Pages

Tuesday, February 2, 2010

Aku kesal.....


[ENTRI INI ADALAH BERSIFAT PRIVASI DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK BACAAN UMUM, TAPI NAK POST GAK KAT SINIEH!!, JUZ LUAHAN HATI PENULIS DAN ENTRI INI JUGA TIDAK BERKAITAN DENGAN SESIAPA PUN, HANYA AKU, ALLAH DAN RASUL,  & HATI YANG KESAL INI PERLU DIUBATI]







IMAN!!! Kenapa engkau tidak bersifat malaikat?? Yang sentiasa maintain ja... kalu kau bersifat Rasul pun ok, walaupun aku bukanlah nabi @ rasulullah... kadang-kadang jadi cemuih(jemu dalam loghat utara) bersama dengan iman yang bersifat manusia nie!! Sentiasa yazid wa yanqus( trurn dan naik).. huhu..
Tapi aku pasrah, pastinya semuanya adalah yang terbaek yang telah Allah sediakan special untuk aku. Mana ada orang lain jadi aku atas muka bumi nie.. aku hanyalah aku. Jalan cerita hidup aku, hanyalah untuk aku.. Allah da sedia dah, sejak aku belum tercipta dan ‘terancang’ lagi.

MOHD IZUWAN BIN ZAINI, yakinlah pada ALLAH, suma yang telah hang  tempuhi pasti yang terbaek tuk hang, walaupun hang rasa kurang baik @ tidak baik bagi hang, tapi inilah yang Allah  nak tuk hang. Allah da sebut dalam Quran, 



Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat 
baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; 
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


kita ingat baik, tapi boleh jadi x baik utk kita, Ingat apa ka? Special tue..

Ermm.. Jiwa yang mutmainah, bukanlah senang untuk dicipta dan dipelihara, Firman Allah “Dengan Mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang”...

Ooooo....sebab tuelah hati jadi resah dan tidak tenang dua tiga hari nie... erm.... aku kesal.. aku kesal... aku mudah kesal... aku paling kesal.. aku sungguh kesal..........

>> 

Aku kesal bila...da tersedar  da sebelum azan subuh, tidoq balik tanpa sempat tahajud dulu... cis
Aku kesal bila...rancang puasa siap ngan sahur, tapi x bangun makan sahur, langgar sunnah nabi tue...
Aku kesal bila...amalan yang kita istiqamah duk wat, tapi terhalang tuk wat bila da musyaqah yang tidak penting (dhuha:kena wat kerja berminyak berjam-jam, sampai susah nak cuci)... eeeii.. geram tue..
Aku kesal bila... jumpa Orang yang da fikrah perjuangan, tapi langsug xdak niat tuk nak sebar pada org len.. dia ingat syurga dicipta tuk dia sorang ja ka??? Aku tarik kaki dia nanti baru taw... brrr..

Aku kesal bila... anak buah yang telah kita telurkan dan jaga hingga menetas dan hingga pandai berjalan, dan akhirnya lari (x nak ikut diskusi) begitu sahaja. Tapi x pa, jangan sampai dia sokong mungkar sudah la... Yang aku kesalkan adalah dimanakah silap tarbiyyah yang diberikan?? Dia lari bukan sebab dia, tapi sebab kita. Apa salah kita?? Ya Allah, bagilah petunjuk pada aku dan dia..

Aku kesal bila... da masa terluang tetapi tidak boleh digunakan untuk wat gerak kerja Islam. (atas kenderaan misalnya: tiada lain yang aku bleh aku wat di atas motor kecuali zikir dan fikir)... ermm
Aku kesal bila...Banyak membaca buku tetapi tidak khatam,
Aku kesal bila...mencadangkan sesuatu idea  dan diterima tanpa dibahaskan.
Aku kesal bila...aku tidak berusaha untuk menegur( berdakwah) kepada orang yang aku pernah jumpa, [seperti Imam Hassan Al-Banna, walaupun sibuk tetapi segaja nek bas utk ke mana-2 tuk nak jumpa(dakwah) dengan lebih ramai orang]

Aku kesal bila... aku merancang benda yang tidak pentig dan tidak sesuai dengan masa.
Aku kesal bila... terlalu idealis dan taksub pada pemikiran dan ideologi omputih (Yusuf Qaradhawi pesan: Maka berhati-hatilah bila berhadapan dengan ilmu manusia, kerana ia disusun dan dirancang hanyalah berdasarkan akal yang difikirkan betul dan baik untuk manusia)

Aku kesal bila... tidak reti untuk nak turunkan gelombang pemikiran yang terlalu tinggi untuk nak selarikan dengan sahabat2.
Aku kesal bila...  kaya dengan Idea dan strategi tetapi miskin dengan kekuatan
Aku kesal bila...  tinggi ilmu berhujah tetapi rendah kemahiran mendengar.
Aku kesal bila... mampu untuk merancang tetapi tidak mampu untuk melaksana
Aku kesal bila... pandai dan idealis dalam gerak kerja tetapi langsung tidak pandai untuk menjadi contoh terbaik. Maafkan ana, ana da cuba sedaya upaya dah!! Abih reng doh (abis pulun dah =dalm bahasa Baling)

Aku kesal bila.. .buat amalan pulun banyak2, tapi satu pun x ikhlas dan khusyuk, payah nk ikhlas nie.. huhu
Aku kesal bila... arahan x clear
Aku kesal bila...tuduh orang tanpa bicara.          
Aku kesal bila... dok saja.. (Fatwa nik Aziz: Dok saja, Dosa!)
Aku kesal bila... x dak ayat dah nak karang... haha

“”” Biarlah dia, hati tue bukan bleh dilayan sangat, dia igat dia raja, dia ingat dia Tuhan, nak suma kita ikut kehendak dia, ikut kehendak hati, kadang-kadang akal pun da gak idea dia, kena ikut dia juga, kalau suma aku nak ikutkan hati, nak ja aku jadi malaikat atau rasul!! Yang punyai graf iman yang dahsyat!!!”””kata jasad pada akal.

10 comments:

mira_safiah said...

salam..alhamdulillah. menyedari kesilapan adalah sebagai batu loncatan untuk berubah kepada yang lebih baik..

1-kembali kepada matlamat asal
2-sabar dalam memahami waqi' semasa
3-tumpukan kepada perkara yang lebih utama

`wind of change~

wanhikmah said...

jazakallah atas drongan..

wanhikmah said...

eh, da baca eh... org kata jgn baca la... ermm..

mira_safiah said...

lor dah la letak kat cni...x bg org baca lak....so complicated adik sorang ni...erm

wanHikm@h said...

haha, xpa2... baca2.. x dak masalh eih..

Anonymous said...

hg brmasalah ka?..aku tgk hg biasa2 ja..huhu..yg pntng kita sama2 snang or ssh..pngajarn lpas mematngkan kita hari ni..smoga kita smua trus sukses...jgn riso aku sntiasa d sebelah hg, bkan depan @ blakang..

mf trbaca entri ni..haha

~alitamim~

mira_safiah said...

dia ni bukan masalh pa..mslah jiwa ja...hehhe...x pa ni semua akan mematangkan kita dalam berfikir dan bertindak..

wanHikm@h said...

masalah perlu dicipta... masalah adalah salah... bila kita rasa bermasalah... maka akan kita rasa bersalah.. lalu timbul rasa berdosa & akhirnya daptla kita bertaubat dan dapatlah kita sedar apakah sebenarnya masalah kita...


~wan & pemikiran albert einstein...

Iqbal said...

tiada yang maksum kecuali para anbiya'

che long said...

apapun yg berlaku, enta pernah sekapal tarbiyah yg sama.

ukhuwah yg dibina takkan luntur sebegitu mudah.

moga terus sukses.

seribu kesilapan mungkin menjadi pencetus sebuah kejayaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails