Pages

Tuesday, December 22, 2009

Isu pemindahan kubur: Mahasiswa puji kewibawaan kerajaan Kedah




persada_3
Alor Star 22 Disember 04:46p.m │ Mahasiswa Kedah hari ini memuji  tindakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak dan Pengerusi Jawatankuasa tetap Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia dan Hal Ehwal Masyarakat India, S Manikumar dalam mengendalikan isu pemindahan kubur Hindu Batu Pekaka untuk pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sehingga selesai.
Ammar Badruddin Romli, Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) berkata kerajaan Kedah telah memainkan peranannya dengan baik dalam menyelesaikan isu ini melalui proses rundingan dengan pemimpin masyarakat India tempatan dan waris si mati.
Menurutnya, sikap toleransi kaum telah dibuktikan dengan persetujuan pampasan RM3 ribu kepada setiap waris si mati dan tanah gantian 2 ekar di pinggir kawasan industri Kuala Ketil bernilai RM 500 ribu bagi pembinaan kubur baru di kawasan tersebut.
“Keprihatinan dan komitmen tinggi Yang Berhormat S. Manikumar bagi memastikan isu ini diselesaikan segera wajar dipuji semua pihak walaupun beliau berdepan dengan sebilangan individu yang cuba menjadi hero meniupkan api perkauman, jarum hasutan dan ugutan terhadap masyarakat tempatan,”ujar beliau.
Beliau yang juga mantan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menyatakan pembinaan kampus tetap KUIN yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk  kepentingan semua kaum di Kedah dalam usaha meningkatkan modal insan khususnya di bidang pendidikan.
Isu kubur ini berbangkit apabila Kerajaan Negeri mengarahkan kubur lama masyarakat India di Batu Pekaka, Kuala Ketil, digali dan dipindahkan ke tanah rizab bagi memberi laluan pembinaan bangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah.-mahasiswakini 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails