Pages

Sunday, January 17, 2010

SEMUA JATUH HARI JUMAAT KAN?

Assalamualaikum wbh,




sedar x sedar, hari demi hari berlalu... tahun demi tahun da berlalu.. n aku pun dah besar... tapi sejak mutakhir ini ... perasan x ada something yang pelik....  Kebelakangan ini, banyak peristiwa berlaku pada hari jumaat, jika semua org perasan:


Hari Raya Haji 2009
Tahun Baru Hijrah
Tahun Baru Masihi 2010
Gerhana Bulan Separa 2010
Gerhana Matahari Cincin 2010
Maulidur Rasul 2010
Nuzul Quran 2010
Hari Raya Puasa 2010


sbg peringatan kpd semua seperti mana yg dijanjikan Allah SWT kpd kita....bukankah Qiamat itu berlaku pada hari jumaat?Ya Allah, ampunilah dosa2 kami..tingkatkan amalan soleh msing2...



ermmm.. kita bila la plak eh..?





“Allah mudahkan pemergian mereka"



Tanjong Malim, 14 Jan- “Alhamdulillah, Allah s.w.t telah permudahkan segala urusan arwah Fadhiri dan Faizol. Insya-Allah, moga-moga Allah menerima kebaikan yang telah mereka lakukan dan mengampunkan dosa-dosa mereka,” kata seorang saksi kejadian kemalangan maut yang lepas. Menurut seorang lagi saksi iaitu Suhainizam Sharif ketika ditemui berkata, kedua-dua arwah hanya melafazkan nama-nama Allah sebelum kedua-dua mereka meninggal dunia. Saudara Faizol sempat mengangguk-anggukkan kepala apabila dibacakan kalimah LailahaillAllah (tiada Tuhan melainkan Allah).


“Allah telah memberikan kesempatan kepada saya untuk membisikkan perkataan mulia ini kepada saudara Faizol ketika saat-saat akhir arwah di dunia ini. Apabila berlakunya kemalangan, saya terus mendapatkan Faizol dan membisikkan kalimah LailahaillAllah. Alhamdulillah, arwah mengangguk-angguk tanda faham dan terus pergi meninggalkan kita semua,” katanya dengan sebak.


“Bagi arwah Fadhiri pula, saya mencabut topi keledar yang dipakai dan memangku arwah serta membisikkan kalimah yang sama. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan arwah ke Hospital Slim dan Hospital Teluk Intan, mulut arwah tak pernah lekang dengan menyebut nama-nama Allah sehinggalah beliau pergi,” kata saksi yang mengiringi arwah ke Hospital Slim dan Hospital Teluk Intan pada hari kejadian.
Bagi saudara Nik Azrul Nik Kamaruddin pula, beliau melihat betapa mudahnya Allah s.w.t memudahkan urusan arwah dan melihat ramainya tetamu yang hadir untuk menyolatkan kedua-dua arwah.


“Apabila saya melihat segala urusan arwah dipermudahkan dengan baik dan betapa ramainya tetamu yang hadir ketika menyolatkan mereka, hati saya tenang dan bersyukur pada Allah. Arwah Faizol disolatkan sebanyak dua kali di surau Al-Falah manakala arwah Fadhiri pula sehingga orang ramai melimpah keluar dari kediaman beliau termasuk dari pelajar-pelajar pondok yang pernah beliau menuntut ilmu,”


“Di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada pihak HEP UPSI dibawah kepimpinan Prof. Shaharuddin kerana banyak membantu urusan arwah. Tidak lupa kepada yang menziarahi beliau sama ada dari UPSI mahupun daripada luar. Semoga Allah, menerima mereka dan menjadi iktibar untuk kita semua, insyaAllah,” tambahnya lagi.


UPSI




Thursday, January 14, 2010

Kronologi Kejadian Kemalangan Maut


4.30 pagi – Arwah Faizol bersama 5 orang rakan ke KTM Tanjong Malim untuk menjemput rakan-rakan yang lain. Namun, arwah Faizol tiba agak lewat berbanding rakan-rakan yang lain dengan menaiki motosikal Kriss milik rakan sebilik di KUO.

5.00 pagi – Kemalangan melibatkan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa. Motosikal mangsa bertembung dengan lori kiriman barangan ekspress yang datang dari arah Rawang untuk ke Pulau Pinang.
5.15 pagi – Ambulans dari Klinik Kesihatan Tanjong Malim tiba. Arwah Faizol disahkan meninggal dunia ditempat kejadian manakala arwah Fadhiri dibawa menaiki ambulans untuk ke klinik kesihatan Tanjong Malim.
5.20 pagi – Polis tiba untuk mengawal lalu lintas. Orang ramai telah mulai mengerumuni tempat kejadian. 
5.45 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Ahli keluarga kedua-dua mangsa dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku. Arwah masih dalam keadaan sedar dan hanya mampu menyebut, “Allah…Allah…Allah…”
6.15 pagi – Pegawai Penyiasat Polis Trafik IPD Slim River tiba di tempat kejadian untuk membuat siasatan.
6.30 pagi – Mayat arwah Faizol di bawa menaiki Land Rover PDRM ke Hospital Slim River untuk dibuat bedah siasat.
7.00 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan arwah Fadhiri perlu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah segera kerana mengalami kecederaan dalaman yang serius.
7.15 pagi – Pegawai HEP dan Felo Kolej Ungku Omar (KUO) tiba di Hospital Slim River.
7.30 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Teluk Intan.
9.00 pagi – Arwah Fadhiri sudah tidak sedarkan diri. Arwah sudah mula berhenti bernafas dan otaknya sudah tidak berfungsi dan hanya jantung sahaja yang masih berfungsi. Pegawai Perubatan hospital berusaha keras untuk menyelamatkannya.
10.30 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan kepada rakan-rakan yang hadir bahawa arwah sudah meninggal dunia. Di Hospital Slim, arwah Faizol menerima kunjungan dari segenap lapisan masyarakat. Ahli keluarga arwah Faizol tiba untuk pengesahan mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan arwah Faizol dilakukan.
11.00 pagi – Abang sulung arwah Fadhiri, saudara Khairul yang datang dari Kuala Lipis tiba di Hospital Teluk Intan dan dimaklumkan mengenai kematian arwah. Keluarganya yang lain masih berada di Grik.
1.30 petang – Ayah dan ibu arwah Fadhiri tiba di bilik mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan jenazah dilakukan. Di Surau Al-Falah, arwah Faizol tiba untuk disolatkan.

                        Arwah Fadhiri di Hospital Teluk Intan
2.30 petang – Arwah Faizol di bawa menaiki van jenazah Hospital Slim untuk dibawa ke Pasir Mas, Kelantan.
3.30 petang – Arwah Fadhiri disolatkan di surau Hospital Teluk Intan.
4.00 petang – Arwah Fadhiri dibawa menaiki van jenazah UPSI untuk dibawa ke Tanah Merah, Kelantan.
8.30 malam – Jenazah arwah Faizol tiba di kediamannya.
10.30 malam – Jenazah Fadhiri tiba di kediamannya manakala Jenazah Faizol telah selamat dikebumikan. Keluarga arwah Fadhiri masih menunggu seorang lagi abangnya yang dalam perjalanan dari Sarawak.
1.00 pagi – Arwah Fadhiri disolatkan. Hadirin yang datang untuk bersolat melimpahi hingga ke luar rumah.
1.30 pagi – Jenazah Fadhiri selamat dikebumikan.
Al-Fatihah…

kepahitan berjuang, moga kemanisan syurga yang diganjarkan kepada mereka...

Suasana di rumah Arwah Fadhiri
Suasana di rumah arwah Faizol







~gambar dari kelantan~


Berita pemergian 2 insan berjiwa besar yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 25 Muharram 1431 H(11.01.2010) merupakan satu kehilangan yang sangat besar bagi kita.. Allahyarham Fadhiri dan Faizol seorang yang sangat peramah, baik dan sangat tinggi nilai akhlaknya. Kedua-dua arwah merupakan pelajar UPSI yang menetap di Kolej Ungku Omar(KUO). Arwah Fadhiri merupakan pelajar jurusan Pendidikan Matematik dan sedang berpraktikal di sebuah sekolah di sekitar Tg Malim. Manakala Arwah Faizol pelajar jurusan Pendidikan Khas semester 7. Arwah Fadhiri berasal daripada Tanah Merah, Kelantan dan arwah Faisol berasal daripada Pasir Mas, Kelantan. Saya masih ingat kali pertama kami berjumpa di awal semester satu di surau assalikin, KUO. Walaupun baru pertama kali berjumpa, tetapi hati-hati kami seolah-olah telah diikat dengan jalinan ukhwah.

Pemergian arwah Fadhiri dan Faizol memang tidak dapat di cari ganti. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham. Semoga roh2 arwah ditempatkan bersama roh orang2 beriman dan soleh.. Bekas2 perjuangan yang arwah tinggalkan tidak akan dipersiakan begitu sahaja.. Insya Allah



SUMBER:

Tuesday, January 12, 2010

~ Andaiku Pergi ~


Munsyid : Mirwana


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

AL-FATIHAH JUGA BUAT FADHIRI

KEMBARA SUFI MEMBURU SYAHID!!








Fadhiri.....turut jejak langkah faizol.....


kenangan di Sg. Congkak & Langgar akan aku ingat sampai bila..


Tunggu, pastinya aku akan turuti kelak.. mga bertemu di syurgA......



2 pelajar UPSI maut motosikal dilanggar lori


METRO - 12 JANUARI 2010



TANJUNG MALIM: “Arwah ceria dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan ketika dia pulang bercuti ke kampung pada pertengahan Disember lalu.
Rokiah, ibu Mohd Fadhiri Mohamad Ariffin, 23, seorang daripada dua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dekat sini, yang terbunuh apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kira-kira jam 4.40 pagi semalam, berkata dia reda dengan pemergian anak kelima daripada sembilan beradik itu.


Turut terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 126, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur itu ialah rakan baik arwah, Mohd Faizol Abdul Syukor, 25.



Menurut Rokiah, arwah baru saja menamatkan pengajiannya di UPSI baru-baru ini dan dijadualkan menjalani praktikal di Sekolah Menengah Methodist di sini, bermula 18 Januari ini.



“Saya terkilan kerana cita-cita arwah menjadi guru tidak kesampaian. Ketika kali terakhir bertemunya di kampung di Tanah Merah, Kelantan, arwah juga tidak sabar menunggu Mei ini kerana abangnya berjanji akan membawa kami sekeluarga melancong ke Singapura.



“Namun, saya reda dengan apa yang berlaku dan anggap ia sebagai takdir,” katanya sebak.


Rokiah ditemui ketika menuntut jenazah anaknya di bilik mayat Hospital Teluk Intan (HTI) selepas dibedah siasat. Jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah, Kelantan selepas disembahyangkan di surau HTI.

Sunday, January 10, 2010

Al-Fatihah buat sahabatku

assalamualaikum wbh

Salam takziah buat keluarga 2 sahabat seperjuanganku yang ditimpa kecelakaan nahas jalan raya. Nahas teruk itu telah mengakibatkan Mohd Faizul meninggal dunia ditempat kejadian manakala Fadhiri turut tenat. Kenangan bersama sehari sebelum kejadian masih lagi mekar di ingatan.


Buat Faizul kita doakan agar rohnya diberi ketenangan, dilimpahi rahmat n magfirah, mga2 matinya dikira sebagai mati syahid, dan juga kita berharap dengan pemergian beliau, akan lahir lebih ramai mujahid2 yang akan menyambung mata rantai perjuangan ini.











Buat Fadhiri, didoakan agar segera sembuh, dibebaskan dari alam yang menyakitkan, dan ketahuilah disinilah tarbiyyah kita teruji, yakinlah dengan ujian sebegini pastinya dapt meningkatkan lagi iman n kesungguhan kita untuk berjuang selagi mana hayat masih dikandung badan. Kata Syidina Umar AL-Khattab "Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka."

 Ada hikmah yang Allah sediakan, Sedar x sedar, Allah sedang memberi nikmat kepada untuk anta berehat sebentar sebelum nak melangkah lebih jauh.. Ana doakan kita semua diredhai oleh ALLAH swt.

AL-FATIHAH buat mereka.

Sang Murabbi: Part fiVE



Assalamualaikum semua........

Ni sambungan untuk part 5,'SANG MURABBI' Mencari Spirit Yang Hilang.
Sambungan part four........

Allah mengatakan kita sesama Muslim itu bersaudara, kita dilarang saling memusuhi (Al-Hujurat: 10)…. Ketika risalah Al-Islam ini belum datang menyapa suku-suku bangsa di Arab mereka saling mengkhiyanati, saling memusuhi. Alhamdulillah Rasulullah membawa risalah Allah ini. Allah menyatukan hubungan orang yang budiman dari bangsa manapun Allah akan peduli, apakah dia orang kaya atau miskin, apakah dia bangsawan atau mantan, apakah dia ketua atau orang bawahan. Maka Allah meminta kita untuk santun, lembut kepada sesama muslim tetapi kita tetap tegas kepada orang kafir… Jadi tidaklah pantas kita menyakiti hati dan jasad orang muslim. Apalagi memusuhi sesama orang islam Apalagi berkeinginan memberhentikan kegiatan kegiatan orang Islam. Sementara kita bekerja dengan orang-orang kafir.






Orang itu membuat tipu daya. Allah membalas tipu daya itu dan Allah sebaik-baik pembuat tipu daya. 

Tuesday, January 5, 2010

Soalan & Jawapan (menarik)



Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak g mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main layang-layang kejap, ko nak join?"

Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"

Anda sedang makan nasi dan ada orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke ape? Kan aku tengah main bola ni ni?"

Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Tak payah jawab, perhatikan muka dia pastu lempang laju-laju pipi dia.

Anda sedang menonton tv cerita melayu, rakan anda datang lalu bertanya:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, inikan citer Ultramen Taro menentang Raksasa dari Planet X...ko tunggu jap nanti Ultramen keluar".

Monday, January 4, 2010

PROGRAM IPIM & PAKSI DI SRI MENTALOON

Artikel dibawah adalah merupakan laporan berkaitan salah satu modul yang kami telah laksanakan sepanjang program Ijtima' Pelajar islam Se-Malaysia (IPIM 09) baru-baru ini. Anda juga boleh melayari sumber asal artikel ini disini LANDAS

saya = ustaz kamarudin



Saya sedang menyampaikan ceramah LANDAS di Dewan Utama Kediaman Menteri Besar Kedah di sri Mentaloon untuk peserta IPIM dan PAKSI




ALOR STAR – Sabtu 19 Disember 2009, seramai hampir 300 orang Ijtimak Pelajar Islam Malaysia (IPIM) dan 150 orang peserta pengajian PAKSI telah mengikuti program ceramah dan penerangan LANDAS di Dewan Utama Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah Sri Mentaloon, Alor Star. Sesi pertama ceramah isu-isu semasa gejala sosial dan pendekatan dakwah lapangan. Sesi kedua pengajian kitab Bahrul Maazi oleh Ustaz Zainul Asri. Program IPIM bermula 18-21 Disember di Masjid Nurul Ehsan, Langgar, Kedah. Selepas program di Mentaloon, peserta dibawa ke Musalla Pusat Dakwah Alor Star untuk Solat Zohor dan turun lapangan di kawasan City Plaza. Mereka diberikan latihan dakwah secara praktikal mendekati anak muda dan meyampaikan bahan cetak kempen menutup aurat serta panduan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.

Saturday, January 2, 2010

Sang Murabbi: Part f0Ur








Assalamualaikum semua........

Ni sambungan untuk part 4, 'SANG MURABBI' Mencari Spirit Yang Hilang.
Sambungan part three.........

Kita wajib membela agama yang diredhai Allah ini. Siapa yang patut dibilang teroris, apakah orang yang membela diri kerana diserang atau orang yang ingin menyerang kerana menghancurkan… Agama Islam itu tidak suka kekerasan… Agama Islam menghargai perbezaan… Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, tiada seorang pun disakiti bahkan penduduk yahudi mahupun nasrani… Bagaimana Salahudin Al-ayubi membebaskan Jerussalam, di mana satu titis darah pun tidak pernah membasahi bumi Palestin.




Kalau Islam ingin tetap tegak di muka bumi ini, tiada kata lain rapatkan barisan berjamaah. Sebatang lidi kalau sendirian tidak boleh buat apa-apa, tapi kalau satu ikatan kotoran mana yang tidak boleh disapu.


CLICK "READ MORE " DIBAWAH UNTUK BACAAN LANJUT


Sang Murabbi: Part tHree

Assalamualaikum semua....
Ni sambungan untuk part 3, 'SANG MURABBI' Mencari Spirit Yang Hilang.

Sambungan part two.........




" Wi, luka tamparan kau semalam mungkin esok sudah hilang, tapi luka di hati sukar untuk hilang. Biar kata kau sudah minta maaf. Mungkin di depan kau, mereka mahu memaafkan kerana mereka takut, tetapi dua orang yang kau tampar semalam akan sakit hati selama-lamanya. Itu yang menjadi penghalang di akhirat.






" Ini, reban ayam untuk kau. Jangan cuma ayam yang kau masukkan, tetapi masukkan juga nafsumu."


CLICK "READ MORE " DIBAWAH UNTUK BACAAN LANJUT


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails