Pages

Wednesday, November 9, 2011

Abah is superhero!


Sekali sikat rambut di hadpaan cermin, senguh soranglsorang .. lalu aku terperasan satu wajah yang sudah lama aku x pernah nampak... wajah arwah ayah yang tiba-tiba muncul dihadapan cermin aku,..  

teringat segala jasa dan pengorbanan abah kepada kami ketika arwah mash ada.. 

Allahuakbar, hatiku terlalu rindu nak bersama dengan nya lagi...

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH 

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..

Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? 

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".

Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..\

Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

 Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..

Ayah akan tersenyum dengan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia.. 

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Selalu kita x perasan pengorbanan seorang ayah kan..? kita lebih melihat & ingat  watak IBU sahaja....


Wednesday, November 2, 2011

Kem Cuti Sekolah 2011

Assalamualaikum wbh,


Jom2, jangan lepaskan peluang untuk terlibat menyertai atau menghantar anak-anak anda Kem MAAF ini...

Ayuh, Jangan biarkan cuti anak-anak anda dihabiskan begitu sahaja.. 

Pertanyaan & Penyertaan boleh hubungi saya sendiri :


Mohd Izuwan Bin Zaini
0134618058
fB: Izuwan Zaini





Monday, October 31, 2011

BestDay to Me..!!


Assalamualaikum wbh,

da bebrapa minggu tidak berkesempatan untuk update teratak usang ni, Hari bertuah hari ni, kena cipta azam dan semanagat baru. 

Ya, Hari ni aku lebih bersemangat!!

Lebih Agresif!

Lebih proaktif

n juga, InsyaAllah, 

Lebih Positif!


Mengelap carta-carta dan plan-plan bertindak yang telah dibina dahulu untuk kembali dilaksanakan, suapay hidup lebih terencana dan yang paling penting adalah bahagia.



Sunday, October 23, 2011

Jom HIMPUN di KAMU 2011


Assalamualaikum wbh,

...................................

Artikel dibawah, ditulis dan ingin diupdate dalam blog ini sejak minggu lepas lagi, tetapi diatas kekangan, Alhamdulillah, hari ini dapat juga untuk update entri kali ini. 
Moga ia bermanfaat. Amin.

...................................

Malulah, jika tidak mengetahui & cakna pada  Isu  semasa terutama isu yang berkaitan agama maha suci ini. Dewasa ini,  Himpunan Sejuta Umat  (HIMPUN) menjadi perhatian media. Lalu ana mencari bahan rujukan, mengkaji, bertanya dan merujuk untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Wednesday, October 12, 2011

Duhai Hati

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful

Kita selalu katakan,
Langit itu tinggi sekali,
Tapi bila ada satu saat langit itu kelihatan rendah ,
Hingga mungkin dapat digapai,
Kita tersedar.
Selama ini langit yang kita rasakan begitu tinggi,
Adalah bukan langit yang sebenar.
Cuma awan biasa malah mungkin juga kabus yang kabur di depan mata.

Begitu juga dengan manusia.
Mungkin kita membayangkan seseorang itu hampir sempurna,
Seakan dia lengkap segalanya.
Tapi bila satu saat kita terlihat kekurangannya,
Kita kecewa.
Dan kita sedar yang dia juga manusia biasa,
Punya kelebihan dan juga kekurangan yang nyata.

Thursday, September 29, 2011

Kenapa Mak tak Nangis??


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membu...sung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Friday, September 23, 2011

[art2] Bercintalah dengan Mad'u I



Fitrah inginkan satu suasana cinta dan dicintai, namun adakah ia dihalakan kearah yang benar pada hari ini? Mari kita tingkatkan produktiviti kita dengan menggunakan fitrah untuk kemenangan Islam.

[TIPS 1] Pecahkan tembok pertama

.......................................................................

Mat rempit : Erm..tumpangt bertanya skit boleh?
Awek        :  Ya, apa?
Mat rempit:  Pukul berapa sekarang?
Awek        :   Pukul 2 petang,
Mat rempit :   o.. terima Kasih.. Awak nak pergi ke mana?
Awek        :   Bla2.. (ila akhiri ayat)
.........................................................................


Seorang semamat sedang tackle bermula dengan bertanya waktu dalam keadaan tangan kirinya juga terjerut dengan seutas jam. Suatu kaedah mengorat yang konvensional, tetapi lihat hasilnya, mereka telah berjaya memulakan perbualan.  Tembok pertama berjaya dipecahkan iaitu tembok KOMUNIKASI!!



Wednesday, September 21, 2011

[ART 1] TUGAS YANG BELUM SELESAI



Assalamualaikum wbh,

[Ijazah Sarjana Muda]

Hari pertama menjejaki ke alam Ijazah Sarjana Muda, hati terdetik begitu gembira kerana idaman sejak sekian lama untuk ke alam ini. Inilah saat yang ditunggu, lantas dipacakkan azam untuk bergraduasi dengan Anugerah terbaik disamping berbagai kelebihan & kemahiran yang mahu dikendong pulang. Persiapan yang lama dan berbagai cabaran yang telah ditempuhi sebelum memasuki ke alam ini. Namun, Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya memasuki ke alam baru ini dengan berbekalkan pelbagai ilmu & pengalaman yang ada sejak dari  Matrikulasi/STPM/STAM/Diploma.

Begitulah jika diibaratkan Ramadan sebagai medan “Universiti Tarbiyah”. Hari pertama di alam Ramadan, ramai orang begitu excited and excellent di permulaan peralihan alam ini.  Begitu ramai juga yang membuat persiapan yang begitu hebat dan pelbagai sebelum memasuki ke alam Universiti baru ini. Walaupun Ramadan hanya sebulan, namun persiapannya mencecah dua bulan dengan bermula dengan Bulan Allah (Rejab) diikuti Bulan Nabi (Sya’ban). Tidak kurang yang berpuasa penuh kedua-dua bulan ini. Islam mengajar persiapan itu amat penting.

[Konvokesyen]

            Azam yang dipacakkan jelas untuk bergraduasi pasca Ramadan tahun ini, tahap ketaqwaan makin meningkat, keimanan makin padu, Kecintaan pada Nabi saw & sahabat seperjuangan makin menebal.

1 Syawal detik kemenangan, apakah pada hari konvokesyen itu, kita berjaya melambung topi sebagai tanda kita telah berjaya mencapai azam itu.

Mari kita lihat pasca graduate, dimanakah kita setelah azan dilaungkan?, apakah perasaan kita ketika mendengar nama Nabi Junjungan Besar, Muhammad Rasulillah saw?  Law Kana Bainana?



Monday, March 7, 2011

Hari Tanpa Mengeluh.....!!



"Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di
dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan
teman hidup.

Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup
Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang ibu dan bapa

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi
dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !



*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!





Monday, February 28, 2011

Bila Malas stadi..//




Can study continue STUDY
Can't study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from along kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Nak jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.












*tiada kena mengena yang hidup atau yang MATI.

Thursday, January 20, 2011

Muuurahhhnya Rezeki ..........

Salam.. seronok ya bila lihat adik-adik hasil tarbiyah kita telah pun berjaya.. semalam Mak telefon,  kata Acik la ni dah bekerja dah sebagai Timbalan Mudir di  sebuah pondok yang baru dibuka utk anak-anak yatim... pergh... Tahniah lah Acik.. Abang berbangga, walau Acik lebih muda tapi dah dapat memberi manfaat yang besar kepada orang ramai apatah lagi kepada anak2 yatim,....

Kini aku sangat yakin bahawa, orang yang Hafiz Al-Quran ni, rezeki dia tersangat2lah murah... Allah Hayy.. bercurah2 sejak dari Acik stat hari pertama hinggalah khatam hafaz Quran, Abah ngan Mak x kena tanggung... aku ni ja yang 'konon'nya sebgai anak harapan.. satu-satunya anak yang telah sampai ke Menara Gading.

InsyaAllah abang akan menyusul plak...

Apakah aku dapat memberi sumbangan kepada agama, Mak n Abah semasa hidup ini dan semasa mati kelak...? seperti yang Acik wat?  Allah Hayy...  hebatnya orang Hafiz Al-Quran...

Menunggu menyusul Dek Da plak.. yang pakar bahasa Arab & Syariah...Syazana yang fasih Al-Quran sejak darjah 1 n juga Adik Hafizudin yang sudah menghafal Surah Yasin sejak tadika lagi...

 Mga adik2 mampu pergi lebih jauh.... Abang nukilkan disini sebagai tanda memori & bangga abang pada adik2 abang..

Tahniah!! Abang berbangga & Gembira rasa hati.....

Terima Kasih Mak & Abah!!....

Wednesday, January 19, 2011

ApaKah Universiti adalh Zaman yang menarik n terbaek..?

masa baru masuk matrik dulu, kita selalu kata, zaman sekolah adalah terbaek n menarik...  

bila baru masuk U plak, kita juga berkata, zaman matrik adlah zaman yang sagt menarik & terbaik...

tetapi adakah kita juga akan berkata zaman di Universiti ini juga adalah zaman yang menarik n terbaek setelah kita gradd nanti... 

Apakah begitu...?

Rindunya Zaman Kampus nih....

Tuesday, January 18, 2011

Hari-hari indah....

Believe me if all those endearing young charms,
Which I gaze on so fondly today,
Were to change by tomorrow and fleet in my arms,
Like fairy gifts fading away!
Thou wouldst still be adored, as this moment thou art,
Let thy loveliness fade as it will
And around the dear ruin each wish of my heart
Would entwine itself verdantly still.
It is not while beauty and youth are thine own,
And thy cheeks unprofaned by a tear,
That the fervor and faith of a soul may be known,
To which time will but make thee more dear!
Oh the heart that has truly loved never forgets,
But as truly loves on to the close,
As the sunflower turns to her god when he sets
The same look which she turned when he rose!
~Thomas Moore~ 

Thursday, January 6, 2011

[Komik Tazkirah ] 3 Kemuliaan Mengingati Mati dan 3 Kecelakaan Tidak Mengingati Mati

Berkata Ad-Daqqaq:

Barangsiapa yang memperbanyakkan mengingati mati, akan dimuliakan dengan 3 perkara :

1- Segera bertaubat




2- Hati yang qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada)



3- Cergas beribadah




Manakala barangsiapa yang selalu lupa mengingati mati, akan ditimpa dengan 3 perkara,

1- Melambat-lambatkan taubat



2- Tidak pernah merasa cukup



3- Malas beribadah



Dinukil oleh Imam Qurtubi rahimahullah dalam kitab At-Tazkirah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails