Pages

Wednesday, March 10, 2010

AL-FATIHAH buat Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi

Al-Fatihah buat yang mati baru dan mati lama....








Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.


Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.


Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.


Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.
Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.


Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.


“Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam,” katanya.

Syahid cita-cita tertinggi!!!

Al-Jihad, Al-Jihad, Al-jihad fi sabiluna, 2x
Al-Maut fi sabilillah asma a'manina, 2x

Berjihad, berjihad, jihad jalan kami, 2x
MATI (syahid) di jalan Allah, cita tertiggi kami, 2x

~petikan dari lagu Amalulillah- Shoutul Amal ~

Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam, semoga sentiasa tercurah rahmat kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya.


Situasi 1 :
Seorang wanita tua ingin menyertai suatu peperangan. Dia memohon izin kepada panglima Islam untuk turut sama berjihad. Tetapi panglima perang tersebut tidak membenarkan wanita tua itu menyertai peperangan itu kerana wanita tua itu telah sangat tua dan kurang kudratnya. Oleh itu, wanita tua itu pun memberikan helaian rambutnya agar rambutnya itu dapat digunakan jika diperlukan dalam peperangan.


Situasi 2 :
Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ingin juga turut serta dalam suatu peperangan itu. Tetapi panglima perang tidak mengiizinkan kanak-kanak itu turut serta dalam perang tersebut kerana kanak-kanak itu masih kecil. Kanak-kanak itu pun berkata kepada panglima perang itu bahawa pada akhirat kelak, akan dia buktikan di hadapan Allah SWT bahawasanya panglima perang tersebutlah yang menghalang kanak-kanak itu daripada berjihad pada jalan Allah SWT. Agak terkejut dengan kata-kata kanak-kanak itu, maka panglima perang itu pun mengiizinkan kanak-kanak itu untuk turut serta dalam perang tersebut. Dalam perang tersebut, kanak-kanak itu pun berjuang sehingga mati syahid. Akhirnya jenazah kanak-kanak yang mati syahid itu diambil oleh seekor burung warna hijau dengan menggunakan paruhnya dan kemudian burung hijau itu pun terbang sambil membawa kanak-kanak itu.


Ingin tahu siapa ibu kepada kanak-kanak itu???


Jawapannya, rupa-rupanya wanita tua dalam kisah situasi 1 tadi itulah yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu.


Apabila ditanyakan kepada wanita tua itu tentang apa amalan yang selalu kanak-kanak itu amalkan...
Wanita tua itu pun memberitahu bahawa amalan kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu ialah :

  • >>tidak meninggalkan solat jemaah
  • >>tidak meninggalkan solat malam
  • >>dan diakhir setiap kali selepas solat, kanak-kanak itu berdoa agar pada Allah SWT agar dia dapat hidup dalam paruh burung hijau di syurga.



Dari Masruq berkata: "Aku bertanya kepada Abdullah tentang ayat ini "Wa laa tahsabannalladziina qutiluu fii sabiilillaahi amwaatan"


Abdullah menjawab : "Bahawa sesungguhnya saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal ayat tersebut, baginda Rasulullah SAW menjawab :
"Ruh-ruh mereka berada dalam paruh burung hijau yang bertempat di lampu yang bergantungan di Arsy. Mereka terbang dari suatu kebun syurga ke kebun syurga yang lain dengan sesuka hati, kemudian mereka kembali lagi ke sarangnya.


Kemudian, Tuhan menampakkan kepada mereka secara langsung dan berfirman : "Adakah kalian menginginkan sesuatu?".


Mereka menjawab : "Adakah kami menginginkan sesuatu lagi padahal kami sudah bebas terbang sekehendak hati dari satu kebun ke kebun syurga yang lain".


Tuhan berbuat yang demikian sampai tiga kali. Maka ketika mereka merasakan bahawa tidak akan ditinggalkan melainkan sesudah meminta, maka mereka berkata : "Ya Tuhan kami, kami ingin agar Engkau mengembalikan ruh kami ke jasad kami sehingga kami gugur lagi di jalanMu untuk kali yang kedua. "


Ketika terlihat mereka sudah tiada hajat lagi, maka mereka ditinggalkan.


(Hadis Riwayat Muslim)

Tuesday, March 9, 2010


"Palestin adalah isu kami" -kata-kata bersemangat Erdogan 



Selasa , 09/03/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyib Erdogan mengisytiharkan Palestin adalah ‘isu kami’ dan ia tidak pernah dan tidak akan gugur daripada ‘senarai agenda kami’. Beliau juga menuntut agar sekatan yang dikenakan terhadap Gaza dihilangkan segera sebagai memenuhi ‘tanggungjawab kemanusiaan’ sebelum menunaikan ‘tanggungjawab keislaman’.
Dalam satu pertemuan dengan satu delegasi wartawan Palestin pada hari Ahad (7/3), beliau berkata: “Luka anda adalah luka kami. Sudah tiba masanya luka tersebut sembuh.” Beliau menambah: “Hubungan kita amat rapat. Tetapi kita mahu meneguhkan lagi hubungan tersebut dengan menghalang sebarang perpecahan dan perselisihan pada masa akan datang sehingga kita benar-benar menjadi seperti satu jasad. Kesengsaran yang menimpa anda akibat perang terhadap Gaza menjadikan kami marah. Seluruh rakyat Turki keluar bagi menyokong perjuangan anda.”
Beliau juga menambah: “Saya ingin menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu Timur Tengah, dan isu Timur Tengah adalah isu dunia keseluruhannya. Faktor yang menyebabkan isu ini tidak dapat diselesaikan adalah kerana ada beberapa pihak yang mengeksploitasi isu tersebut bagi kepentingan sendiri.”

PALESTIN JUGA ISU KAMI!!, KAMI RAKYAT MALAYSIA JUGA MENYAHUT SERUAN ITU...  TAKBIRR....!!!


Benarkah Engkau Seorang Pejuang??

Benarkah engkau seorang pejuang? Mengaku diri sebagai pejuang, sebagai jundullah, sebagai aktivis, namun akhlak maupun tsaqafahnya tidak mencerminkan hal itu. Mengaku diri sebagai mujahid, namun niat ternoda oleh selain-Nya. Inilah yang Allah Subhanahu wa Ta'ala sindir di dalam Al Qur'an,
 |=Å¡ymr& â¨$¨Z9$# br& (#þqä.uŽøIムbr& (#þqä9qà)tƒ $¨YtB#uä öNèdur Ÿw tbqãZtFøÿムÇËÈ  
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Sang Pejuang Sejati
Masing-masing kita sebaiknya mengevaluasi diri, apakah kita memang sudah benar-benar menjadi pejuang di jalan-Nya atau jangan-jangan, baru sebatas khayalan dan angan-angan kosong belaka. Inginkan syurga, tetapi tidak siap menggadaikan diri, harta dan jiwa.
 ôQr& ÷Läêö7Å¡ym br& (#qè=äzô‰s? sp¨Yyfø9$# $£Js9ur ÉOn=÷ètƒ ª!$# tûïÏ%©!$# (#r߉yg»y_ öNä3ZÏB zNn=÷ètƒur tûïÎŽÉ9»¢Á9$# ÇÊÍËÈ  
142. Adakah kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang Yang berjihad (yang berjuang Dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang Yang sabar (tabah dan cekal hati Dalam perjuangan)?

Ya, kita mengira akan masuk syurga dengan pengorbanan yang sedikit, seakan ingin menyamakan diri dengan hukum ekonomi kapitalis, "Mendapatkan output yang sebesar-besarnya, semaksimal mungkin, dengan input yang seminimal mungkin."
Aduhai., sesungguhnya hari akhir itu adalah perkara yang besar. Dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi itu, sangat mahal harganya. Rasulullah SAW bersabda,

"Generasi awal berjaya karena zuhud dan teguhnya keyakinan,sedang ummat terakhir hancur karena tamak dan banyak berangan  yang tidak pasti kepada Allah."
 

Saat nasyid-nasyid perjuangan dilantunkan, gemuruh di dalam dada menjadi berkobar-kobar untuk berjuang. Tetapi sayang, ternyata hanya tersimpan di dalam dada dan semangat itu ikut surut seiring dengan berakhirnya lantunan nasyid. Tidak keluar dalam amaliyah yang nyata. Demi Allah., keimanan bukanlah dilihat dari yang paling keras teriakan takbirnya, bukan pula dari yang paling deras air matanya kala muhasabah, dan bukan pula dari yang paling ekspresif menunjukkan kemarahan kala melihat Israel menyerang Palestina. Bukan pula dari yang paling banyak simbol-simbol keagamaannya. Karena itu semua hanya sesaat. Sesungguhnya keistiqamahan dalam berjuang, itulah indikasi keimanan sang pejuang yang sebenarnya. Pejuang yang sabar menapaki hari-hari dengan mengibarkan panji Illahi Rabbi. Yang selalu bermujahadah mengamalkan Al Qur'an. Teguh pendirian. Tak kenal henti. Hingga terminal akhir, syurga.

Perjalanan mencari rindu!!


Disinilah tempat berkumpulnya semua rindu...
Sebuah perjalanan mencari rindu pernah ternoktah disini..
Bermusafir demi mengisi kekosongan jiwa,
Bergerak sufi mendapatkan walinya,

menunggu sepasang sepatu untuk tiba, 
menunggu mobil datang bersua, 
teraba-raba sedang meneka
tercari-cari kekasih dalm bayangan.

tika itu, 

Terjawab segala persoalan,
Terhapus segala prasangka,
cecair rindu sudahpun meruap,
terbang tinggi tanpa disapa..

akhirnya 
kata yang diwariskan,
mampu digezekkan 
untuk diterima..

kini,
aku sudah tiba, 
pulang menanti wehdah,
untuk bersatu menyongsong langkah maju..

tidak aku mahu, 
hanya tasbih yang dikilit, 
dengan pedang tanpa disisi..

Jiwa rindu mampu,
pedang tergerak,
menguatkan sang wali, 
menyedarkan sang sufi,
bila rindu dan sayang tertaut rapi.



"dunia memerlukan juga memerlukan amilin"
 wahai sang sufi, 

Sunday, March 7, 2010

HALAWATUL UKHUWAH

NUKILAN BUAT SAHABAT-SAHABAT, ABANG-ABANG, KAKAK-KAKAK, ADIK-ADIK SEPERJUANGAN,
maaf la bg yang x termasuk gambaq nie.. kawe baru nk belajar 'PHOTOSCAPE'

"Nikmat paling manis pabila Allah direct mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian,
Namun, tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan
yang memberi suntikan semangat perjuangan,
alirkanlah halawatul ukhwah,
kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hatI"

Ya Allah, peliharalah kami ini dari futur dan lemah,
dan peliharalah ukhuwah kami,
sayangilah dirinya,
kerana ku mengetahui bahawa kau mampu menyayanginya lebih baik dariku..."

Ya Allah, Temanku ini adalah hartaku,
mesra kami penawar duka,
rindu kami moga-moga menambah pahala,
rajuk kami membuahkan ceria..
Sedih kami moga-moga tersuci dari dosa...

Ya Allah, akan kami zikir dan fikir hanya untuk agama-Mu
Ya Allah, Permudahkanlah kami bersama....

Ya Allah, silaturrahim kami ukhuwah fillah,
bermusuhan kami NA'UZUBILLAH...
Berpisah syahid InsyaALLAH WAL HAMDULILLAH..
Penguat & pengubat hati Doa Rabitah...

Ya Allah, Rahmatilah kami meniti usia,
terpisah kami di alam nyata...
temukan kami di mahsyar..
Andai kata ku ke syurga,

KU PINTA DIA BERSAMA.......................

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails