Pages

Tuesday, February 2, 2010

RETORIK VALENTINE DAY....




“Valentine haram.” Jerit seorang lelaki.

“Valentine merosakkan bangsa.” Seorang lagi lelaki meneriak ke arah sekumpulan remaja.

“Valentine alat propaganda Freemason untuk merosakkan Islam.” Seorang lagi lelaki yang begitu taksub dengan teori-teori konspirasi bersorak-sorai.

“Remaja yang meraikannya, adalah rosak.” Jerit seorang Muslimah lemah ditengah-tengah kesesakan manusia.

Dan banyak lagi suara-suara yang menidakkan dan melarang sambutan hari kekasih ataupun lebih popular dengan panggilan Valentine ini. Semua orang yang memahaminya, pasti menyokong dan kalau berkesempatan akan turut juga berkempen “Tidak untuk Valentine”.


Tetapi bagaimana mereka yang tidak faham dan tidak tahu apa-apa pun tentang Valentine?


Gelagat kita di atas seperti mengisi air bersih ke dalam sebuah gelas kotor tanpa di basuh dahulu gelas tersebut. Kita tidak mendidik, tetapi kita bersorak bagai, berkempen bagai, tetapi tidak ada usaha untuk mendidik, memberitahu dan berjumpa dengan remaja tentang salahnya sambutan Valentine.

Bagaimana mereka mahu faham apa yang kita larang ini, selagi pengetahuan tentangnya tidak kita berikan. Kita sentiasa merasakan atau suka mengagak-agak yang mereka faham, sedangkan realitinya mereka sendiri tertanya-tanya mengapa kita beriya-iya melarang mereka.

Mari kita ikuti sikap dan strategi dakwah Nabi Muhammad 
shallahu-alaihi wasalam. Setiap tindakan beliau dalam melarang atau memerintahkan sesuatu, baginda bukan sahaja lakukannya sebagai seorang Nabi, tetapi sebagai seorang pendidik. Baginda akan menjelaskan setiap hal yang baginda larang dan perintahkan agar mereka yang mendengar berasa lapang hati dan senang.
Mendidik Ummah kearah TAHU> MAHU> MAMPU
TAHU bahawa ianya adalah bertentangan dengan syarak
MAHU da berazam untuk meninggalkannya
MAMPU laksanakan azam yang tercipta.

Saya tertanya, berapa ramai anak muda yang memahaminya atau mereka sekadar tahu yang “diorang yang melarang ini memang cemburu tengok kami enjoy”.

Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menerangkan dan mendidik mereka dalam hal ini.

Jangan sekadar beretorik “KATAKAN TIDAK PADA VALENTINE”

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails