Sibuk-sibuk menziarahi sesawang demi sesawang terserempak aku pada terattak milik Adik Nik Nur Madihah, [CLICK SINI]. seorang yang pernah dicanang-canang menjadi pelajar terbaik SPM yang berlatarbelakang keluarga yang susah & tawaduq.
Dalam perjalanan menyoroti terataknya, sempat aku membawa pulang ole-ole yang boleh di'paste'kan kt sini.
Kasih sayang ialah kurnia dari Allah.Ramai yang bahagia dan menderita kerananya.
Kasih sayang membuat seseorang menderita?pelik,bagaimanakah itu boleh terjadi?bukankah kasih itu meyuluh hati yang kegelapan,membasahi jiwa yang kegersangan,dan memberi sinar saat kelelahan?
Kasih sayang menyebabkan ramai yang terseksa apabila hidupnya memburu kasih sayang manusia semata-mata.Ibu bapa menangis apabila anak tidak menyayanginya,anak-anak sedih apabila terasa diri tidak disayangi,adik-beradik cemburu sesama sendiri untuk disayangi ibu bapa.
Suami isterti dicengkam prasangka bimbang diri tidak disayangi,teman-teman bergaduh,berebut untuk dikasihi,dan pelbagai kekecewaan yang menimpa diri apabila merasakan diri tidak dikasihi.
Justeru,berpalinglah dirimu dari kepenatan memburu kasih sayang manusia,tapi rebutlah kasih sayang Allah.Sayangilah manusia kerana Allah,dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah,diikat dengan keteguhan tali persaudaraan ukhuwah fillah, dengan tujuan untuk medapat kasih sayang Allah.
Kasih Sayang
Jika kamu disayangi,bersyukurlah.Jika kasih sayangmu tidak berbalas dan tidak dihargai,maka ingatlah Allah sentiasa menyayangimu.Dia akan lebih menyayangimu jika segala perbuatanmu,
termasuk menyayangi insan sekelilingmu,hanya kerana kamu mahu mencari cintaNya.
termasuk menyayangi insan sekelilingmu,hanya kerana kamu mahu mencari cintaNya.
والذين ءامنوا أشد حبا لله
"dan orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah"(2:165)
"dan orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah"(2:165)
No comments:
Post a Comment