Pages

Thursday, December 31, 2009

Kefahaman Tawaduq

Assalamualaikum wbh


Sebagai permulaan, marilah kita meningkatkan  setinggi-tinggi ketaqwaan kita kepada Allah swt & merendahkan serendah-rendahnya, rasa keegoan & kealpaan kita. Rasa syukur kepada yang menciptakan  kita  & bumi alam semesta diharapkan  menatijahkan  iman yang kamil & taqwa  yang syamil.


Ikhwah & akhawat yang dikasihi Allah sekalian,


Hari ini insyaAllah kita akan memfokuskan pengisian kita kepada pemahaman konsep  tawaduq yang sebenar. Hari ini, jika masih lagi ada yang mengatakan pengertian Tawaduq itu adalah merendahkan diri, serta berjalan menunduk-nunduk sehingga terlnaggar tiang, yang kononya ingin memelihara pandangan, ketahuilah sahabat-sahabat ku sekalian bahawa pemahaman itu adalah pemahaman yang tidak tepat serta ianya merupakan pemahaman yang tidak meyeluruh kata ulama’.


Pengertian Tawaduq yang sebear ialah merendah hati kita kepada yang lebih berkuasa. Yakni kita merasai ada lagi yang lebih hebat & berkemampuan berbanding kita.  


Sahabat-sahabat sekalian,


 ketahuilah tiada persamaan diantara merendahkan diri & merendahkan hati. Amat berbeza sekali diantara hanya berzikir dengan lidah(diri) dan juga berzikir dengan hati. Orang yang berzikir dengan lidah tanpa disertai dengan pemahaman di akal dan peghayatan di hati tidak mendatangkan apa-apa hasil & kesan.  sebaliknya, jika seseorang muslim itu berzikir disertai dengan hati itulah yang lebih berkesan walaupun ianya tidak dilafaz dilidah atau tidak dijahar dengan suara yang merdu. Apa gunanya berzikir dengan suara yang mendayu dan merdu tanpa disertai dengan hati.. Oleh itu, Jelaslah perumpaan tadi ingin menunjukkan kepada kita bahawa wujud perbezaan diatara merendahkan diri & merendahkan hati.


Ikwanul muslimin yang dikasihi Allah sekalian,


Apabila berbicara mengenai kerendahan pastinya ada yang lebih tinggi iaitu Allah azza wa jalla, sebab itu bila kita memahami konsep tawaduq ini, sungguh tinggi kesanya kepada solat & ibadah kita yang akhirnya mampu menghasilkan resonan khusyuk dalam jiwa kita.


Manakan tidak, apabila hati merasai diri ini  tidak mampu untuk  bertidak sedirian, merasai diri memerlukan perlu pertolongan, merasai diri tersangatlah lemah, sudah pasti disaat itu, hati akan tercari-cari siapakah yang lebih hebat untuk bergantung harap dan memenuhi apa sahaja kehendak hati. Maka,  Diketika itu, yakinlah ‘la haw la wala quwata illa billah’ “tiada daya upayaku melainkan daya upaya Allah swt. Yang berada diketinggian itu, kita letaklah pengharapan kepada Allah swt.


Sahabat-sahabat sekalian,


Akhiran,Timbulkan dalam ruh kita rasa pengHAMBAan kita, serta bangkitkan rasa berTUHAN yang pastinya kita akan bergantung harap pada-Nya, tiada yang lain.


Tuesday, December 29, 2009

Peluang saksi fenomena bulan gerhana


Antara teleskop yang digunakan untuk mencerap fenomena bulan gerhana.

Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari ini.
Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia.
Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.
Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.
Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.
Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.
Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.

utusan melayu

Tazkirah kepada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja agama

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Ramai yang berkata tentang ikhlas, ada yang mempertikaikan keikhlasan seseorang, ada pula yang mendakwa tindakannya dibuat secara ikhlas. Apa sebenarnya ikhlas? Benarkah manusia, khususnya umat Islam di dunia kini terlalu kurang keikhlasan?. Ikhlaskah diri kita dalam berdakwah, berpolitik, menulis, bercerita, belajar, mengajar, mendidik dan berniaga?.

Ini satu persoalan yang besar di sisi Islam dan keikhlasan memerlukan satu mujahadah besar. Ia tidak mudah dan hanya mampu dicapai KECUALI oleh mereka yang benar-benar telah berjaya menanggalkan kecintaan kepada semua jenis makhluk, sama ada ia adalah pangkat, pujian, harta, dianggap selebriti, wang dan kebanggaan.




Allah swt meningatkan :-
قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ
Ertinya : Katakanlah: ""Sesungguhnya aku diperintahkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama ( Az-Zumar : 11)
Nabi s.a.w pula bersabda :-
إن الله لا يقبل من العمل إلا ما كان له خالصًا، وابتغي به وجهه
Ertinya : Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali apa yang dibuat dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya ( Al-Bukhari, no 97, kitab al-Ilm)
APA ITU IKHLAS?
Imam Abu al-Qasim Al-Qusyairi, seorang ahli tasauf yang terkemuka memeberikan definisi Ikhlas sebagai:-
إفراد الحق سبحانه في الطاعة بالقصد، وهو: أنه يريد بطاعته التقرب إلى الله سبحانه دون أي شيء آخر؛ من تصنع لمخلوق، أو اكتساب محمدة عند الناس، أو محبة مدح من الخلق، أو معنى من المعاني سوى التقرب به إلى الله تعالى، ويصح أن يقال: الإخلاص تصفية الفعل من ملاحظة المخلوقين


Ertinya: Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. ( Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)


Memang mudah untuk melafazkan kata ikhlas, mudah juga untuk cuba menyakinkan diri bahawa diri ikhlas dalam perjuangan, namun untuk benar-benar memastikan hati sentiasa istiqamah ikhlas kepada Allah swt, ia bukan satu tugas yang mudah, namun ia maha penting dan penentu masa depan kita tatkala berdepan dengan Allah swt kelak.


Ada yang berkata, ketidakiklasan itu boleh terlihat dek tanda-tanda dari mulut melalui cakap-cakap dan kata-katanya, dari tulisan melalui baris ayatnya, dari tindakan melalui memek wajah dan pergerakannya.
Apapun, persoalan utama bukanlah ghairah dan sibuk meneliti keikhlasan orang lain serta mempertikaikannya, tetapi adalah meneliti dan memperbaiki diri sendiri.


PENDAKWAH MELALUI CERAMAH


Pendakwah melalui medan ceramah hari ini sangat tercabar,
Bukan kerana bimbang ditangkap kerana ketiadaan tauliah, itu tidak mencabar,
Atau di kurung melalui akta ISA kerana sebab yang sepatutnya anda faham,
Dibuang kerja kerana dakwahnya menentang arus politik kerajaan atau membelakangkan AUKU,
Sebenarnya, apa yang lebih mencabar adalah menjaga hati untuk ikhlas. Ada yang ‘jatuh' kerana beberapa ada tujuan baru yang mengambil alih tempat ‘ikhlas' kerana Allah swt iaitu :-
· Keujuban di dalam diri : Ada penceramah yang merasa diri sebagai hero dan telah mencapai maqam pejuang berkorban persis Nabi Ibrahim a.s apabila mereka ditangkap, dipenjara dan didenda oleh pihak yang menghalang dakwah.


Malangnya, ujian itu merosakkannya, hingga dirasakan diri terlalu hebat, lalu dinafikan ketulenan pejuang lain yang belum ditangkap sebagai amatur dan bertaraf rendah. Sama ada melalui tulisan, percakapan mahupun gerak hatinya.


Lebih menyedihkan jika peristiwa halangan ini mengubah niatnya kepada untuk terus menerus dilihat gagah dan berani dalam dakwahnya. Hilang habislah tujuan Allah dari hatinya.
· Imbuhan dan bayaran : Penceramah sekali lagi digegarkan keikhlasan mereka akibat imbuhan dan bayaran. Mungkin pada mulanya ramai penceramah yang mampu berniat ikhlas kerana Allah, menyampaikan ilmu kerana menurut sunnah Rasululah s.a.w. Namun lama kelamaan, apabila nama menaik, muncul di kaca TV, di corong radio, berteleku di hadapannya para bangsawan, menteri, jutawan dan pembesar, ikhlasnya menjadi semakin terhakis.


Populariti menjadikannya semakin ‘sakit' di sisi Allah. Sebarang ceramah tanpa bayaran atau tidak menepati statusnya akan ditolak mentah atau dituntut tunggakan bayaran. Jika sekadar tambang dan kos-kos biasa, mungkin ia munasabah, namun apa yang dituntut dan diminta adalah tinggi menggunung tanpa mengira status pihak yang menjemput. Di ketika itu, Imbuhan dan bayaran telah mengambil tempat Allah swt dalam hatinya.
· Kecintaan kepada pujian : Penceramah juga diserang oleh rasa cinta kepada pujian manusia, segala isi ceramah cuba difikirkan apa yang sesuai dan disukai oleh pendengar, jika pendengar sukakan gelak, seribu satu macam ceritera lucu mengundang tawa akan dimainkan.


Jika pendengar sukakan dalil-dalil dan kata-kata ulama dan para sahabat akan dipersembahankan,
jika pendengar sukakan ‘nota kaki' dan nama kitab, itu juga akan digariskan dan disebutkan dengan lancar lagak seorang mujtahid ulung.


Benar, ada yang mampu untuk terus ikhlas, menyediakan semua itu bagi menambah keberkesanan ceramahnya, membawa manusia kepada Allah swt, namun tidak sedikit yang ikhlasnya menjadi pudar, lalu semua itu disediakan agar dilihat,
‘Hebat', ‘Alim', ‘Pakar' ‘Bijak', ‘Best', ‘Sarjana', ‘Setaraf Tok Guru', ‘Persis Mujtahid' dan pelbagai lagi tujuan-tujuan salah yang dimomokkan oleh Syatian setiap hari.


Di benak para pendakwah melalui ceramah ini, sentiasa berusaha untuk ikhlas kerana Allah, namun Syaitan sentiasa berjuang merosakkan ikhlasnya dengan apa yang tersebut di atas malah berpuluh lagi cara. Ya Allah, alangkah mencabar dan sukarnya untuk mengekalkan keikhlasan dalam perjuangan melalui medium ceramah.




PENDAKWAH MELALUI TULISAN


Ada di kalangan insan yang soleh lagi baik ini, tidak berkemampuan dalam bertutur lancar dan menawan. Namun dianugerahi kelebihan menulis yang baik dan mengkagumkan. Lalu pendawkah ini mula mengorak langkah menulis buku-buku, membuka web sendiri dan blog, menyebar ilmu melalui tulisannya di forum-forum maya, majalah, buletin dan sebagainya.


Niatnya hanyalah satu, iaitu menyebarkan ilmu bagi mendekatkan manusia kepada Allah swt, redha Allah adalah objektif.


Namun, dari semasa ke semasa, objektif unggul itu boleh sahaja menjadi pudar akibat :-


a- Royalti dan Honorium
Hasrat dunia sekali lagi boleh menjadi penghalang bagi seseorang penulis untuk istiqamah dalam keikhlasan. Royalti dan honorium sudah mengambil tempat ‘Kerana Allah', tujuan dan objektif tertinggi yang sepatutnya ‘Akhirat' sudah berubah nama kepada ‘Dunia'
"Jika demikian, kita menulis secara percuma, menyerahkan manuskrip buku kepada penerbit tanpa perlu sebarang royalti dan honorium" Demikain tegas beberapa rakan pendakwah, berusaha mencapai penerusan dalam ikhlas. Mujahadah dan menjerat nafsu agar tunduk kepada niat yang tulus ikhlas.
"Tidak semestinya berjaya juga, ikhlas tidak semestinya tanpa bayaran dan honorium, ia di dalam hati" Terang saya mengingatkan diri.


Matanya mula berkerut mendengar ayat ringkas saya itu. Namun akhirnya dia terangguk-angguk tanda faham tanpa memerlukan penjelasan lanjut. Manakan tidak, seseorang mungkin boleh membuang semua habuan harta itu untuk mencapai ikhlas, namun ikhlas belum tentu boleh wujud semudah itu.
Perasan diri ‘hebat', ‘merasa diri ikhlas kerana tidak mengambil habuan harta', rasa diri lebih ikhlas dari mereka yang menerima royalti, suka dan gembira menerima pujian orang sekeliling yang mengisbatkan dirinya sebagai ikhlas kerana tidak mengambil royalti dan honorium juga adalah ‘pembunuh' sebuah keikhlasan yang tulen.
Sebenarnya keikhlasan itu boleh wujud sama ada di ketika seseorang pendakwah menerima imbuhan wang hasil penulisan dan ceramahnya, atau juga sebaliknya. Apa yang terdetik di dalam hati serta menjadi tujuan diri, itulah jawapannya.


Jika honorium dan royalti tidak memberi kesan kepada hati dan niat asal perjuangannya, ia masih boleh mengekalkan Ikhlas di sisi Allah walau menerima gunungan royalti.
Jika pujian dan apa jua pujian orang terhadap penulisannya dan ketegasannya sehingga menolak sebarang bayaran hasil tulisan dan ceramahnya itu tidak berbekas di hati dan bermuzik indah di mindanya. Ia telah ikhlas.


Itu tandanya apa juga yang dari manusia sudah tidak memberikan kesan kepada hatinya, hanya redha dan cinta Allah yang ditagihinya. Yang lain hanyalah sampingan, wujud dan tiadanya tidak memberi kesan kepada jiwa.
Bagi individu ikhlas yang mengambil royalti, apa yang diperolehi pasti digunakan bagi menambahkan amal bakti kepada umat Islam yang kurang bernasib baik atau menjalankan tanggung jawab dan kewajiban yang tertanggung ke atas dirinya. Hasilnya kebajikan akan berganda hasil royalti dan honorium yang diterima.


Bagi yang menolak royalti serta mampu mengekal ikhlas, lalu disunyikan tindakannya itu dari pengetahuan segala macam manusia, agar tidak terganggu hatinya dengan pujian menggunung. Jika diketahui sekalipun, hatinya tidak sama sekali terbekas dengan kata-kata manis manusia, tidak pula dia merasa dan memandang rendah kepada mereka yang menerima royalti.


Orang lain tidak perlu ukur ikhlas orang lain, tidak perlu juga mempertikai atau mengiakan keikhlasan seseorang. Cukuplah masing-masing mengukur keikhlasan dirinya dan fikirkan tentangnya sentiasa.


· Pujian, nama dan selebriti
‘Aku menulis bukan kerana nama' Itulah laungan lagu yang sudah sekian lama kita dengari.
Pendakwah mungkin menulis di peringkat awalnya, hanya kerana Allah. Namun di ketika pujian mencurah-curah datang tanpa ditagih. Hatinya kian terganggu, bukan apa...
Terganggu apabila beberapa tulisannya tidak dipuji sebagaimana sebelumnya
Tatkala itu, keikhlasannya hancur. Tempatnya diambil oleh ‘Tuhan baru' iaitu ‘pujian' dan ‘sanjungan'. Redha manusia menjadi objektif barunya kini. Semuanya kerana dia menyedari sanjungan itu akan boleh membawanya kepada mencipta nama, bukunya boleh menjadi ‘best seller' kerana peminat fanatiknya itu, wang boleh mencurah jatuh ke atas ribaan.


Tatkala itu, diri sendiri seolah sudah memberi gelar kepada dirinya sendiri,
"aku sudah menjadi seorang selebriti kerana tulisanku"
Kalau tidak diakui sendiri, tatkala ada rakan lama yang berkata :
"wah!, engkau sudah jadi selebriti sekarang ini, tahniah"
Dengan kadar beberapa saat minda, hati dan perasaannya mengakui hakikat itu dan merasa sedikit bangga dengannya. Tanpa disedari, mengakui keselebritian diri itu tanda kita sedang ditipu oleh dunia. Lebih ‘sakit' apabila kebanjiran manusia yang membeli buku, melawat web atau blog, yang menjadi rakan di facebooknya, kemunculannya di TV dan Radio dilihat sebagai indikasi bahawa dirinya sudah layak bergelar ‘selebriti', ‘public figure' yang menggembirakan.


Apa yang patut dibuat sepatutnya adalah, hati wajib menafikannya serta segera menarik hati dan jiwa kepada persoalan berikut:
"Adakah aku sudah berjaya menjadi selebriti atau ‘public figure' penulis (atau penceramah) di sisi Allah, pada pandangan Allah?, Bukankah itu tujuan asal kita?"


Saya teringat kata-kata sahabat besar, iaitu Ibn Mas'ud r.a , ketika beliau keluar berjalan, kerap ada ramai yang mengikutnya, bagi mendapatkan ilmu darinya, lalu beliau berkata kepada khalayak yang mengikutinya:
علام تتبعوني؟ فوالله لو تعلمون ما أغلق عليه بابي ما اتبعني منكم رجلان


Ertinya : Atas sebab apakah kamu semua mengikutiku? Demi Allah kalau kamu tahu apa yang aku lakukan dibalik pintuku yang tertutup nescaya tiada siapa yang akan mengikutiku lagi. ( Ihya Ulumiddin, Al-Ghazzali & Tafsir Ibn Kathir, 6/343)


Justeru, maka sedarilah diri yang mudah lupa, Syaitan sentiasa berusaha menghancurkan kewarasan iman kita. Ikhlas kita sering menjadi sasaran sang Syaitan, untuk dilupuskan. Bukankah ia sebuah ujian yang sukar buat para pendakwah. ? Ya tentunya, malah mungkin lebih sukar dari ditangkap dan dipenjara jasad. Hati yang terpenjara dengan niat selain Allah adalah sebesar-besar kegagalan manusia, yang sepatutnya menjadi hamba dan khalifah Allah swt.


· Ahli akademik, Pangkat dan gelaran
Sebahagian pendakwah dari kalangan penulis terdiri dari golongan bijak pandai di Universiti, khususnya di fakulti-fakulti yang melibatkan Islam. Mereka banyak mengkaji dan menulis hasil kajian mereka dan seterusnya disiarkan melalui buku, jurnal, pembentangan di konferen dan seminar dan sebagainya. Niat asal tidak lain tidak bukan hanya mencapai redha Allah dan mencerahkan manusia kepada jalan keredhaan Ilahi. Merungkai yang kusut, menjernih yang keruh, melurus yang bengkok dan memurnikan yang bergolak.
Namun, sebagaimana pendakwah yang lain, kumpulan ini juga turut digoda dan akhirnya niat ikhlas tersasar dari landasannya.


Seorang pensyarah universiti terlihat saya sedang menulis dengan tekun lalu menyapa :
"Tengah menulis apa?"
"Tengah siapkan sikit lagi buku baru saya" jawab saya ringkas
"Buku tentang apa? Rugi kalau tulis sekarang ni, tunggulah dah siap PhD nanti. Tulis buku sekarang ini tak masuk dalam kiraan merit" katanya tanpa rasa malu dan segan.
"Berkenaan kewangan Islam, ooo ye ke tak masuk dalam merit, tapi tak mengapalah" jawab saya semula, cuba ambil hati beliau yang sibuk memikirkan soal merit.
"Tapi kalau rasa nak jual buku dan ambil royalti aja, pun ok juga" katanya lagi sambil tergelak kecil dan kemudiannya berlalu pergi.


Saya hanya mampu memberikan senyuman tawar kepadanya.


Saya sebenarnya sedikit kesal dengan mentaliti pensyarah sedemikian, jelas sungguh apa yang dalam benaknya hanyalah merit dan wang. Tidak terfikir olehnya kalau ada seseorang menulis kerana Allah dan mencapai redha Allah walau tidak peroleh merit ataupun royalti. Mungkin agaknya terlalu pelik di zaman ini? Mari sama-sama kita berusaha mencapainya..menjadi orang pelik di akhir zaman !


Memang ramai dari kalangan ahli akademik yang menulis kerana mengejar merit untuk melayakkan diri mendapat kenaikan gaji dan pangkat. Kerap kali terdengar perbincangan di kalangan mereka hanya berkisar tentang naik pangkat, mesti capai prof madya segera, naik gred gaji, jurnal antarabangsa dan seumpamanya,
Justeru itu, tulisannya digubah indah lagi rumit dipenuhi bahasa-bahasa akademik, katanya "khas untuk pembacaan bijak pandai". Ya itu perlu bagi menunjukkan kebijaksanaannya. Jurnal-jurnal menjadi ‘kegilaan' ahli akademik di zaman ini, begitu banyak senarai jurnal dalam catitannya, sama ada jurnal kelas tinggi, sederhana dan rendah.


Hidupnya di bilik sejuknya digadaikan untuk menghasilkan kajian dan penulisan cemerlang di mata majlis editor pakar sesebuah jurnal yang dicintainya. Jika tidak sedemikian, ada pula yang menulis untuk konferen besar, mulanya niat adalah untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat antarabangsa, agar mereka turut mendapat redha Allah, namun malang di pertengahan jalan, niat tersasar.


Populariti serta networking yang ditagih dalam konferen dan seminar besar yang dihadirinya, semua diniat untuk menambah kenikmatan dunia. Ya, harapannya untuk menaikkan pencapaian diri di dunia dengan kepujian, dilihat 'berjaya oleh sanak saudara dan taulan. Tidak lupa juga untuk membawa pulangan harta juga. Akhirnya, niat ikhlas kerana Allah menjadi semakin terpadam, sedikit demi sedikit hingga tidak tinggal satu apapun amalannya yang dilihat oleh Allah swt.



PENDAKWAH MELALUI POLITIK, JAWATAN DAN PANGKAT


Ada sekumpulan pendakwah, berjuang Islam dan mencari redha Allah melalui jalan politik, jawatan yang dipegang yang yang ‘ingin dipegang'.
Di dalam hati mereka seolah tertulis, ingin melaksanakan yang terbaik untuk mencapai maqam terbaik di sisi Allah, lalu jalan ini diambil selain jalan-jalan sampingan yang lain juga turut digunakan.
Namun liciknya Syaitan, dengan mudah sahaja seorang pendakwah Islam melalui medium politik boleh jatuh tersungkur di sisi Allah. Akhirnya dia berjuang bukan lagi kerana Islam dan redha Allah, tetapi kerana kecintaan kepada penyokong yang ramai, pangkat, pejabat besar dan puja puji orang bawahan.


Lebih parah, apabila dipandang hina semua pendakwah yang tidak berjuang sepertinya atau ‘ tidak berjuang melalui jalan politik'. Dirasakan mereka itu semua bacul, penakut, sebahagiannya munafiq, tercicir di jalan dakwah, hanya ingin berjuang dalam comfort zone, pendakwah ‘mee segera' dan pelbagai lagi perasaan benci dan gelaran buruk kalau boleh disebatikan dengan pendakwah yang tidak sepertinya.


Tatkala itu, hancurlah amalannya, bukankah telah disabda Nabi s.a.w bahawa ‘ujub itu menghancur amalan. Lebih jauh dari itu, digelar pula dirinya sebagai mujahid, pejuang Islam tulen atau pelbagai gelaran lain bagi menunjukkan dirinya sedang berjuang dengan gagah berani lagi sengit. Tidak seperi pendakwah lain.
Sepatutnya, jika gelaran ‘mujahid' itu diberi orang, janganlah dia terkesan dengannya, kerana dirinya mungkin dilihat pejuang di sisi manusia, namun belum tentu di sisi Allah. Orang yang berjuang boleh berdoa agar tergolong di kalangan pejuang, namun untuk melabelkan diri sebagai ‘pejuang', itu bukan caranya. Biar Allah sahaja menentukan kita adalah pejuang atau tidak. Tugas kita adalah sentiasa memastikan kita layak melalui ikhlas dan rendah diri.


Cabaran pendakwah melalui medan politik memang besar, ia boleh datang dari pihak sekular yang membencinya, lalu digunakan kuasa untuk menekan dan mengancamnya. Ia juga boleh datang dari Syaitan durjana yang jauh lebih professional dari manusia yang terlihat dek mata.


Boleh sahaja, perjuangan itu tersasar kerana keinginan kepada ‘kuasa' terlebih dari sepatutnya. Tatkala itu keikhasannya pudar dan semakin terpadam. Akhirnya takala dia sudah memegang kuasa, jawatan, apa yang dijanjikan kepada Allah sebelum ini dilupakan, kerjanya untuk mencapai redha manusia dan pengundinya menjadi semakin dominan berbanding redha Allah. Tatkala itu hancurlah dia pada pandangan Allah swt.




PENDAKWAH MENUNTUT ILMU


Selain berdakwah dengan mengajar, pendakwah juga sentiasa berterusan belajar dan terus belajar. Hasil ilmu asas yang baik dalam diri, dijadikan modal untuk meneruskan pembacaan dan galian ilmu yang tiada tara dalamnya.


Namun, seseorang yang menuntut ilmu sering diingatkan nabi sa.w.w agar berterusan menjaga keikhlasan. Ilmu yang dicari dan digali dengan niat menunjuk lebih pandai dan alim, jaguh berdebat, mengelirukan orang ramai, menutup kesalahan diri dan seumpamanya, akan pasti membuahkan ilmu-ilmu yang memporak perandakan masyarakat, bukan menyatukannya.


Bukankah ilmu sepatutnya membawa kepada Allah, dan semua pihak yang bersama Allah akan bersatu padu. Itulah formula yang ditegas oleh Allah swt :
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ


Ertinya : Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka ( Al-Anfaal : 63)


Namun hari ini, Negara kita semakin ramai pendakwah dan ilmu yang digali dari pelbagai jenis Negara dan guru. Malangnya, manusia dan umat Islam khususnya tidak semakin tenang, tetapi semakin bergolak. Lebih tinggi ilmu mereka ini, lebih bergolak dan berpecah orang di bawahnya. Kerana apa?


Banyak sebabnya, boleh sahaja menyalahkan Syaitan dalam hal ini, namun tidak kurangnya adalah si ilmuan, pendakwah dan penuntut ilmu yang menuntut bukan ikhlas kerana Allah, tetapi atas kepentingan diri sendiri dan kumpulan yang dicenderunginya.


Dirinya merasakan sedang berjuang habis-habis menghapuskan kemungkaran dan kekeliruan dalam agama.
Dirasakan dirinya sedang adalah sentiasa di pihak yang benar lagi tepat. Hingga kebenaran yang dirasakan berada di pihaknya itu menghalalkan dirinya untuk menyesat, mengkafir, membid'ahkan dan menghukum orang dan pihak lain. Seolah tiada lagi ruang dan kemungkinan, kebenaran berada di pihak yang satu lagi.


Akhrinya, syaitan mengambil alih, mengubah niatnya dari menuntut ilmu secara ikhlas untuk mencapai redha Allah kepada menuntut ilmu agar boleh mempertahankan kumpulannya, ideanya, maruahnya, dan periuk nasinya. Lalu malang mereka...apakah yang boleh menyedarkan mereka ? Wallahu'alam.




KESIMPULAN
Tulisan ini sebenarnya lebih kepada peringatan buat sendiri. Cuma ia disiarkan untuk dimanfaatkan oleh mana-mana rakan pendakwah yang sudi mengambil manfaat.
Ia merupakan peringatan kepada salah satu cabaran terbesar buat para individu yang menceburi bidang dakwah, namun terlupa akan cabaran ini. Akhirnya minda dan hati, menjadi sarang yang busuk dek kuman dan virus Syaitan. Bimbang matinya kita kelak, merasa diri sudah berjuang dan berdakwah tetapi dilihat SEBALIKNYA oleh Allah swt.


Sebuah hadis yang sangat memberi kesan kepada jiwa, sejak dahulu lagi, iaitu :-
إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد, فأُتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عمِلتَ فيها؟ قال: قاتلت فيك حتى استشهدت, قال: كذبت, ولكنك قاتلت لأن يقال: جريء, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل تعلم العلم وعلّمه, وقرأ القرآن, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلّمته, وقرأت فيك القرآن, قال: كذبت, ولكنك تعلمت العلم ليقال: عالم, وقرأت القرآن ليقال: هو قارئ, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل وسّع الله عليه, وأعطاه من أصناف المال كله, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تحبّ أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك, قال: كذبت, ولكنك فعلت ليقال: هو جواد, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه, ثم ألقي في النار


Maksudnya (ringkasan terjemahan) :
Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid
Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.


Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran"
Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.


Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu"
Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN"
maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)




Semoga kita semua dijauhkan kita semua dari racun hati oleh si musuh Allah yang sentiasa bekerja keras untuk istiqamah atas landasan ikhlas yang sebenarnya. Bagi sesiapa yang telah berjaya ikhlas, tiba-tiba dipuja dan puji oleh manusia atas sumbangan dan kebaikannya, segala itu tidak memberikan kesan kepada kecintaan dan niatnya yang ikhlas kepada Allah. Mereka itulah yang disebut dalam hadis:-
أرأيت الرجل يعمل العمل من الخير، ويحمده الناس عليه؟ قال: "تلك عاجل بشرى المؤمن


Ertinya : Ditanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang yang berbuat amal kebaikan, tiba-tiba manusia memujinya?. Jawab baginda : Itulah ganjaran gembira yang didahulukan buat para mukmin" ( Riwayat Muslim)
Ibn Qayyim pernah berkata berkata : "Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat."
Benarlah, bahawa ikhlas bagi adalah satu ujian yang lebih malah sangat sukar bagi seorang pendakwah dan mukmin. Bagi lagi medium yang diceburi pendakwah termasuklah seni, drama, nasyid dan pelbagai lagi. Namun semua akan menghadapi cabaran besar ikhlas, ia sebuah cabaran yang sangat sukar...




Sekian


Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Tuesday, December 22, 2009

PERASMIAN IJTIMA' PELAJAR ISLAM MALAYSIA 2009 (IPIM 09)


assalamualaikum wbh



ALhamdulillah berjaya jugak mencapai hasrat Cg.Soekarno pada tahun ni bagi mengadakn suatu himpunan bagi mengumpulkan semua pelajar dari seluruh negara bagi memfokuskan perihal tarbiyyah, dakwah & kepimpinan setelah terhenti sejak tahun 1997 dahulu lagi..


Alhamdullillah juga perjalanan program juga berjalan lancar dengan bantuan adik-adik PPIK & UNGGAS di bawah kelolaan ust  Kamaruddin yang terkenal dengan modul LANDASnya..


Sambutan hingga mencecah sehingga 250org melebihi daripada jangkaan. 


turut menjemput Ustaz NAsrudddin Tantawi untuk merasmikan program pada malam tersebut, namun begitu diatas perjalanan yang amat menduga ustaz mnyebabkan perasamiannya digantikan oleh Ustaz Ahmad Yahya..


Walaupun telah tamat majlis perasmian, ustaz din tetap ingin berjumpa dan memberi pengisian kepada peserta program.,.. berikut merupakan isi ucapan beliau yang sempat dicatit...


Seusai Ustaz sampai...tanpa berehat terus saja dijemput ke depan untuk merasmikan majlis. Berikut adalah catatan yang sempat di salin..

Hidup adalah ujian..sesiapa yang berjaya melalui ujian itulah kejayaan sebenar yang diimpikan. Sengaja Allah menguji manusia untuk melihat siapakah yang paling benar untuk berjuang ataupun hanya pendustaan semata-mata. Ramai di kalangan kita yang apabila menerima sedikit ujian telah kembali berundur kerana tidak dapat bertahan dengan ujian.


Analoginya mudah, seperti seorang pelajar yang mahu memasuki menara gading...beberapa siri ujian perlu untuk ditempuhi..
1. UPSR
2. PMR
3. SPM
4. STPM


setelah memasuki menara gading ada lagi ujiannya...setiap tahun di universiti perlu untuk menempuhi peperiksaan untuk menentukan samada layak untuk memasuki tahun yang seterusnya.


Begitulah juga kehidupan sebagai pejuang..WAJIB ada ujian yang akan ditempuhi.
1. Akan dipenjarakan
2. Akan dibunuh
3. Akan dihalau
4. Destinasinya sangat jauh
5. Terlalu sukar untuk ditempuhi


berikut adalah siri-siri ujian yang Wajib ditempuhi jika ingin bergelar seorang PEJUANG ISLAM. Usah petah berbicara jika TIDAK mampu melepasi Ujian di atas. Begitulah kehidupan..kata DSAI ' Usah berbicara mengenai PERJUANGAN jika tidak mahu menanggung Risiko'


Jadi bagaimana untuk menghadapi Ujian ini :
1. Taqarrub Ilallah
- Mendekatkan diri dengan Dia
- Memperbanyakkan amalan Sunnat
- Tahajud dan bermunajatlah kepada Dia etc


2. Melazimi bacaan Ayat Al Quran


3. Mengahayati sejarah kegemilangan Islam

~sekian~ batery perlu dicharge lagi...

"Berjuang tak syarat menang , namun mahu menang syaratnya berjuang" (Ustaz Nasruddin Tantawi)

Isu pemindahan kubur: Mahasiswa puji kewibawaan kerajaan Kedah




persada_3
Alor Star 22 Disember 04:46p.m │ Mahasiswa Kedah hari ini memuji  tindakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak dan Pengerusi Jawatankuasa tetap Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia dan Hal Ehwal Masyarakat India, S Manikumar dalam mengendalikan isu pemindahan kubur Hindu Batu Pekaka untuk pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sehingga selesai.
Ammar Badruddin Romli, Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) berkata kerajaan Kedah telah memainkan peranannya dengan baik dalam menyelesaikan isu ini melalui proses rundingan dengan pemimpin masyarakat India tempatan dan waris si mati.
Menurutnya, sikap toleransi kaum telah dibuktikan dengan persetujuan pampasan RM3 ribu kepada setiap waris si mati dan tanah gantian 2 ekar di pinggir kawasan industri Kuala Ketil bernilai RM 500 ribu bagi pembinaan kubur baru di kawasan tersebut.
“Keprihatinan dan komitmen tinggi Yang Berhormat S. Manikumar bagi memastikan isu ini diselesaikan segera wajar dipuji semua pihak walaupun beliau berdepan dengan sebilangan individu yang cuba menjadi hero meniupkan api perkauman, jarum hasutan dan ugutan terhadap masyarakat tempatan,”ujar beliau.
Beliau yang juga mantan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menyatakan pembinaan kampus tetap KUIN yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk  kepentingan semua kaum di Kedah dalam usaha meningkatkan modal insan khususnya di bidang pendidikan.
Isu kubur ini berbangkit apabila Kerajaan Negeri mengarahkan kubur lama masyarakat India di Batu Pekaka, Kuala Ketil, digali dan dipindahkan ke tanah rizab bagi memberi laluan pembinaan bangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah.-mahasiswakini 

KBS 09 SIRI 6 berjaya!!

assalamualaikum WBH


setinggi tahniah kepada Akademi Fasilitator Kedah (AFIK) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) &  Kerajaan Negeri Kedah diatas kejayaan melangsung progrm tahunan yang banyak memberi kesan kepada peserta yang rata-ratanya mempunyai latar belakang yang pelbagai.

Kejayaan kerajaan negeri disifatkan positif  sebagai langkah yang bersungguh bagi menyelesaikan masalah sosial anak-anak muda Negeri Kedah.

Moga dapat diteruskan lagi di tahun hadapan.



pemudasufi@gmail.com


Sunday, December 20, 2009

SUARA PENERANGAN TERUS DARI PALESTIN!!! Ayuh ambillah iktibar..







Muhadharah oleh Al Fadhilatul Sheikh Dr Salem A. Salamah,
Ahli Parlimen Palestin,
Mantan Rektor Universiti Islam di Ghaza,
Mantan Pengerusi Ikatan Ulama’ Palestin


“Butir-butir mutiara terjemahan oleh Yang dikasihi Al Fadhil YB Ustaz Hashim Jasin,”:-

“Hari ini merupakan satu hari perhimpunan, pertemuan antara rakyat Palestin dengan umat Islam terutamanya di Malaysia ini iaitu dengan kedatangan rombongan dari Palestin. Ahli-ahli Parlimen Palestin mengunjungi negara kita Malaysia hari ini dan dia juga menyebut bahawasanya ahli-ahli hubungannya yang merupakan pejuang-pejuang di Palestin.”

“Beliau mengucapkan selamat daripada penduduk Palestin kepada rakyat Malaysia yang mana mereka ini sedang dihimpit sedang ditekan oleh satu kaum iaitu kaum yahudi itu sendiri iaitu mereka melarang orang lelaki yang berumur di bawah 50 tahun untuk masuk sembahyang di dalam Masjid Al-Aqsa, hanya yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan manakala orang perempuan pula hanya yang berumur 45 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam Masjidil Aqsa. Golongan muda tidak dibenarkan masuk sedangkan Masjidil Aqsa adalah tempat di mana kiblat pertama umat Islam yang mana Rasulullah SAW telah bersembahyang mengadap Baitul Maqdis selama 17 bulan”

“Hari ini puak yahudi telah meruntuhkan 50 buah masjid dan merosakkan, menghancurkan ribuan masjid yang ada di Palestin. Rumah-rumah diruntuhkan melalui serangan-serangan kapal terbang, jet pejuang, kereta kebal, senjata-senjata yang lain dan sebagainya untuk menghancurkan umat Islam dan walaupun dalam keadaan begitu, maka dalam pilihanraya yang lalu, Parti Islam iaitu HAMAS di Palestin telahpun dapat memenangi lebih daripada 60% undi dan rakyat masih tetap memberi sokongan kepada HAMAS. Hari ini mereka mengharapkan kita untuk membantu mereka menghalau musuh dari Ghaza dan mereka bersedia kearah itu iaitu mengeluarkan musuh-musuh dari Ghaza dan mereka tidak akan membiarkan walau seorangpun musuh di Ghaza melainkan mereka bersihkan kesemuanya. Akibatnya, mereka diserang dari segenap sudut terutama dalam menghadapi musim sejuk, mereka dihalang dari mendapat segala bantuan, segala keperluan-keperluan asasi seperti minyak, bekalan elektrik, makanan dan sebagainya. Maka rakyat Ghaza terutamanya menghadapi berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan ketika musim sejuk tersebut.”

“Walaubagaimanapun, pemimpin kami, Perdana Menteri kami, Ismail Haniyeh, beliau tetap mengatakan ‘KAMI SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENGIKTIRAF ISRAEL’ (diulang sebanyak 3 kali) ucapan itu. Selain daripada itu, puak-puak yahudi ini juga merampas kad-kad pengenalan daripada pemuda-pemudi dan pengundi-pengundi lalu mereka itu dianggap mereka bukan warganegara Palestin disebabkan ketiadaan dokumen pengenalan diri lantas mereka terus dihalau dari bumi mereka, bumi umat Islam dan tempat mereka diganti oleh orang-orang luar iaitu yahudi”

Tuan-tuan dan saudara-saudara sekalian

“Umat Islam sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka berpegang dan mengamalkan JIHAD, Tetapi apabila umat Islam meninggalkan jihad. Maka negara mereka ditawan oleh orang yang bukan Islam terutamanya oleh orang yahudi. Lihat sajalah apa yang berlaku di Jordan, sebahagiannya telah ditawan oleh yahudi. Sebahagian daripada Mesir ditawan oleh yahudi begitu juga Syria dan tempat-tempat lain. Sekarang ini kami RASA BANGGA kerana SEMANGAT JIHAD itu dapat kami tiupkan semula dikalangan rakyat dan dengan semangat ini kami mengharapkan supaya perjuangan membebaskan Palestin daripada yahudi akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Sehingga ada tentera kami (pejuang kami) yang masuk ke dalam kem tentera yahudi dan menawan tentera mereka lalu tawanan tersebut dijadikan pertukaran dengan tawanan orang-orang Palestin yang dikurung di tahanan yahudi. Kami tidak pernah lupa pada pejuang-pejuang kami yang ditangkap dan ditawan yahudi, kerana itu kami bersungguh-sungguh untuk membebaskan mereka kerana kebanyakan pemimpin tidak mempedulikan nasib tawanan yahudi kecuali Hamas yang senantiasa berusaha menyelamatkan mereka.”

Tuan-tuan dan saudara-saudara sekalian

“Cara kami untuk menawan semula Palestin adalah dengan membekalkan kepada generasi muda dengan TARBIYAH dan SENJATA AL QURAN. Kami telah berjaya melatih
10 000 mereka yang menghafaz Al-Quran. Keistimewaan 10 000 pemuda-pemudi ini ialah mereka mampu untuk menghafaz Al-Quran dalam masa 2 bulan sahaja berbeza dengan kita di sini yang mengambil masa yang lama. Ada di antara mereka yang mampu menghafaz 40 halaman sehari, ada yang mampu selesai hafazan dalam masa sebulan, 45 hari, dan juga 50 hari. Kami akan melatih lebih ramai lagi mereka-mereka yang menghafaz Al-Quran supaya kelak mereka di sebelah tangan memegang Al-Quran dan sebelah tangan lagi senjata untuk melawan musuh-musuh Islam.”

“Nabi SAW pernah mengingatkan dalam satu hadis bahawa tidak akan berlaku kiamat sehingga orang Islam dapat membunuh orang yahudi sehingga pokok-pokok, batu-batu apabila yahudi lari bersembunyi di balik pokok, dibalik batu, pokok-pokok akan memanggil ‘Hai muslim, disini yahudi, datanglah untuk membunuhnya ’ Oleh itu terimalah suatu perkhabaran gembira kepada tuan-tuan semua bahawa persediaan untuk mengembalikan semula Palestin kepada tangan orang Islam sedang kami usahakan dan kami hidupkan JIHAD kerana JIHAD merupakan KEMUNCAK ISLAM. Ertinya kemuncak itu berada di atas, maka kami tidak akan meninggalkan yang di atas Islam itu dan kami akan diberkati oleh Allah SWT.”

“Akhirnya, saya suka untuk menyebut di sini iaitu pahala MURABBITUN, orang yang melakukan Ribath, mempertahankan Islam, asatizah, di dalam bahasa kita ialah orang yang menjaga sempadan daripada kedatangan musuh yang mengintip-intip kedatangan mereka lalu melaporkan kepada tentera Islam mengenai musuh yang sedang datang untuk membolehkan Islam membuat persediaan menyerang musuh tadi.”

“Dalam hadis yang lain, kita ini apabila mati, amalan kita hanya setakat kita mati.(tutup buku) tetapi murabbitun akan terus menerus mendapat pahala terhadap apa yang mereka laksanakan hingga hari kiamat walaupun mereka telah mati. Oleh itu sekarang ini, yang sedang mengawal Islam adalah orang Palestin. Merekalah yang bangun, tegak dan bersungguh-sungguh di Ghaza khususnya untuk menegakkan Islam”

“Dalam satu hadis nabi yang lain yang menyebutkan barangsiapa yang membuat persediaan untuk tentera pergi berperang, maka Allah menganggap dia mendapat pahala yang sama banyak dengan orang yang masuk ke dalam medan perang. Di sini harapan Tuan Dr Salem A. Salamah iaitu jangan lupa kepada bantuan, sokongan, membuat persediaan untuk membantu golongan murabbitun ini iaitu orang Palestin kerana kamu akan mendapat 2 pahala iaitu yang pertama, pahala ribath dan yang kedua adalah pahala jihad terhadap apa yang kita lakukan.

“Nabi pernah bersabda, ‘sesiapa yang menyediakan persiapan untuk berperang, sesungguhnya dia termasuk dalam golongan orang yang berperang itu sendiri’ ”

“Dalam sejarah, Salahuddin Al-Ayubi, dia seorang qurdi, tetapi dialah yang memainkan PERANAN membebaskan Baitul Maqdis. Dia bukanlah seorang Arab dan orang yang bukan berketurunan Arab ini dapat membebaskan Baitul Maqdis. Jadi kita mengharapkan tuan-tuan pula akan berperanan walaupun tidak sama dengan Al-Ayubi tetapi sebahagian kecil daripada peranan yang dimainkan oleh Salahuddin Al-Ayubi.”





7. Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (QS. 47:7)


-Muhadharah oleh Dr. Salem A. Salamah
-Diterjemahkan oleh YB. Ustaz Hashim Jasin
-Surau Taman Jali
-9 Disember 2009/ 22 Zulhijjah 1430

Wednesday, December 9, 2009

IJTIMA' PELAJAR ISLAM MALAYSIA 2009 (IPIM'09)

Untuk Maklumat lanjut


*Terbuka kepada semua pelajar Islam di seluruh negeri dalam Malaysia.

*Tiada sebarang yuran dikenakan.

* sangat bermanfaat kepada anda. Kenapa??? Kerana dapat menambah ilmu anda, kesedaran anda , karisma kepimpinan anda dan macam-macam lagi..Pasti anda tidak rugi punya!!!

*Anda berada di luar Kedah.?? Sila hubungi unit pengangkutan program

Muslimin : Zulfahmi Zamzam (0134602804)

Muslimat : Adibah bt Sharif (0134740825)

*pengangkutan disediakan dari stesen bas shahab ke tempat program

Untuk maklumat lanjut atau sebarang masalah anda boleh hubungi :

*Cikgu Sukarno – 019-5987842

*Saudara Amin (bg peserta Muslimin )
– 013-4661669/syababul_muslim91@yahoo.com.my

* Saudari Adilah (bg pserta Muslimat)
- 013-4929164/nisauddin_17@yahoo.com

"Tegurlah kerajaan negeri, tang mana silapnya" -MB Kedah Sejahtera

Syabas Tuan Guru MB kedah. Kesedian menerima teguran itu satu hak. Cara menegur itu satu hak. Bila orang buka ruang bukan bererti boleh sewenang-wenangnya bertindak tapi caranya perlu berhemah supaya riuh rendah tak jadi bergaduh biarlah ianya jadi hiasan bertemu keluarga.

Sebaik tempat yang wajar dibuat teguran ialah dewan DUN. Berbahaslah secara matang didewan sebagaimana pelajar sarjana berhujah dihadapan 'Perguruan' semasa mengemukakan thesis untuk mendapat ijazah sarjana.

Orang pakat dok kata MB Kedah kuat berlawak di dalam majlis - NGO tak suka, depa kata MB tak serius. Tapi tak kisahlah, janji buat kerja dan tak songlap harta negeri.

Tapi jangan seronok sangat, sebab musuh memang mencari jalan menawan kembali negeri Kedah. Harap MB dapat memberikan pelbagai kemudahan kepada seluruh rakyat Kedah. Tapi saya tak mau tiket tengok perlawanan bola percuma, sebab saya tidak tengok bola, mak saya pun tak minat tengok bola. Yang kami harap kalau boleh dapat sesuatu macam rebat air macam di Selangor, atau apa-apa je lah asalkan semua rakyat boleh menikmatinya bersama.

Selain itu, segelintir Ahli Majlis Tempatan dikatakan agak ego, mengalahkan wakil rakyat. Pergi majlis gotong-royong, orang lain belemuih, dia bersih je siap pakai baju tak sesuai majlis, pegang penyapu tangkap gambar kemudian sembang sana-sini, kemudian blah. Tak taulah betul ke tidak tindakan dia, tapi ada orang tak suka.

Ketua kampung pun dilaporkan ada yang tak buat kerja. Jadi minta kerajaan dan parti pantau perkara ini.

Satu lagi, jenayah-jenayah agak berleluasa. Kes kecurian amat ketara. Mohon MB buat sesuatu berhubung perkara ini. Nak harap polis - haram takkan sejahtera negeri Kedah.

Yang lain buat masa ni ok. Kalau dulu masa BN payah nak nampak JKR buat kerja tampal jalan. Sekarang barulah nampak kerajaan bekerja. Kalau tidak swasta je buat kerja.

Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayat kepada MB untuk mentadbir negeri Kedah. Semoga dengan dengan itu Allah akan merahmati, memakmurkan, mensejahterakan dan memberi keselamatan kepada rakyat dan negeri Kedah.

wanhikmah

Tuesday, December 8, 2009

LATIHAN INDUSTRI

assalamualaikum wbh,

teringin sangat nak menaip nak mengkhabarkan cerita keghairahan  menjalani 'Latihan Industri'. sudah seminggu bermain di lapangan kerja sebagi engineer sudah pun mampu memaksa otakku untuk kembali berfikir adakah aku benar-benar sanggup untuk menjadi seorang engineer..

ermmm.. ?!?

Quite busy but i have learn something..

suasana bekerja menyiapkan panel-panel(product) sangat menarik.. suatu fantasi suatu ketika dulu kini menjadi realiti bila aku dapat terlibat sendiri dalam setiap process bg mnyiapkan setiap panel(product/bahagian sayap).




Saturday, December 5, 2009

Muhasabah diri


Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
* Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
* Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
* Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
* Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
* Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
* Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
* Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
* Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
* Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
* Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri?
* Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?
“Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails