Pages

Saturday, May 8, 2010

HARU-BIRU DAH LAA NIE..


Guru tertekan ditemui lemas 

berita dibawah  dipetik daripada blog kedah lanie.. pening sungguh laa nie, sampai cikgu pun sudah lemah pegangan agama, sanggup bunuh diri diatas hal yang kecik.. apa nk jadi nie.. kalu da ciklgu pun jadi cam ni... cam na pulak lah adik-2 sekolah nanti.. erm...


KANGAR - Seorang guru lelaki daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi ditemui lemas selepas dikatakan tertekan apabila diarah berpindah ke sekolah baru sejak dua bulan lalu, berhampiran pantai Kuala Sungai Baru, dekat sini, semalam.

Mangsa, Zuki Ibrahim, 40, ditemui terapung di tepi pantai terbabit selepas lebih empat jam dilaporkan hilang.

Mayat Zuki ditemui orang awam kira-kira jam 1.20 petang pada jarak hampir 10 meter dari pesisir pantai Sungai Bahru selepas gerakan mencari dilakukan sepasukan anggota penyelamat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa bagaimanapun punca kematian masih disiasat.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat dan pada masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Isteri mangsa, Noriza Kassim, 37, berkata, sebelum kejadian beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami yang menyuruhnya segera ke pantai Sungai Bahru, kerana dia sangat kecewa serta tertekan sehingga mahu membunuh diri.

Beliau yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah, di sini, berkata, selepas menerima SMS berkenaan, beliau terus bergegas ke tempat kejadian.

“Saya terus bergegas ke sana dan menemui kereta Proton Exora milik suami, serta beberapa barangan lain termasuk telefon bimbit yang ditinggalkan di tepi pantai.

“Saya cuba mencari suami di merata tempat bersama orang ramai, namun tidak bertemunya dan nekad membuat laporan polis.

“Akhirnya mayat suami ditemui terapung di tepi pantai berhampiran sungai oleh anggota pasukan penyelamat,” katanya.

Noriza berkata, suaminya yang baru ditukarkan daripada SMK Padang Siding ke SMK Syed Saffi dua bulan lalupernah mengadu tertekan dan tidak berpuas hati berikutan pemindahan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat, mengesahkan Zuki ditukar ke sekolah lain sejak dua bulan lalu disebabkan kenaikan pangkat dan pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas daripadanya berhubung pertukaran terbabit.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails