Pages

Monday, January 18, 2010

Impianku.....

Impianku ialah menjadi pemuda yang beriman
Disaluti rasa gerun dan takwa kepada Allah
Jiwaku penuh penghayatan dan keyakinan terhadap ISLAM
Solatku lambang maruah diriku
Ilmu sentiasa diburu, disebar dan diimarah
Sentiasa lapar dan dahaga akan pahala
Sentiasa bersama mujahid yang berjuang fisabilillah
Tidak takut berkata benar
Tidak pernah gentar melawan nafsu

Impianku ialah menjadi pemuda yang menjaga tutur katanya
Tidak bermegah dengan ilmu di dada
Tidak menyombong dengan harta dunia yang dianugerahkan
Sentiasa berbuat kebajikan kerana mengejar sifat pemurah
Mempunyai ramai sahabat yang sentiasa bertambah

Impianku ialah menjadi pemuda yang menghormati ibu dan ayah
Sentiasa berbakti kepada keluarga dan masyarakat
Memimpin dan menjaga kerukunan rumahtangga
Mendidik dan menyerapkan peradaban islam ke dalam jiwa
Isteri tercinta dan anak-anak tersayang
Hidupku penuh kesederhanaan
Kerana dunia bagiku ialah rumah sementara dalam menuju akhirat hakiki

Impianku ialah menjadi pemuda yang sentiasa bersedia menjadi imam
Hidup dibawah naungan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w
Mudah diajak berbincang dan berbicara
Sentiasa menundukkan pandangan
Sujudku membuahkan rasa hina diri sebagai hamba
Tulus ikhlas mengharapkan rahmat Allah

Impianku ialah peka dan optimis akan masa yang sentiasa mencemburui
Mataku layu kerana rakus menelaah
Suaraku lesu kerana keletihan mengaji dan berzikir
Tidurku lena bertemankan cahaya keimanan
Bangunku subuh ibarat sang harimau kelaparan
Buah tahajjud dan air mata tangisan menjadi hidangan
Kerana usiaku lanjut meniti kematangan

Impianku ialah peringatan mati sebagai teman sejati
Kerana bagiku alam dunia adalah ladang akhirat
Panorama kehidupan perlu dibaja dan disemai
Agar berputik tunas yang bakal bercambah menjadi baka yang berkualiti
Meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian

Impianku ialah menjadi pemuda yang tak terlena dengan hambatan dunia
Kerana daku mengimpikan Syurga Firdausi
Di situlah rumahku kekal abadi
Kerana aku ingin membawanya bersama
TAPI, SIAPAKAH DIA......???


ermm... aku bila lagi??

********************************************************************
P/S : kata-kata nukilan diatas adalah merujuk kepada impian dan harapan untuk menjadi pemuda yang seideal yang mungkin, & bukanlah untuk ingin menggambarkan keadaan sebenar penulis sekarang. 


wallahu taa'la a'lam






nukilan : Mohd Nuruddin B Abd Manap

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails