Pages

Tuesday, November 24, 2009

SIDANG DUN – Kerajaan Terus Mengutamakan Pembangunan Insan


Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Selaras dengan pembangunan jangka panjang yang holistik, kerajaan negeri terus mengutamakan pembangunan modal insan, khususnya di bidang pendidikan, kebajikan, pembangunan insan dan kemudahan sukan

Pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah yang telah mula memulakan kerja-kerja fizikal sejak September 2009 dan dijangka siap pada September 2012, menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada Ucapan Bajet 2010.  “Tapak seluas 830 ekar untuk pembinaan Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil telah disediakan oleh Bina Darulaman Bhd, kontrak pembinaan telah ditawarkan kepada Kedah Sato Sdn Bhd dengan nilai kontrak RM 330 juta.

“Pembiayaan projek ini akan menggunakan peruntukan pembangunan kerajaan negeri secara bayaran tertangguh. Bagi tahun 2010, kerajaan telah memperuntkkan sejumlah RM 11 juta bagi membiayai kos awalan projek,” ujar beliau.

Usaha memperkasakan Maktab Mahmud sebagai institusi pelajaran milik kerajaan negeri di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang merupakan lambang kebanggaan negeri sejak zaman berzaman akan diteruskan.

“Selain melengkapkan kemudahan prasarana dan tambahan bilangan guru terlatih, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM 28.5 juta, tambahan sebanyak RM 2 juta untuk membiayai kos operasi Maktab Mahmud,” tambah beliau.

Menurut YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan, peruntukan sebanyak RM 7.7 juta akan digunakan untuk bayaran elaun kepada Ketua Kampung atau Ketua Komuniti dan aktiviti memperkukuhkan Institusi Majlis Ketua Kampung. Bagi menggalakkan program pembelajaran sepanjang hayat, kerajaan negeri menyediakan sebanyak RM 4.2 juta kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah untuk menyediakan bahan bacaan di semua Perpustakaan Awam dan Perpustakaan Desa.

Sebagai usaha meningkatkan pencapaian negeri Kedah dalam bidang sukan, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM 4.9 juta kepada Program Pembangunan Sukan.
SUMBER: http://kedahlanie.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails