Assalamualaikum semua........
Ni sambungan untuk part 4, 'SANG MURABBI' Mencari Spirit Yang Hilang.
Sambungan part three.........
Kita wajib membela agama yang diredhai Allah ini. Siapa yang patut dibilang teroris, apakah orang yang membela diri kerana diserang atau orang yang ingin menyerang kerana menghancurkan… Agama Islam itu tidak suka kekerasan… Agama Islam menghargai perbezaan… Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, tiada seorang pun disakiti bahkan penduduk yahudi mahupun nasrani… Bagaimana Salahudin Al-ayubi membebaskan Jerussalam, di mana satu titis darah pun tidak pernah membasahi bumi Palestin.
Kalau Islam ingin tetap tegak di muka bumi ini, tiada kata lain rapatkan barisan berjamaah. Sebatang lidi kalau sendirian tidak boleh buat apa-apa, tapi kalau satu ikatan kotoran mana yang tidak boleh disapu.
CLICK "READ MORE " DIBAWAH UNTUK BACAAN LANJUT
Dakwah berkembang di tangan orang-orang yang memiliki keazaman, semangat juang tidak pernah pudar, ajaran yang di bawah bertahan melebihi usia mereka. Boleh jadi usia para mujahid pembawa misi dakwah tidaklah panjang tapi cita-cita, semangat dan ajaran yang mereka bawa tetap hidup sepeninggalan mereka. Apa ertinya usia panjang namun tanpa isi sehingga kita kelak hanya akan diingat dengan tiga baris kata yang dipahatkan di nisan kita iaitu simfulan bin simfulan, lahir tanggal sekian dan wafat tanggal sekian.
Kita harus bergerak, kitalah yang membangkitkan kesedaran umat ke jalan dakwah ini. Siapa yang akan merobah bukanlah orang-orang yang berada dipinggir dakwah, orang yang hidup dalam dakwah, yang mempergunakan dakwah ini, mengharapkan semua wang dari dakwah ini, Tidak. Rasulullah mengatakan perkataan semangat pemuda. Mulai dari mana? Mulai dari dalam diri kita sendiri kembalilah ke dalam jalan dakwah, bangkitkan semangat antum, contohilah rasulullah s.a.w. Jadilah agen perubah dalam masyarakat kita. Kembalikan tiang-tiang dakwah ini. Antum, berlarilah ke seluruh dunia untuk mengkhabarkan dakwah dan membangkitkan dakwah ini. Ketika kita sudah berazam di jalan dakwah, Allah telah mengatakan “ Setelah berazam, bertawakallah (Allah yang mengurus segalanya, Allah yang menguruskan hidayah itu)
bersambung..........
No comments:
Post a Comment