Pages

Tuesday, November 30, 2010

Jika Kanak-kanak Hidup........


Sedikit Message berunsur kewanitaan  & kanak-kanak sedikit.... moga memenuhi citarasa pembaca blog yang pelbagai.... wallahualam...




Jika kanak-kanak hidup dalam kritikan, mereka akan belajar mengutuk.


Jika kanak-kanak hidup dalam permusuhan, mereka akanbelajar bergaduh.


Jika kanak-kanak hidup dalam keaiban, mereka akan sentiasa berasa bersalah.


Jika kanak-kanak hidup dalam toleransi, mereka akan belajar menjadi penyabar.


Jika kanak-kanak hidup dengan sanjungan, mereka akanbelajar menghargai.


Jika kanak-kanak hidup dengan saksama mereka akan belajar menjadi adil


Jika kanak-kanak hidup dengan kesejahteraan, mereka akanhidup menjadi setia


Jika kanak-kanak hidup dengan kebenaran, mereka akanbelajar menghargai diri.


Jika kanak-kanak hidup dengan persahabatan mereka akanbelajar kasih sayang.Friends Myspace Comments

Monday, November 29, 2010

Kisah Pondan Bertaubat

                 Ini adalah kisah tentang Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ). Ayu adalah seorangmak nyah ataupun Pondan bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagaiBapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara sebagai Operator@penyambut tetamu. Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, dia tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan, oopssss, Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakainnnya menjadi seorang ‘wanita’.


Penampilan barunya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah. Lengguk langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari. Apatah lagi kalau skirt pendek kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang sentiasa mundar mandir. 

Macam-macam ada. Pak Abu pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu. Keterampilan ini pun kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul Ayu pun tak tertahan. Takut-takut ada yang patah hati nanti.

Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya.

Hari demi hari berlalu dengan pantas. Kehidupan kotaraya makin mencabar. Kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan. Kes jenayah makin menjadi-jadi. Rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja maupun tanpa disedari, buat dan buang anak. Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib rakan sekampungnya itu.

Dipendekkan cerita yang makin memanjang, satu hari ketika Ayob berada di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia tiba -tiba kedengaran satu ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu, dilihat didepannya seorang wanita cantik lagi ayu, dengan skirt pendeknya dan rambut ala-ala Norrita. Ayu menyapa Ayob. Hampir tak kenal Ayob bahawa di depannya itu sebenarnya adalah kawannya si Hamdan (Ayu) disebabkan ke’Ayu”an. 

Ayu pun masuk ke rumah sambil menangis tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabra cepat-cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh pasukan 360 TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan Ayu membuatkan Ayob berasa sesuatu yang telah mula berdebar. Namun Ayob masih maintain machonya

Ayob : Apesal ni?



Sunday, November 28, 2010

Keajaiban Kalimat Allah


Melihat Keajaiban Kalimat Allah

ILUSI PENGLIHATAN - Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Friday, November 26, 2010

GAMIS mohon Ihsan

Dalam suasana hiruk pikuk Bandar, suara menggamit kemajuan, disana masih ada yang hidup berpapankan kayu yang menunggu runtuh sahaja. Susah untuk digambarkan penderitaan yang dialami, namun pahit ubat tidak sekelumit dengan pahitnya liku kehidupan yang dihadapi keluarga ini. Keluarga yang dimaksudkan ialah, Allahyarhamah Siti Esah.

Siti Esah binti Mohamed(gambar), mahasiswi Tahun 3, Jabatan Syariah daripada Fakulti Pengajian Islam, UKM yang kembali ke rahmatullah disebabkan kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya yang berlaku petang 12 November 2010 semasa mangsa dalam perjalanan pulang kekampung bagi menyambut Aidiladha berasama keluarga. Arwah merupakan anak sulung dari 9 orang adik beradik. Allahyarhamah tinggal di Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh Kelantan. Kehidupannya bersama ibu dan adik-adik amat memeritkan setelah pemergian ayahnya beberapa tahun yang lalu.
Hasil sara hidup keluarga hanya bergantung kepada hasil kerja menoreh getah orang lain oleh ibunya. Siti Esah diajar hidup dalam keadaan sentiasa dalam kesempitan hinggakan makan dan minum pun terabai. Beliau sentiasa mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis dek kerana kuatnya pegangan agama dan juga dihimpit kekurangan makanan.
Secara ringkasnya, beliau , merupakan pelajar cemerlang disekolah. Ini dibuktikan dengan beliau dinobatkan pelajar terbaik peringkat sekolah dan nombor  4 yang cemerlang diperingkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ). Kemiskinan tidak menjadi alasan untuk dia berjaya dan juga mampu menjadi muslimat solehah.
Siti Esah merupakan harapan keluarga. Adik-adik yang masih kecil mengharapkan kakaknya ini bakal menjadi penyelamat untuk keluarga mereka. Ada adik Siti Esah yang tidak bersekolah kerana tidak mampu menampung kos perbelanjaan seharian. Ibu Siti Esah hanya mengharapkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan hasil perolehan jualan getah yang ditoreh. Menampung anak-anak yang ramai dan yang paling bongsu ialah yang berumur 2 tahun.
Pemergian Siti Esah cukup dirasai keluarga. Seolah-olah hilang sudah insan yang boleh diharap untuk keluarga meneruskan hidup. Ibunya cukup perit dan sengsara untuk menerima kenyataan bahawa anak harapan keluarga telah pergi bertemu pencipta. GAMIS mengucapkan takziah kepada keluarga dan mengharapkan ahli keluarga dapat menerima takdir Allah ini walaupun ia cukup pedih.
Alhamdulillah, wakil GAMIS berkesempatan untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah dirumah beliau. Rombongan diketuai oleh Presiden GAMIS, Saudara Ahmad Syazwan dan Ahli Majlis Kerja GAMIS Pusat. Tidak ada perkataan yang boleh digambarkan apabila melihat rumah usang yang didiami keluarga. Dinding yang penuh berlubang, bumbung yang bocor, permukaan kayu yang sudah reput menjadikan kami rasa insaf akan nikmat yang diberikan Allah pada kami. Rumah Siti Esah tidak ada lansung peralatan elektrik, bilik hanya satu, dan terdapat 2 almari buruk yang menghiasi ruang.
Luluh dan runtuh hati kami melihat kedhaifan keluarga Siti Esah hingga melahirkan perasaan bertanggungjawab GAMIS untuk membantu keluarga beliau. Dengan usaha yang sedikit ini, diharapkan agar dpat membantu keluarga arwah. GAMIS telah bersetuju untuk melancarkan Derma Ihsan kepada keluarga Siti Esah melalui sumbangan daripada semua pembaca. Sumbangan barangan, makanan dan yang diperlukan dalam bentuk kewangan sangat dialukan.
Disini dilampirkan nombor akaun ibu Siti Esah untuk disumbangkan terus kedalam akaun beliau:
Kamariah Binti Ismail
Bank Islam Malaysia Berhad : 030-900-02-003717-7
Untuk makluman, pihak jawatankuasa bertindak kampung telah bersepakat untuk mengusahan sumbangan bagi membina sebuah rumah baru yang lebih baik. Maka GAMIS turut bertanggungjawab untuk memohon derma dan sumbangan ikhlas dari mahasiswa mahupun orang ramai bagi meringankan beban keluarga arwah. Kos pembinaan rumah baru dianggarkan berjumlah RM 60000.
Moga derma dan sumbangan ini menjadi tanda kepada kita untuk menjadi seorang yang bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan. Sebarang sumbangan berbentuk material, boleh disalurkan ke pejabat GAMIS melaui Naib Presiden Kemasyarakatan GAMIS, saudara Nazry di talian : 014-2336200. Ihsan anda amat dialukan.
Gambar rumah keluarga arwah :
bumbung rumah yang sentiasa bocor. cahaya malam hanya bersuluhkan mentol yang kecil sahaja. bayangkan suasana Siti Esah mengulangkaji pelajaran hingga berjaya ke menara gading
radio usang ini menjadi hiburan buat ahli keluarga. Ini sahaja peralatan elektrik yang kami lihat dirumah ini
Alas getah ini menjadi tilam untuk mereka tidur
sedikit sumbangan dari sahabat-sahabat GAMIS diterima oleh Puan Kamariah, ibu Siti Esah. Mukanya tenang dengan kepasrahan yang tak terluah
Rombongan GAMIS (12orang) bersama keluarga besar arwah termasuk adik-adiknya yang masih kecil
disini bersemadinya insan yang dicintai Allah. sambil mendengar sejarah hidup beliau yang diceritakan oleh Ustaz Nazry ( bekas Presiden GAMIS Kelatan 2003 ). Moga roh beliau ditempatkan dalam golongan beriman dan beramal soleh..
” hinanya kita diuji dengan nikmat kesenangan, dikala Allah memuliakan mereka yang sabar dalam ujian kekurangan “



MAHALNYA PERKAHWINAN BILA ADA KETENANGAN

www.iluvislam.com
dihantar oleh: sharmerlyana
(koleksi ANIS/ temubual: Zakaria Sungib)
editor: azzahra_solehah


“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan “rumahku syurgaku”, kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.














Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Bagi seorang lelaki misalnya, apabila hendak mendirikan rumah tangga, fitrah hatinya inginkan seorang wanita yang solehah sebagai teman hidup kerana, menurut Dr. Shafie, “wanita solehahlah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. ”
Isteri yang solehah, ujarnya, akan menjana aktiviti amal soleh di dalam rumah tangga yang menjadi saluran Allah datangkan ketenangan atau kehidupan yang baik.
Firman Allah: “Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…”
(An-Nahl: 97)

Isteri yang solehah juga menyejukkan pandangan mata, sekaligus menenangkan jiwa.
“Dalam berumah tangga, kita hendakkan kehidupan yang lapang dan tenang. Tapi kenapa rumah tangga jadi sempit?” soal Dr. Shafie, pengasas Kaedah Al-Huffaz, teknik mudah menghafaz al-Quran.
Beliau berkata, sempitnya rumah tangga disebabkan kita tidak ikut formula yang Allah beri dalam mengatur kehidupan. “Dalam memberi ketenangan, Allah tidak beri begitu saja. Ada formula, ada peraturannya,” ungkapnya dalam pertemuan di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.
Jelas Dr. Shafie, secara umumnya hati akan tenang bila ingat Allah. “Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28). Di dalam solat, kita memohon melalui bacaan al-Fatihah, “Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat …”.
Nikmat adalah sesuatu yang setiap orang suka dan ia boleh menenangkan hati atau memberi kebahagiaan. “Tetapi dalam realiti,” terang Dr. Shafie, “orang hanya melihat nikmat itu ada pada harta, isteri, anak-anak.”
“Ada yang banyak harta, banyak anak tapi tak bahagia. Kalau semua yang kita miliki itu dapat mendorong kita melakukan amal soleh, barulah ia menjadi sumber kebaikan (dan ketenangan),” jelasnya, merujuk pada amal kebaikan yang dilakukan dalam keadaan beriman iaitu yakin kepada Allah dan ganjaran di akhirat.
Allah menjelaskan, “Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Thaha: 124)


Oleh itu, kehidupan yang sempit selepas kahwin adalah natijah dari tidak mengikut aturan Allah dalam mengatur rumah tangga, termasuklah seawal memilih jodoh lagi. “Kadang-kadang sudah bagus dalam memilih pasangan tapi di hari perkahwinan banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberi efek kepada perkahwinan,” katanya, memberi contoh amalan bersanding, unsur muzik dalam majlis walimah, mahar yang menyusahkan dan sebagainya.
Dr. Shafie berkata, “Mesti balik kepada formula yang digariskan oleh agama. Kalau tidak, kita akan membinasakan diri kita.” Katanya, rumah tangga yang baik tidak akan lahir jika agama hanya diletakkan sebagai satu segmen kecil dalam kehidupan. Sedangkan, menurutnya, agama Islam itu ad-deen – formula kehidupan.
“Melalui agama, semua formula kehidupan Allah sudah ajar kepada kita,” katanya. “Dalam kehidupan ini setiap sesuatu ada formulanya,” tambahnya, dengan memberi contoh perlunya kita ikut resipi jika hendak buat kuih.
Katanya, Allah telah memberi formula melalui sabda Nabi-Nya, kalau berkehendakkan kehidupan yang baik, rumah tangga yang balik, pilihlah calon pasangan yang beragama. “Manusia memang sukakan kecantikan, tapi asas pemilihan nombor satu mesti agamanya. Agama itu mencetuskan ketenangan,” katanya.
Dr. Shafie berkata, jika formula dari Allah ini dituruti dalam mendirikan rumah tangga bermula dari pemilihan jodoh lagi, dari situlah tercetusnya ketenangan yang akan menjadikan mahalnya sebuah perkahwinan.
Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu” (Imam Nawawi)


Thursday, November 25, 2010

Apakah aku??


Angin petang itu amat damai. Menyapa lembut. Dedaun kering jatuh ke tanah tanpa sebarang bunyi. Awan berliuk-liuk dilangit biru menampakkan lagi indahnya ciptaan Allah.

Di atas pelankin kayu aku duduk bersama sang ayah. Wajahnya tenang. Setenang bayu pagi.

Sambil menghirup jus tembikai kami bersembang dan bermesra. Bukan sentiasa begini. Sang ayah amat jarang dirumah. Sentiasa sibuk dengan urusan dakwah dan tarbiyah. Urusan ummah.

Kami membicarakan pelbagai tajuk dan agenda. Amat menarik bila jiwa remajaku diselubungi pengalaman-pengalaman sang ayah dalam kancah dakwah. Perit dan manis yang sang ayah tuturkan membuat aku seolah-olah turut sama berada disituasinya.

Ketika kusyuk aku memasang telinga menadah motivasi dari sang ayah tiba-tiba seorang lelaki dari jauh datang ke arah kami.

Ku lihat wajah lelaki itu sugul. Sedih dan seolah tidak bermaya.

Seusai memberi salam kepada kami lelaki tersebut terus menangis dan memeluk sang ayah. Aku hairan.

Mengapa begitu?

Wednesday, November 24, 2010

Gelagat Adik2 Kita di Sekolah mahupun di Kampus...



Bila cikgu tiada dalam kelas :
Bila cikgu panggil :
 Bila kena hadiri kokurikulum :
 Bila waktu rehat :
 Bila dapat homeworkdari cikgu :
 Bila tengah cari idea
untuk buat karangan :
 Bila homework yang
cikgu bagi susah nak buat :
 Bila otak jem... :
 Bila member banyak songeh
dan berlagak pandai :  Bila member tukar
fikiran saat akhir :
 Bila cikgu suruh studylebih masa :
 Cikgu suruh datang sekolah
waktu cuti ada tuisyen 'urgent' :
 Bila dah terbuat silap
pada homework yang cikgu bagi :
 Bila homework
disiapkan dengan jayanya :

Bila dapat C.U.T.I :
Happening!!!

Tuesday, November 23, 2010

Rehatkan Minda...

Esok dah nak exam da... [doakan yer moga suksess semua paper... esok start dengan paper Rapid Engineering]

JOM WAT SENAMAN RINGAN JAP, kita segarkan minda kita....

chick emoticon 17 satu..dua...tiga.. chick emoticon 28empat..lima..enam... chick icon 12 tujuh... lapan...lapan 


lagi... chick icon 11tarik nafas dan lepas......




SET DALAM OTAK!!  MINDA SEPARA SEDAR... BAHAWA AKU AKAN :


CEMERLANG DENGAN GEMILANGNYA PADA ESOK HARI!!!!








Sunday, November 21, 2010

Ustaz Azhar Idrus diserang ''Heart Attack''- Tolong Doakan....


Assalamualaikum wbh, Mohon sahabat-sahabat pengunjung melakukan Solat Hajat/ Doa/Yasin sama ada secara Fardi atau Jamaei untuk memohon kesejahteraan & kesihatan  kepada Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus yang diserang penyakit Heart Attack.

Beliau kini sedang dirawat  di CCU Hospital Kuala Terengganu.

Bersamalah kita berdoa kepada Al-Fadhil Tuan Guru yang telah banyak berjasa kepada Dakwah di bumi Malaysia ini!!!

Thursday, November 18, 2010

JOM BERSAMA TOK GURU BESAR DUNIA NI....!!

MEMO





As-syeikh sayyid ramadhan al-bouti(pengarang kitab fiqh sirah) akan mengunjungi Malaysia

pd 30 november 2010
di Kolej Universiti Islam Selangor, (KUIS), bangi,
pada pukul 9.00 malam,

Orang ramai di jemput hadir ke sana!!!



Wednesday, November 17, 2010

Nahas Korban!!


Tajuk macam bes ja.. tapi bagi kita da biasa dah.. Biasalah time2 raya ni mesti ada nahas, mesti ada yang terkorban... tapi malangnya berita nahas seperti jarang media besar-besarkan... entahlah kenapa...

 Tahun ini ,Walaupun memilih untuk beraya di Perlis Daruss Sunnah tempat belajar ambo, perit juga sebab tahun pertama x bersama keluarga.. selalunya di kampung raya2 pertama ni  kami akan kumpul ramai2.. sampai penuh rumah.. Semua ada masa tu... kan bes.. 

Masa Arwah ayah ada dulu lagi bes.. masa  tue.. Arwah ayah adalah orang yang paling orang suka dalam keluarga besar kami.. dialah agen penyatu untuk kesemuanya.. dialah paling lawak dalam semuanya.. hehe.. sebab tue turun kat anak dia  ni.. kuatkan sangat melawak.. hehe..

Alhamdulillah, Raya tahun ni terisi dengan aktiviti korban seekor lembu,... mula dari pagi lagi.. sejurus selepas solat raya, suma pakat balik salin baju n datang ke surau terus...

aku dengan hafizudin pi tangan kosong nk bawa pisau tapi x dak.. hu~




ni muka lembu tadi.. hensem kan??
aktiviti melapah dimulakan..
hero2 Biomedic pun ada sini nampaknya... 
(aku hero kamera ja... lala~  )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails