir Madrasah Pondok Gajah Teriak, juga hadir bersama yang juga memperngerusikan majlis adalah Mudir dari Pondok......

*TAZKIRAH AWAL DARI MUDIR,
Sebagai permulaan, marilah kita bermuhasabah dimanakah kita?
Jika para sahabat, akan bangun kelak boleh menuntut syurga dengan tiitsan darah merah didada mereka sebagai tukaran.
Jika Para aulia, alim-ulama’, bangun di hari kiamat, boleh menuntut syurga dengan titisan mutiara putih (airmata penyesalan) sebagai petukaran.
Jika para dermawan, mampu membeli syurga dengan hasil dermanya selama ia hidup,
Jadi, dimana kita masa tue, apakah agaknya, barangan(amalan) yang selayaknya bagi kita untuk dijadikan bahan tukaran dengan syurga nanti? Apakah barangan itu??

SEDARLH WAHAI PEJUANG,

*Perkongsian dari ucapan yang disampaikan oleh AlFadhil Dr Yusri Al-Hassani,
Ucapan didahului dengan kata alu-aluan dari AlFadhil, selawat dan salam keatas baginda Rasulillah saw,
Dengan taaruf dan kenali dengan lebih mendalam mengenai Rasulillah saw dapat mendekatkan diri kita dengan Allah swt
Orang yang mengingati nabi, akan bertambah imannya
Sesiapa yang kasih kepada saudaranya, maka dia juga mengasihi dirinya sendiri
Sesiapa yang pernah berjumpa dengan nabi, akan merasakan umpama dia begitu dekat dengan nabi.
Perlu bersyukur kerana kita beriman dengan Rasulillah saw, mengikut segala yang diajarkannya
Bukan semua orang yang mendengar hadis dari nabi akan ikut dan patuh, maka mereka nilah yang tercela.
Ada juga yang mendengar tetapi tidak mengikut dengan sepenuh hati seperti orang-orang munafik

o Rasulillah saw berkata kepada Syaidina Umar AL-Khattab,
 “tidak beriman kamu selagi mana kamu tidak kasihi aku melebihi dari dirimu sendiri”
o Syaidina Umar berkata
 “maka sekarang, aku cintai kamu lebih dari aku cintai diriku sendiri”
o Rasulillah saw bersabda lagi,
 “maka sekarang, iman kamu dah sempurna”


AKAN BERSAMBUNG......

Saturday, February 20, 2010



Nasihat Imam As-Syafie dalam persahabatan..

1. Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.


2. Mencari Sahabat di Waktu Susah


Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya .... siapakah yang sudi menjadi sahabatku. Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3. Pasang Surut Persahabatan 

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkanku, dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai


Wednesday, February 17, 2010

Bagaimana mahu melepaskan rindu?

Satu perasaan yang fitrah yang ada pada setiap manusia, rindu wujud selepas dari wujudnya cinta dalam diri kita...

namun persoalannya, bagaimanakah perlu kita manage perasaan rindu dan cinta itu, agar tidak melangkaui garis maximum dan minimum yang telah digariskan.

Lagi hebat, bila mana kita dapt menghala dan mempergunakan perasaan rindu dan cinta yang wujud dalam jiwa kita nie, supaya lebih cenderung dan terarah untuk mencapai redho Allah.

Lagi hebat pabila kita mampu/dapat/ berkuasa/ berusaha untuk mengawal fitrah ini agar tidak menjadi FITNAH kepada kita, dan juga Islam.

Ukhuwah yang terbina, hasil dari susah payah bersama & semangat Ithar banyak menerbitkan benih-benih cinta dan sayang pada sahabat kita.

Bila mana ukhuwah menjadi tali pengikat, Cinta akan lahir, tetapi ianya mampu untuk mengekalkan kita bearada bersama-sama dengan para sahabat, walau ada diantar sahabt kita yang berwajah hodoh, berkulit gelap, gigi yang tidak tersusun dan sebagainya, tapi takkan sedikit pun kita akan tumbang dan kalah hasil dari kekuatan ukhuwah itu...

Buat, sahabat-sahabat seperjuangan, anak-anak buah sekalian, ketahuilah bahawa aku amat merindui kalian!! Aku sayangkan kalian. RiNDU UNTUK KETEMU!..

SAHABAT, DIAKHIR PERTEMUAN., USAHLAH KITA UCAPKAN SELAMAT TINGGAL, TATAPI UCAPLAH SEHINGGA BERJUMPA LAGI, walau kita x sempat bertemu di dunia, mudahan dengan hebatnya ukhuwah yang tercipta ini, dapat mempertemukah kita kelak di syurga. InsyaALLAH. Ame3n.

pemudaSUFI

Tuesday, February 16, 2010

Barisan Jihad


Album : Ramadhan
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com


*)
Barisan jihad pemuda Islam
Baris maju mara kehadapan
Bersama seruan Allahu Akbar
Allahu Akbar, Allahu Akbar
ha.. a.. a... Allahu Akbar
2X

Jadi syuhada itulah idaman
Menyambut panggilan utusan Allah
Tegakkan keadilan demi kebenaran
Hancurkan kemungkaran sepanjang zaman
Hancurkan kemungkaran sepanjang zaman

back to *)
**)
Berbekal niat yang suci
Tegak tuhid diwajah bumi
Allah semata penentuan
Ridho-Nya murka-Nya tuk asuhan
Segala kemampuan penuh kesungguhan
Hancurkan halangan melaju kedepan
Hancurkan halangan melaju kedepan

back to *)
Biar basah di bumi Allah
Dengan darah para syuhada
Biar merah berlumuran darah
Pantang mundur walau selangkah
Pantang mundur walau selangkah

back to *)
back to **)
back to *)

Allahu akbar, Allah Maha besar
Majulah wahai barisan jihad
Ummat mulia warisan anbiya
Cintakan akherat zuhudkan dunia
Cintakan akherat zuhudkan dunia

back to *)

ha.. a.. a... Allahu Akbar (barisan jihad)
(ending)

Tuesday, February 9, 2010

Aku Sudah Mati


3 Komen di sini ]
Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta , lalu bertembung dengan sebuah lori. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa- apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sngguh. Nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. 'Mengucap nak, mengucap! 'Asyhaduallailahaillallah' ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

Sambgn: Memandu @ Menumpang??! siapa anda..




Ingati Allah 24 Jam, Allah berupaya lebih dari e2....

cepat2 tanam aku!!

ralit bersembang ngan sahabt sekerja, teringat pasal pesanan seorang abang, abang meor rasanya ... ketika ziarah seorang waris sahabt yang meninggal suatu ketika dulu...

dia pesan... wasiat yang paling penting adalah, wasiatkan kepada waris "cepat2 tanam aku, bila aku da hembus nafas yang terakhir kelak..." 

kalau nak tunggu sedara mara suma datng, alamatnya terseksalah aku nanti...

cakap kat diorg, x datang pun x pa... yang penting doa yang berterusan sampai...

apa guna datang tapi hanya tumpang meramaikan ahli  nangis ja.. Solat jenazah haram nak wat...

pasal harta, kalu stakat nk agih pada anak2 n si ahli waris.. x yah dok pikiaq la... Islam da sedia da peraturan dia... yang suruh wasiat nie adalh kepada golongan2 yag bukan ahli yag sepatutnya dapat... seperti anak angkat n so on....

berwasiatlah.. "cepat2, tanam aku"..// pesan abg meor...

Wednesday, February 3, 2010

BEDAH BUKU: Virus-Virus Ukhwah

Saya sedang membaca sebuah buku yang dirasakan bagus jika dapat dikongsi bersama. Sebenarnya dah lama ada 'softcopy'nya, tapi baru sekarang ada kesempatan nak baca. Tajuknya: Virus-virus Ukhuwah Pengarangnya: Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah Di sini adalah SEDIKIT mutiara-mutiara yang saya dapati daripada karya HEBAT ini!
1. Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)
2. Ukhuwah dan pertautan hati tak akan terikat tanpa perkenan izin oleh Allah SWT, hatta jika manusia membelanjakan segenap hartanya sekalipun.
"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)
3. Ganjaran orang-orang yang berukhuwah dan mencintai kerana Allah sangat besar. "Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada.” (HR Ahmad)
4. Namun, Ukhuwah yang terbentuk itupun kadang-kadang 'bisa' TERUNGKAI tatkala diserang virus-virusnya! Baiklah, berikut adalah tips-tips untuk MEROSAKKAN ukhuwah yang dapati daripada buku tersebut (saya hanya senaraikan sebahagian);
  • Berbicaralah pada Saudaramu dengan Nada yang Tinggi dan Kasar "Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai" (Luqman 31: 19)
  • Jangan Mendengar dan Jangan Menghargai Pendapatnya 'Atha' (ulama Salaf) pernah mengatakan; "Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai."

MURSYIDUL AM BARU IM




Musyidul Am Baru Ikhwan Muslimin

NamaMohamed Badi' Abdul Majeed Samy

Tarikh Lahir
7 Ogos 1943

Tempat Lahir
Mahalla Al-Kubra



StatusBerkahwin

Pasangan HidupSamia Alshanawy, bekas Pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiah di Bani Suef, Mesir.

Anak-anak- Ammar (Jurutera Komputer)
- Bilal (Pakar Radiologi)
- Doha (Ahli Farmasi)

Cucu-cucu- Ro'a
- Habib
- Eyad
- Tameem

Kejayaan Akademik
- Sarjana Muda Kedoktoran Haiwan - Kaherah,tahun 1965.
- Pensyarah Fakulti Kedoktoran Haiwan - Asyut,tahun 1965.
- Memperolehi Master Kedoktoran Haiwan dan menjadi Guru Pembantu pada tahun 1977 di Universiti Zagazig.
- Menjadi Doktor Haiwan dan menjadi Guru pada tahun 1979 di Universiti Zagazig.
- Menjadi pembantu Profesor Kedoktoran Haiwan pada tahun 1983 di Universiti Zagazig.
- Menjadi Doktor Pakar Haiwan di Institusi Sana'a pada tahun 1982-1986.
- Menjadi Profesor Perubatan Haiwan pada tahun 1987 di Cairo University - Cawangan Bani Suef.
- Menjadi Pengerusi Bahagian Patologi, Fakulti Kedoktoran Haiwan di Bani Suef pada tahun 1990 untuk dua sesi.
- Mengajar di bawah Fakulti Kedoktoran Haiwan di Universiti Bani Suef untuk pelajar-pelajar graduan pada tahun 1993 untuk satu sesi.
- Menjadi Supervisor pada 15 kelulusan Master dan 12 PhD serta 12 kajian saintifik dalam ruang lingkup kepakarannya.

Pekerjaan SekarangProfesor Bahagian Patologi Fakulti Kedoktoran Haiwan – Bani Suef Universiti

Aktiviti Sampingan
- Setiausaha Umum Persatuan Umum Kedoktoran Haiwan untuk selama sesi.
- Bendahari Persatuan Perubatan selama satu sesi.

Aktiviti-aktiviti Sosial dan yang melibatkan Sains- Ahli Majlis Kerajaan Pertubuhan Kerajaan Islam Mahalla Al-Kubra
- Ahli Lembaga Kakitangan Kelab Universiti Kaherah selama 10 tahun dan menjadi supervisor cawangan kelab tersebut di Bani Suef.
- Timbalan Pengerusi Lembaga Kakitangan Kelab Universiti Kaherah dan Lembaga Dakwah Islam di Bani Suef pada tahun 1996.
- Pengerusi Pertubuhan Ahli Kakitangan Rumah dan Pembantu-pembantunya di Universiti Bani Suef.
- Pengerusi Lembaga Pengarah Bahagian Patologi dan Patologi Klinikal pada tahap Republik.
- Pengerusi Akhbar Kajian Perubatan Haiwan di Fakulti Kedoktoran Haiwan Bani Suef selama sembilan tahun.
- Pengerusi Pusat Perkhidmatan Persekitaran Fakulti Kedoktoran Haiwan - Bani Suef.

1965 : Menjadi tribunal tentera bersama Profesor Said Qutb dan saudara-saudara Islam yang lain. Di hukum selama 15 tahun akan tetapi menjalani hukuman selama sembilan tahun sahaja.

1974 : Dilepaskan dan kembali bekerja di Universiti Asyut dan kemudian di pindahkan ke Universiti Zagazig. Setelah itu dia terbang ke Yaman. Balik dari sana dia ke Universiti Bani Suef.

1998 : Dipenjarakan selama 75 hari kerana kes Lembaga Dakwah Islam di Bani Suef ketika beliau menjadi Pengerusi kelab tersebut.

1999 : Di hukum penjara selama lima tahun kerana kes satu organisasi persatuan. Dilepaskan selepas tiga tahun.

2008 : Di tangkap dan di tahan selama sebulan ketika pilihan raya perbandaran.

Khidmat Bakti- Menyumbangkan artikel dan hadith pada laman web 'Ikhwanonline'.
- Meneliti dan mengkaji konsep dakwah.

*Pernah di hukum mati pada tahun 1954 tapi kemudiaannya diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup.

*Nama Dr. Mohammad Badi' termasuk dalam senarai 100 tokoh terbesar dunia Arab mengikut Ensiklopedia ilmiah arab yang diterbitkan oleh lembaga Informasi Ilmiah Mesir pada tahun 1999.
posted by Abu Mus'ab Dari Kekoh

layakkah aku jadi cam dia??


SANG MURABBI: 
(walaupun berat memikul, tetapi hati senang meggalas)

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani



ALLAHU AKBAR 3X !!!!!!! KAMI AKAN MENYAHUT SERUAN-MU!

Tuesday, February 2, 2010

RETORIK VALENTINE DAY....




“Valentine haram.” Jerit seorang lelaki.

“Valentine merosakkan bangsa.” Seorang lagi lelaki meneriak ke arah sekumpulan remaja.

“Valentine alat propaganda Freemason untuk merosakkan Islam.” Seorang lagi lelaki yang begitu taksub dengan teori-teori konspirasi bersorak-sorai.

“Remaja yang meraikannya, adalah rosak.” Jerit seorang Muslimah lemah ditengah-tengah kesesakan manusia.

Dan banyak lagi suara-suara yang menidakkan dan melarang sambutan hari kekasih ataupun lebih popular dengan panggilan Valentine ini. Semua orang yang memahaminya, pasti menyokong dan kalau berkesempatan akan turut juga berkempen “Tidak untuk Valentine”.


Tetapi bagaimana mereka yang tidak faham dan tidak tahu apa-apa pun tentang Valentine?

Aku kesal.....


[ENTRI INI ADALAH BERSIFAT PRIVASI DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK BACAAN UMUM, TAPI NAK POST GAK KAT SINIEH!!, JUZ LUAHAN HATI PENULIS DAN ENTRI INI JUGA TIDAK BERKAITAN DENGAN SESIAPA PUN, HANYA AKU, ALLAH DAN RASUL,  & HATI YANG KESAL INI PERLU DIUBATI]







IMAN!!! Kenapa engkau tidak bersifat malaikat?? Yang sentiasa maintain ja... kalu kau bersifat Rasul pun ok, walaupun aku bukanlah nabi @ rasulullah... kadang-kadang jadi cemuih(jemu dalam loghat utara) bersama dengan iman yang bersifat manusia nie!! Sentiasa yazid wa yanqus( trurn dan naik).. huhu..
Tapi aku pasrah, pastinya semuanya adalah yang terbaek yang telah Allah sediakan special untuk aku. Mana ada orang lain jadi aku atas muka bumi nie.. aku hanyalah aku. Jalan cerita hidup aku, hanyalah untuk aku.. Allah da sedia dah, sejak aku belum tercipta dan ‘terancang’ lagi.

MOHD IZUWAN BIN ZAINI, yakinlah pada ALLAH, suma yang telah hang  tempuhi pasti yang terbaek tuk hang, walaupun hang rasa kurang baik @ tidak baik bagi hang, tapi inilah yang Allah  nak tuk hang. Allah da sebut dalam Quran, 


Monday, February 1, 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails