Assalamualaikum
wbh,
...................................
Artikel dibawah, ditulis dan ingin diupdate dalam blog ini sejak minggu lepas lagi, tetapi diatas kekangan, Alhamdulillah, hari ini dapat juga untuk update entri kali ini.
Moga ia bermanfaat. Amin.
...................................
Malulah, jika tidak mengetahui & cakna pada Isu
semasa terutama isu yang berkaitan agama maha suci ini. Dewasa ini, Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) menjadi perhatian media. Lalu ana
mencari bahan rujukan, mengkaji, bertanya dan merujuk untuk mendapatkan
maklumat lengkap.
TUJUAN HIMPUN
Menyedari tujuan HIMPUN hanyalah
untuk berkumpul untuk menzahirkan bahawa Umat Islam hari ini sangat bersatu dan
kuat, Umat Islam hari ini tidak sewenang-wenangnya diinjak-injak. Dengan asas
tindakan setelah usaha dari agama lain selain Islam yang begitu berleluasa hari
ini bergerak memurtadkan orang-orang Islam.
BUTIRAN HIMPUN
Bermula 22hb
Okrtober (sabtu ini)
Bertolak Jumaat
malam.
10 biji Bas
disediakan pergi dan pulang dari Perlis.
Diluluskan oleh
KPT untuk hadir.
KEKUATAN MUSUH VS KEKUATAN ISLAM
Sahabat-sahabat sekalian,
Marilah menyoroti sirah perkembangan Islam bermula dari zaman
Madinah hinggalah jatuhnya Daulah Khilafah Uthmaniyah pada 1924m baru-baru
ini. Umat Islam begitu dipandang tinggi
pada ketika itu. Umat Islam begitu sukar untuk digoresi kerana punyai seorang Nabi, Amirul Mukminin dan juga Khilafah
yang menaungi mereka dizaman itu. Hari ini orang barat lebih digeruni, negara
mana yang berani menyakiti rakyat Amerika? Nescaya Negara Polis itu akan
kembali bertindak. Kerana apa ? kerana mereka kuat & umat Islam berpecah
belah diketika ini. Tetapi mereka tidak begitu dizaman Kegemilangan Islam
sebelum ini, bahkan di zaman kedatangan Islam, mereka masih di Zaman Gelap
sebelum beralih ke zaman Renaissance.
Kamal Artaturk dilihat menjadi
orang yang paling jahat dalam perancangan menjatuhkan Daulah Uthmaniyah
baru-baru ini. Hakikat sebenar, Kamal
Atarturk ini menjadi Kambing Hitam oleh yahudi dalam usaha untuk
memecahbelahkan Kesatuan Islam pada ketika itu. Perancangan jahat berusia 100
tahun ini terbongkar setelah terbongkar
Protocol Yahudi yang juga memuatkan strategi untuk menukar sistem Daulah ini
kepada dasar pecah dan perintah. Akhirnya perancangan jahat ini berjalan dan
berjaya. Sedarlah, terwujudnya Malaysia dan negara-negara bangsa lain adalah
diatas kejatuhan Daulah Islamiyyah yang kita sanjung.
Bermula kejatuhan inilah, umat
Islam dianjak-anjak dengan begitu teruk sekali di seluruh dunia. Protocol
berjalan dengan lancar, hingga terbina NEGARA HARAM, ISRAEL!!, Mereka memilih
Palestin sebagai tanah jajahan mereka. Rakyat-rakyat Palestin yang dihalau
keluar dari kampung halaman hingga kini masih lagi memegang kunci dengan
harapan mereka akan kembali. Dunia hari ini menyambut ulang tahun Nakbah
Palestin lebih dari 60 tahun.
Ana
membawakan kisah-kisah diatas, supaya kita dapat menyedari bahawa:-
1)
Begitu pentingnya kita berusaha untuk mendapatkan
kuasa & Negara hingga mencapai maratib amal kita yang tertinggi adalah
Daulah Islamiyyah.
2)
Melihat perancangan
musuh yang maha dahsyat dan hebat. Berjayanya perancangan mereka membuktikan
bahawa kata-kata “Perancangan yang Haq
boleh dikalahkan dengan perancangan yang batil yang lebih tersusun” adalah
benar.
3)
Pentingnya kesatuan umat & Jangan hanya bercakap & berbincang! Do it!
Berkata Dr Yusuf Al-Qaradhawi , didalam
persidangan institusi Al-Quds ke-5, Alhir al-Algeria
“masalahnya
kita hanya bercakap, sementara zionis sdg bekerja. mereka terus membuat
perancangan, sementara kita tidak ada kerja, mereka terorganisasi, sementara
kita bercerai berai. mereka sentiasa bersatu sementara kita becakaran sesama sendiri"
oleh itu, JOM! TURUN HIMPUN!!
4)
Sungguhpun, musuh
merancang & bersama mereka adalah kekuatan harta dan teknologi, dan kita
merancang & bersama kita adalah Allah swt. Namun Allah swt membuktikan
dalam Perang Badar, Nasrullah(bantuan
Allah) akan datang setelah usaha bersungguh-sungguh dilakukan. Sungguhpun
umat Islam hanya 313 melawan 1000 org
tetapi mereka turun ke medan jihad dengan penuh keikhlasan dan daya
usaha. Ada yang tidak mampu membeli senjata, mereka berusaha melawan musuh
walaupun hanya Pelepah Tamar sebagai Senjata.
KESATUAN ISLAM
Sayangnya
Nabi kepada umatnya, Nabi telah bagi Hint kepada Umat akhir zaman ini di dalam
hadisnya yang sohih, “Hampir tiba suatu
masa di mana bangsa-bangsa dari sleuruh dunia akan datang mengerumuni kamu
bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”
Maka, bertanya salah seorang
sahabat,
“Ya
Rasulullah, apakah kerana kami sedikit ketika itu?”
Nabi s.a.w menjawab:
“bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu
umpama buih di waktu banjir. Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu
dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu
penyakit ‘wahan’.”
Maka, salah seorang bertanya,
“ Apakah wahan itu ya Rasulullah?.”
Nabi Menjawab,
“CINTA PADA DUNIA dan TAKUT PADA MATI.”
(Riwayat Abu Daud)
Situasi hari
ini membenarkan apa yang telah Nabi Sebut 1400 tahun yang lalu. Umat Islam hari
ni mencecah hampir ke 2/3 dunia, tetapi
sedikitpun tidak digeruni. Bahkan
menjadi mangsa buli dan kezaliman. Al-Fadil Ustaz Ahmad Deedat pernah menyebut,
cukuplah orang Arab sahaja yang pergi meludahi akan puak-puak zionis itu,
pastinya mereka akan mati kelemasan. Kata-kata ini menunjukkan Umat Islam
begitu ramai tetapi tiada kualiti. Bahkan dunia arab hari ini juga bersekongkol dan tunduk
kepada yahudi dan kristian.
Hari ini,
mari kita ramaikan HIMPUN itu nanti, untuk memberi amaran bahawa kita tidak
mudah dianjak-anjak. Kami tidak bermain-main dari sudut Aqidah!!
Sahabat-sahabat,
Mari koreksi apakah kita juga punyai wahan?
Apakah kita masih berkira-kira untuk tidak bersama ke
sana?
Cuba tanya pada diri, kalaulah diseru hadir tanpa
disediakan bas, nak ke kita hadir?
Buang, sahabat-sahabat, kita sedar tuntutan kita, kita
turun atas dasar panggilan Jihad Islam.
KITA BUKAN PEJUANG YANG ADA PENYAKIT WAHAN!!, sekalipun
ianya disekat, dihalang.
Kita tidak akan takut mati, Sekalipun kita takut kepada
mati, tetapi kita lebih takut
kepada Neraka. Apa yang harus aku jawab di Mahkamah Rabbul Jalil jika hari ini
aku tidak bersama pejuang-pejuang Islam yang lain.
Sekalipun tidak disediakan bas, aku akan tetap sampai ke
sana.!! Ayuh pacakkan tekad!! Jauhi cintakan dunia, jauhi sayangkan duit untuk
fisabilillah!!
Sahabat-sahabat yang
dikasihi,
Dalam kes HIMPUN ini, mungkinlah kita
tidak dapat merancang yang lebih dahsyat dari Protocol Yahudi ini, marilah kita
bersatu dan berkumpul menjayakan
perancangan Pimpinan untuk kembali membuka mata dunia bahawa Umat
Islam hari ini Amatlah KUAT & BERSATU dalam soal Aqidah ini!!
Mungkinlah, ada diantara yang turut serta untuk
mendapatkan nama, publisiti, harta & pengaruh. Namun begitu, tetap dan
teguhkanlah dalam perjuangan ini demi semata-semata untuk memperlihatkan Islam
ini kembali dipandang tinggi.
Akhir kata, diatas kesedaran diri, ana amat menyeru supaya hadirlah ramai-ramai!!
Jom
HIMPUN di KAMU 2011!!
No comments:
Post a Comment