Pages

Monday, March 15, 2010

Rasulillah rindukan kita.. carilah rindu kepada nya...


Bila keseorangan begini. Bila hatiku telah down dan fikiran mula kering dengan idea. Bila kelemahan aku diluar kawalan. Bila semangat semakin pudar. Bila perasaan cintaku pada dunia dan manusia semakin membunga. Bila rindu mula menghiba dan bila kesunyian mengisi jiwa……
Sirahlah tempat aku mencari solusinya.


Kepada perjalanan hidup Rasullulah lah ku pacu rindu ini hingga bayang bayang keindahan yang hilang dari jiwa ku cerah kembali berlapis lapis mengisi ruang ruang iman dan menghalau percik desahan nafsu yang ingin mengahwinkan aku dengan dunia!
Terkesima. Bila menghayati sirahnya tatkala  Rasullulah merindukan ikhwannya. Amat merindui ikhwannya! Dan beliau ingin berjumpa ikhwannya sehingga sahabat sahabat sekelilingnya berkata;
” Kamilah ikhwanmu ya Rasullulah”.
Baginda menjawab; ” Tidak, kamu bukan ikhwan ku tapi sahabat ku. Ikhwan ku adalah yang datang selepas kamu. Mereka tidak pernah melihat aku. Seorang dari mereka yang bekerja dan berdakwah untuk Allah diganjari 50 ganjaran.
Sahabat bertanya,  ” 50 dari mereka?”
Rasullulah menjawab, ” Tidak, 50 ganjaran dari kamu”.
Sahabat bertanya lagi; ” kenapa demikian? Kenapa mereka diganjari 50 kali dari kami?
Baginda menjawab; ” Kamu ramai penyokong yang membantu kamu dan kamu ada aku dalam memikul kebenaran. Mereka tidak. Mereka terus terusan bersendirian …
Akhi fillah …
Kitakah itu?
Memang kita. Kita yang berada dimedan ini. Kita akan dapat dari janji Rasullulah yang siddik itu. Kita akan memperolehi 50 ganjaran dari kerja yang sama sepertimana yang dilakukan sahabat.
Bina keyakinan ini akhi.
Mari kita mulakan dan kita sambungkan tugas ini meskipun kamu dalam keadaan lemah dan letih. Renung kembali tugas dan matlamat kita.
Kita kini seperti seorang jundi. Jundullah. Tentera Allah dalam medan pertempuran yang dikelilingi pihak kuffar disetiap penjuru. Apakah dalam suasana ini seorang tentera akan memikirkan masaalah makannya. Atau masaalah ingin bertemu anak isteri nya. Atau memikirkan rumah dan hartanya?
Tentunya tidak! Kerana kita berada dalam situasi yang serius. Kita tidak boleh berehat walau seminit pun kerana kita dikelilingi oleh peluru peluru musuh. Dan ini lah tamsilnya  bagi kita di medan dakwah ini. Yang ada misi dan matlamatnya. Untuk membangunkan daulahnya.Ibarat berada dimedan perang!
Jika kita tidak mahu menjadi tentera kepada matlamat ini maka masa kita akan terbuang dengan sia sia. Kita tidak dianggap mujahid. Kita hanya bermain main dan mempersiakan masa saja!
Seorang mujahid tidak akan berfikir selain memikirkan misinya saja!
Aku faham terkadang sebagai manusia ada masa masanya kita rasa lemah untuk sampai kepada matlamat dakwah setelah kita mencurahkan sepenuh tenaga  dan mengambil segala ikhtiar namun kita harus ingat kelemahan itu adalah simpanan yang paling berharga yang boleh mendekatkan kita dan menguatkan hubungan kita dengan Allah SWT.
Ini kerana dengan merasai kelemahan itu akan sampailah kita ketahap berhajatkan dan memerlukan kepada Allah SWT.
Dengan itu akan putuslah pergantungan kita kepada ‘ ASBAB ‘ lalu kita menyerahkan segalanya kepada Qada’ dan Qadar Allah SWT. Terpatrilah tawakkal kita sampai keArasy Allah. dan inilah hakikat Iman dan Tauhid yang bersih tika mana terkadang kita merasakan kitalah penyebab sesuatu kejayaan itu!
Dan berlakulah penyerahan mutlak kepada Allah yang maha Perkasa.
Aduh … Indahnya dakwah ini. Manisnya kerja islam ini hingga mampu membawa kita kepada kejernihan aqidah yang sebenar.
Dan inilah titik tolak yang membawa kita kepada kemenangan. Membawa kita menjadi ikhwan kepada Rasulullah tercinta.
Meskipun Allah SWT menghendaki da’i mencurahkan segala tenaganya dan jiwanya bertepatan dengan tuntutan syara’ namun sesungguhnya kemenangan itu tetap bergantung kepadaNya.
Sekiranya kamu menolong agama allah nescaya allah akan menolong kamu
Jumpa lagi …
Alfakir illallah
muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

2 comments:

Anonymous said...

Setiap Tindakan kita harus berbalik kepada seerah, bukan sekadar baiki dan amik iktibar dari kesalahan lalu, malah mnjadi keyakinan bagi kita dalam perlaksanaan gerak kerja..Wallahualam

~alitamim~

Anonymous said...

Pengalaman juga merupakan seerah yang tidak boleh diketepikan juga...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails