Pages

Wednesday, August 26, 2009

Al-Fatihah buat Prof Dr. Ismail Salleh



27 Ogos, 2009 12:20 PM

Profesor Dr Ismail Salleh Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal Khamis.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

Beliau juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.


-- BERNAMA


takjubnya aku bila kali pertama mendengarkan pembentngan kertas kerja beliau berkaitan ekonomi, memang beridealis, & memandang jauh ke hadapan. idea2 yang sukar untuk disangkal kehebatannya khususnya dalam bidang ekonomi.

Namun, pelu kita redho terhadap permergiannya, yakinlah, satu kehilangan ini, akan tumbuh lebih ramai cendawan2 seperti ini..

Al-Fatihah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails