Pages

Sunday, November 29, 2009

CAREKARAMA: Selagi Ada Waktu...

assalamualaikum wbh  & salam eid adha,


Sebuah telemovie yang telahpun ditayangkan di TV2 pada hari raya pertama baru-baru ni, amatlah berkesan n terkesan. sebuah cerita realiti kehidupan masyarakat  yang mengisahkan pengorbanan seorang anak... begitu terharu terhadap sikap Farid yang sanggup mengorbankan nharga sebuah nyawa hanya demi untuk nak melihat kebahagiaan ayahnya yang selama ini begitu teringin untuk ke tanah suci Mekah.

Banyak pengajaran yang boleh kita ambil pedoman, diantaranya

  1. wahai anak, jagailah ibu & bapamu selagi mana mereka masih hidup, pastikan mereka tidak kembali susah setelah kita pernah memenatkan mereka sewaktu kita kecil dulu. tapi kengkawan, sesetengah ibu bapa x kisah dia susah skit, asalkan dia leh tgok kita bahagia. kalu parent cam ni lak, jagn la plak kita nak halang dia dari wat apa yang dia minat tue, kerna dia ingat yang paling penting bagi dia rasa BAHAGIA terhadap kehidupan dia.(he3~, hanya aku ja yang paham)
  2. Walau sesebok manapun kita, bagi luang masa pada keluarga kita. Sibuk berjuang skalipun, perlu diingat sumber restu n keberkatan kita. ni penting tuk para pejuang sekalian., kononnya terlalu sibuk nak bawa Islam, sampai x sempat2 balik kg.

     Ingat Hadis nabi, bila ditanya pada NAbi amalan manakah yang paling2 afdhal? Nabi jawab, 1-solat diawal waktu, shbt tnya lagi, pasa2 apa dia? nabi jawab lagi, 2- berbakti kepad ke2 Ibu Bapa, shbt tnya lagi, pas2 apa dialgi ya Rasulullah? nabi jawab, 3-berjihad fi sabilillah.

    ha, dalam hadis ni da royat dah, mengikut awlawiyat(keutamaan), Ingat Kerja Islam perlu dilaksanakan, tapi Keluarga jangan kita biarkan mereka agar kita dapt menyahut seruan Allah "Bebaskan dirimu & keluargamu daripada api neraka" didalam Al-Quran.

    wahai pejuang, baliklah mohon restu ayah ibu mu.

  3. Jangan biarkan mereka yang datang melawat/menelefon kita, sebaliknya kitalah perlu ziarah@menelfon mereka. Tidakkah ingatkah jasa2 mereka pada kita, katanya kita sibuk. Kononnya sibuk bekerja, sibuk belajar, sibuk buat program-2 dakwah. tapi Ibu dirumah terbiar tanpa kita Dakwah skit pun.. Ada ker? cukup ker kalu sekadar bermusim?? bukankah dakwah perlu continuous?? Huh, sibuk dakwah pada org len, ibu bpa x kemana pun.... 
  4. Hargailah apa sahaja tindakan orang lain pada kita, 
  5. Jangan anggap apa yang orang lain korbankan itu sebagai pengorbanan yang kecik, boleh jadi bagi kita kecik, tetapi bagi dia, begitu besaq skali...

    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

    Begitulah sahabt2, kalu nk diikutkan banyak lagi pengajaran yang boleh diambil. cumanya renung2lah samapi stakat ni, apakah pengorbanan yang telah kita wat??? epngorbanan pada Islam??? banyak mana?? da boleh jamin ka, dengan pengorbann y kita wat 2 leh jamin kita akan masuk syurga?? konfom ker Allah akan terima.

    sahabt2 ingatlah, pengorbanan yang paling besaq ialah kita korbankan apa yang paling kita sayang!! tetapi jagan korbankan org tersayang.. he3~
wanhikmah//07.45 a.m

Tuesday, November 24, 2009

SIDANG DUN – Kerajaan Terus Mengutamakan Pembangunan Insan


Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Selaras dengan pembangunan jangka panjang yang holistik, kerajaan negeri terus mengutamakan pembangunan modal insan, khususnya di bidang pendidikan, kebajikan, pembangunan insan dan kemudahan sukan

Pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah yang telah mula memulakan kerja-kerja fizikal sejak September 2009 dan dijangka siap pada September 2012, menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada Ucapan Bajet 2010.  “Tapak seluas 830 ekar untuk pembinaan Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil telah disediakan oleh Bina Darulaman Bhd, kontrak pembinaan telah ditawarkan kepada Kedah Sato Sdn Bhd dengan nilai kontrak RM 330 juta.

“Pembiayaan projek ini akan menggunakan peruntukan pembangunan kerajaan negeri secara bayaran tertangguh. Bagi tahun 2010, kerajaan telah memperuntkkan sejumlah RM 11 juta bagi membiayai kos awalan projek,” ujar beliau.

Usaha memperkasakan Maktab Mahmud sebagai institusi pelajaran milik kerajaan negeri di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang merupakan lambang kebanggaan negeri sejak zaman berzaman akan diteruskan.

“Selain melengkapkan kemudahan prasarana dan tambahan bilangan guru terlatih, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM 28.5 juta, tambahan sebanyak RM 2 juta untuk membiayai kos operasi Maktab Mahmud,” tambah beliau.

Menurut YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan, peruntukan sebanyak RM 7.7 juta akan digunakan untuk bayaran elaun kepada Ketua Kampung atau Ketua Komuniti dan aktiviti memperkukuhkan Institusi Majlis Ketua Kampung. Bagi menggalakkan program pembelajaran sepanjang hayat, kerajaan negeri menyediakan sebanyak RM 4.2 juta kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah untuk menyediakan bahan bacaan di semua Perpustakaan Awam dan Perpustakaan Desa.

Sebagai usaha meningkatkan pencapaian negeri Kedah dalam bidang sukan, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM 4.9 juta kepada Program Pembangunan Sukan.
SUMBER: http://kedahlanie.blogspot.com/

Pesta Dakwah GADDAFI: Dakwah yang 'Versetaile'


Pada hari Sabtu lalu, 200 wanita yang suka berpesta, diundang untuk hadir ke dalam suatu acara mewah yang berlansung di Rom. Tentunya wanita-wanita muda belia itu menduga akan ada acara makanan ringan dengan pelbagai minuman keras seumpama parti liar yang biasa mereka sertai. Ternyata tidak begitu, para wanita cantik itu dianjurkan untuk masuk Islam.
Sebelum itu, proses pemilihan ke parti itu cukup ketat. Gadis-gadis itu disyaratkan cantik, berusia antara 18 sampai 35 tahun dan setidaknya memiliki tinggi badan 170cm.Peraturan pakaian mereka pun sangat ketat, yang dadanya terbuka jauh ke bawah dan miniskirt, pasti tidak akan boleh ikut serta.
200 wanita muda itu datang bersama-sama. Mereka dibawa dengan beberapa buah bas ke kawasan perumahan mewah di ibukota Itali. Semua yang datang akan melaui kamera keselamatan yang dipantau di layar monitor di ruang menyambut tetamu.Setelah itu para perempuan itu dibiarkan menunggu. Sebahagian mereka mengeluh, kerana tidak melihat sebarang air minum pun yang disediakan.
Yang misteri adalah siapakah gerangan yang melaksanakan pesta itu. Satu jam kemudian, jatidiri tuan rumah  akhirnya terungkap, yaitu pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, yang terbang ke Rom untuk menghadiri sidang kemuncak makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Rom. ( TPM Malaysia turut ada di Rom bagi tujuan yang sama )
Gaddafi kemudian menyampaikan ceramah tentang Islam. Berusaha keras meyakinkan para tamunya bahawa Islam tidak meremehkan kaum wanita seperti disangkakan banyak orang.
Ia kemudian mengajurkan agar mereka menjadi Muslimah. Setelah tamat ceramahnya sekitar dua jam berikutnya, para wanita tersebut pergi sambil memendam rasa hairan tentang objektif penganjuran ‘pesta’ tersebut.Namun, mereka yang datang masing-masing dihadiahkan 50 euro (RM302) dan senaskah al-Qur’an.Inilah cara dakwah kontempopari yang perlu diikuti oleh para pemimpin, khususnya yang bergelar pemimpin negara Islam.
Walaupun pemimpin ini dikaitkan dengan pemikiran pro-sosialis, namun tindakannya yang memberikan imej yang baik kepada Islam dan memberikan idea sedar faham Islam kepada semua sewajarnya dicontohi.
“Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun” – Riwayat Muslim

Tahniah Gaddafi! Kenalinya disini

Lihat video penuh berita tersebut disini

Mahu Jadi Biasa atau Luar Biasa




Impian saya semasa kecil dahulu ialah menjadi seorang yang luar biasa. Saya mahu menjadi seorang yang mempunyai kuasa istimewa. Mungkin bukan seperti ‘Superhero’ yang terbang di angkasa, tetapi seorang yang mempunyai kuasa istimewanya yang tersendiri. Saya mungkin banyak terpengaruh dengan buku-buku yang mengisahkan watak-watak dengan kuasa istimewa.
Paling terkesan ialah cerita Mathilda oleh Roald Dahl. Yang saya impikan ketika itu adalah mempunyai kuasa ‘psychic’ sepertinya. Pernah juga dulu rakan-rakan menggelarkan diri saya ini “GK”, dengan pelbagai maksud yang berbeza dek kerana saya gilakan kuasa yang pelik-pelik.
Bila menginjak usia remaja, saya telah memilih untuk menjadi orang yang ‘biasa-biasa’ saja. Bukan biasa dengan erti kata tiada kuasa istimewatetapi biasa seperti mana rata-rata orang Islam lainnya, atau lebih tepat lagi, biasa dalam erti kata 'Islamnya'. Kenapa? Kerana ketika itu bagi saya, orang yang membawa imej Islam nampak berbeza dari segi fizikalnya. Mereka seolah-olah manusia pelik. Kebanyakan mereka bertudung labuh lebih daripada biasa, senyap dan sangat bersopan.Bukan bermaksud saya tidak boleh menerima kewujudan mereka, tapi lebih kepada diri saya sendiri. Saya dapat rasakan bahawa diri ini akan menjadi pelik sekiranya saya menjadi seperti mereka. Ditambah lagi dengan tanggapan bahawa orang seperti mereka ni agak kolot, berfikiran tertutup dan asyik bersama dengan kelompok mereka sahaja. Saya kadang-kadang pelik dengan mereka. Bagaimana mereka nanti akan dapat menempuh dunia yang semakin mencabar dengan keadaan mereka yang sebegitu? Bagaimana mereka mahu bergaul dengan masyarakat dalam keadaan tidak boleh menerima pendapat semasa? Dan pelbagai lagi persoalan lain yang didasari tanggapan bebas diri sendiri.
Oleh kerana itu saya telah memilih untuk menjadi manusia yang biasa saja. Tidaklah baik sangat dan tidaklah teruk sangat(kononnya!). Pada hemat saya, cukuplah saya solat, belajar agama, menghormati Islam dan menjaga batas-batas (walaupunpada ketika itu apa yang saya ketahui sebenarnya sangatlah terbatas). Saya beranggapan bahawa dengan menjadi antara orang-orang yang di tengah inilah yang paling bagus kerana saya boleh menerima dan diterima sesiapa saja. Orang yang ‘biasa-biasa’ dengan moto hidupnya, "Enjoy-enjoy juga, solat jangan lupa!". (Enjoy=maratahon DVD, main game, hang-outdengan kawan-kawan, berlibur dan berhibur)

Tanpa saya sedari, rupanya sayalah manusia yang telah memilih ‘Jalan Kelabu’; Manusia yang memisahkan antara agama dan kehidupannya yang lain atau erti kata lainnya manusia yang SEKULAR.

Dan tanpa saya sedari juga, saya telah memilih jalan yang salah! ‘Jalan Kelabu’ itu tidak wujud sama sekali. Hidup ini hanya ada dua pilihan. Putih atau Hitam. Haq atau Batil. Benar atau Salah. Baik atau Jahat. Syurga atau Neraka.
Jalan Kelabu yang saya pilih itu hanyalah satu ilusi. Ilusi untuk membawa saya terjerumus ke Jalan Hitam. Bahkan bukan saya saja, tetapi juga orang-orang Islam yang melihat Islam dan kehidupannya seperti ada pemisah.
Ah, lihat saja.
Islam di sini kelihatan gah dengan masjidnya.
Islam di sini kelihatan bila orang ingin membina masjid mereka.
Islam di sini kelihatan dengan ritual ibadahnya saja.
Bagaimana pula dengan lainnya? Dan saya bakal ketawa geli hati bila mana orang memanggil ini negara Islam sedangkan seumur hidup saya tidak melihat islamnya.

Pergilah ke mana-mana kompleks membeli-belah terkemuka. Saya kadang-kadang terasa pelik. Seolah-olah saya berasa di bumi yang sungguh asing. Iklan yang terpampang langsung tidak menunjukkan pendirian negara ini; Oh, ya negara islam contoh. Sedang kebanyakan manusia yang menjadi isinya memilih untuk menjadi manusia yang biasa-biasa sahaja. Biasa dan sederhana dalam pengertian mereka sebagai seorang Islam. Oh, kalau dulu mungkin dilihat manusia yang biasa ialah mereka yang mematuhi semua rukun islam dan tidak nampak extreme dengan pakaian mereka.
Tapi itu definisi biasa pada manusia yang biasa pada masa zaman saya. Definisi yang dicipta oleh manusia akan berubah mengikut selera mereka. Kini, orang Islam dalam kategori biasa mungkin seperti ini pula:
-Solat. Tapi tidak cukup 5 waktu pun tak mengapa, janji solat.
-Berpacaran. Berpegangan adalah biasa, jika tidak itu alim.
-Bertudung. Dengan erti kata rambut atau sebahagian rambut itu tertutup. Tapi ya, hanya rambut, bahagian lain tidak termasuk syarat utama.
- dan senarai ini berterusan mengikut kehendak sendiri....

Kalau inilah definisi manusia yang ‘biasa-biasa sahaja’ pada masa sekarang, bagaimana pula nanti akan datang? Apa lagi ‘biasa-biasa sahaja’ yang akan mereka terjemahkan lagi? Akan makin kurang syaratnya?

Saya bukan mahu tujukan ini kepada sesiapa. Bukan juga mahu bersikap pesimis. Juga bukanlah kerana saya ingin berkata yang saya ini lebih bagus dan mereka tidak.
Adalah penting untuk kita jelaskan bahawa tidak wujud sama sekali definisi Islam dengan cara kita sendiri: Islam yang sekerat-sekerat dengan mengambil apa yang disukai sahaja. Masih ramai orang Islam hari ini yang mengambil cara mudah dengan memilih untuk berada di jalan tengah yang sememangnya tidak wujud sama sekali. Betapa ramainya lagi orang Islam dalam masyarakat kita yang masih kabur dengan memilih untuk menjadi orang Islam yang biasa-biasa ini? Mereka ingin menjadi orang biasa yang ingin mengambil Islam secara sederhana. Orang-orang yang mungkin juga berubah-ubah definisi mereka terhadap definisi 'sederhana' itu sendiri. Apakah maksudnya sederhana itu dengan memakai tudung sekerat cuma? Atau sememangnya definisi sederhana itu kepada mereka ialah dengan tidak mencampur adukkan urusan agama dengan kehidupan lainnya?

Sesiapa pun boleh memilih untuk menjadi orang biasa yang sibuk memikirkan persepsi orang lain terhadap mereka. Mungkin dengan memilih untuk menjadi orang yang biasa-biasa itu akan kelihatan lebih mesra dan mudah didekati oleh semua golongan. Boleh jadi juga manusia yang biasa-biasa ini ialah diri ini yang mungkin masih terlekat lagi jahiliyahnya kerana tidak mahu dilihat aneh oleh orang biasa-biasa yang lainnya.

Jika begitu, perlu saya mengingatkan diri ini bahawa Islam itu datang untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan total kepada Allah semata-mata. Andai kita masih melihat diri dari kaca mata manusia sahaja, apakah sudah lengkap Islam itu pada diri kita? Apakah kita masih ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang mungkin kelihatan aneh dan janggal dalam masyarakat sedangkan itulah hakikat Islam yang sebenar?

Sekarang, saya tidak mahu menjadi orang yang biasa-biasa lagi. Saya mahu jadi luar biasa! Luar biasa ke arah jalan yang Benar, jalan yang Haq, Jalan yang Putih, Jalan yang ke Syurga pastinya. Saya mahu berada di jalan Al-Haq, bukan lagi al-Hawa’. Saya tidak mahu lagi pilih jalan kelabu yang keliru itu. Saya harap kamu juga tidak begitu. Jadi kita boleh sama-sama mengikut jalan yang luar biasa tetapi benar ini. Saya harap untuk jumpa kamu di syurga, mahukah kamu?

Oh ya, jangan lupa juga bawa mereka yang berada di sekeliling kamu..saya pasti mereka juga mahu ke sana. Cuma, mereka mungkin keliru dalam memilih jalannya.


Saya teringin untuk mendengar Tuhan memanggil kita semua kelak apabila sampai di sana...


"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai. Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah dalam SYURGAKU"
(89: 27-30)

Mari!

Tulisan hati:
Bukan Orang Biasa
~Hamra’ Al-Asad~




Monday, November 23, 2009

KURANGKAN BERGURAU


Oleh : Fahri Abdullah al-Masri

Janganlah bergurau kerana umat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara, demikian wasiat Hasan al-Banna.


Selepas mewasiatkan supaya kita tak banyak ketawa, maka asy-Syahid Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam yang benar-benar ingin berdakwah dan berjihad di jalan Allah agar tidak banyak bergurau dalam pergaulan sehariannya.


Menurut beliau, umat yang berjuang itu selalu sibuk bermuhasabah mengenai masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Masalah yang membelenggu umat Islam terlalu banyak, sedangkan mereka yang ingin menyelesaikan masalah tersebut tidak ramai.


Sekiranya umat Islam banyak bergurau maka sudah pastilah masalah-masalah umat Islam itu tidak mudah diselesaikan. Sebab itulah beliau menyeru kita agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

Tuesday, November 17, 2009

Mati sebelum meninggal...


“Cowards die many times before their death, The valiant never taste death but once”
Manusia dicipta untuk satu destinasi yang kekal abadi. Manusia diberi nikmat untuk diuji. Manusia wujud kerana adanya kewujudan yang selama-lamanya. Kata-kata diatas disebutkan oleh Julius Ceasar dalam salah satu karya Shakespear. Sahabat-sahabat Rasulullah pula berkata:
"Hidup mulia atau mati syahid"
Dalam Al-Quran, Allah menyebut tentang kematian:
"Setiap yang bernyawa pasti akan mengahadapi matinya"
Kenapa mati sebelum meninggal?
Ikhwah sekalian, manusia dicipta untuk mencapai satu matlamat. Keberadaan kita di muka bumi ini dengan satu tujuan.

walaupun ceduk, tapi besar nilainya... walaupun ringkas, tapi besar pengertiannya, cuba poerati balik.....

Sunday, November 15, 2009

DOA IBU 2




Doa ibu....





NAntikan sambungannya...

SANTAI: PERJALANAN AKU...




Gambar ni masa aku mula sampai di Putrajaya ri2, dalam misi untuk menawan Putrajaya,




ni antara member-member skali ri2,

Apa yang begitu mengejutkan kami masa 2, apabila aku terserempak dengan satu signboard usang. Apa yang memelikkan kami adalah model dalam board 2, hampir sama dengan aku...

erm... rupanya da gak org yang sama wajah dengan aku..


X cukup dengan e2, siap kat tepi2 kedai pun da gak gambar model 2,




Aik, kat sini pun ada. He3~






Dok keesokka harinya, aku tebraca paper lak, eh, dalam paper pun ada gak.. front page lak 2, ish2, tapi aku x paham bahasa paper 2, apa jenis paper da~



aku cuba tanay lak kt org ramai, apa maksud
paper 2, rupa-2nya depa kata, muka 2, muka MOST WANTED!! Ramai org dok cari la nie...






las skali, kecoh habis satu wag ulu, muka aku ni MOST WANTED. Siap sampai pak gad pun kenai aku.. perghh... (bajet hot la nie) dok jaga aku kuar masuk, kuar p mana, balik kol bapa, baguih la lagu 2, depa 2 dok jaga aku sbenarnya. Tapi yang bess nyer, aku da x yah pakai pegaawai peribadi dah. Coz da org y dok jaga ku dah.... Bess gak eh, bla jadi MOST WANTED ni, famos2...










Apa y x besnyer, bla da famos ni, ramai lak dok ligan aku, dok tanay macam2. Gitu ginilah, masa 2 jadilah artis lah aku.. he3~ NO KOMEN




Alhabib Islamic Greeting Card


Dedikasi seorang teman..


SETIAP PERUBAHAN YANG BERLAKU ADALAH DARI DALAM DIRI KITA SENDIRI…




SENTIASALAH BERFIKIRAN POSITIF AGAR KITA SENTIASA BERJAYA MENGATASI SETIAP MASALAH YANG MELANDA… JANGAN MUDAH BERASA PUAS DENGAN KESENANGAN YANG DIBERI… KERANA SUATU HARI NANTI TIDAK MUSTAHIL AKAN DITARIK BALIK APA YANG DIBERI KEPADA KITA…





PERJALANAN BERIBU BATU BERMULA DARIPADA LANGKAH PERTAMA… ADA BADAI DAN JURANG DI SEPANJANG PERJALANAN ITU…KADANGKALA IA MEMERLUKAN PENGORBANAN YANG BUKAN SEDIKIT…KADANGKALA IA DIPENUHI DENGAN LINANGAN AIR MATA…




KALAU TAKUT UNTUK MELANGKAH, MASAKAN MUNGKIN NASIB KITA AKAN BERUBAH…






Tuesday, November 3, 2009

TENTANG AKU!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, da juga posting kali nie.. actually bukan x nak posting, tapi internet wang ulu lah yag meyebabkan x leh nak posting. Huhu, rate yang pihak ict tetapka pada blogger2 tuk posting ni sagt rendh. Sebab 2 lah susah sagt nk posting. Rasanya da lama da bnda ni jadik, sejak raya lagi ko0ot! Pergh!! Sedap giler aku wat alasan kan? Tap memag betul pon. He3~

Da lama x posting ni, mestilah banyak nk citer, tapi x taw nk citer mana 1 dulu. Tapi kesimpulan awal aku adalah tahun ni adalh tahun yang menyedihkan. Namun begi2, sedih inilah yang banyak mematangkan aku & menambah pegalaman aku. Papun, aku masih lagi letak kesyukuran pada Allah taala degan setinggi-tingginya, kerna aku dia x akan bebani aku dengan apa yang aku x sanggup tanggung. Alhamdulillah, sumanya aku masih dapt hadapi dengan baik.

Kenapa tahun ni, tahun kesedihan??

1- Kalu kita lihat kronologi apa yang berlaku pada agama kita & sedara2 kita tahun ni sangatlah menyedihkan. Tahun ni kita sambut tahun baru dalam keadaan umat Islam sedang ditekan dan dibunuh beramai2 seperti yang berlaku di GAZA. Sayu kalu teringatkan, tapi jeles pun ada pada depa ni. Depa ni, walopon masih muda, da gak yang > muda dari aku. tapi da da yang syuhada. Aku?? Bila?? Adakah dapat turut jejak depa nie? Hu3~

2- Starting dari sem ni lak, kita suma digemparkan dengan satu berita yang menyedihkan. Mesti suma taw kan?? Brita kemalagan student unimap yang xcdent selepas pulag dari makan. Kanapa aku trasa sagt adalah mereka suam adalh sekelas dan merupakan junior aku iaitu yang amik coz y sama dgn aku. Hilang da beberapa org mekanikal. Mesti sayu kan kelas diorg 2. Hu3~

3- Bermula dari cerita kematian student unimap ni, bermulalah dengan bermacam2 rentetan cerita yang berlaku disekililing aku, rentetan pada e2, dengar brita student palap yang jatuh bangunan, da putus cinta & dituduh nk bunuh diri pun ada, sambung lagi degan crita sahabta2 dari uiveristi yang lepas x cident pun ada. ALLAHu AkBAR!! Cerita sahabat2 meninggal pun ada. La Haw LA wala Qu Wata Illa Billahil Azim ( tiada daya upaya aku, melainkan daya upaya mu Ya Allah yang maha Mulia. X berdaya sungguh dengar citer ni ya ALLah!!! yelah x berlaku pada aku. Tapi sedikit sebnyak merungsingkan aku, Nabi s.a.w slalu mengajak kita utk senantias peka pada sedara2 kita. Apa yang berlaku pada umat islam yang len, umpama juga berlaku pada kita. Org melayu lama kata, cubit paha kiri, paha kanan terasa. Erm... cam2 lah.


4- Sem ni saja, 2 moto sahabat2 aku yang hilang, moto baru2 plak 2 1 moto taufik, 1 moto paan (my brother) , ALLAHU AKBAR, betullah, Allah da bg pesanan dah kat kita, Allah x akan biarkan kita mangaku kita ni beriman, selagi mana kita ni tak diuji.

sian gak, kat taufik 2, kalu nk kira usia moto dia 2, tua setahun ja dari moto baru aku 2.( haha, yang ni berita baik, sem ni aku dapat motor baru he3~ KCM 5609) . tapi brita lagi baik ialah mot depa 2 ni masuk syurga awal dari tuan dia lagi. ni yang untung nih!! nak wat cam na, kita pakatla tadah doa bagi Allah murahkan rezki diorg ni, n Allah gantikan dgn lebih baik lagi pada mereka!! insyaALLAH!! TAKBIR!!

5- yang terbaru, adik kesayangan aku(anak buah) lak pindah universiti, nak wat gena (bhasa Baling), redha jelah 2 pilihan dia, 2 minat dia, doa aku hanya yang terbaek tuk dia, everything hanya yang terbaik tuk dia. i luv u lan, ukhuwah fillah abadan abada.

6- Yang ni paling berat aku tanggung slama ni, ya ALLAH hanya engkau saja maha mengetahui. Bermula dari niat yang suci nak bantu universiti n MPP tuk backup balik nama n imej diorg. Akhirnya hanya ditekan n disalah anggap. Bukan salah aku ya ALLAH, Engkau tahu kan?!.... usha ku utk mewujudkan pilihanraya kampus kali ni, tidak lain niat, hanya tuk kembali meningkatkan maruah MPP baru, 2 saja, citer mudah ginilah, slam ni, org dok kutuk MPP kita ni x dak maruah la n macam2 la sebab “dilantik” bukan “dipilih”.

Sebab 2 lah student unimap x respect kat diorg. Kesian gak kat kawan aku dlam MPP 2, so, kali ni aku bertekad tuk cuba jadikan calon2 pilihan universiti ni (yang semenangnya da terpilih dari yag tebaik da pun) tuk dipilih memalui pilihanraya kampus. aku nyer ramalan memang x menang pun kalu da calon2 len. Tapi juz nak bagi naik MPP baru dengan cara yang > bermaruah, biarlah dia ni pilihan universiti ka, asalkan dia ni nek dengan cara yang student bleh terima.. Barulah senang org nk join program diorg ni.. pengaruh da da. Tapi la ni x dak pengaruh, org pun x kenai. Kesian sungguh depa ni.

Tapi apa yang lebih malangnya dalah, wujud satu blog yang banyak citer habis citer strategi kami n apa tindakan kami secara detail lak 2... citer lagi keburukan u pada umum. Sejak awal lagi aku da x berkenan dengan blog ni. SERIUSLY!!! AKU X TAW SAPA PUNYA BLOG NI, YANG PASTI 2 BUKAN BLOG AKU!!!! BLOG AKU PEMUDASUFI.BLOGSPOT.COM!!, Tup2 aku lak diorg cop sbgai blogger blog 2, x pasai2 sungguh. Ni apa kes ha?? Pandai lak 2 bloggger 2, baling batu sorok tangan. Baik SUNGGUHH!!, dia yang dok mai citer org lak tduh aku. X cukup dgn 2 lagi, aku dipaggil utk disoal dngn Dekan JHEPA. Ingat nk bncng paperwok tapi alih2 aku lak dituduh,. PERGH!!! Hebat giler aku.. x cukup lagi, Ketua Jabatan Keselamtan lak nk jumpa aku. N so on... hari2 aku ditekan, tertekan n menekan dek gara2 blog nih!! UNIMAP KINI hoiiiiiiiiiii... siapa lah kamu,. Hu3~

siap dalam ruang komen 2 tuduh terang2 aku yang adminnyer. Wooii, celah mana aku nk update blog 2 ha?? Aku nk posting blog ni pun x bleh2 lagi nih. Aduss, nak backup dalam komen 2 pun x bleh. Setiap kali nak reply komen, kuar “INTERNET ERROR’”.. ERMMMMMM
dunia.. dunia.

Cukup la kot stakat ni, ni pun x taw leh berjaya posting pon x taw lah. Kalu ampa leh baca, berjaya lah 2. He3~


11.47 p.m/ 03 NOV 2009/ Selasa/ KFC Kangar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails