Didalam siri ke 3 ini, ana menyelitkan beberapa soal-jawab bersama dengan As Sheikh di dalam majlis tersebut:-
Soalan pertama
- Bertanya mengenai kepentingan ilmu
Jawapan Al-Syeikh :
Berdasarkan firman ALLAH ;
“ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.”
(Surah al-Isra’ 17:36)
- Usah diikuti apa-apa yang tidak diperakui oleh ilmu / fahaman yang bercanggah
- Iilmu itu bersifat umum dan hanya ilmu yang benar / hakikat ( mampu menghubungkan kita dengan ALLAH )
- Bukan berasaskan warisan nenek moyang kita
Soalan kedua
2.1 kalimah arab “ apabila kita kenal sesuatu, akan mendatangkan rasa cinta pada diri kita “. Namun apabila kita kenal ALLAH, kenapa kadang-kadang tidak hadir rasa cinta kepada ALLAH?
Jawapan Al-Syeikh : “ Sebenarnya aku berasa sangsi bagi mereka yang benar-benar merasakan cinta kepada Allah tetapi masih melakukan laranganNYA.”
Bicara tambahan Al-Syeikh:
i)Sesiapa yang masih makan tetapi tidak merasai makanan itu nikmat daripada Allah, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
ii)Sesiapa yang baring tetapi tidak menginsafi diri akan bangun selepasnya dengan adanya rahmat Allah, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
iii)Sesiapa yang memasuki tandas tetapi tidak menginsafi kelenyapan najis-najis pada tubuh badan ( zahir/ batin) adalah disebabkan adanya rahmat daripada ALLAH, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
iv)Sesiapa yang sihat tetapi tidak merasai nikmat kesihatan itu daripada ALLAH, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
2.2 huraian maksud kata-kata hikmah ( IBNU IBTOILLAH )
- manusia seumpama benih yang disemai sehingga tumbuh membesar
- Unggul/ tunggul( kurang pasti) yang ada dalam kata-kata HIKMAH tersebut bermaksud
mengasingkan diri daripada hidup manusia yang sentiasa LALAI.
Soalan ketiga
Konsep akidah : “ Adakah sirat ( titian sirat ) perlu diimani kewujudannya?
Jawapan Al-Syeikh :
“ Memang perlu diimani kerana bukti tentang kalimah tersebut dan kewujudannya banyak terdapat di dalam KITABULLAH dan hadith-hadith Bukhari sendiri yang mana disepakati oleh para ulama’ sehingga mencapai peringkat mutawatir ma’nawi.
No comments:
Post a Comment