Pages

Thursday, July 1, 2010

Sahabat,....! tolong ingatkan saya


Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan. 
Tolong ingatkan saya
dengarlah dan bacalah Al-Quran
tika dunia penuh hib
uran
tika hari penuh kelapangan.

Tolong ingatkan saya
di mana silamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran.
Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah kerana-Nya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan.
Tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepada-Nya jiwa diserahkan
segala-segala Dialah tumpuan.

Tolonglah ingatkan saya....
....::Indahnya hidup ini jika segala-galanya kerana ALLAH::... 
~Mencari dan terus mencari CinTa IlaHi~ 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails