Pages

Tuesday, March 16, 2010

[ALUMNI KMK] Perkongsian dari pengarah

Perkongsian bersama pengarah Kolej sangat bermakna dan menyentuh hati kami..

Terima kasih Yang Mulia Raja Sulaiman kerana sedia turun padang bersama dan berkongsi bersama kami mengenai realiti masalah sebenar yang berlaku di Kolej sejak mutakhir nie...

Pengarah juga menyambut baik niat kami yang untuk cuba menubuhkan Persatuan Alumni KMK, menurut beliau penubuhan alumni nie sudah lama diidamkannya, cumanya “siapa nak wat” yang menjadi masalahnya. Siapa yang sanggup menyengka peluh turun bersama pelajar-pelajar, bersusah payah membantu pelajaran adik-adik walaupun sedangkan berperang di kampus masing-masing, berapa ramai itulah yang menjadi titik penilaiannya.

Kadang-kadang sehingga kita takjub dan kagum pada sahabat-sahabat yang begitu bersemangat untuk membantu menubuhkan alumni nie, da yang sanggup pulang dari scotland, ada yang sanggup ambil cuti, ada yang sanggup amik flight last minit yang harganya menjangkau RM300, Ada yanga sanggup pulang pada tengah malam. walaupun mereka bukanlah lahir dari tarbiyyah,

Wahai sahabat-sahabat, malulah kita pada mereka, mereka yang cuma berbekalkan semangat, walaupun tidak mengenali erti dakwah sekalipun.. tetapi poengorbanan dan kesungguhan mereka tinggi. Anda??



Turut hadir bersama adalah alumni yang bukan beragama Islam.. lagi hebat.. lagi mengagumkan dia adalah seorang perempuan..

Banyak nilai yang dapat dipetik dari ucapan perasmian beliau...

Pengarah yang menegaskan dari awal, bahawa bukan ber sifat politik, dan cuba untuk mengelak ‘bias’ kepada mana- mana pihak (walaupun dia pro kepada UmNO),

Sebelum dari tue, aku sempat bertanya kepada En.Azman (Murobbi),
“pengarah kali nie cam na?”

Katanya “ kalau nak ditafsir dia baik, macam baiknya Islam, payahlah, tetapi dia ok, seorang yang positif sudahlah memadai, kita sudah boleh berkerjasama dengan mereka, bahkan perlu bekerjasama”

“payahlah kalu nak tunggu sehingga semua orang ditarbiyyah dulu baru nak bekerjasama, apakata kita ambil jalan untuk bekerjasama dengan mereka dulu, sebagai jalan untuk kita sampaikan Islam dan sedarkan mereka apa yang kurangnya..” katanya lagi... sebagai tambahan...

“Izuwan, elakkan kita menutup jalan dakwah kita, sebagai daei perlu ‘available’ 24 jam sentiasa siaga. Segala tindak tanduknya, pakai minum nya, menjadi dakwah pada yang nampak & tidak nampak kita.”

“izuwan, kalu bleh enta elakkan dari pilih bulu dalam berdakwah, gunalah kaki untuk sampaikan Islam, bila mana hanya kaedah itu mereka akan lebih faham pada Islam.”
Yang Mulia, banyak menceritakan realiti sebenar pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi sekarang nie... Kalu tak dak muslimat masa tue.. konfom da aku teriak guling-guling masa tue.. (hehe)
Cerita sedey tue akan aku nukil dalam posting yang lain...


INFO DARI UCAPANNYA:-

*Sudah tiba masanya Alumni perlu kembali berbakti dan membantu matrikulasi , tetapi Alumni perlu sedar bahawa mereka adalah NGO yang berperanan untuk membantu organisasi induk untuk meningkatkan lagi visi & misi organisasi Induk.

*NGO sebagai organisasi sukarelawan memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi, Ingat!!, kolej tidak pernah mengharap agar mantan-mantan untuk pulang membalas jasa.

*Alumni juga diingatkan bahawa sebagai NGO tidak boleh untuk menganggu sehingga ke peringkat pengurusan tetapi boleh untuk memberi pandangan dan sebagainya.

*Alumni juga perlu berperanan untuk menjaga survival agama dan bangsa di kolej kita.

*Jumlah pelajar sekarang adalah 2100 org- PST +PDT,

*pelajar-pelajar PST saja sudah menjangkau 1900 org.

*Berdasarkan banyak pengalaman saya, dan kajian saya berkenaan ‘SIKAP’
- Orang melayu banyak suka berada dalam suasana ‘comfortable’ –nak selesa ja suma, terlalu fobia untuk hadapi kesusahan, begitu malas untuk menempuh cabaran.

* saya begitu bersyukur apabila wujudkan kumpulan alumni yang sanggup untuk kembali balik dan menolong adik-adik tertutama dari bangsa Melayu kita yang realiti hari nie jauh skali ketinggalan dibelakang berbanding bangsa-bangsa lain.

*Kita lihat apa yang Biro Akademik Parti Gerakan telah buat pada bangsanya, mereka yang boleh acces data, dan kumpulkan semua nama pelajar cina yang telah pun mendapat tawaran ke matrikulasi di satu tempat, kemudian mereka dibahagi-bahagi mengikut tawaran kolej, jika di Malaysia ada 9 buah Kolej Matrikulasi, maka ada 9 bilik lah, semasa didalam bilik tersebut mereka akan bersama alumni-alumni dari setiap kampus (yang berbangsa cina) tersebut untuk menerangkan A-Z berkenaan matrik yang telah mereka dapt tersebut,

*so, pelajar-pelajar nie telah kenal Matrik sebelum masuk ke kampus lagi, dan mereka masih lagi sempat untuk membatalkan pilihan mereka ke matrik jika mereka merasai bahawa mereka tidak akan mampu.

*tetapi hakikat org melayu, hanya akan datang untuk ‘try and error’, sehinggalah ke tengah sem 1 mereka mengangkat kaki keluar dari matrik, sanggup untuk ke tawaran yang lebih rendah (diploma @ IPGM) akibat daripada kenal matrik setelah amsuk ke matrik tersebut. Hal ini, berbeza dengan bangsa-bangsa lain, yang kita lihat, begit sedikitnya mereka futur(berputus ada) ditengah jalan..

*so, Ayuh-ayuh alumni hayunkan kaki-kaki mu berbakti pada yang setepatnya!!”



Di akhir Ucapan beliau, PENGARAH MENYARANKAN KEPADA ALUMNI

1. Buat kajian – kemana pelajar-pelajar lepasan kmk, kerja apa dah? Dimana?

2. Keluarkan kad keahlian- sekali sekala nak singgah nak bermalam di KMK, terus ja tunjuk kad keahlian sebagai pelepas masuk di Pos Pengawal, @pun, wat masa sekarang, hubungi terus Pengarah untuk dapatkan bilik penginapan.

3. Bilik Operasi- bila tertubuhnya alumni nie, saya akan cuba usahakan cari bilik khusus untuk gerakan Alumni.

4. Banyakkan Talk dan Forum untuk bagi kefahaman @ ‘counter’ adik-adik semula.

Wallahualam.. sekadar itu dulu, walaupun banyak lagi yang x sempat ditulis tetapi inilah pekongsian dari ucapan pengarah yang penuh infomasi ari tue.....



wanhikmah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails