UCAPAN ALUAN DARI USTAZ YUSAINEE
· Syukur ke pada Allah Azza wa Jalla kerana tidak putus-putus dikunjungi oleh para alim ulama’
· Umat di saat ini semakin rosak dan punah
o Umat di saat ini punyai akhlak (sosial) yang sakit
o Umat di saat ini ramai yang meragui aqidahnya
o Umat di saat ini ibadahnya tIdak sohih
· Di saat dan ketika inilah, kita perlukan kata-kata dan nasihat dari para ulama’ kerana setiap kata-kata dan nasihat mereka menjadi penawar dan pemudah cara.
· Diantara ganjaran dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka sebagai mengangkat darjat mereka adalah dengan melihat mereka sahaja kita akan mendapat pahala.
· Mendengar, meneliti ataupun menelaah kata dari ulama’ bisa sedarkan kita dan mendorong kita kearah hidayah Allah swt.
· Hanya bergantung kepada doa semata, kita tidak akan ke mana.
· Wabillahit taufiq wal hidayah, wal ridho, wal inayah.
PENGISIAN DARI AL-HABIB
· Assalamualaikum wbh,
· Syukur hadrat tuhan yang menciptakan,
· Sesungguhnya, bilamana kita menghitung nikmat-nikmatyang ada pada kita, sudah tentu tidak akan dapt kita menghitungnya seperti yang disebut didalam Al-Quran.
· Oleh sebab itu, kita tidak ada sebab untuk tidak bersyukur, dan Baginda Ar-Rasul saw juga menganjurkan kepada kita banyakkan berzikir “Alhamdulillah” memuji Allah swt
· Bila kita menghitung-hitung nikmat Allah swt, Allah juga berkata “begitu sedikit dikalangan manusia yang bersyukur”
o Ada dikalangan ahlillah yang kakinya telah dipotong, tetapi lidahnya sentiasa menyebut-nyebut Alhamdulillah. Bukan sekadar lidahnya sahaja yang berzikir malah hatinya juga turut berzikir dan bersyukur.
o Datang orang-orang yang tidak paham pada agama yang melihat pelik hal ini, bertanya “kenapakah sampai disaat ini kamu masih lagi menyebut-nyebut nama tuhanmu yang telah membuatkan kakimu dipotong.??
o Kata ahlillah ini, “ aku sentiasa bersyukur kerana disebabkan kaki aku dipotong nilah menyebabkan lidah dan hatiku berterusan berzikirdan memuji-muji Allah swt.
o Dan sebab inilah aku perlu bersyukur kerana aku tidak dibiarkan berada dalam keadaan sempurnadan tegolong dalam golongan kalian.
o Syeikh Sya’rawi ketika hampir mati, Syeikh Abdullah Al-Haddaf datang ziarah dan mendoaakan agar diringankan derita dan bebanan sakit.
o Kata syeikh syarawi, “ wahai Sheikh, Sesungguhnya aku sedang berada dalam kesenangan dan kebahagiaan”
Ikhwanul muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
· Setiap musibah, kesakitan mengangkat darjat adalh untuk mengangkat darjat kita kepada Allah swt supaya kita sentiasa dekat kepadanya. Oleh itu, hadapilah setiap situasi dalam keadaan bersabar dan bersyukur.
BERSAMBUNG SIRI II
No comments:
Post a Comment