Pages

Wednesday, September 29, 2010

Sahabatku pergi lagi.. Azuan POlimer

Al-Fatihah juga buat Azuan Polimer yang telah meninggal pagi semalam.. akibat dari kemalangan pulang dari  program Rasmi antara universiti di Bangi... Beliau dijangka terlalu mengantuk lalu terlanggar devider dagn beg2 kuat dan akhirnya melambung2 dan dilanggar pula oleh sebiuah van..

HUHU~ tiada gambar beliau dalam simpanan aku... huhu

begitulah nasib seorang lagi shabat ku yang juga sama2 kami diketika berada di Majlis Presiden2, Beliau juga merupakan Presiden Kelab Silat Gayong Malaysia.. Beliau cukup aktif. kami selalu berkongsi idea & brainstorming bersama untuk laksankan program2 universiti,.. beliau sangat membantu.

Kenangan berpraktikal di ACM Sdn Bhd dulu.. menjadikan aku lebih rapat dengan beliau.. 6 bulan kami bersusah payah bersama...

namun pakan daya, hari ni dia pergi dulu... tarikh 29hb September ni akan cuba aku ingati sebagai tarikh kehilangan beliau...

Kehilangan seorang demi seorang pergi meninggalkan aku mungkin ada msge yang Allah nk sampaikan pada aku... aku yakin detik e2 pasti akan sampai pada aku..

tetapi kenapalah aku sering gagal untuk nak bersiap ke arah e2.. MATI PASTI AKAN SAMPAI.. TUNGGU SEBENTAR JA LAGI...

ASTAQFIRULLAHAL AZIM....

ALFATIHAH UNTUK BELIAU...


AL-FATIHAH buat Tuan Guru Hj Abd Latif @ Pak Teh Keruh




Salam takziah...
Tersentak dari tidur bila mendapt msge tgah malam tadi mengenai ketiaadan Pak Teh jam 1 pagi tadi & akan dikebumikan tgahri ni jam 11pg.... dsebabkan kelas aku x sempat nak balik ke Grik utk ziarah.. sungguh rugi diriku x sempat bersama beliau.. mga2 kami sempt brtemu di padang Mahsyar kelak.. huhu~ makain hari makin hilang permata negara kita... mga2  beliau dicucuri rahmat di sana.beliau adalah seorang ulama yang sangat ikhlas dan zuhud iaitu Tuan guru Hj Abd Latif atau lebih dikenali dengan gelaran Pak teh Keruh.



al-Fatihah buat al-Marhum Tuan guru Hj Latif.. Semoga ruh beliau bersama dengan para kekasih Allah..amiin...



renungan...



“ana dah jemu la jadi naqib ni… anak usrah bukan nak datang pun…”

“macam-macam cara dah ana cuba, diorang tak minat jugak nak datang… anta tau tak kenapa?”

soalan yang ringkas… tapi jawapannya sungguh subjektif… hmm… tapi, yang membuatkan saya terpinga adalah mengapa soalan itu ditanya…

tidaklah ingin saya mengupas secara terperinci ciri-ciri seorang naqib dan peranan yang perlu dibawa… Cuma kupasan yang ingin saya bentangkan adalah untuk membuka pemikiran para naqib… di mana mungkin halaman kali ini mampu membawa kelainan dan pembaharuan dalam institusi usrah bersama… dan mungkin merungkai beberapa persoalan lain dalam perantauan hidup kalian…

mengapa anak usrah tidak berminat dengan usrah?... adakah salah pada naqib?... anak usrah?... manhaj dan lain-lain?...

tak perlu saya berikan jawapan, Cuma saya ingin bawa anda untuk memerhatikan hikmah di sebalik kejadian hujan secara keseluruhan…

hujan… manusia mudah melihat hanya pada ketika hujan itu mencurah membasahi bumi… adakah manusia biasa melihat saat dan ketika serta bagaimana hujan itu terhasil…?

Manusia ibarat bumi… fitrahnya mengharap… bumi mengharap hujan akan membasahinya… manusia pula mengharap pemberian…

Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya, tiba-tiba mereka menjadi gembira. Dan sesungguhnya sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah beputus asa. (Ar-Ruum: 48 & 49)

Nampakkah kalian akan hikmahnya? Hmm… tidak mengapa, biar saya huraikan… apa kaitan hujan dengan persoalan kali ini?

Bumi perlukan hujan… tapi, adakah bumi akan mendapat hujan begitu sahaja tanpa menyumbang apa-apa kepada langit?... ya… bumi juga perlu berkorban terlebih dahulu sebelum menerima hujan… bumi perlu berkorban dengan menjemur permukaannya untuk air tersejat kemudian membentuk awan yang akhirnya barulah hujan… dan mungkin untuk itu, bumi akan kering kontang… apakah ironinya?

Naqib perlulah terlebih dahulu memberi apa yang diharap atau didamba oleh anak usrah… kemudian dengan itulah apa yang naqib inginkan dari anak usrah akan dikecap… dan mungkin apa yang dilakukan untuk itu membuat para naqib hampir berputus asa… seperti bumi kering kontang membiarkan air tersejat… hmm, kadang kadang sukar untuk kita fahamiapakah keinginan anak usrah kita… namun, jawapan boleh diperoleh melalui pembayangan bahawa kita berada di tempat anak usrah… dengan itu lebih mudah untuk kita memahami…

Monday, September 27, 2010

Tazkirah: Kelebihan Surah Sajadah


SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.
2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.
4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

Sunday, September 26, 2010

Innallahu Ma'a Ana!! (Sesungguhnya Allah Bersama Kita)


Kerap kali hati ini merintih lemah meminta dan mengharapkan daripada Allah swt. Sesungguhnya sangat banyak cabaran yang telah dilalui dan kadangkala ianya seperti memaksa kita untuk meninggalkan jalan ini. Nauzubillah.







Inilah fitrah kita selaku makhluk yang bernama manusia. Tidak pernah lekang dengan sifat cuai kerana kita bukanlah diciptakan sempurna. Mungkin selama ini kita terasa kuat dalam menghadapi mehnah pada jalan ini tetapi akan tiba suatu masa kita akan dikunjungi perasaan lemah dan malas yang akan menusuk hati kita secara perlahan-lahan. Ketika itu hati akan mula memberontak dan akhirnya dengan mudah syaitan laknatullah menjalankan misi mereka untuk menarik kita mengikuti jalan toghut.

Sebagai seorang pejuang dalam agama ini, kita seharusnya bergembira dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah:214)

Dalam ayat tersebut Allah menyatakan ujian yang diberikan adalah untuk menjadi bukti bahawa para pejuang kebenaran ini adalah seorang yang benar-benar beriman dan ikhlas berjuang hanya kerana ingin menggapai mardhotillah. Inilah hakikat perjuangan, tiada erti senang lenang di dalam kamus hidupnya, yang ada dalam catatan hariannya cumalah perkara yang perit dan penuh dengan pengajaran untuk dibawa sebagai bekalan menempuh hari-hari mendatang yang menjanjikan seribu kesukaran lagi.

Saturday, September 25, 2010

GEN-Q 2010 dibuka utk disertai....


 
Ayuh bawa  anda anak-anak mendaftar..., Hubungi Ustaz Yussainee : 0134203344

Pesanan ikhlas: hantarlah anak-anak anda sebelum anak-anak anda menghantar anda kerumah orang tua-tua.

Wednesday, September 22, 2010

KEMERIAHAN HIMPUNAN AIDLFITRI BELIA DAN MAHASISWA

ALOR SETAR – Himpunan Aildilfitri Belia dan Mahasiswa telah diadakan pada hari raya ketiga iaitu menjadi satu program tahunan untuk menghimpunkan semua belia dan mahasiswa di seluruh negara tidak terkecuali pelajar-pelajar yang merantau di luar negara. Peluang ini tidak dilepaskan kerana lebih 1000 orang belia dan mahasiswa dapat bertemu secara langsung dengan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Dewan Sri Mentalon, Alor Setar.

Slot 1: Bersama Exco Kerajaan Negeri

            Turut menghadiri himpunan kali ini adalah YB Taulan Rasul & YB Dr. Ismail Salleh, Exco Kerajaan Negeri Kedah. YB Ust Nasir  Zakaria , Ahli Parlimen Padang Terap juga hadir diawal program. Saudara Mohd Idris Bin Mohd Yussoff,  Presiden GAMIS, Saudara Afwan Afifi, Presiden PERSADA, juga kelihatan hadir semua Mantan Presiden PERSADA bagi tahun-tahun yang lalu.





Slot 2: Bersama Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri

            Program tahunan ini bermula dengan ketibaan para hadirin sekitar pukul 9.00 pagi. Kemudian acara diteruskan dengan ucapan daripada Dr. Ismail dan persembahan nasyid dari kumpulan Zulfan memeriahkan lagi himpunan tersebut. Pada pukul 11.00 pagi, Menteri Besar Kedah tiba di Dewan Sri Mentalon.

Persembahan yang menghiburkan 

            Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa generasi muda adalah generasi pelapis untuk membantu kelangsungan kemandirian kerajaan pada masa akan datang. Dalam ucapannya juga, Menteri Besar mengingatkan kerajaan Kedah sekarang dapat memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa berbilang kaum mengikut acuan Islam. Agenda utama yang ditekankan oleh beliau ialah agenda pendidikan, kemiskinan dan pertanian kerana agenda ini merupakan asas dalam mentamadunkan negeri Kedah.






            Beliau juga berharap agar Belia dan Mahasiswa dapat belajar bersungguh-sungguh kerana masa inilah peluang terbaik bagi mereka untuk mencari pengetahuan dan pengalaman dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.



            Himpunan tersebut berakhir pada waktu zohor dengan  Jamuan Rakyat  yang disediakan secara percuma oleh Kerajaan Negeri.     




....................................................................................................................................................................
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN

PERSADA KEDAH MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431h




Sunday, September 19, 2010

meminum Air Kencing binatang yang halal dimakan dagingnya -HALAL hukumnya, bahkan menjadi Ubat lagi"-UST YUSSAINEE


Sempat tadi lari2 sat singgah Kuliah Ustaz Yuih ,  malam bicara bab 55 dari kita Bahrul Mazi,..
dalam bab ni aku terkejut sebenarnya.. n barulah aku paham sekarang bahawa "meminum Air Kencing binatang yang halal dimakan dagingnya -HALAL hukumnya, bahkan menjadi Ubat lagi"

hukum ini diinstinbad hukumnya dari sebuah Hadis Shohih yang agak panjang...

Adik Muhammad Fateh Yusainee-

Dihujung Kuliahnya malam tadie, dia ada menyebut beberapa frasa.. bunyi sangat keras & pedih.. tapi penuh dgn kebenaran n realiti...

Ustaz minggu ni dia kata  " Di akhir Zaman ni banyak yang belajar & terpelajar tetapi sedikit yang terdidik"

Tidak kurang ramai otaknya cerdik, tapi begitu ramainya dari mereka yang tidak terdidik..

disini aku menyedari bahawa, kerja buat aku perlu digiatkan demi anak watan  & generasi aku di masa hadapan....


Saturday, September 18, 2010

Sahabatku pergi lagie....

Al-Fatihah kepada Sahabatku Sdr Nazri,

beberapa hari yang lalu, aku mendapat brita yang sangat menakutkan n mengilukan  soal kemalangan Nazri (beliau juga seorang yang terlibat dalam KBI n KBS pada tahun lepas)

Dengar britanya kesan xcident tue, otaknya totally da x leh guna dah... cuma tunggu masa ja... ramai sahabt2 y trdekat begilir2 baca yasin tuk dia...

masa tue aku byk gak berprogram, x sempat nk ziarah kt spital.. sampai la semlam... aku dapat panggilan gtaw dia da pun menghembuskan nafas terakhir... masa tue terdetik sedih n takut.. bagaimanalah aku masa meninggal nanti.. Ya Allah... Nazri agak beruntung.. ada juga sahabat2 yang sanggup berteman bergilir2 baca Yasin, mga2 dia dipemudahkan menyebut syahdah sebelum meninggal ri2..

Aku sangat takut dengan mati.. Sungguhpun orang beriman itu merindui akan kematian.. tapi di manalah makam aku yang hina ini, tidak merasa dosa itu adalah dosa, tidak ketagih pada yang kebaikan.   begitu sukar nak alirkan air mata kerana dosa...

pesan PAk Long .." paling tidak pun, menangislah kerana kekerasan hatimu" .....

Moga engkau tenang disana.....




Monday, September 13, 2010

Muhasabah dihujung Ramadan dari pak Long, Sungguh menyentik hati...


Assalamualikum wbh,
  Alhamdulillah, dihujung2 Ramadan yang lepas... sempat juga bersama  pak long, Seorang Ulama' muda yang banyak berjasa dan tinggi ilmunya.. mudah kata pak long ni layak digelar sebagai seorang yang hebat sufi dan harakinya...

Alhamdulillah sekali lagi, aku dibasuh selama 20minit dengan paklong... pak long tanya 2 n 3 soklan yang berat tuk dijawab... waaa.... jawab nagan air mata... soalan yang paliong pedih sekali adalah 'dah berapa kali dah kita teriak keluarkan air mata kerana dosa kita di bulan Ramadan tahun ni' ....waawa...

sapa yang x tersentuh hati bila ditanya direct oleh orng yang ikhlas n benar2 hebat dalam ibadah n rapat ngan Allah.. soalan tue direct mnasuk dalam hati...

nasib baik hari 2, hari yang k 28, pak long pesan.. kalu ikut sifir Imam Al-Ghazali... bila 1 ramadan jatuh pada hari rabu, maka tahun ni, laliatul qadar jatuh pada 29hb ramadan...

dihujung2 tazkirah.. paklong kami pakat2 pulun malam 2... kalau2 dapat alqada 2..

Alhamdulillah, tingkat semnagt masih ada ruang lagi bila dengar pengisian 2..

trapi, Pak long sambung lagi.. dia gtaw lagi.. orang yang mendapat AlQadar ni bukan sekadar  dia x tidur malm 2.. beribadah, berqiyamullail n berkitabullail n berdoa sakan,... x cukup setakat tu kata pak long.... kalu cam 2.. ramai yang dok wat... tapi AlQadar yqng spesial ni mesti dapat pada orang yang spesial gak..

kata paklong.. orang yang yang mendapat alQadar ini adalah orang yang mencapai tahap paling ruhiyyahnya pada Allah swt... pada malkam 2 seolah2 dia sedang berbicara dengan Allah swt...   bertambah sedih lah aku..

malm 2 kami n geng2 pakat n azam nk pulun sungguh capai tahap ruhiyyah 2...

tapi aku gagallll... Ya Allah, kerasnya hati ku,......

sampai sekarang telingaku terngiang2 " sekadar qiyamullail, kitabullail, doa diotengah malam.. ramai yang lakukanya".. tapi apa yang spesialnya amalan aku tue... wawawa...

Sunday, September 5, 2010

Inilah Menteri Besaq aku...

Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.
Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.
Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.
FOKUSKAN LENSA
Lebih-lebih lagi pelancong atau orang luar, jika tidak diberitahu, mereka lalu begitu sahaja tanpa merakamkan atau memfokuskan lensa ke arah rumah itu.
Na[2009-07-10_165939.jpg]mun, di situlah diamnya seorang pemimpin negeri. Di satu sudut rumah, seorang lelaki tanpa kaca mata, segak membetulkan songkok sejurus mengenakan kot cerah coklat dan mengikat tali leher merahnya.
Kemudian dia duduk seketika, sambil menghirup kopi, minuman kegemarannya. Pagi itu, dia tidak sempat bersarapan, seperti kelaziman hari-hari lain juga.
Jadualnya padat dan waktu yang singkat, adakala tidak upaya menjamah hidangan pagi. Itulah rutin yang dilaluinya, sejak hampir tiga tahun memikul amanah rakyat dan agama.
Sekali hirup, beliau merenung jauh. Kini tidak sama seperti dulu. Malah dia terasa kehilangan sesuatu iaitu tidak dapat melakukan perkara yang disukainya sejak dulu. Rupanya dia merindui untuk ke pasar secara sendirian membeli ikan dan bersembang panjang dengan masyarakat di warung kopi atau di kedai makan!

MENUNGGU ARAHAN
Lamunannya terhenti tatkala, seorang pengawal peribadi muda memaklumkan semuanya telah siap siaga menunggu arahan selanjutnya.

Thursday, September 2, 2010

JEMPUT SUNGGUH2 NI MAI JA JAMUAN GHAYA DGN MB KEDAH.. GHAYA KE3 NOO...

assalamualaikum wbh..

dana..oh dana...
sponsor.. oh.. sponsor

mengharap duit jatuh ke  tangan.. haha.. begitulah situasi aku sekarang ni... hehe..

tapi bukan duit ghayour, ini adalh duit untuk nak run Ijtima Raya nanti... huhu.. mana la aku nak cari..

sahabat-sahabat belia sekalian... bagi sapa yang rasa belia..  jemput mai reramai bawak la adik beradik yang muda belia tue skali... pakat pi ramai2.. kali aku 'dipaksa n terpaksa ' handle Ijtima tahun ini.. jemputlah mai reramai nooh....

mga2 dengan support kehadiran dari sahabt2 dapat la nek semnagat skit aku nak mengarah ijtima' kali ni.. berat tue.. huhu

ha, yang nk bawa kuih muih pun bleh.. tapi jangan risau.. makan kerajaan negeri dah supoort kita RM10k da skang ni.. Alhamdulillah...

Jemput mai eh..

Butiran program seperti banner kat atas 2...


=walllahualam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails