Berikut adalah sedikit perkongsian catatan mengenai isi Tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Guru Ulama' Haraki yang tersohor akan kehebatannya pada siri tazkirah beliau di Kolej Universiti Islam Selangor baru-baru ini.
~..MUHASABAH DIRI INSAN KERDIL..~

As-syeikh menyatakan adanya dua golongan yang melakukan maksiat :
i) Mereka yang menganggap maksiat sebagai suatu yang remeh-temeh. Mereka angkuh dan keras kepala. Melaluinya, dapat diistilahkan pada mereka itu “tentera syaitan” dan sememangnya tiada harapan untuk kembali kepada Allah lagi.
ii) Mereka yang tidak tahan ataupun tunduk dengan nafsu syahwat diri. Namun, Insyaallah golongan sebegini akan diberi keampunan oleh ALLAH. Maka adalah suatu yang tidak patut bagi mereka ( insan beriman ) yang hanyut seketika dalan kancah kemungkaran ini seperti mabuk dan tidak melaksanakan perintahNYA untuk menerima kata-kata keji mahupun penghinaan kerana fitrah manusia itu sendiri lemah dan mudah dikuasai oleh nafsu diri.
Sesungguhnya, teguran yang lemah lembut dan berhikmah mempunyai nilai yang tinggi dalam menyusuri perjalanan membawa mereka bersama untuk kembali pada ALLAH.
Al-Syeikh turut memuatkan kisah iktibar yang sememangnya memberi kesan kepada si pendengar. Kisah seorang insan yang dahulunya terkenal dengan kejahatannya namun berkat hidayah dan juga rahmat ALLAH, akhirnya dirinya menjadi seorang insan beriman, terkenal dengan kesolehannya dan menjadi pembantu agama ALLAH ( Ansarullah ). MALIK BIN DINAR.
Nantikan penceritaan mengenai Malik Bin Dinar ini dalam posting yang akan datang!!
No comments:
Post a Comment