"Palestin adalah isu kami" -kata-kata bersemangat Erdogan
Selasa , 09/03/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyib Erdogan mengisytiharkan Palestin adalah ‘isu kami’ dan ia tidak pernah dan tidak akan gugur daripada ‘senarai agenda kami’. Beliau juga menuntut agar sekatan yang dikenakan terhadap Gaza dihilangkan segera sebagai memenuhi ‘tanggungjawab kemanusiaan’ sebelum menunaikan ‘tanggungjawab keislaman’.
Dalam satu pertemuan dengan satu delegasi wartawan Palestin pada hari Ahad (7/3), beliau berkata: “Luka anda adalah luka kami. Sudah tiba masanya luka tersebut sembuh.” Beliau menambah: “Hubungan kita amat rapat. Tetapi kita mahu meneguhkan lagi hubungan tersebut dengan menghalang sebarang perpecahan dan perselisihan pada masa akan datang sehingga kita benar-benar menjadi seperti satu jasad. Kesengsaran yang menimpa anda akibat perang terhadap Gaza menjadikan kami marah. Seluruh rakyat Turki keluar bagi menyokong perjuangan anda.”
Beliau juga menambah: “Saya ingin menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu Timur Tengah, dan isu Timur Tengah adalah isu dunia keseluruhannya. Faktor yang menyebabkan isu ini tidak dapat diselesaikan adalah kerana ada beberapa pihak yang mengeksploitasi isu tersebut bagi kepentingan sendiri.”
PALESTIN JUGA ISU KAMI!!, KAMI RAKYAT MALAYSIA JUGA MENYAHUT SERUAN ITU... TAKBIRR....!!!
No comments:
Post a Comment