Pages

Thursday, April 30, 2009

Berhentilah mengkritik!!

Teringat kisah yang dibawa oleh cikgu masa zaman sekolah dulu..

Suasana didalam bilik darjah kami ketika itu, begitu riuh rendah, tanpa menghiraukan cikgu Zurinah yang mengajar dihadapan. Tanpa marah sedikit pun, cikgu berpaling ke arah kami, bahkan dia tersenyum pulak tue. ue, cikgu pun bising juga dalam kelas macam

" aik, kenapa cikgu tersenyum? sepatutnya cikgu perlu bersifat menyinga macam ni..." kata fakrul siap dengan gaya sang Raja RImba lagi...

" cikgu senyum kerana cikgu teringat suatu masa dulu, cikgu pun pernah berada di tempat fakrul juga, masa tue, cikgu pun bising jugak dalam kelas.... macam..... FAKRUL" kata cikgu berjenaka.

"Aik" Fakrul kurang mengerti.

CIkgu pon mengulas "sekarang kamu di posisi kamu, dan cikgu di posisi cikgu, nanti fakrul akan besar dan berada di tempat cikgu pula. Masa tue, baru fakrul baru taw kenapa cikgu senyum gembira tadie..."

jawapanya, situasi yang sama turut berlaku kepada kita, suatu masa nanti.

Oleh itu, berhentilah mengkritik, kerana kelak, anda juga akan dikritik.

dalam kata-kata lain, jadilah pengikut yang baik, InsyaAllah, anda akan turut menjadi pemimpin yang baik.

**********************************************************************************************

Persoalannya disini, diketika mana perlunya kita perlu bersuara kritikan, diketika mana pula kita perlu diam membetuli???

Wala' tidak didefinisikan sebagai tidak dibenarkan sebarang kritikan. Kalau itulah definisinya, sudah tentu, pimpinan adalah raja. kerana x dapat dikritik mengenai kesalahan mereka.

Hakikatnya bukan begitu sebenarnya...

Maaf jika terasa....

Wednesday, April 29, 2009

Ketua bukanlah RAJA!!

Kali ini, mari kita berbincang pula mngenai soal kepimpinan... dewasa ini, bumi Malaysia ketandusan kepimpinan. Baik yang mahir dalam hal ehwal tadbir organisasi, apatah lagi yang mahir skill pengurusan serta punyai Fikrah Islam. Yang ada fikrah Islami pula, tidak ada daya usaha untuk memahirkan diri didalam hal ehwal pengurusan. mungkin inilah sebab utama Allah masih melengahkan kemenangan Islam di bumi Malaysia.

"saya hanya menunggu laporan & pembentangan dari setiap biro-biro, tetapi apa yang menjadi masalahnya, setiap biro tidak proaktif & tidak melaksanakan tugas-2 yang sepatutnya mereka laksanakan... seperti... bla...bla....bla...." Kata seorang Presiden Kelab dengan penuh idealis apabila ditanya mengapa kelabnya tidak berjalan dengan baik.

"Tugas saya hanya menjadi perantaraan diantara orang atasan dengan kelab sahaja.." ujarnya menambah..

Persoalannya, adakah cukup setakat itu portfolio seorang Presiden sebuah Kelab..???? Adakah wajar jawapan seperti itu dilemparkan (dengan cara menyalahkan anak-anak buah) apabila ditanya mengapa kelab tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Geram jek dalam hati bila sang presiden tu jawab macam tue.....

menjawab dengan nada yang lembut, tetapi isi jawapan yang sangat angkuh, Sang presiden mengungkit mengenai skop tugas yang beliau perlu laksanakan. Hal ini tidak ubah seperti raja.
Perlukah pemimpin berjiwa raja, sedangkan khalifah pun tidak begitu, seperti contoh, Umar Abd Aziz seorang pemerintah yang hebat, hidup penuh bersederhana & begitu rapat dengan rakyat, sentiasa cuba memahami permasalhan rakyat, cuba menyelesaikan masalah yang timbul dikalangan rakyat serta bukan pula dia bertindak memburukkan dan memperlekehkan rakyat-rakyat tersebut.

Ambillah iktibar dari posting ini.

Sang Presiden,
Kelab di Universiti bukan suatu kementerian, apatah lagi suatu kerajaan. Kelab di universiti adalah suatu tempat untuk mengajar sang bayi yang hendak mengenal dengan dunia kepimpinan untuk belajar bertatih dengan harapan dapat terus berjalan tanpa terjatuh. Tapi itu semua hanya harapan,boleh jadi sang bayi itu, akan jatuh juga walaupun setelah pandai berjalan. Jika tidak terjatuh & tidak terluka Alhamdulillah.

Simboliknya disini, hendak menceritakan bahawa, yang berada ditapak paling tinggi, jangan terus memandang keatas tanpa memandang kebawah bagaimanakah potensi anak-anak buah kita bekerja. sama ada, mampu atau pun tidak, jika tidak, bukan sahaja anak buah kita yang perlu dinilai dan dianalisis , malah sang Presiden juga perlu menganalisis diri sendri, serta mencari jalan bagaimana untuk memastikan anak buah kita terus bertindak selari dengan halatuju, visi & misi organisasi tersebut.

Ambillah iktibar dari posting ini.

Jika anak buah tidak laksanakan tugasan, tegurlah dia, beri panduan (How and how) bersifat (again & again) supaya dia lebih terdorong & dengan cara inilah dia pasti akan bertambah rasa beramanah. (jika sang raja merasakan anak buah tidak beramanah)

Ambillah iktibar dari posting ini.

Saturday, April 25, 2009

Perjalanan sang Daei bermula

jam 11.00 tgahri-- Perjalanan sang Daei bermula

Habis sahaja kuliah Heat Transfer pagi itu, aku terus meluncur laju bertolak seperti yang dirancang, bukan kampung halaman destinasi utama tapi Asrama ku yang menjadi panggilan segala-galanya. Kerana ku tahu, Dakwah perlu disampaikan walau dimana-mana dan sejauh manapun, kita perlu dekati untuk memberi kefahaman Islam yang jelas kepada setiap manusia tidak kira Muslim atau bukan. DAKWAH PERLU DILAKSANAKAN....

"kan melangkah kaki dengan pasti,
menerobos segala onak duri,
generasi baru telah dinanti,
tak takut cita-cita gentar mati!!"

Bait-bait lagu dendangan Shoutul harakah ini menjadi zikiran aku sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Bersemangat sungguh aku pada hari itu, sanggup bertolak balik, walau jauh dari Perlis, demi semata-mata memenuhi iltizam diri untuk memberi sedikit pengisian kepada adik-adik yang kini sedang mewarisi katil & asrama yang telah banyak mematangkan aku. Tambahan pula disinilah tapak mulanya aku mengenali Usrah disuatu ketika dulu.

Jam 12.00 tghri

Kali ini, aku memilih untuk mengikuti jalan Jitra melalui Changlun, rupanya ada hikmah disebaliknya, Ditakdirkan aku untuk berhenti untuk bersolat Jumaat di Masjid Matrikulasi Kedah.
Kebetulan singgah aku sempat berdialog dengan beberapa orang siswa disitu, mereka memberanikan untuk bertanya
“Eh, abang Alumni KMK kan? Sekarang belajar mana? Datang sini ada program ker? Amacam seronok tak belajar kat Universiti?”
“ abang dari Perlis dalam perjalanan pulang ke kampong singgah kejap je, nak solat tadie..” jawab ku ringkas. Tetapi makin kami bersembang makin ramai yang dating mengerumuni, rasa macam artis pun ada. Rasa macam motivator pun ada juga.. yelah, asyik ditanya soklan2 tips study jek..Sempat jugak masa tue aku promote kan UniMAP. hehehe
tapi ada satu soklan yang aku tertarik, dia bertanya “ abang, apa pendapat abang mengenai system pengajian matrikulasi dan bagaimana langkah untuk struggle dalam ezam?” rupanya dia itu adalah Pengerusi Pusat Islam. Mau gerun juga aku nak menjawabnya. Maklumlah siapalah kita….
Aku cuba menjawab “Sistem Matrikulasi adalah merupakan system pengajian Fast track, laju dan cepat tetapi mudah… bergantung pada kita yang mahu mengejar arus atau membiarkan arus itu pergi begitu sahaja.”
Aku menambah ulasan“ cuba kita melihat pada resminya air, ia tetap dan pasti akan mengalir walau apa pun yang ada di hadapanya, akan ditongkah dan dihadapinya dengan pasti tanpa melihat kepada kelemahan dirinya. Perjalanan air yang mampu pergi jauh hingga ke lautan juga mempunyai strateginya yang tersendiri. Sudah pasti, pabila keyakinan+kemahiran+strategi mampu akan membuahkan hasil yang memuaskan…”
Aku cuba mengaitkannya dengan air yang mengalir, begitulah sedikit ulasan aku walauku tahu ianya adalah sedikit melencong namun DAKWAH PERLU DISAMPAIKAN.

Jam 3.00ptg—Perjalanan to be continued

hampir separuh perjalanan, hujan mulai turun, makin jauh, makin lebat makin jauh lagi lebat. Kalu nak diikutkan ja rasa hati, mau ja aku berpatah balik ke Perlis,
“orang beriman ialah ornag bermanfaat kepada org lain” Al-Hadis
"ingat pesan abang, walau dimana kita berada jadilah seperti biji benih yang bila dicampak ke laut, menjadi pulau" teringat pula pesanan Naqib aku ketika usrah yang terakhir di asrama dulu.
Naik semula graf azamku tadie, terus jugalah walau apapun nak jadi, jadilah.
"Jangan jadi Aultraman sudah lah. haha..." berseloroh aku berseorang diri...
Bait lagu ni memujuk diriku..

"takkan surut walau selangkah,
takkan henti walau sejenak,
cita kami hidup mulia,
walau syahid mendapat syurga"

Jam 5.00ptg—Destinasi tiba

" Alhamdullillah, sampai juga aku akhirnya, mungkin inilah kehendak ilahi" lafaz dalam hati sebagai tanda syukur pada ilahi.
Walaupun sudah dijamakkan solat asar, aku tetap solat untuk kedua kalinya sebagai jalan untuk aku berjumpa dan memberi sedikit tazkirah selepas membaca Al-Mathurat. Seperti biasa, yang hanya turun berjemaah adalah dari kalangan lapisan menengah rendah. Merasakan diri dah cukup hebat dan maksum apabila menjangkaui menengah atas, Inilah virus yang dihinggapi keatas menengah atas.
Bukan senang hendak mengajar & mendidik bapa kucing berbanding anaknya…
Walaubagaimanapun, aku tetap ambil kesempatan itu untuk berkongsi pintar bersama adik-adik menengah rendah. Teruji juga kemahiran “ tarbiyyah awlad” aku…hihi(walaupon bukan awlad lagi dah diorang ni)
Ku cuba mengisi ruang dengan bercerita kisah-kisah silam Asrama tersebut yang penuh dengan message kesedaran & pengajaran. Moga berbekas di hati mereka.
Begitulah corak pemikiran pelajar-pelajar di luar Bandar yang masih ketinggalan tahap pemikiran walaupun usia telah pun melangkau jauh. Mereka lebih mudah menerima & berbekas ke dalam hati mereka melalui cara penyampaian fakta didalam bentuk cerita. Sekali lagi, kemahiran “membaca suasana” aku teruji. DAKWAH PERLUKAN KEMAHIRAN.

Jam 6.00ptg—Brain wash terhadap Pimpinan pelajar asrama

Perbincangan hampir 1 jam lebih telah banyak menyelesaikan masalah yang terkusut di benak mereka. Pelbagai masalah diantara sesame pelajar & akhlak pelajar turut diperbincangkan, turut timbul masalah dikalangan pimpinan sesama pimpinan yang lain.
“Kullukum roei, wakullum masullun an roi yatihi”
“setiap dari kita adalah gembala, maka akan ditanya sok-sok ni oleh Allah taala akan gembalaanmu jadi ghu mana?” aku cuba menafsirkan mengikut loghat Baling.
Ku akhiri dengan nasihat dan guideline kepada mereka untuk kembali menerajui kegemilangan asrama yang pernah di tempuhi suatu ketika dahulu.


Jam 7.30ptg—Kuliah magrib bersama Keseluruhan Pelajar Asrama Sek.Men.Keb.Baling.


Aku cuba membawa satu kisah yang berkisar tentang kisah seorang Tok Guru yang alim dan waraq, yang diketika mana beliau terlewat untuk hadir menyampaikan kuliah disuatu masjid. Apabila beliau sampai, beliau menangis dengan teresak-esak seolah-olah telah melakukan satu dosa besar. Apabila reda menangis, anak muridnya memberanikan untuk bertanya, kerana apakah beliau menangis. Beliau menjelaskan bahawa beliau telah meninggalkan sunnah nabi di ketika beliau masuk ke masjid tadie iaitu masuk dengan langkahan kiri,sedangkan nabi masuk dengan langkahan kanan.

Aku membiarkan adik-adik berada dalam suasana sedih itu, dengan meminta mereka berjanji untuk terus menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip, garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Alhamdulillah, mereka berjanji untuk kembali menghidupkan suasana sunnah baginda s.a.w yang kita cintai, justeru dapat mewuudkan biah solehah di asrama yang kucintai..
Aku pulang dengan gembira walaupun sedikit penat..
Jazakallahukhairan jazak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails