Kali ini, mari kita berbincang pula mngenai soal kepimpinan... dewasa ini, bumi Malaysia ketandusan kepimpinan. Baik yang mahir dalam hal ehwal tadbir organisasi, apatah lagi yang mahir skill pengurusan serta punyai Fikrah Islam. Yang ada fikrah Islami pula, tidak ada daya usaha untuk memahirkan diri didalam hal ehwal pengurusan. mungkin inilah sebab utama Allah masih melengahkan kemenangan Islam di bumi Malaysia.
"saya hanya menunggu laporan & pembentangan dari setiap biro-biro, tetapi apa yang menjadi masalahnya, setiap biro tidak proaktif & tidak melaksanakan tugas-2 yang sepatutnya mereka laksanakan... seperti... bla...bla....bla...." Kata seorang Presiden Kelab dengan penuh idealis apabila ditanya mengapa kelabnya tidak berjalan dengan baik.
"Tugas saya hanya menjadi perantaraan diantara orang atasan dengan kelab sahaja.." ujarnya menambah..
Persoalannya, adakah cukup setakat itu portfolio seorang Presiden sebuah Kelab..???? Adakah wajar jawapan seperti itu dilemparkan (dengan cara menyalahkan anak-anak buah) apabila ditanya mengapa kelab tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
Geram jek dalam hati bila sang presiden tu jawab macam tue.....
menjawab dengan nada yang lembut, tetapi isi jawapan yang sangat angkuh, Sang presiden mengungkit mengenai skop tugas yang beliau perlu laksanakan. Hal ini tidak ubah seperti raja.
Perlukah pemimpin berjiwa raja, sedangkan khalifah pun tidak begitu, seperti contoh, Umar Abd Aziz seorang pemerintah yang hebat, hidup penuh bersederhana & begitu rapat dengan rakyat, sentiasa cuba memahami permasalhan rakyat, cuba menyelesaikan masalah yang timbul dikalangan rakyat serta bukan pula dia bertindak memburukkan dan memperlekehkan rakyat-rakyat tersebut.
Ambillah iktibar dari posting ini.
Sang Presiden,
Kelab di Universiti bukan suatu kementerian, apatah lagi suatu kerajaan. Kelab di universiti adalah suatu tempat untuk mengajar sang bayi yang hendak mengenal dengan dunia kepimpinan untuk belajar bertatih dengan harapan dapat terus berjalan tanpa terjatuh. Tapi itu semua hanya harapan,boleh jadi sang bayi itu, akan jatuh juga walaupun setelah pandai berjalan. Jika tidak terjatuh & tidak terluka Alhamdulillah.
Simboliknya disini, hendak menceritakan bahawa, yang berada ditapak paling tinggi, jangan terus memandang keatas tanpa memandang kebawah bagaimanakah potensi anak-anak buah kita bekerja. sama ada, mampu atau pun tidak, jika tidak, bukan sahaja anak buah kita yang perlu dinilai dan dianalisis , malah sang Presiden juga perlu menganalisis diri sendri, serta mencari jalan bagaimana untuk memastikan anak buah kita terus bertindak selari dengan halatuju, visi & misi organisasi tersebut.
Ambillah iktibar dari posting ini.
Jika anak buah tidak laksanakan tugasan, tegurlah dia, beri panduan (How and how) bersifat (again & again) supaya dia lebih terdorong & dengan cara inilah dia pasti akan bertambah rasa beramanah. (jika sang raja merasakan anak buah tidak beramanah)
Ambillah iktibar dari posting ini.
No comments:
Post a Comment