Pages

Thursday, May 6, 2010

CLASH IDENTITI.. ANTARA TARBIYYAH, DAKWAH DAN SIASAH




Kesibuk-sibukan Pilihanraya tidak berapa kecil, mutakhir ini, banyak yang bertanya dan  tertanya-tanya begitu pelik benar dunia hari ini. Yang Gila ada yang  berkata Politik hari ini, Politik Gila Kuasa. Yang buta pulak berkata Politik hari ini adalah Politik Kotor. Yang bisu juga nak melabel,kan sebagai Politik Songsang.


Juga yang clash fikrah turut berkata-kata pada Si 'Tarbiyyah". Banyak melalut menggambarkan banyak yang kita ke'tidaktahu'an dan ke'tidakmahu'an untuk membuka ruang untuk difahamkan.

Celaru fikrah.. tarbiyyah, dakwah dan siasah.


Siasah...Kebarangkalian dari segi strategi bergerak, mungkin ada ruang yang membolehkan. Ramai sahaja ahli JIM yang turut menjadi aktivis PAS. Ada sahaja aktivis PAS yang dipinjamkan ke PKR dalam pilihanraya. Tetapi ini bergerak di dalam kerangka siasah, tidak dalam agenda tarbiyah.

Oleh yang demikian, idea ‘pelik’ sesetengah kita yang memilih JIM supaya boleh menyokong PAS tanpa risiko, harus disemak semula, terutamanya di kalangan warga menara gading. Itu idea politik, bukan idea tarbiyah.

Tarbiyah itu ialah proses mengacu dan membentuk, sebelum diguna pakai di lapangan yang pelbagai termasuk siasah. Maka proses pembentukan fikrah tidak akan berhasil jika tajarrud dalam pemikiran tidak dibentuk. Pemikiran akan lebur dan mencetuskan krisis identiti dan fikri.

Akhirnya kita sendiri tidak tahu apa yang kita tahu dan tidak tahu apa yang kita percaya. Amal bagaimanakah yang boleh terbit dari kekaburan fikrah dan kepercayaan seperti ini?

Era pentarbiyahan itu adalah era pembentukan (takwin). Ia seumpama kilang untuk menghasilkan sesuatu produk. Kilang melahirkan da’ie.

Jika dipinjam analogi ubat gigi itu tadi, maka di atas rak pasar raya, sepuluh jenama ubat gigi boleh duduk sebelah menyebelah dan terpulang kepada pengguna untuk memilih atas pertimbangan masing-masing.

Tetapi semasa ubat gigi itu di kilang masing-masing, tidak mungkin formula ubat gigi Colgate© dicampur dengan formula Sensodyne© lalu dikotakkan dengan pakej Darlie©. Di kilang Colgate©, semuanya harus Colgate©. Campur aduk yang tidak menentu dalam menghasilkan produk ubat gigi, hanya akan menyebabkan pengguna keliru dan membuat kesimpulan mudah bahawa ubat gigi Colgate© berkotakkan Darlie© ini bukanlah kombinasi formula, tetapi ubat gigi palsu semata.

Seorang aktivis JIM itu perlu jelas pada kefahaman dirinya apakah yang menjadikan dirinya itu seorang ahli JIM. Soal komitmen, kepercayaan, menjaga kerahsian, dan tanggungjawab dilaksanakan secara ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’.

Begitu juga dengan aktivis PAS. Penyertaannya di dalam gerakan Islam itu harus atas dasar al-fahmu, memahami dan menghayati fikrah dan perjuangan PAS, serta sama-sama mendokong gerak kerja yang diputuskan bersama. Apakah beza pemikirannya dengan kumpulan lain seperti Hizb al-Tahrir atau ABIM, ia harus jelas dan terbina secara tersusun lagi kemas melalui agenda tarbiyah masing-masing. Mengetahui perbezaan bukan untuk mencetuskan perbalahan, tetapi supaya boleh mendefinisikan diri.

Sufi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails