Assalamualaikum wbh
Sebagai permulaan, marilah kita meningkatkan setinggi-tinggi ketaqwaan kita kepada Allah swt & merendahkan serendah-rendahnya, rasa keegoan & kealpaan kita. Rasa syukur kepada yang menciptakan kita & bumi alam semesta diharapkan menatijahkan iman yang kamil & taqwa yang syamil.
Ikhwah & akhawat yang dikasihi Allah sekalian,
Hari ini insyaAllah kita akan memfokuskan pengisian kita kepada pemahaman konsep tawaduq yang sebenar. Hari ini, jika masih lagi ada yang mengatakan pengertian Tawaduq itu adalah merendahkan diri, serta berjalan menunduk-nunduk sehingga terlnaggar tiang, yang kononya ingin memelihara pandangan, ketahuilah sahabat-sahabat ku sekalian bahawa pemahaman itu adalah pemahaman yang tidak tepat serta ianya merupakan pemahaman yang tidak meyeluruh kata ulama’.
Pengertian Tawaduq yang sebear ialah merendah hati kita kepada yang lebih berkuasa. Yakni kita merasai ada lagi yang lebih hebat & berkemampuan berbanding kita.
Sahabat-sahabat sekalian,
ketahuilah tiada persamaan diantara merendahkan diri & merendahkan hati. Amat berbeza sekali diantara hanya berzikir dengan lidah(diri) dan juga berzikir dengan hati. Orang yang berzikir dengan lidah tanpa disertai dengan pemahaman di akal dan peghayatan di hati tidak mendatangkan apa-apa hasil & kesan. sebaliknya, jika seseorang muslim itu berzikir disertai dengan hati itulah yang lebih berkesan walaupun ianya tidak dilafaz dilidah atau tidak dijahar dengan suara yang merdu. Apa gunanya berzikir dengan suara yang mendayu dan merdu tanpa disertai dengan hati.. Oleh itu, Jelaslah perumpaan tadi ingin menunjukkan kepada kita bahawa wujud perbezaan diatara merendahkan diri & merendahkan hati.
Ikwanul muslimin yang dikasihi Allah sekalian,
Apabila berbicara mengenai kerendahan pastinya ada yang lebih tinggi iaitu Allah azza wa jalla, sebab itu bila kita memahami konsep tawaduq ini, sungguh tinggi kesanya kepada solat & ibadah kita yang akhirnya mampu menghasilkan resonan khusyuk dalam jiwa kita.
Manakan tidak, apabila hati merasai diri ini tidak mampu untuk bertidak sedirian, merasai diri memerlukan perlu pertolongan, merasai diri tersangatlah lemah, sudah pasti disaat itu, hati akan tercari-cari siapakah yang lebih hebat untuk bergantung harap dan memenuhi apa sahaja kehendak hati. Maka, Diketika itu, yakinlah ‘la haw la wala quwata illa billah’ “tiada daya upayaku melainkan daya upaya Allah swt. Yang berada diketinggian itu, kita letaklah pengharapan kepada Allah swt.
Sahabat-sahabat sekalian,
Akhiran,Timbulkan dalam ruh kita rasa pengHAMBAan kita, serta bangkitkan rasa berTUHAN yang pastinya kita akan bergantung harap pada-Nya, tiada yang lain.
No comments:
Post a Comment