Pages

Wednesday, December 9, 2009

"Tegurlah kerajaan negeri, tang mana silapnya" -MB Kedah Sejahtera

Syabas Tuan Guru MB kedah. Kesedian menerima teguran itu satu hak. Cara menegur itu satu hak. Bila orang buka ruang bukan bererti boleh sewenang-wenangnya bertindak tapi caranya perlu berhemah supaya riuh rendah tak jadi bergaduh biarlah ianya jadi hiasan bertemu keluarga.

Sebaik tempat yang wajar dibuat teguran ialah dewan DUN. Berbahaslah secara matang didewan sebagaimana pelajar sarjana berhujah dihadapan 'Perguruan' semasa mengemukakan thesis untuk mendapat ijazah sarjana.

Orang pakat dok kata MB Kedah kuat berlawak di dalam majlis - NGO tak suka, depa kata MB tak serius. Tapi tak kisahlah, janji buat kerja dan tak songlap harta negeri.

Tapi jangan seronok sangat, sebab musuh memang mencari jalan menawan kembali negeri Kedah. Harap MB dapat memberikan pelbagai kemudahan kepada seluruh rakyat Kedah. Tapi saya tak mau tiket tengok perlawanan bola percuma, sebab saya tidak tengok bola, mak saya pun tak minat tengok bola. Yang kami harap kalau boleh dapat sesuatu macam rebat air macam di Selangor, atau apa-apa je lah asalkan semua rakyat boleh menikmatinya bersama.

Selain itu, segelintir Ahli Majlis Tempatan dikatakan agak ego, mengalahkan wakil rakyat. Pergi majlis gotong-royong, orang lain belemuih, dia bersih je siap pakai baju tak sesuai majlis, pegang penyapu tangkap gambar kemudian sembang sana-sini, kemudian blah. Tak taulah betul ke tidak tindakan dia, tapi ada orang tak suka.

Ketua kampung pun dilaporkan ada yang tak buat kerja. Jadi minta kerajaan dan parti pantau perkara ini.

Satu lagi, jenayah-jenayah agak berleluasa. Kes kecurian amat ketara. Mohon MB buat sesuatu berhubung perkara ini. Nak harap polis - haram takkan sejahtera negeri Kedah.

Yang lain buat masa ni ok. Kalau dulu masa BN payah nak nampak JKR buat kerja tampal jalan. Sekarang barulah nampak kerajaan bekerja. Kalau tidak swasta je buat kerja.

Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayat kepada MB untuk mentadbir negeri Kedah. Semoga dengan dengan itu Allah akan merahmati, memakmurkan, mensejahterakan dan memberi keselamatan kepada rakyat dan negeri Kedah.

wanhikmah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails