Assalamualaikum semua....
Ni sambungan untuk part 2, 'SANG MURABBI' Mencari Spirit Yang Hilang.
Sambungan part one..........
Ladang dakwah terhampar luas. Kewajipan kita untuk menyirami tanah-tanah yang tandus. Menyemai benih-benih unggul. Agar tumbuh pohon-pohon kejayaan Islam. Dakwah ini akan terus mengalir menuju redha Allah. Jangan bersedih. Dimana kita berada, disitulah dakwah kita sebarkan....
Allah memberikan ganjaran yang sebesar-besarnyaa dan darjat yang setinggi-tingginya bagi mereka yang sabar dan lulus dalam ujian di jalan dakwah. Jika ujian dan cubaaan yang diberikan Allah yang mudah-mudah sahaja tentu kita tidak akan memperoleh ganjaran yang hebat. Di situlah letak hikmahnya yakni bagi seorang daie' yang sungguh dan sabar dalam meniti jalan dakwah. Perjuangan ini tidak boleh dijalani dengan tidak kesungguhan, azam yang lemah dan pengorbanan yang sedikit....
Tapi ada syaratnya. Kalau menuntut ilmu jangan tunggu hanya hari-hari kebesaran Islam sahaja tapi yang rutin.
Hajatan yang tiada tandingan di muka bumi. Hajatan yang bikin kita mabuk pahala. Kita boleh makan apa sahaja. Apabila kita mahu makan ketika itu juga datang makanannya. Kita boleh minum minuman yang mengalir seperti sungai-sungai yang tidak ada penghujungnya. Kita tidak pernah dahaga, kita tidak pernah lapar. Semua itu datang dari Allah tanpa perantara....
Selonggok manusia terkapar, siapa yang mengaku bertanggungjawab. Bila semua pihak menghindar, biarlah saya menanggungnya semua atau sebahagiannya. Saya harus mengambil alih tanggungjawab ini, dengan kesedihan yang sungguh seperti saya menangisinya saat pertama kali menginjakkan kaki di mata air beradaban permodenan ini....
bersambung.......
No comments:
Post a Comment