Pages

Sunday, January 17, 2010

Iktibar dari kejadian...

Salam tazkirah buat sahabat2

Ustaz ana ada mengingatkan dalam kuliah jumaat beliau bahawa tahun ini kemungkinan ujian dan cabarannya lebih hebat. Kita tidak dapat menolak ujian dan cabaran itu lantaran ia adalah lumrah bagi mereka yang sentiasa menjalankan kerja Islam atas muka bumi ini. Lemahnya suara ustaz membesarkan keagungan tuhan sesekali membuatkan kalbu ini seperti dibisik dengan keasyikan tawadhuk tatkala setelah sekian lama diri tidak dihiburkan dengan nada peri kehambaan.





Kata ustaz, a'lim ulama dahulu ada mengkaji, khalibnya (menjadi adat kebiasaan) awal muharramyang jatuhnya hari jumaat memberi petunjuk bahawa dalam sesebuah negara itu terdapatnya raja-raja dan hulubalang-hulubala ng yang zalim disamping hujan yang sedikit. Faham yang disampaikan oleh ustaz ialah para pemimpin dan menteri-menteri yang zalim disamping rahmatNya yang sedikit. Sedikit sebanyak membenarkan apa yang telah diperkatakan oleh ulama setelah seketika memikirkan bumi Malaysia yang fana ini. Namun ini bukanlah sesuatu ketetapan tetapi khalibnya itu telah menjadi penelitian ulama terdahulu. 

Awal muharam jatuhnya hari Jumaat, awal masihi jatuhnya hari Jumaat, 
gerhana bulan jatuhnya hari Jumaat, gerhana matahari jatuhnya hari Jumaat, dan yang pastinya hari kiamat itu jatuhnya hari Jumaat.




Dalam bulan muharam sahaja menggabungkan beberapa peristiwa penting memberi khabaran kekuasaan tuhan bisa mengadakan sesuatu urusan yang dikehendakinya. Kata ustaz, itulah bertapa besarnya kemuliaan hari Jumaat yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad saw. Disamping mengingatkan kepada hambaNya jarak waktu kiamat itu semakin hampir. A'la kullihal, sama-samalah kita mengambil iktibar dengan memahami maksud tersirat peristiwa2 tersebut bukan dengan menganggap semuanya perbetulan semata.

Pondok Tanjong Kapur terbakar hari Jumaat (akhir zulhijjah) sebelum pada kali keduanya terbakar pada hari Jumaat (awal muharam) minggu berikutnya ketika penghuninya sedang menunaikan solat Jumaat. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka yang terlibat. 




Allahutaa'la a''lam
Semoga kita sentiasa dalam peliharaanNya

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails