Pages

Wednesday, September 21, 2011

[ART 1] TUGAS YANG BELUM SELESAI



Assalamualaikum wbh,

[Ijazah Sarjana Muda]

Hari pertama menjejaki ke alam Ijazah Sarjana Muda, hati terdetik begitu gembira kerana idaman sejak sekian lama untuk ke alam ini. Inilah saat yang ditunggu, lantas dipacakkan azam untuk bergraduasi dengan Anugerah terbaik disamping berbagai kelebihan & kemahiran yang mahu dikendong pulang. Persiapan yang lama dan berbagai cabaran yang telah ditempuhi sebelum memasuki ke alam ini. Namun, Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya memasuki ke alam baru ini dengan berbekalkan pelbagai ilmu & pengalaman yang ada sejak dari  Matrikulasi/STPM/STAM/Diploma.

Begitulah jika diibaratkan Ramadan sebagai medan “Universiti Tarbiyah”. Hari pertama di alam Ramadan, ramai orang begitu excited and excellent di permulaan peralihan alam ini.  Begitu ramai juga yang membuat persiapan yang begitu hebat dan pelbagai sebelum memasuki ke alam Universiti baru ini. Walaupun Ramadan hanya sebulan, namun persiapannya mencecah dua bulan dengan bermula dengan Bulan Allah (Rejab) diikuti Bulan Nabi (Sya’ban). Tidak kurang yang berpuasa penuh kedua-dua bulan ini. Islam mengajar persiapan itu amat penting.

[Konvokesyen]

            Azam yang dipacakkan jelas untuk bergraduasi pasca Ramadan tahun ini, tahap ketaqwaan makin meningkat, keimanan makin padu, Kecintaan pada Nabi saw & sahabat seperjuangan makin menebal.

1 Syawal detik kemenangan, apakah pada hari konvokesyen itu, kita berjaya melambung topi sebagai tanda kita telah berjaya mencapai azam itu.

Mari kita lihat pasca graduate, dimanakah kita setelah azan dilaungkan?, apakah perasaan kita ketika mendengar nama Nabi Junjungan Besar, Muhammad Rasulillah saw?  Law Kana Bainana?






Cukupkah kita membenarkan hukum-hukum dalam  Al-Quran? Jika benar, tergetar hati kita mendengar ayat-ayat dari AlQuran, sedangkan salah satu ayatnya ada berbunyi...  “sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna Imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah” (Al-Anfal: 2)

Pasca Ramadan, bagaimana dengan Taqarrub illa Allah di ketika senang..? cukuplah sekadar bertanya “Masihkah terlupa membaca doa sebelum makan?”.  

“dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur” (Saba’:14)

Pasca Ramadan, bagaimana dengan iltizam kita dengan perjuangan??  Sahabat amat bersedih dengan perginya Ramadan, kerana Ramadan menyedarkan makna Ibadah dalam konteks yang lebih besar. Begitu gigih mereka berjuang, turun ke medan perang hingga melupakan kepada erti kepenatan. Mereka di setiap medan.

Medan peperangan, merekalah di hadapan.
Medan tarbiyah,  mereka disegenap penjuru.
Medan Dakwah & perkaderan, tidak pernah di kesampingkan.
Medan Siasah, merekalah rujukan.

Teman-teman, inilah perjuangan. Bagaimana kita pasca Konvokesyen ini?




[Ijazah Lanjutan]

            Ilmu yang dituntut tidak pernah cukup, begitulah juga dengan amal perjuangan tidak pernah mencecah takat maksimum bahkan acap kali diruntuhkan dengan dosa yang tidak terancang.

            Apakah sebulan sudah mampu mencakupi 11 bulan yang lain?.  All-out di bulan Ramadan bukan lesen untuk bercuti.

            “Setiap amalan fadhu, akan digandakan amalan sebanyak 70 kali, setiap amalan sunat akan diganjarkan umpama melaksanakan amalan fadhu.”

            Indah, dibulan Ramadan kita bekerja sebulan, gaji yang dibayar bonus dua bulan. Manakala, di luar Ramadan kita bekerja sebulan juga, tetapi gaji yang dibayar hanya separuh bulan.

            Peliknya, mengapa dibulan yang sudah confirm  kita mendapat bonus gaji, kita begitu gigih, tetapi tidak, dibulan yang separuh gaji. Menjadi persoalan, mengapa kita memilih untuk bercuti selepas graduasi ini berbanding memilih untuk mengekalkan (istiqamah) iltizam dan amal semasa dikampus Tarbiyah dahulu?

            Begitulah kita pasca Graduasi ini, melihat umur yang kita makin singkat, usaha mengekalkan momentum Ramadan ini perlulah berterusan sehingga Ramadan akan datang. Sungguhpun ramai yang berkata-kata,

                        “Mencetuskan mudah, nak istiqamah itu susah..”

“Nak menang itu mudah, nak mempertahankan kemenangan itu lagi payah..”

“Mengisi kemerdekaan itu amat payah berbanding  menuntut kemerdekaan..”

            Namun, optimis & positif akan memandu kearah istiqamah insyaAllah. Let’s us upgrade ourself.

            Untuk itu, Allah yang Maha Penyayang & Pemurah menganugerahkan kita dengan ganjaran yang maha dahsyat, Cuma berpuasa 6 hari setelah grad dari Ramadan kita akan dapat ganjaran maha dahsyat, bonus setahun gaji.

Wahai teman-teman, apakah kita tidak bercita-cita mendapatkan Ijazah Lanjutan ini? Nah, masih berbaki  7 hari Syawal lagi untuk dipenuhi.

TAHNIAH, Bagi mereka yang masih bernafsu kepada ganjaran Allah swt. Jom, tingkatkan Taqarrub kita, Habblun minallah  wa habblun minnas nas, gerak perjuangan kita.

TAHNIAH, bagi yang telah berjaya.

“tidak sama diantara golongan Neraka dengan Golongan Syurga, Golongan Syurga inilah yang BERJAYA!!”  (Al-Hasyr)

..........................................................................................................................

[Menulis sekadar menegur diri, [Melihat dengan pandangan POSITIF, maka akan tertonjollah POSITIF, melihat dengan NEGATIF, maka kamu akan dapati NEGATIF daripadanya]




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails