“ana dah jemu la jadi naqib ni… anak usrah bukan nak datang pun…”
“macam-macam cara dah ana cuba, diorang tak minat jugak nak datang… anta tau tak kenapa?”
soalan yang ringkas… tapi jawapannya sungguh subjektif… hmm… tapi, yang membuatkan saya terpinga adalah mengapa soalan itu ditanya…
tidaklah ingin saya mengupas secara terperinci ciri-ciri seorang naqib dan peranan yang perlu dibawa… Cuma kupasan yang ingin saya bentangkan adalah untuk membuka pemikiran para naqib… di mana mungkin halaman kali ini mampu membawa kelainan dan pembaharuan dalam institusi usrah bersama… dan mungkin merungkai beberapa persoalan lain dalam perantauan hidup kalian…
mengapa anak usrah tidak berminat dengan usrah?... adakah salah pada naqib?... anak usrah?... manhaj dan lain-lain?...
tak perlu saya berikan jawapan, Cuma saya ingin bawa anda untuk memerhatikan hikmah di sebalik kejadian hujan secara keseluruhan…
hujan… manusia mudah melihat hanya pada ketika hujan itu mencurah membasahi bumi… adakah manusia biasa melihat saat dan ketika serta bagaimana hujan itu terhasil…?
Manusia ibarat bumi… fitrahnya mengharap… bumi mengharap hujan akan membasahinya… manusia pula mengharap pemberian…
Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya, tiba-tiba mereka menjadi gembira. Dan sesungguhnya sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah beputus asa. (Ar-Ruum: 48 & 49)
Nampakkah kalian akan hikmahnya? Hmm… tidak mengapa, biar saya huraikan… apa kaitan hujan dengan persoalan kali ini?
Bumi perlukan hujan… tapi, adakah bumi akan mendapat hujan begitu sahaja tanpa menyumbang apa-apa kepada langit?... ya… bumi juga perlu berkorban terlebih dahulu sebelum menerima hujan… bumi perlu berkorban dengan menjemur permukaannya untuk air tersejat kemudian membentuk awan yang akhirnya barulah hujan… dan mungkin untuk itu, bumi akan kering kontang… apakah ironinya?
Naqib perlulah terlebih dahulu memberi apa yang diharap atau didamba oleh anak usrah… kemudian dengan itulah apa yang naqib inginkan dari anak usrah akan dikecap… dan mungkin apa yang dilakukan untuk itu membuat para naqib hampir berputus asa… seperti bumi kering kontang membiarkan air tersejat… hmm, kadang kadang sukar untuk kita fahamiapakah keinginan anak usrah kita… namun, jawapan boleh diperoleh melalui pembayangan bahawa kita berada di tempat anak usrah… dengan itu lebih mudah untuk kita memahami…
Oleh itu, letakkanlah diri bersama hati kita di tempat orang lain agar mudah kefahaman dan toleransi dicapai… umpama kejadian hujan, bumi cuba meninggikan puncak gunung-ganang agar mencecah langit…
Dikirim dalam ::hikmah::

http://pemikiransunan.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment