Pages

Sunday, March 14, 2010

BELAJAR UNTUK APA??

Semalam bertuahnya aku diberi ruang untuk slot motivasi dan kerjaya bersama Alumni di Matrikulasi yang pernah aku belajar suatu  ketika dulu.. seramai 300 orang yang hadir meningkatkan lagi semangat aku untuk berkongsi..  Terima kasih pengarah, Yang Mulia Raja Sulaiman....

Sebagai perkongsian, semasa slot motivasi tersebut, aku mulakan dengan 3 soalan,

“siapakah yang belajar untuk nak kaya?” tanya aku kepada pelajar yang hadir
Lebih dari ¾ dari hadirin yang mengangkat tangan

Ditanya lagi, “siapakah yang belajar untuk berjaya?”
Kali nie, hampir 99.8% yang mengangkat  tangan, berbaki  3orang yang tidak mengangkat tangan

Soalan terakhir, “siapa yang nak masuk syurga”
Alhamdulillah, walaupun  soalan berbentuk kanak-kanak tadika PASTI, 100%  mengangkat tangan sebagai tanda berminat untuk masuk ke syurga.

Aku cuba untuk memberi penjelasan,



Sahabat-sahabat sekalian,

Jika meletakkan tujuan utama kita  belajar adalah untuk nak kaya, kita da miskin mulai sekarang!
Lebih baik anda berhenti dari belajar dari sekarang. Berapa ramai orang yang gagal dalam akademik tetapi akhirnya sekarang nie, mampu untuk menjadi kaya, sebagai contoh boon Siew yang buta huruf dan tidak mampu ke sekolah, tetapi hari ni, hartanya melimpah ruah sehingga 7 keturunan sekalipun makan  tak habis. Contoh individu ke-dua, ialah Bill Gates yang baru nie, dinobatkan sebagai individu yang paling kaya diatas muka bumi nie, sedangkan pengajian diploma yang diambilnya tidak pernah lulus pun. Contoh individu ke-tiga, seorang yang lebih dikenali sebagai “Ramli Motor”  di kampung saya yang pada awalnya, tidak pandai membaca pun, bahkan mengira.. juga berasal dari keluarga yang miskin namun hari ni.. telah berjaya menjadi penjual dan pengedar kereta-kereta mewah dan banglo besarnya juga sering dijadikan tempat pergambaran  stesyen televisyen.

sekarang, kalu anda masih lagi meletakkan tujuan utama anda belajar adalah untuk nak kaya, lebih baik berhentilah belajar dari sekarang... usah membazirkan masa anda, usah mensia-siakan wang ringgit mak ayah anda, usah membebankan anda dengan hutang PTPTN yang begitu mencekik darah anda  pada suatu hari nanti...

so, apakah tujuan utama ada belajar??!?

Sahabat-sahabat sekalian,

Jika anda meletakkan tujuan utama kita belajar adalah untuk nak berjaya,kita da gagal mulai hari nie!
Aku meneruskan lagi dengan bertanya “ apa akan jadi pada anda jika anda gagal suatu hari nanti?”
Ada yang menjawab, rugilah, kecewa, walaupun ada juga yang menjawab “saya terima, da x dak rezki kan.. terima jelah”

Alangkah ruginya sahabat sekalian, kalau kita meletakkan tujuan utama kita belajar hari ni adalh untuk ‘berjaya’. Kita pastinya akan sedih dan sedikit kecewa bilamana kita mengalami kegagalan, dan boleh jadi kita akan kelalaian bila mana kita sudah berjaya.

Saya seronok nak berkongsi satu cerita, cerita berkenaan seorang pemuda  yang sedang bersiar-siar di dalam hutan, tiba-tiba dia terserempak dengan seekor harimau, lalu dengan tujuan untuk menyelamatkan diri, dia pun berlari sehingga tidak cukup tanah (hehe, bahasa orang kedah), mengejar dan dikejar. Sehingga ternampak satu perigi, lalu dia terjun ke dalam perigi tersebut dan akhirnya dapt bergantung dengan tali pengikat baldi ditengah telaga tersebut, Alhamdulillah.

Dalam berusaha untuk mencari jalan penyelesaian tiba-tiba dia menyedari bahawa di dalam telaga tersebut (dibawahnya) terdapat 2 ekor buaya, MasyaAllah, begitu besar dugaan-Nya, dalam hadis melayu, mengatakan “diluah mati Mak, ditelan mati bapak”. Nak naik ke atas pun x boleh, turun pun x boleh.

Dalam pada itu, pemuda tersebut tidak putus-putus berdoa dan mengharap pada bantuan Allah...

Tiba-tiba, datang lagi ujian, datang pula dua ekor tikus dan cuba memakan tali pergantungan  pemuda tersebut. Bertambah geram pemuda tersebut, lalu memaki hamun tikus-tikus tersebut.

Terlihat pula sekumpulan lebah yang sedang membawa madu, ketika terbang melintasi beliau, madu tersebut tertitis ke dalam mulut pemuda tadie.. beliau merasakan begitu indah dan hebat dek kerana dapat merasai manisnya madu itu yang rasanya lain dari yang lain, jarang dijumpai,...

Sahabat-sahabat sekalian,

Kita mengambil ibrah(pengajaran) dari analogi cerita diatas, cuba kita kaitkan harimau  tersebut sebagai malaikat izrail yang sentiasa mengejar kita, tali pergantungan tue sebagai jangka hayat umur kita, tikus hitam &putih  pula dianalogikan sebagai siang dan malam. manakala 2 ekor buaya pula sebagai malaikat munkar nakir yang akan menyambut kita di alam barzakh,  madu sebagai kesenangan yang kita perolehi di dunia.

Kita lihat, inilah realiti rata-rata masyarakat hari ni.. yang mudah lupa dan lalai bilamana suatu kemanisan atau nikmat yang kita perolehi, akhirnya menjadikan kita lupa dek gara-gara setitis kesenangan tersebut. Inilah yang dipanggil ‘ISTIDRAJ’ ~ nauzubillah min zalik.

[ISTIDRAJ= kelebihan yang Allah beri dengan tujuan untuk lebih jauhkan daripada-Nya, dek kerana murkanya Allah pada si pulan tersebut]

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
apa guna kalu kita berjaya menggapai citai-cita kita tetapi hanyalh istidraj semata-mata.. apa guna sahabat-sahabat?  adakah anda yakin bahawa setiap kejayaan yang pernah digapai oleh anda adalah bukannya istidraj. sapa yakin bukan istidraj?? sila angkat tangan.. hehe

Bila mana kita sudah sampai saat kita menggapai tujuan utama kita iaitu untuk berjaya, dan jika tidak dipasakkan dengan keyakinan  sebenar untuk apa kita belajar, sudah tentu, di saat itu, akan timbul segala sifat ujub, takkabbur,  riya’ dan bermegah-megah seolah-olah kejayaan yang dicapainya itu, hanyalah miliknya, hanyalah disandarkan kepada usaha dan kelebihannya semata-mata.

Sebagai kesimpulan, siapakah tidak mahu kaya? Siapakah juga tidak mahu berjaya, apatah lagi nak masuk ke syurga. Sudah tentu seumanya akan mengangkat tangan seperti kanak-kanak PASTI, namun tujuan ini jika sekiranya dijadikan tujuan utama, kita akan lupa pada yang lebih utama iaitu untuk ke syurga dengan cara menggapai redho ilahi.
Umpamanya manusia yang selalunya terlupa kepada cita-citanya yang sebenar dan tertinggi...
Saban kali ditanya soal cita-cita pastinya akan dijawab impian kerjaya hidupnya.. tetapi hakikat sebenar sebagai seorang muslim perlu ingat kepada ‘cita-cita tertinggi’ kita untuk mati di jalan Allah (syahid fisabilillah) seperti yang telah digariskan oleh Pentajdid agung, As-syahid Imam Hassan Al-Banna.

Tidak salah untuk meletakkan tujuan-tujuan/cita-cita sampingan, tetapi perlu beringat kita sebagai muslim mempunyai tujuan utama dan cita-cita tertinggi yang lebih besar tuntutannya kepada kita...

[ Tujuan utama  =   nak ke syurga dengan cara mencari n melaksana apa yang Allah redhai semata-mata
Cita-cita tertinggi    =             mati di jalan Allah                                                                                ]

Wallahu a'lam
wanhikmah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails