SESEKALI MENGELUH ??!!
Letih...-_-
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha para Nabi & para sahabat.
Berapa banyak usaha aku ini berbanding usaha Hasan L-Banna.
Layakkah aku berasa letih??? Malu3x
Kecewa?!
Hampir setiap jalan yang redah menemui jalan buntu.
Sahabat-sahabatku makin pergi satu persatu.
Namun, aku?
Adakah layak untuk aku kecewa?
Sedangkan Rasullullah saw yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak pernah berputus asa dalam perjuangan,
Maka, siapalah aku untuk kecewa.
Sibuk!??
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang ditaklifkan,
Sehingga terlupa masa untuk diri,
Namun, layakkah aku untuk men gaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie’. Imam Ghazali & imam nawawi?
Apalah aku dibanding dengan mereka yng jauh lebih sibuk dan jauh lebih besar amanah mereka dari aku.
Pedih?!?
Pedih hati & fizikal ini apabila mengahdapi ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal Ibnu Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Allahu Ahad!!
Hampa..........
Hampa apabila amar makruf Nahi Munkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil, kaumnya mengikutinya,
Namun, adakah baginda Berputus asa?
Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangi kontrak dengan Allah.
Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.
Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untuk berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku.
GIGIH BERUSAHA!!!
No comments:
Post a Comment