Pages

Tuesday, May 4, 2010

TUAN BUAT APA? SAYA DAH BUAT APA??


Dr Yusuf  Al-Qaradhawi pernah menyebutkan didalam makalah karangannya iaitu Dimana Kesilapan Kita,
Beliau  mengatakan  bahawa salah seorang pendengar  telah bertanya kepada salah seorang pendakwah selepas majlis kuliah yang disampaikannya,

“Tuan telah melalui 30 tahun, tuan sentiasa berbicara. Jadi, Apakah perubahan yang tuan buat?”

 Pendakwah tersebut menjawab menggunakan hujah yang logik, dia mengatakan,
“Anda juga telah melalui selama 30 tahun mendengar, jadi apakah perubahan yang ada lakukan?!”


Sahabat Ikhwanul Muslimin sekalian...
Orang yang mendengar mempunyai tugas tersendiri  sebagaimana yang diwajibkan kepada pendakwah.

Tanggungjawab memindahkan bicara kepada amalan,
 pemikiran diubah menjadi realiti perbuatan,

sekalipun berbeza tahap tanggungjawabnya.

Dengan menyedari potensi diri  dan sentiasa bermuhasabah  bertanya kepada diri

“sampai bila lagi kita akan  hanya “mendengar” dan 
Bila pula kita akan memberi??”



Corak pemikiran Duat yang sangat hebat adalah Setiap kali mendengar apa sahaja Ilmu, kita akan berfikir dan berazam untuk menyampaikan pula kepada orang lain.

Para Nabi sentiasa berfikir bagaimana ingin menarik lebih ramai mad’u untuk bersama dalam jamaah Islam. Bagaimana untuk mencungkil potensi diri para mad’u. Berdakwah kepada mad’u yang asalnya adalah kafir, bermula dari kosong ditarbiyyah dan dibentuk dan akhirnya individu yang kosong ini sudah mampu bergerak.

Seperti kata Saudara Idris iaitu Presiden GAMIS ialah

“org yang ditarbiyyah adalah orang yang bergerak, bukanlah tarbiyyah jika tidak bergerak”

Para Duat tidak hanya menjadi zarah kosong tetapi menjadi jasad tegar yang sentiasa cuba bergetar di kedudukan nya semaksimum mungkin. dan bila sampai masanya, dia akan bergerak lebih laju walaupun dia sedar bahawa dirinya masih didalam saiz yang sama.
Bekerja dan beramallah walau dimana dan dengan siapa kita berada. Menanamkan keghairahan kepada kebangkitan Islam akan menghalakan setiap pemikiran kita kepada Islam.
Keghairahan semata tidak mencukupi selagi tidak berazam dan berusaha untuk menjadikan

“KEBANGKITAN ISLAM ITU AKAN BERMULA HARI INI DI 

KAMPUNG AKU SENDIRI!!!”

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails