Pages

Friday, March 26, 2010

~Rintihan Sufi Haraki~


Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya Rahim
Pengetahuanku pada kemurahan-Mu
Itulah yang memberhentikan aku di pintu-Mu
Bagaimana aku akan kecewa?
Sedangkan Engkaulah harapanku
Bagaimana aku akan hina?
Sedang Kaulah tempat sandaran
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
Sedang Engkau menempatkanku dalam lembah hina
Bagaimana aku akan miskin?
Padahal Kaulah yang mencukupkan
Hidupkanlah hati-hati ini dengan makrifat-Mu
Matikanlah kami sebagai pejuang agama-Mu
Puaskanlah kami dengan aturan-Mu
Berbanding aturan kami sendiri
Bantulah aku dalam menunaikan tanggungjawab selaku pemimpin
Ingatkanlah aku, bahawa aku hanyalah seorang hamba
Supaya tidak lupa
Ya Allah...Perkenankanlah permintaan ini.
*Renungan buat bersama:- Doa diatas adalah rintihan Tuan Guru Nik Aziz di sepertiga malam(petikan dari sebuah buku). Saya kagum dengan tuan guru, tapi aku bukannya fanatik.

1 comment:

Anonymous said...

subhanallah..sungguh mulia hati tok guru..smoga kita sentiasa berada bersama beliau dalam memperjuangkan agama Allah..smoga tok guru sentiasa dirahmati n diberikan kesihatan yang baik..amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails